Gambar kanak-kanak riang yang tak berapa nak tumbuh sangat tumbusaran tu *Muka aku macam nak mintak kaki je atas tu aku rasa! jilake sungguh! Ni semua salah Photographerlah ni!! Muahahaha =D
Perghhh!!! Kemaheng melompat anak Kak Robaiyah depan rumah tu, bila dapat surat masuk Universiti baru baru ni. Sampai tercengang abang posmen yang hantar surat tu, sebab anak Kak Robaiyah dok buat perangai sedemikian rupa kat depan beliau. Muehehehe. Sebelum tu, tahniah kepada adik-adik yang bakal bergelar mahasiswa serta mahasiswi yang berjaya masuk ke U tu ye! Skema nawww entry kau kali ni tau Santan! =D
Melompat-melompat jugak, Tahu ke idok macamana realiti bila korang dah berada dekat Universiti tu nanti Oii. Mesti ada mulut-mulut jahat kat luar tu cakap, Alah Santan tu graduate pun belum ada hati nak kasi tips bagai! Dia ingat dia tu sapa? Dekan fakulti kah!?
Tudia mulut hang! jahat noh! Satgi ceq cabai mulut satgi baru hang tau! Muehehehe. Baiklah, taknak cakap banyak, meh sini nak kasi korang tengok satu video sempoi daripada Vlogger si Shahrul Nazrin ni. Kemaheng tau, Shahrul Nazrin nama beliau, mengalahkan nama watak novel cintan-cintun. Kahkahkah Hambek kau Shahrul Nazrin, kena bahan dekat sini. nasib badanlah ye, tapi dia baikkkkkkk!!! Muahahaha =D
Ni merupakan satu video yang mana orang selalu Expect bila berada dekat U semuanya indah. Hakikatnya? Sabor jelah! Muahahaha. Boleh tengok Video Vlog kat bawah ni untuk lebih jelas ye wahai anak rusa nani sekalian. Ni Vlog first SM berlakon dalam ni, watak sebagai fahrin Ahmad bak hang! celah mana fahrin Ahmadpun aku tak tahu lah! Muehehehe. Nak tengok SM berlakon dalam video tu, korang boleh Play Video kat bawah ni. Kalau tak nak muntah hijau, sila tengok video ni sambil makan roti empat sagi cicah air kopi cap gantang! Baru masyukk bak hang!
Mahasiswa Expectation vs Reality
Acaner video kat atas tu? Macam nak mintak kaki tak korang rasa? Sudah! sudah! Harini tak nak merapu sangat, ni antara tips yang korang perlu bersedia bila nak masuk Universiti tu nanti. Antara ialah:
1) Makan maggi SEDAP goreng tu, kongsilah sama dengan roomate. Kang sentap pat ploh pat hari kang beliau, Yakni Roomate tersebut! Tips ke ni? Muehehehe =D
2) Duit PTPTN, MARA, jPA pandai-pandailah jimat Oii!!! Kang terpaksa kongsi makan maggie SEDAP goreng dengan roomate pulak kang! =D
3) jangan dok sentap-sentap bila member korang keluar dengan orang lain. jenis ni yang nak kena tomoi padu-padu ni!
4) Senyum dengan semua orang walaupun orang tu tak nak langsung senyum dengan kau. Simple nawww tips kau Santan!
5) Selalu berselfie dengan Pensyarah supaya tak kena bahan dalam kelas, kalau kau ni yang jenis malas nawww nak buat assignment beliau memang patut sangatlah buat perangai cenggini . Muahahaha =D
6) Kalau ada awek dok jeling-jeling dekat kau. Dia bukanya nak ngorat kaupun sebenarnya. Mesti awek tu nak promote dia punya Herba Life tu kat kau. So hati-hati! Kehkehkeh
7) Belajar rajin-rajin. Macam nak lempang tak tips yang ni. Budak umur lapan tahun pun boleh bagitau woi! Muahahaha
8) Penat dah Oii nak kasi tips panjang-panjang ni. Masing-masing dah besar gedabak kan? So, Pandai-pandailah hidup berdikari kat U tu. Takkan semua abang nak kena suap kot dik Non Oii! Muahahaha
Tak rasa macam nak mencarut ke tips-tips kat atas tu? Kehkehkeh. By the way, tahniah kepada mahasiswa serta mahasiswi yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading tu, tak kiralah sama ada govermnet ataupun tidak, Bagi aku study mana-manapun sama saja, yang penting niat kita tu sama ada ke laut ataupun sebaliknya. Makk aiii!!! Rasa berilmiah sangat entry kali ni aku rasa. Muehehehe! =D
Baiklah, Malas nak gebang banyak-banyak kat sini kali ni. Kang masyarakat menyampah pulak dok gebang lama-lama kat sini. Aku harap berguna lah ye tips-tips kat atas tu kepada bakal mahasiswa serta mahasiswi sekalian. Kalau yang tak berguna tu, buanglah jauh-jauh tak payah nak jadikan pedoman sangatlah ye! Muahahaha
Akhir Kalam,
Akhir Kalam,
Ikan kekek mak iloi-iloi,
Ikan gelama mak ilai-ilai,
Ke kedai Pak Meon membeli keropok super ring,
Next entry kita jumpa lagi!
Mak Aii!!! Ke longkang nawww pantun kau Santan Hoi! Muehehehe =D
Ikan gelama mak ilai-ilai,
Ke kedai Pak Meon membeli keropok super ring,
Next entry kita jumpa lagi!
Mak Aii!!! Ke longkang nawww pantun kau Santan Hoi! Muehehehe =D
OK BYE!
jom Bergebang Dengan SM kat facebook jom! =D