Santan Manis Dapat Anak Baru?! Santan Kelabu?! Jeng Jeng Jeng!

Tajuk–merajuk kat atas tu haruslah kontrobasi cokodok basi sampai tak hengat. Kahkahkah. Mau tersembur bijik kurma Yusof Taiyob mak SM, kalau beliau terima berita tak senonoh seperti digembar-gemburkan di atas. Tak memasal je, SM berlari-berkejaran sesama ibunda tercinta sambil penyapu lidi dihentak-hentak pat ratus pat ploh pat das kat atas kepala dek berita yang ntah hape-hape kat atas tu. Kahwinpun belum, tup-tup dah dapat anak? Achaner tu? Muahahaha =D

Al-nak jadikan cerita, Santan Kelabu tu bukan anak SM pun sebenarnya. Beliau seekor anak kucing jantan yang SM jumpa sebulan lepas kat Market. Kebetulan masa SM jumpa beliau kat Market tu, beliau keseorangan sambil bantai Ikan kembung yang orang pasar tu bagi kat beliau. Masa tu kurus kedeking sangat beliau. Almaklumlah, anak yatim piatu. Yang menyayat hati lagi tu, Kucing SM Cik Teh, baru je menghembuskan nafas yang terakhir time tu. Punca kematian? Mati kejung mengeras tahap hazabedah secara kuak rentang kat belakang peti ais Singer akibat daripada renjatan letrik yang melampau! Memang sehari tu asyik dok maki-hamun jelah kat peti ais Singer tu! Sebab beliau yang menyebabkan Cik Teh mati kejung mengeras! Mujur peti ais Singer tu tak boleh cakap, kalau tak, memang dok lawan maki hamun la SM dengan beliau(peti ais Singer)! Kehkehkeh =D

Selalunya, panggil Cik Bu je kat Santan Kelabu ni. Susah bebenaww nak nyebut benda alah Santan Kelabu tu. Sampai naik meroyan lidah berbelit nak menyebut. Kan? Jom SM nak tunjuk gambar Cik Bu kat korang. Mana la tau, ada yang berkenan nak jadikan beliau menantu. Boleh berbesan dengan SM. Tak gitu cik Ainon? Kehkehkeh



 Santan Kelabu a.k.a Cik Bu =)


Gambar belakang bentuk muka bumi beliau. Susah bebebau nak snap beliau! Beliau asyik Terkinja-kinja nak main dengan anak gajah biru kejong bereben kuning dengan anak kura-kura hijau baru lepas menetas dari telour ibonda beliau. Ntah apa yang best sangat main dengan diorang tu Cik Bu Oii! Baik main congkak dengan aku, lagi berfaedah! Muahahaha =D


Always jadi mangsa buli Cik Bu depa dua ekor ni. Nilah, anak gajah biru muka macam nak mintak nasi goreng pataya dengan anak kura-kura reben kuning budget kiut tu. Kehkehkeh *Abaikan




Cover line letew! Belakang bukan main jadi bahan sepak penendang benda alah kura-kura tu! Depan, BFF sangat korang ye. kehkehkeh








*Peace Yawww!!!

Hajat di hati sebelum tu nak beli anak kucing. Pergi tanya kat Pet Shop, seekor anak kucing berapa? Yang anak kucing biasa nak dekat RM300 gak la sekor! Mau tercekek tulang ikan kekek ikan gelama mak iloi-iloi SM, sekor anak kucing cecah RM300! Mana nak cekau woi! Last-last mujur jumpa dengan Cik Bu ni dekat Market. Kalau tak, mau hangus RM300 macam tu je. Oh no babeh! =D

Cik Bu ni tak tau nak kata lah baka apa. Maybe, mix kut. Nak kata kucing siam pun tak, Kucing Parsi? Lagi la tak. Tapi dia punya ekor tu ada la kembang sikit-sikit daripada tak hado. Kehkehkeh. Kalau sesapa yang obses dengan kucing tu kan? Tak payah menyusahkan diri sendiri nak pergi beli mahal-mahal, sekor sampai nak dekat 400 bagai. Try jer survey kat mana-mana pasar. Tak kira la, Pasar Malam ke, Pasar Borong ke, Pasar Raya MyDin ke ataupun Pasar Siti Khadijah maybe? Muehehehe. Manalah tau, jumpa yang berkenan di hati. =)

K,lah korang, Cik Bu pun dah merengek-rengek macam mintak pelempang kat atas riba dah ni. Sekian sahaja untuk rancangan Wanita Hari Ini, Esok dan Selama-lamanya! Semoga berjumpa lagi dalam segmen sentap-menyentap yang sama!

BYE.

Kalau suka boleh lah LIKE =)
P/S: Korang Rasa Cik Bu ni baka apa??? 

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

37 comments:

Anonymous said...

Comelnya SM! umur berapa bulan nie?

Santan Manis said...

Dalam sebulan lebih camtu kut anony =)

iha said...

