Nostalgia Sangat Dengan Gula-Gula Nie Zaman Aku Kecik Kecik dulu! Sapa Pernah Makan?

"Polis sentri one tu jaga, polis mati pencuri jaga. Ram ram pisang, pisang masak layu, jatuh dalam lubang sambar bapak yu. Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu, tepuk bagi pandai emak upah susu." Masihkah kau ingat dengan lagu-lagu kekanak-kanakkan ini semua? Ke korang tak pernah nyanyipun lagu-lagu macam ni time korang kecik-kecik dulu? Nampak naww kebandaranya di sitew! Muehehehe =D

Pergh!!! Kalau mengimbau balik zaman kehingusan meleleh sedut-sedut tak lepas masa kecik-kecik dulu memang hazabedul tersangatlah seronok nak meninggal. Masa zaman tu, korang buat jelah apa yang korang rasa best nak buat, gerenti tak ada perasaan malu langsung time tu. Nak kentut bersepah sambil makan kacang tanah cap kuda ke?  Nak gelak kuat-kuat sampai jiran sebelah rumah meroyan berak bersepah ke? Nak lompat bintang sambil bergoyang gerudi macam orang gila ke? Mahupun nak telanjang bulat kat depan pintu rumah sambil tekup-tekup muka ke? Buat jelah! Zaman tu tak ada langsung nak pikir pasal masalah mahupun malu tak bertempat. Ko buat jelah sesuka hati apa yang ko rasa suka nak buat, tak ada orang nak kisah punya. Tapi kalau dah besar gedabak nipun ko masih nak telanjang bulat kat depan pintu rumah sambil tekup-tekup muka, silap haribulan makan selipar jepun lah kau jawabnya. Dah kenapa pulak kau nak telanjang bulat kat depan pintu rumah tu sambil tekup-tekup muka hoi! Dah nak mampus! Muehehehe 

Merapu dah berjabu, jom masuk isi pulak, kehkehkeh. Kalau kanak-kanak dengan gula-gula pulak? Memang susah naww nak dipisahkan. Zaman aku kecik-kecik dulu, gula-gula kat bawah ni memang famous-amos time tu. Kau masuk jelah kedai runcit Ah Liong pakai seluar pendek petak bunga-bunga ke, kedai runcit Makngah Bedah sanggul tinggi ke? Mahupun kedai runcit Muthu Sami Anak Lelaki Raja Kapoor gua musang sekalipun, mesti wajib punya jumpa gula-gula kat bawah ni aku rasa. =D






1. Gula-gula debu


Sapa pernah makan gula-gula debu ni sila angkat kening sambil mata buat-buat juling. Kenapa benda alah ni aku panggil gula-gula debu? Sebab bila kau bukak je penutup beliau, bersepah debu-debu cinta bertabur kat atas telapak tangan kau. Silap haribulan kalau kau hembus je debu tu, boleh jerebu satu flat. Muehehehe. Tapi aku tak suka sangat melantak banyak-banyak benda alah gula-gula debu ni, sebab rasa beliau pada awalnya akan mengeluarkan rasa masam sampai nak menangis sehingga menyebabkan boleh terkencing bersepah kat dalam rumah jiran sebelah! Bila dah lama-lama sikit kat dalam mulut tu, baru rasa dia beransur-ansur manis. Selalunya, aku basuh dulu dengan air paip belakang rumah benda alah gula-gula debu ni sebelum telan, sebab nak hilangkan rasa masam beliau yang tersangatlah hazabedul bila nak ditelandan dihadam. Untuk ibu mengadung mahupun sudah termengandung amat sesuai sangat ah nak melantak benda alah gula-gula debu ni puas-puas. Motif???!! =D



