Resepi Laksa Nenek Moyang Kembali Ke Zaman Silam


Tajuk entry tak da sangkut-pautpun dengan nenek moyang SM atau nenek moyang sesapa jelah. Muehehe. Yang pasti harinie, mood nak makan nasi kangkang memang ke laut. Tu yang KERAH mak SM suruh buat Laksa tuh. Hambek ko, kerah! Durhaka  punya anak!ko hengat mak ko hamba adabi abdi ko nak kerah bagai? hambek, setepek kena!hahahaha. Sebenarnya, saja je suruh mama SM buat laksa harinie, Almaklumlaahh...mood nak diet makin berleluasa sekarang ni, kan?PANG! Lempang pat ploh pat das, tak pernah-pernah gua pangil "mama" kat mak gua. Muehehehe =D

Ok, sebelum nie, SM ada gak story-mory tentang laksa kat Entry nie. laksa tu memang terbaik dari ladang buah kurma Yusof Taiyob(sambil cakap bisik-bisik,macam iklan tu). Tak caya? Cer laa pi tekan  SINI tengok, meleleh ke tidok air liur tu. Kehkehkeh.

Pada pengamatan SM laa kan, nak buat laksa ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi gak laa..lepas satu-satu nak kena buat, mana nak rebus ikan lagi, nak kopek isi ikan tu lagi nak kena asingkan daripada tulang-belulang beliau, macam-macam lagilah! Sama macam SM buat Kuih Siput dulu kat Entry Nie, Perghh!! Menguji keimanan betul. Pergilah tengok entry Kuih Siput tu, Seksa WOooo nak buat!

Bahan-bahan beliau :
  • Ikan kembung ( sekilo), Cili kering 10 tangkai, cili api 10 biji (boleh tambah lagi jika mau pedas ya amat!), dua inci belacan(ukur bebetul.muehehe), bawang besar 3 biji, bawang kecik 10 biji, Bunga kantan 3 kuntum, daun kesum seikat. Asam keping (ikot tahap kemasaman disukai), gula, garam,
  • Bahan hiasan: timun, cili besar, bawang dihiris, nenas, limau kasturi, fishcake.
  • Mee laksa kering/ basah

Mula-mula, asingkan isi Ikan tu dulu dari tulang-belulang ikan tersebut. Tak kisah nak guna ikan apapun, janji ikan.betul ke? Kang Berbuih plak mulut anak orang kang. yang pasti jangan guna ikan belacak sudeehh. Lain pulak jadi laksanya nanti.Muehehehe.(SM tengok mak SM guna ikan Termenung kut. betul ke tidok?kehkehkeh)



Tulang-belulang nie, buang jauh-jauh! Campak beliau bagi Lembu gila makan! hahahaha, tapi setengah orang tu ada gak yang blend sekali tulang-belulang ni, terpulang pada nafsu makan Inovatif memasing la. Muehehehe =D



Pastu perah Santan Manis lebih kurang dalam sebijik laa.. Gamak yang suka kuah lagi berlomak, boleh letak dalam Seploh bijik camtu ker. Cukup? Muehehehe. =D
Tangan mama gua yang putih-gebus tu..Putih ke? kehkehkeh..Marah mama gua kalau baca blog ni, kehkehkeh. *macam best plak dok panggil Mama-mama nie, macam anak Puan Seri giteuww..=P Hohohoho. *Sengal



Pastu tapis laa santan tu..jangan masuk sekali hampeh hampas dia pulak. Kang terhampas plak laksa tu kang. =D



Masukkan isi ikan yang dikopek tadi tu, untuk diblend tanpa ada rasa belas kasihan mahupun simpati. padan muka ko isi ikan! tak pepasal je ko kena kisar! Kahkahkahkah *gelak Jin =D



Pastwo, three, four, five, six, seven, eight...Tapis laa isi ikan tu. Yang nie, mak SM kisar dengan udang batu sekali kut kalau tak silap. fungsi Udang tu, nak kasi kuah Laksa tu Ummpphh & Wallahweihhh lagi... hahaha =D



Campurkan adunan kuah isi ikan yang diblend,Santan yang diperah dengan rakusnya serta cili kering yang dikisar itu tadi ke dalam periuk dan masukkan bunga kantan.



