Sentap-Menyentap Suami Isteri Yang Melampau Tahap Gaban!

Hari tu, Cik Senah Megan Fox ada tanya SM. Apesal blog lama tak update? Bukan tak nak update cik Senah Megan Fox ooii.. Al-maklumlah, sayakan Menteri kewangan di rumah sepenuh masa, tu yang sibuk tahap nak meninggal tu Cik Senah Megan Fox ooiii! kehkehkeh. Pang!!!!! Terus terkangkang kena lempang dengan cik Senah Megan Fox di khalayak umum sambil menggelupurr kesakitan! Muahahaha =D

Achaner korang? Sihatkah di sana? Harap-harap sihat sejahtera sentosa seadanyalah semua ye. Sudah makan atau belum? Pergh!!!! Terasa sangat diriku seperti cikgu Bahasa Melayu yang penuh bertatabahasa dan lembut berbicara! Hahahaha. *Abaikan.

Sebenarnya, lama jugak SM tak create kartun dan tak bukak blog merapu nie. Dek kerana roh kerajinan yang tiba-tiba sahaja merasuk diri. Ter'create'lah sudah kartun kat bawah ni hah. Kepada sesiapa yang sudah berumah tangga mahupun berumah escalator jangan sesekali dok buat perangai cenggini kat bini mahupun laki korang! Kang tak memasal tong gas melekat kat kepala kang! Kehkehkeh. Jom layan secara berjemaah kartun kat bawah ni, sambil spare kuaci cap Char Cher kat dalam pinggan untuk bahan santapan!



Pada suatu tengahari gajah yang mendamaikan lagi menceriakan minda...


















So, janganlah nak buat  perangai yang tak berapa nak senonoh macam kat atas ni ye, kang tak memasal makan kaki dengan suami/isteri kang masing-masing. kehekkehkeh =D

Eh, sebelum tu, sesapa yang dapat masuk U untuk intake bulan 9 nie, tahniah la dari SM ye! Kalau dapat kat UKM tu, kalau jumpa dengan SM jangan nak membongkak tak tentu pasal plak! Kang aku cepuk dengan batang pisang gajah kang! Muahahhaha.. Dan Selamat menyambut hari merdeka jugak buat sahabat handai dan kaum seblogging yang mengenali diriku yang kuat merapu ini. Andai terkasar bahasa dan bicara, maafkan tuan hamba ye. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Kehkehkeh. Tak menyempat-nyempat nak sambut MERDEKA!!! =D

BYE.


Kalau suka boleh lah LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)