Cik Bu SM Hilang!!! (Entry Khas Untuk Pencinta Kucing!) Serta Tips Mencantikkan Bulu Kucing

Balik cuti mid sem haritu ada berita cam tak best sampai kat telinga comel kembang aku ni, mak aku dengan menggelabah sirap limaunya bagitau aku yang Cik Bu dah hilang! Bagi yang tak tau apa itu Cik Bu? Cik Bu tu merupakan kucing yang aku jumpa kat Market ikan Kuala Perlis tahun lepas, selepas kematian Cik Teh akibat mati kejung di belakang peti Ais Singer! Nak tau lebih lanjut pasal asal usul Cik Bu? korang boleh klik mengesot kat Entry Nie!  Zzas!!!

Ok, lepas mak aku bagitau yang Cik Bu hilang, apa lagi! Meroyan macam Aisah Lima Puluh Sen, Lima Puluh Sen ah aku kat dalam rumah tu, membebel bebel mengalahkan tok nenek kain batik terkoyak aku masa tu. Maunya tak membebel macam tok nenek kain batik terkoyak, bulus kesayangan dah hilang wooo!!! Bapak ah sedih nak meninggal masa tu! Dah ah bela dari kecik, tup tup hilang macam tu je? Meraung tak henggat dah masa tu! Nasib baik mama titew pujuk titew taw masa tew, kalau tak, titew nangis sampai ke pagi besok uolls! Bapak gedik titew titew nak mampus! Muehehehe

Mungkin tak ada rezeki kot dengan Cik Bu, redha sajalah nak buat macamana. Kalau hilang sebab orang TERambik, mungkin rezeki dia. Kalau terambik tu, aku harap belalah Cik Bu aku elok-elok hokeh. Takmau dera-dera kucing ni. Nabi tak suka. Tapi kalau jumpa dekat warga Myammar yang jenis makan kucing tu? Ok, aku pasrah & no komen disini. Seram Hantu Mak Limah pulak kalau fikir-fikir balik pasal mat mat Myammar yang mengtekdarah kucing tu.

Ni gambar Cik Bu masa fisrt time aku jumpa dia dekat market. Siap mandi lulur lagi tau untuk halau kutu-kutu pig yang bermaustautin di badan beliau masa tu! 















Gambar terkini yang hado kat dalam memory laptop aku. Hok ni je gambar yang aku godek-godek dan terjumpa dalam laptop. Hok lain, semua dalam laptop aku satu lagi yang skrin pecah akibat hentaman gempa bumi yang melanda Jamban Mak Tok Saadiah! Propa Mak Jetun sangat! Kehkehkeh.

Masa ni, kalau tak silap umur beliau dalam tujuh bulan macam tu kot. Umur nak meningkat gila-gila remaja merenyam la kot masa ni dok? Muehehehe








Walaupun saya bersimpuh meliuk melentik macam ni, saya lelaki hokeh! Muehehehe

Sempena memperingati kehilangan Cik Bu aku ni, meh sini dekat-dekat serta rapat-rapat berlaga lutut, aku nak kasi sedikit tips untuk mencantikkan bulu bulus korang. Yang baru berjinak nak start bela kucingpun sangat ah sesuai kalau nak baca tips ni. Antaranya :

1) Makanan yang sesuai - Masa kucing tu masih bayi cenonet, jangan ah sesesenduk havogue nak meninggal nak kasi kucing tu makan benda alah yang keras-keras. Kang tercekek ikan kekek kang beliau. Ikan kembung rebus mahupun ayam rebus yang diracik racik macam serunding tu amat lah sesuai untuk anak kucing. Kalau dah besar, aku syorkan kasi Whiskas ataupun Royal Canin untuk kasi bulu cantik dan tak gugur. Friskies? Aku dengar cerita Friskies ni tak bagus sangat untuk jantung kucing. Boleh menyebabkan kucing kesayangan "landing" cepat. Ye ke?

