Perghh!!! Tajuk entry boleh berderau pembuluh darah nenek SM kalau beliau baca! Dah ah beliau peminat tegar Pierre Andree. Nenekku sayang, Pierre Andree sudah berkahwin ok. So, jangan nak mengada-ngada sangat. Nanti Cucu cari peganti Tok wan yang baru kat nenek. Kahkahkah =D
Memang melampau la kalau Pierre Andree baca blog ni kan. Tak pasal-pasal je beliau angkut geng hentak SM secara berkuak rentang dengan geng-geng beliau kang. Tak ke meroyan terlantar kat hospital sorang-sorang?
Alah... Mana ada SM keluar berjimba-jimba dengan Pierre Andree pun sebenarnya. Kontrobesi je lebih tajuk kat atas tu. Sebenarnya SM keluar dengan member haritu, budak-budak perempuan kat Uni, semua kata muka member SM ni macam muka Pierre Andree. Agak berangin jugak ah dengan budak-budak perempuan kat Uni ni. Asal jumpa SM je, macam ni lah dialog tak boleh blah batu belah batu bertangkup diorang. Macam nak cekik je sekor-sekor sampai meninggal! =D
"Weih SM! Nanti ko kirim salam erk kat member ko yang muka macam Pierre Andree tu. Dia Adik Pierre Andree ke weih? hehehe(Sambil buat muka malu-malu taik ayam panu!)
Dah kenapa dengan ko minah? Tak boleh nak pergi bagitau sendiri ke? Mau aku tonyoh jugak muka kau dengan taik ayam panu kang! Asal jumpa aku je suruh aku kirim salam kat beliau. Poorrrah! Kahkahkah =D
Tak tau ah plak, tang mana member SM sorang ni muka macam Pierre Andreenya hah. Asal perempuan jumpa beliau je, mesti cakap muka beliau macam Pierre Andree. Ok fine!(nampak tak kejelesan SM di situ?muehehehe). Korang tengok lah sendiri, tang mananya muka beliau mcam Pierre Andree Cik Kalsom ooii!
Pierre Andree??? No komen.
Nama beliau Saufi, bukan bedak Sofi yang pakai kat ketiak tu ye. Memang kat Uni SM, semua panggil beliau dengan panggilan Pierre. SM tengok tak ada la sangat muka macam Pierre Andreenyapun, maybe muka beliau sama masa Pierre Andree time zaman sekolah menengah dulu kot. Tak tau lah kan. Muahahaha.
Hari tu, si Saufi ni ajak SM pusing-pusing Metro Kajang. Bosan tahap nak meninggal asyik terperuk je kat hostel. Tengok kiri kanan hutan, naik ketuat SM lama-lama dok terperap dalam hostel. Kebetulan masa tu memang nak keluar pergi beli tiket baspun. So, kitorang keluar ah meroyan kejap dengan jayanya menjahanamkan diri kat Metro tu dengan hazabedulnya sekali! =D
Hari tu, si Saufi ni ajak SM pusing-pusing Metro Kajang. Bosan tahap nak meninggal asyik terperuk je kat hostel. Tengok kiri kanan hutan, naik ketuat SM lama-lama dok terperap dalam hostel. Kebetulan masa tu memang nak keluar pergi beli tiket baspun. So, kitorang keluar ah meroyan kejap dengan jayanya menjahanamkan diri kat Metro tu dengan hazabedulnya sekali! =D
Mula-mula tu budget ah, nak beli ticket flight bagai. Sekali tengok harga. Ambik kau! one way je dah dekat RM300! Pergh! Mengalahkan tiket nak pergi Bali. Terkentut berdarah ah nak beli tiket flight kalau harga bukan main Vip cenggitu!
Ah! Feed up dengan harga ticket flight, kitarong terus menjahanamkan diri kat Metro. Nak tengok wayang, tak ada sangat cerita best, banyak cerita Tamil je time tu. Si Saufi ajak tengok cerita tamil tu, beliau cakap action best tahap nak meninggal. SM cakap apa kat dia. "Nanti ko beli CD sudah... tak payah nak membazir sangat.!". Sentap tak? Ngeh ngeh ngeh =D
Lepas tu, terus ajak SM pergi menjahamkan diri kat karoeke pulak. Frust letew, sebab beliau tak boleh nak tengok cerita tamil arramugem beliau! kahkahkah.
