Perghh!!! Rasa macam nak terberanak kembar siam pulak aku nak join contest blog di saat-saat akhir ni. KTHO? Apekah itu? Adakah beliau sejenis buah rambutan kacukkan durian belanda? Mahupun sejenis plan insurans Takaful Nasional Berhad? Nak tau apa itu KTHO? Sila baca entry di bawah ni sampai meroyan tak hengat negara! Muahahaha
Pikir nam ploh pat nam ratus kali jugak ah nak join ke tak contest ni? Nak join ke tak? Nak join ke tak? Sampai menyeringai otak dok pikir benda alah ni. Alang-alang memakan sambal belacan cicah ikan perkasam, biar ah berpeluh sampai ke kutub India selatan. Erk? =D
Sebenarnya, kat Uni aku ni ada buat satu contest untuk cerita pengalaman sepanjang berada di KTHO ni. KTHO merupakan hostel tempat bergelak ketawa meronggeng secara berjemaah bersama rakan-rakan tercinta kat sini. Lebih kurang macam tu lah maksud dia.
Pengalaman yang aku rasa tak boleh nak lupa masa first time aku datang daftar sini. Aku excident langgar dengan lembu jantan tompok coklat-coklat ok. Jahanam punya lembu jantan tompok coklat-coklat tu, main sauk je langgar aku. Dah la excident masa time daftar tu. Dengan jalan capek-capek, sampai ada budak-budak kat sini ingat aku OKU. Damm!!! =D
Lepas dah ok sikit dari excident dengan lembu jantan tompok-tompok coklat tu, aku join aktiviti perbarisan kolej. Semangat hokeh join perbarisan, walaupun kalau kau tengok aku jalan macam nak mintak pelempang je time tu. Muehehehe
Cuba cari, aku kat celah mana? muka aku macam nak mintak sodep nasik briyani je dalam gambar ni
Pengalaman kedua yang aku rasa best tahap nak meninggal jugak ah kat KTHO ni. Time malam bakar jagung. Mak Aii, sampai aku berakpun keluar jagung seketul seketul haritu. Terlebih makan jagung punya pasal(perlu ke nak mention berak tu?). Banyak gila jagung diorang tempah malam tu. Sampai muka akupun dah macam jagung bakar dah malam tu. Tapi memang meriah habis lah malam bakar membakar jagung tu. Mujur member aku yang nama bakar tu tak ada. Kalau tak, sekali dengan beliau beliau aku bakar macam jagung tersebut. Muehehehe *Abaikan
Dua singgit! Dua Singgit! Sila ambik resit anda & bayar kat kaunter sebelah. Terima kasut. =D
Suka letew makan jagung secara berjemaah. =D
Aku rasa pengalaman yang tak boleh blah batu belah batu bertangkup, masa aku balik dari cafe dan ingin pulang ke KTHO tercinta baru-baru ni dengan member
aku, selamber dek je segerombolan babi hutan hik hok hik hok dok melintas secara
berlenggang kangkung ikan gelama mak iloi-iloi kat depan aku. Tergaman jugak ah masa tu, takkan
nak lari bersepah pulak kan? Kang tak memasal je aku terjebak dalam
kelompok diorang yakni babi hutan hik hok hik hok tersebut. Dah ah sekor-sekor badan macam tong drum. Mau terkencing manis aku kat situ kalau diorang kejar. Muehehehe
Sebenarnya banyak lagi pengalaman yang best tahap nak meninggal kat KTHO ni. Meroyan lah, kalau nak cerita satu-satu kat sini. Biarlah pengalaman tu tersemat rapi di dalam sanubari sahaja. Ecehhh...
Kenapa aku tepek gambar ni? Sebab aku rasa gambar ni macam cantik jer, macam comel jer. Kehkehkeh =D
Apapun sepanjang berada kat sini memang enjoy & happening je selalu. Pantang ada event masak bubur asyura secara bergoyang gerudi sambil nyanyi lagu suriram pun aku rasa meriah. Sebab apa? Sebab, semangat kekolejan kitaorang tinggi nawww sampai gayat aku nak panjat. Ini semua kerja Pierre Andree ah yang suruh aku join contest ni. Untung lah, aku dapat kawan macam Pierre Andree. Muahahaha
Sekian sahaja laporan saya untuk berita jam empat ploh pat minit untuk hari ini. Saya, Pak Dollah Jambu Vibrate, melaporkan berita untuk kali ini. Kita kembali ke Sri Pentas. Sekian terima kasut daut keladut. Muehehehe =D
BYE
Kalau suka boleh lah LIKE =)