Base pengalaman aku, aku tak kasi Cik Bu makan nasi, sebab nasi 80% boleh menggugurkan dan mengjahanamkan bulu kucing. Petua ni aku dapat dari si Fami yang bagitau. Cer tengok PUTEH beliau kat blog beliau. Bulu sangat Glowing nak senak kepala! Muehehehe

2) Grooming- sangat senang nak buat. Time tengok Doraemon petang-petangpun boleh grooming bulu beliau dengan sopan santun sambil hadap cekodok pisang berrrrrrangan panas-panas. Sikat jugak perlu pilih sikat yang sesuai untuk jenis bulu bulus masing-masing. Sikat rambut anak patung Barbie sangat ah tidak digalakkan sama sekali untuk digunakan ye! Kehkehkeh

3) Mandi- Penting dan tersangatlah hazabedah penting untuk mandi bulus kesayangan korang. Manusia kalau tak mandi apa jadi? Kucing lagi lah kan? Mana beliau tahu  nak mandi sendiri. Kang tersedak kuih samperit pulak kang korang, tiba-tiba je kucing korang dok sesedap minyak masak murni je menyental badan beliau dengan sabun cap kapak Mak Enon. Muehehehe. Nak tak nak kita kena mandikan beliau. Guna shampoo yang bersesuaian jugak. Seminggu sekali mandi lah beliau kalau rajin. Tapi kalau malas nak sendawa tu, dua minggu sekali pun dah ok aku rasa. Tapi, jenis Cik Bu aku ni dulu tak takut air, kau sua je ah besen kat beliau, melompat-lompat gasing beliau nak masuk dalam air. Muahahaha

4) Suplemen tambahan- Bagi yang budget lebih tu, boleh jugak kasi si bulus korang makan suplemen tambahan ni. Antaranya boleh kasi suplemen tambahan Omega 3 and Omega 6 Fatty Acids. Boleh cari kat pet shop mahupun klinik haiwan berdekatan.

6) Belai dan manjakan bulus korang!- Ini sangat ah penting! Sila lah berikan perhatian dan kasih sayang secukupnya kepada bulus kesayangan korang, kalau nak beliau sayang korang rapat-rapat jugak! Kalau bulus korang berak kat dalam rumah, apa perlu buat? Jangan lah dera beliau, berikan didikkan yang betul. Ada cara, kalau nak ajar bulus korang berak dekat luar. Bukan dengan cara mendera mahupun menyepak muka beliau sampai kematu hokeh!

Aku rasa ni je lah kot antara tips yang aku boleh kasi base pengalaman aku membela Cik Bu ni. Harapan aku, doakanlah aku jumpa balik Cik Bu aku. Kalau beliau bermusafir pergi cari kerja kat KL ke. Mintak-mintak lah beliau balik rumah semula. Kalau beliau sudah arwah di lahab oleh mat mat Myammar, itu aku tak boleh nak kata apa lah kan? Apa-apapun, thanks sebab sudi baca luahan meraban panjang nak mampus ni ye! kehkehkeh


Kucing muchkin, kucing parsi,
Kucing hutanpun nak join sekaki,
 Najwa Latif tak dak dalam entry ni,
Lain entry, kita merapu tak henggat lagi kat sini. =D



BYE


Kalau suka boleh lah LIKE  =)

31 comments:

  1. Hohoho,pasti sedih kan kehilangan Cik Bu... In banyak kali dah kena T^T... hensem betul Cik Bu,gemuk... BTW,kucing bagi pengetahuan In tidak boleh mandi selalu. Sebenarnya air liur mereka sangat bagus. Cara mandi kucing adalah mereka menjilat badan sendiri. Elok bagi Mandi sebulan sekali ke ape :) Nice sharing :D #Pencinta dan obses kucing XD

    ReplyDelete
  2. Nazmin: Thanks 4 da info In :) . betul2, mmg air liur kucing penawar. Pernah dgr org tua2 kata ...