2. Gula-Gula Susu


Kau masuk je ah kedai Makngah Bedah Sanggul Tinggi time tu. Bersepah benda alah gula-gula susu ni. Harga murah nak meroyan benda alah gula-gula susu ni dulu. Kalau kau ada sepuluh sen time tu, kau boleh dapat empat bijik benda alah gula-gula susu ni hokeh. Tapi sayang seribu kali sayang, akibat aku asyik sangat berulang alik berlenggang kangkung dok pergi beli benda alah gula-gula susu ni kat kedai runcit Makngah Bedah Sanggul Tinggi. Dengan sesuka hati mak bapak ayam kampung jiran sebelah beliau je telah menaikkan harga gula-gula susu ni dengan begitu tragis sekali! Kureng asam punya Makngah Bedah Sanggul Tinggi! Habis punah ranah budget ekonomi aku time tu! Apa-apapun Makngah Bedah Sanggul Tinggi totap cun melecun! Muehehehe




3. Gula-Gula Batang Empat Segi


Aku tak tau nama saintifik sebenar benda alah gula-gula batang empat segi ni sebenarnya. Akibat bentuk beliau empat segi, sebab tu lekat nama beliau gula-gula batang empat segi tu dengan aku. Muehehehe. Sedap ke tidok benda alah gula-gula batang empat segi ni? Secara jujurnya memang tak sedap langsung rasa beliau! Why?! Why?! Why?!!!!! Sebab benda alah gula-gula batang empat segi ni keras macam nak mintak penyepak sulong! Kalau gigi kau baru nak tumbuh tu, tak payah berangan menggelabah gerudi sangat lah kau nak feeling-feeling melahap benda alah gula-gula empat segi ni. Elok gigi kau tu baru nak tumbuh, kang aku takut tak bertumbuh-tumbuh langsung gigi tu kang! Dah lompang gigi tu. Kehkehkeh


4. Gula-Gula Udang



Suka naw aku dengan benda alah gula-gula udang ni. Yang specialnya tentang gula-gula udang ni, bukan saja gula-gula yang kat dalam tu boleh makan. Dia punya plastik yang balut gula-gula udang yang kat dalam tupun boleh makan hokeh. Sebab apa aku suka nawww beli benda alah gula-gula udang ni time tu. Sebab aku cuma nak makan plastik yang bungkus kat dalam tu je masa tu. Memang masa tu otak tak berapa nak berkembang lagi kut. Bila mak aku tau aku suka beli benda alah gula-gula udang tu sebab semata-mata nak makan benda alah plastik yang ada kat dalam tu je, apa lagi habis merah menyala lah buntut ite diterjekan oleh mak ite! Sakit nawww buntut ite mase tu tew! Rasa macam best pulak dok cakap ite ite ite ni.  Macam nak hempok kepala sendiri kat tiang bendera sekolahpun ada jugak. Muehehehe



5. Gula-Gula Lipstik



Aku rasa benda alah gula-gula lipstik ni budak perempuan lah yang paling menggeletis semut api sekali akan beli gula-gula lipstik ni. Sebab apa budak perempuan time tu menggeletis semut api sekali akan dengan benda alah gula-gula lipstik ni. Elehh, sebab diorang budget dengan adanya gula-gula lipstik ni, dapat membuatkan bibir diorang jadi macam Rozita Che Wan letew bila pakai benda alah gula-gula lipstik ni masa tu! Lepas tu aku tengok, masing-masing pakat ramai-ramai dok kat atas para, sambil muncung-muncung bibir dok tenyeh benda alah gula-gula lipstik ni kat bibir masing-masing sampai berkilat. Berangan nak jadi macam bibir Rozita Che Wan letew bila pakai benda alah gula-gula lipstik ni time tu. Masalahnya, Rozita Che Wan dah terkenal ke time tu? Ahhh... Ghasak! Muahahahaha