Telur rebus, daun sup, cili padi, bawang merah, timun serta sayur-sayuran lain untuk memperhebatkan lagi rasa Laksa tersebut!Ohyeh...*Over. Muehehehe =D






Secara Rasmi dan Offfficialnya, siap jugak Laksa Resepi Nenek Moyang Kembali ke Zaman Silam ni(nama bukan main meroyan lagi. Muehehehe).


Niat tak nak makan nasi, akhirnya tergendala begitu saja, secara tiba-tiba dan begitu mendadak sekali perut SM macam mintak pelempang jee nak makan nasi plak. Nafsu makan yang rakus tahap kerbau gila mengamuk memang tidak dinafikan sejak azali lagi. Nak tak nak, terpaksa laa bertungkus-lumus buat nasi goreng pulak lepas tu. Hambek ko, DOUBLE MAKAN! Hahahaha.

Yang pasti, misi nak makan laksa tercapai jugak, mengalahkan selera mengidam orang mengandung  anak kembar seploh! Nan Hado jelah semangat nak diet. Hahaha.


K,BYE.



P/S: LAKSA OH LAKSA, KENAPA AKU SUKAK GILAK KAT KO!!! MUEHEHEHE =D

34 comments:

  1. Yang pasti ini bukan blog masak memasak. hahaha :D

    ReplyDelete
  2. aUMMM ! Tergoda u , sedap nyaaa :D
    Pos umah saya sikit ek . hehee ^^,

    ReplyDelete
  3. walaupun rumit,hasilnya sedap!

    ReplyDelete
  4. unsecretostory: ok, nanti SM guna Pos laju. kehkehkeh

    ReplyDelete
  5. eeehhhh...ehhhh...jgn malu jgn sogan pos kat cik 4,5 mangkok macam tu.Jgn lupa pakai pos laju ek...huaaa...hua...huaaaa..

    *hulurkan tangan Ringankan beban.http://azlyiejah.blogspot.com/2012/10/hulurkan-tangan-ringankan-beban.html

    ReplyDelete
  6. frozen fox: wenak bangat. muehehehe :D

    ReplyDelete
  7. cik azlyzah: Semangku 5 hennget termasuk dgn pos laju. kehkehkeh :D

    ReplyDelete
  8. cik azlyzah:semangkuk 5 hengget termasuk dgn pos laju.kehkehkeh :D

    ReplyDelete
  9. amboi dia....jom masuk masterchef dik!!

    ReplyDelete
  10. Aiyooooo laksa plak malam2 nie, 2hari lepas dah makan. Tapi rasa macam nak lagi plak...

    ReplyDelete
  11. Sedapnyeee laksa. Rindu laksa dekat rumah. My Mom is the best!

    ReplyDelete
  12. Anonymous: Tak sampai ke tahap tu lagi anonymous ;)

    ReplyDelete
  13. Niena: Uisshh,,mesti sedap mak niena masak kan? :D

    ReplyDelete
  14. ko buat pembaca rasa lapar je la. huhu

    ReplyDelete
  15. Laksa ni kan nak buat dia tak suka.. tpi nk makan dia mmg suka xD

    ReplyDelete
  16. bukan main nama laksa ko nie ek... nampak cam lazattt

    ReplyDelete
  17. Azriff: Nah pat mangkuk Azrif!! Muehehehe =D

    ReplyDelete
  18. Everythings: Tau xpa..nak buat bukan main rumit mengalahkan piramid..nk mkn senang jee....kehkehkeh

    ReplyDelete
  19. Miss Zahirah: hehehe *gelak mintak lesung batu :D

    ReplyDelete
  20. CikLily Putih: hahaha...Over gila nama..rasa nan hado je...kehkehkeh :D

    ReplyDelete
  21. wuiihh dasyhat nie..baca sambil telan air liur.
    santan..santan..mesti pandai masak kan..kan...

    :)

    ReplyDelete
  22. Senang sok bini tak yah nak masak!

    ReplyDelete
  23. Si Pipi Merah: Mak SM yg buat laa lin :D

    ReplyDelete
  24. hainom: Setakat jerang air lepas laa kak...huhuhu :)

    ReplyDelete
  25. laksa noh....jom pekena laksa kuala perlis!!

    ReplyDelete
  26. FAMI: jum2!! bila? Muehehehe :D

    ReplyDelete
  27. sedapnya laksa!!! lama x makan :D

    ReplyDelete
  28. tq SM. baru lepas buat utk anak2 tadi. menjadi :D

    ReplyDelete

Sila mengomen-ngomen di Sini..Muehehehe