Bergegau-gegau gambar beliau. Boleh tahan jugak ah suara beliau, ada la iras-iras David Aramugem sikit! kehkehkeh. Gambar SM karok memang tak de ah. Asyik aku je dok jadi cameraman dok tangkap gambar beliau. Beliau je asyik dok bolot pentas kekaroekean tersebut. Memang sekeping dua je ah gambar SM! takpa, redho jelah demi menjaga hati member yang tak dapek nak tengok cerita Tamil macha annn nadey itu tadi! Muehehehe
Lepas penat melepaskan suara masing-masing yang merdu bak buluh perindu kalau Megan Fox lalu kat tepipun boleh tergoda. Puihh!!!(Termuntah di atas peha sendiri kejap). Berambus lah pulak kitaorang kat KFC untuk mencekik peha-peha ayam yang gebus & ranggup di situ.
Mak aii! KFC pack nak mampus time ni. Nak makan peha ayam seketul punya pasal. Gigih jugak ah kitaorang beratur. Sampai-sampai kat kaunter depan tu, awek kauter tu dengan cover keayuan sambil putar-putar rambut rebonding beliau, boleh bagitau kitaorang macam ni. "Kalau nak ayam, kena tunggu dalam setengah jam lagi lah, sebab tengah tunggu stok ayam, baru je order tadi. So, kena tunggu dulu lah ye. Terima kasih(sambil dok usha si Saufi kat sebelah)".
What the la kan?! SM dah menyirap dah masa tu. Aku punya ah beratur macam orang gila kat situ. Boleh plak kau cakap macam tu. Apesal laa kau tak tutup kaunter dulu? Dah tau baru nak order ayam kan? Mujur SM tak termaki kau kat situ. Si Saufi pulak dah merah muka dah masa tu. Cuba ah fikir sikit, kesian kot kat makcik-makcik yang tengah beratur tu. Tak ke, naya orang namanya tu? Adoi. Lepas tu, kitaorang terus berambus dari situ. Malas nak tunggu lama-lama. Terbantut selera SM nak menyantap peha ayam! Pirrrah!!!
Marah kat KFC punya pasal. Lokasi nak memuaskan nafsu makan kedua, kitaorang pergi mengjahanamkan diri pulak kat MC Donald. Mujur servis kat Mc D ni ok sikit. Kalau tak, tak pasal-pasal la staf Mc D kat situ makan selipar jamban free! Muehehehe
Servis kat Mc D lagi better la SM rasa. Diorang punya servis teratur. Staf-staf kat situ pun cun-cun je semua. Teettt!!
Terkesima seketika tengok awek Mc D lalu kat depan mata. Muehehehe
Lepas makan, masing-masing jadi kejung seketika. Sebab asyik dok pergi refill air je kat dalam Mc D tu. SM rasa, naik menyampah staf Mc D kat situ, sebab kitaorang lepak lama sangat kat dalam Mc D tu. Kahkahkah
Sengkak makan Mc D! Peha ayam KFC hanya tinggal kenangan je lah! Kehkehkeh
Ada dekat tiga jam jugak ah kitaorang dok merapu kat situ. SM tak ingat berapa kali kitaorang refill air masa tu. Untung sebenarnya makan kat Mc D ni, sebab boleh refill air banyak kali. Nak-nak kalau yang bila lepak tak ingat dunia nak balik rumah sendiri tu. SM suggest, korang menapak lah kat Mc D secara berjemaah seberapa lama yang termampu. Biar sampai staf kat situ nak muntah hijau tengok muka korang. Sebab lepak lama sangat. Muahahaha
Gila kerepek ubi kentang pedas panjang entry kali ni! Tiba-tiba bersemangat waja pulak dok taip panjang-panjang berjela mengalahkan orang meroyan kat Tanjung Rambutan. macam la ada orang nak baca! Kahkahkah.