Adoyainyepun SM.. terbahak2 kita gelak kat sini sampai bergema 1 flat.. kesian peti ais tu, kesian lg Cik Teh huhu.. entah la, nampak Cik Bu ni comel tapi sy sendiri pun taktau baka apa.. bakawali kot :D

Santan Manis said...

Hahaha... spesi baru tu lha zaliza. kehkehkeh =D

Anonymous said...

ada lagi tak SM! nak jugak!! plissssssssssss!! =D

Unknown said...

bestnya dapat bela kucing. T___T hhehe..comel la beliau tu..i mean itu kucing la..ngehngehngeh

Santan Manis said...

Ok paham. hahaha =D

tuanseliper said...

kemaheng ade mainan cenggitu. gua pon tadek. kihkih :p

Santan Manis said...

nak ke Bai baizura. dtg amik kat umah SM.ada lgi stok tu .kehkehkeh :D

Anonymous said...

Kesian nya Cik Teh tu SM! :'(

Akupenghibur.com said...

lama tak dtg blog nie ..rendu plak.. wahh comelnya

Nastyna said...

Comelnya Ck Bu.. hahaa orang pergi pasar cari ikan, kamu pergi pasar cari kucing. Ok la, baik tolong kucing2 yatim ni dari spend too much money untuk kucing di kedai haiwans tu kan.

a said...

cumeynye!!! ekornye mcm ekor tupai.. si kelabu..meh cni meh.. come to mama meh..ekekee ;P

Unknown said...

comelnya! haha.. comel sangat kucing ni :D hehe

Cik Nor said...

ekor dia cantik..:)

Anonymous said...

comelnyaaaa santan kelabu tuuu.. hehe >.< comel sangat~! ekor dia cantik~!

Anonymous said...

Comelnya dia SM! Lagi better drpada kucing yg ada kat pet shop tu. nnt nk try cari jgk laa. mna lah tau, untung2 dpt kucing comel macam ni!! :D

Anonymous said...

Wooow!! kitten lagi ni! Bagus2 menolong anak2 yatim piatu ni! :) *Takziah atas kematian cik Teh! :'(

Anonymous said...

SM! Cik Bu ni ada adik beradik lain lagi x! kalau ada! nak jugak SM! comel sgt dia!!!!

Mizz Aiza said...

comelnya cik bu.. bagus betul SM.. selamatkan kucing terbiar kat market.. hehe.. :D

Kamsiah yusoff said...

org kata,org yg suka bela kucing,murah rezeki...:)

thanks follow blog saya

Miss Za said...

alahaii..comelnyer..
geramm tgk ekor dia yg kembang~

Anonymous said...

Kucing saya baru meninggal so sad! bila tengok Cik Bu SM teringat kat bella saya!! huhuhu :')

The Mooner said...

ngeee . comel gilee ! . hehe name dier sweet laa :3

Nazmin Nazifa εїз said...

Cik Bu ..kira betina lah ye ? :)

Bertuahnyaaa..dpt jumpe kucing comey cemni :) Jimat duit ! Hehe ...

Anonymous said...

waaa... saya ada kucing betina ! nama dia princesss!! bolehlaa... SM jadi besan dengan saya ye..hehehe! mesti comel anak Cik Bu dgn Princesss kalau diorg kawin! :D hehehe

Anonymous said...

Comel nye dia!!! Tuan diapun comel jugak! hahahaha -peace!- :D

Unknown said...

wow...gebu...ekoq kembang!

aiman mania said...

kekadang kucing "yatim piatu" yg duk berkeliaran kat market yg kotor binti selekeh ,,..bila dimandikan lagi comel dr kucing yg dijual kat pet shop .. kesian kucing SM yg dulu tuh ...mati gara2 renjatan elektrik peti sejuk singer?haahaa...
nama pon dah singer(bunyi2 macam singa) ...so,ta heranlah :D

! Arjunakirana ! said...

comey macam MUSANG huhuhuh :P

Diari Si Froggie said...

SubhanaAllah comeynya cik bu nie.. geram je tengok.. baka kucing kampung + siam nie. haha.. anak kucing kita sama kelabu :) tahu tak pe banyak kucing comel2 kot org buang kalau pelihara betul2 mau lawa macam cik bu nie ha.

Nurina Izzati said...

aww.. comelnya... !!

Neon said...

comelnya, ekor dia panjang, n nampak bersih sangat

amalzulkaply.com said...

salam kenal.lia.zf baru dalaam dunia blog ni..
cute laa kucing.im cat lover too..
but malangnya aalahaan kucing..
blog saya baru update.and simple je..
jom baace..

Bunda_nora said...

comey nyer...

bicara mak dara said...

sangat comel

Pakcik Kantin said...

boleh tahan comel kucing ni.sy pon mula mula dulu kutip kucing terbiar je.dapat kucing persian flatface betina.pastu cari yg jantan pulak tp tak jumpa.terpaksa lah beli sebab nk baka persian jugak.di situlah bermula dinasty kucen parsi sy