6. Gula-Gula Hantu


Haa... Tadi bukan main sesedap nasi lemak Maklang Leha jekan dok mengata budak-budak perempuan pasal benda alah gula-gula lipstik? Meh sini aku nak cerita pasal budak-budak lelaki pulak bila pertama kali diperkenalkan dengan benda alah gula-gula hantu ni. lagi satu, jenis perangai budak-budak laki ni pulak, suka nawww lah dok buat benda pelik-pelik. Berhantu jugak ah mak bapak masing-masing time tu dengan perangai tak semengah anak masing-masing dengan benda alah gula-gula hantu ni. Mana tak berhantunya mak bapak time tu, semua lidah anak masing-masing dah macam-macam kaler lidah ada masa tu. Paling tak semengah budak-budak lelaki ah. Asyik nak jelir lidah je masing-masing sebab bangga dengan lidah yang sudah bertukar kaler menjadi biru, merah, oren mahupun hijau bijik nangka! Kau ingat cantik la lidah kaler-kaler bagai? Dah macam sesumpah dah lidah masing-masing bila dok jelir-jelir tak tentu hala akibat terlebih excited dengan benda alah gula-gula hantu tersebut, akibat wabak gula-gula hantu yang tersebar secara berkuak rentang masa tu. Makin pokai ah duit bapak aku, sebab hari-hari wajib beli benda alah gula-gula hantu tersebut sebab bangga mempunyai lidah yang pelbagai warna! Muehehehe





Benda alah kat atas ni bukan lah sejenis gula-gula. Tapi sangat familiar jugak ah zaman aku kecik-kecik dulu. Biskut gula tompok-tompok warna warni aku panggil benda alah biskut ni. Bukan main senak kepala dok bagi nama panjang-panjang dengan benda alah biskut ni. Kalau korang, aku tak tahu lah korang panggil apa dengan benda alah biskut gula tompok-tompok warna warni ni. Yang pasti! Sangat lazat nak meroyan benda alah biskut gula tompok-tompok warna warni ni bila makan petang-petang hokeh. Nak-nak kalau kau makan tengah hujan turun renyai-renyai sambil dengar lagu datin Sameon. Pergh!!! Tangkap cinta bak hangggg!!! Kena pulak dengan pasemboq Padang Kota, meleleh-leleh ayaq liuq bak hangggg!!! Aku rasa biskut tompok-tompok warna warni ni takdak kena mengena langsung dengan pasemboq Padang kotakot belah Peneng tu. Harap Maklum bak hanggg! =D


Aku rasa setakat tu jelah kut gula-gula yang familiar zaman aku kecik-kecik dulu. Ke ada lagi gula-gula yang aku tak sebut? Tapi dok tengah risau jugak ni, kalau Makngah Bedah Sanggul Tinggi tu, tiba-tiba je dapat detect blog aku ni. Mampus kena pelangkung dengan cangkul kebun bayambapak beliau secara bermarathon dengan beliau ni. Sebelum beliau terbaca entry mengutuk beliau kali ni, meh sini aku kasi pantun sebelum beliau pelangkung aku dengan cangkul kebun bayam bapak beliau.


Senam aerobik sambil mengumpat,
Elehh...  tak de kerja letew dok mengumpat bertubi-tubi,
Nak berhenti tulis dah ni tak menyempat-nyempat,
Ada masa kita merapu tak henggat lagi kat sini.



BYE! =D


kalau suka boleh lah LIKE =)
Keywords: Gula-gula zaman 80an-90an,gula-gula era 80an-90an,gula-gula zaman dulu, coklat dulu-dulu, coklat waktu kecik-kecik,coklat zaman 80an-90an,coklat era80an-90an, gula-gula zaman silam, gambar gula-gula zaman dulu, gambar gula-gula zaman 80an 90an, coklat masa kecik-kecik
Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

33 comments:

Chef Obie said...

mmmm..teringat zaman sekolah rendah.. lagi2 gula batang 4 segi 10sen sebatang dgn gula susu yang memang pebret!

Cik Nor said...

mana mghilang?skali skala muncul..dah mcm biskut chipsmore..haha
Nostagia sgt entry nie


#pray for mh370

Aisyah Az said...

oh maii.. ecah mmg hantu gula-2 tu semua. punca kpd kerongakkan gigi.sobsob. paling suka gula debu-debu tu,ahaks.