Tak nak ah merapu banyak-banyak kat sini. Dah ah, tajuk entry melencong gila dari landasan yang sebenar. Nanti SM up entry pasal SM date dengan Rozita Che Wan pulak. Mau berbuih mulut korang dok mengata SM! Muehehehe
"Anak itik tokwi tercekek bijik guli sampai mati,
lain masa kita merapu tak henggat sekali lagi kat sini." =D
Sekian terima kasut.
BYE.
Kalau suka boleh lah LIKE =)
Kalau suka boleh lah LIKE =)
32 comments:
Ada la sama sikit-sikit, kfc memang macam tu. servis kureng sikit! :D
Wah! ingatkan betul2 tadi! terkejut tau SM nie! hahaha :D
ada iras-iras sikit.. salam kenal, follow sini juga :)
Key Aida: KFC tak boleh nk kata apa laa... mujur ayam dia sedap :D
Intan Ku: hahaha... nan hado je lah nk kuar ngan retis :D
Diela: Salam kenal juga Diela :)
hana dah lama la follow SM. SM je nie baru follow hana. haha ha'ah serupa seyh. kem salam kat adik piere andre eh. kompom SM berbulu. :P
Baiklah Hana, akanku kirim kan salam hana kepada adik pierre andree tersebut! :D
Weet weet! Sy salah seorang yg skodeng blog SM! Done follow U back. :)
Eze: Weet Weet kembali! Skodeng lah byka2 kali ye... hahaha :D, tq follow :)
Wah! SM pun kacak + Comel jugak apa! kehkehkeh :D
Siti: ??, tiba2 punggungku terasa mengembang pat poh nam kaki. :D
Eze da letak banner SM kat blog supaya senang nak skodeng.. :D
Eze: Macihh eze, nanti SM pi usha sampai juling bjik mata kat blog eze ye . jage2... hahaha :D
wokeh boss! ^.^
sebijik kaw!!!hhaha...pas ni jumpe spe lak kan SM!!hahah
pierre andree? sape tu? nama mcm matsalleh je, apsal muka melayu? kekekeke... *kidding* :p
ade la skit2 irasnya, around 30% la kot...
ha'a lah mmg ada iras2
anyway done follow up =)
haha..ada la sikit2 irasnya..pelanduk hampir serupa..ekeke
errr ada jugakla iras2 pierr tu. kalo tidak takkanla org dok konfius dah kan? kekekeke
servis kat kfc mmg slalu cmtu kot.. kat area slim/tnjg malim ni pon kdg2 jd gak bnda2 gitu.. mmg spoilt la kan bile kite dah beratur lama gila tahap gaban last2 smpai turn kita, dia leh ckp gitu.. pfftftt
weewitt.. lain kali ajk kite skali berjimba2.. haha..:p
singgah belog santan.. bestnya karaoke. hehe
salam...
wah dasat makan pun blh terkesima hee... jom2 ke blog saya..
admin dulu bekas smkr yer jom ke blog saya www.cahayacinta.com / http://ummuainni.com
sipi2 tu ada lah kot iras2 pierre hehehe....
cm bayak perubahn kt saner eik., tringat 10-11 taun dulu., zaman2 bersidai kt kakilima plaza metro., da bosan g warta kt bangi ader complex kt situ., main snooker., pastu karoke jamban kt ats tu., haha
suka bejalan2 ek
ada la sikit2.. sipi2 macam Pirre tu
singgah baca-baca di sini..
http://www.noormalashahar.com
Assalamulaikum.. Datang kunjung ke blog SM bc entry yg pnjg.hehe.. Kwn SM ada la sikit2 rupa mcm piere tu. Kalu kfc di kelantan girl semua pakai tudung.
kim salam kat pieree andree itu! :D
ingatkan betul2 laa td... kikiki...
ein dh lame follow blog SM nie... :)
Haha, mesti annoying kan member perempuan asyik suruh kirim salam kat mamat pierre tuh. Kem salam kat dia jugak lah eh, haha
Post a Comment