    ReplyDelete
  3. Kesianya Cik Bu... sabar bayk2 ye SM. Nice sharing SM...

    ReplyDelete
  4. hensem cik bu ne... harap cik bu dlm keadaan yg baik2 sj... hehee

    ReplyDelete
  5. comel laaa..teringat kucing kt kg tuu..hehehe

    ReplyDelete
  6. Nao Mi:tq Nao Mi, hope dpt jmpa blik laa..

    ReplyDelete
  7. Miss Boo: Harap bgtu laa Miss Boo..

    ReplyDelete
  8. Amanina Nasuha: Kalau ada lebih nak sekor Amanina.. hehehe :D

    ReplyDelete
  9. Normi: Maceh Normi, tp dia dah hilang... :)

    ReplyDelete
  10. Bawak bersabar byk2 ye SM, harap jmpa blik lah cikbu sm tu,.. saya jgk pernah hlg kucing dulu. fhm sgt perasaan tu mcmna kn? Pray to cikbu jgk...

    ReplyDelete
  11. Tips last tu x bleh blah. lawak gak baca. hahaha

    ReplyDelete
  12. SM knpa frieskis x bgus eh? sy bgi mkn nasi dgn lauk ke kucing sy. x mmpu nk beli wiskas tu. hehehehe

    ReplyDelete
  13. Friskies x bgus sbb boleh buat kucing kita mati cepat. sakit jantung kot... nasi dgn ikan pun bolehhh... hahahah

    ReplyDelete
  14. Gemoknya kucing sm... syg laa, mna dia pergi ek?

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum dan salam kenal.. :D
    thanks kongsi petua nak jaga bulu kuching tu.. memang tgh mencari ni .. huhuuu.. http://timetravelafif.blogspot.com/

    ReplyDelete
  16. insyallah nti adalah penganti Cik Bu tu...nti mai pulak Cik Mek hahaha
    tp Cik Bu tu mmg comel lah

    ReplyDelete
  17. Time Traveller: waalaikumsalam... salam kenal jugak :) btw thanks sudi singgah sini :)

    ReplyDelete
  18. El: Insyaallah El kalau ada rezeki... hehehe :D

    ReplyDelete
  19. Kucing saya pun hilang jugak... sedih jugak kan bila kucing hilang... saya berwarga India, tapi saya suka baca blog ini sangat-sangat... saya juga teringin ingin membuat blog, ada siapa2 bole tolong?

    -Kumalaksh-

    ReplyDelete
  20. wahhh siap bagi tips,. hahaha
    btw comell kott kucing anda. sy tertawan :)

    ReplyDelete
  21. alaaaaaaaaa sayangnya...biasa la kucing cantik mmg biasanya jadik gini T_T
    blogwalking from grup produk review n follow u

    ReplyDelete
  22. omgeee comelnye kucing.. sygnye hilang..huhu..



    haii :) jejalan dari gr0up produk review n follow sini

    ReplyDelete
  23. Kita suka kucing tapi tak boleh bela . .

    Btw hye kita follower u yg ke 1211. blogwalking from produk review and salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  24. olololo..comeynye cik buu... mcm bbeh kita bulu pnjng..tpi bebeh dh tua dah..hak2..

    http://www.norainyusoff.com

    ReplyDelete
  25. comelnya cik bu..fiza jarang grooming kekucing sebab xde mase..huhu

    salam perkenalan dari group projek Legacy Secret Product :)

    ReplyDelete
  26. Hahaa. Kelakor lah awak tulis entry. Sukaaaaa! Hehe

    Apa2pun, semoga Cik Bu kembali ke rumahh! Aminn!

    ReplyDelete
  27. comel je. jemput juga baca kutu kucing

    ReplyDelete

Sila mengomen-ngomen di Sini..Muehehehe