Nazmin Nazifa εїз said...

Hahaha rasanya semua pernah makan. Yg batang empat segi tu ingat2 lupa,rasa x kot. nampak x sodappp... hehehe

Kak iman said...

menjilat ibu jari bila sekali mkn

Bitt (double IS) said...

wahh mengimbau balik pada zaman kanak2...yippieeeee

obit77 said...

gula udang tu memang terbaik! hahah

Anonymous said...

Baru lpas smbhyg Jumaat kat masjid ni, lpas bca entry SM.. hilang pahala aku gelak kuat sgt! sengal punya SM. hahahah :D

apakestv.com said...

salam ..owh cantik blog .. tq follow blog BrotherSam .. now you punya post terkini abe dah masuk di wall blog abee ..

Rozita Che Wan said...

gula2 susu arnab xdak ka SM? :D

adarnadzmie said...

feveret akak coklat udang...teringat smpi sekarang...hihiii

salam kenal...tq sudi keblog akak...:)

Santan Manis said...

hahaha... sama laa kak feveret coklat udang tu, sbb plastik kat dalam boleh mkn. hahaha.

tengs semua sudi singgah blog SM ;)

ismi haziqa said...

eh.. choki choki tak tersenarai kah? choki2 dari kecik sampai besaq tak lekang dari HQ *mengimbau kembali nostalgia zaman kanak2 dulu..ngeh3

ismi haziqa said...

eh.. choki choki tak tersenarai kah? choki2 dari kecik sampai besaq tak lekang dari HQ *mengimbau kembali nostalgia zaman kanak2 dulu..ngeh3

Santan Manis said...

Ismi: Choki-choki x mampu nak beli masa tu.. hahahah... :D

AzianGT said...

SM ni student UKM eh? mcm pernah nampak. :)

Santan Manis said...

Azian:Betul la tu. Tegur la kalau jumpa ;)

Santan Manis said...

Azian:Betul la tu. Tegur la kalau jumpa ;)

norhasnizakhalid said...

semua tu mama pernah ngap.. bila tengok gambar tersenyum sensorang..

mama singgah kali pertama, nak follow tapi ada masalah lah dengan follower blogspot...

Unknown said...

FIZA follow sini, btw, memang mengembalikan nostalgia la.hahah,terutama coklat hantu tu.heheh

Santan Manis said...

Norhsniza: hahaha... thanks sudi singgah mama :D

Santan Manis said...

Hafiza: hahaha... tapi susah nk jumpa skrg, coklat mcm tu. :) anyway, tq sudi singgah ye :D

Anonymous said...

Coklat sugus xdop ko SM???? my peberet dulu!

zuhdi sanusi said...

haha., gula2 hantu skang da xder kan., gula2 susu skang da berwajah baru,

Santan Manis said...

Zuhdi: ye2 betul tu... susah dah nak jumpa sekarang... :)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum.. sheila suka semua gula2 kat atas ni.. semua pernah makan, paling legend gula2 debu tu. mahal kot zaman dulu. skrg dah susah nak jumpa. nostalgia gila ~~~

a said...

semua kegemaran ain tuh..hahaha... memang kesukaan..kikiki :P

Anonymous said...

hehehe yg no 4 tu mmg feveret KA... done nuffnang yer !

fuza said...

wah memang kenangan semua ni

Yaya Mohd said...

heeee semua kita pernah makan tp lama suda laaaa..huu
KECUALI biskut butang tu..hehe smpai sekrng makan.. ^o^

Anonymous said...

ahhhh.. terinagt blik zaman knak-kanak dulu.. mengimbau kenangan kanak-kanak mmg best.. kdg2 buat tglak sndri...

Pwincess said...

teringat dulu sampai bergaduh dengan kawan sebab nak tetapkan yg plastic dalam gula gula udang tu boleh makan ke dak.
hahahahaha entah pape xP

Samsul Siji said...

ite tau cadbury je hahaha