Bebudak Baik =)

Ragam Tadika

Salam lepat pisang semua... Korang ingat lagi tak zaman kegemilangan korang masa mula-mula menjejakkan kaki kat Tadika dulu? Mesti macam-macam ragam yang terserlahkan time tu? Pengakuan yang agak malu jugak laa nak mengaku kat sini, dulu, SM pergi tadika tiga hari je. Sebab apa SM pergi Tadika tiga hari? Adalah.....kehkehkeh

Memandangkan pergi tadika hanya tiga hari je, teramatlah sentap nak mampus bila ada member-member tadika dedulu dok menghanjing-hanjing dengan penuh kesedapan hati-nurani diorang sahaja. Macam nak hempuk je sekor-sekor dengan tong gas kat atas kepala tu. Alaa... bangga letew, diorang menghadirkan diri kat Tadika dengan jayanya sampai dapat segulung sijil Tadika KEMAS kan. muahahaha =D

Takkan nak hempuk anak orang dengan tong gas macam main hempuk-hempuk bantal kat dalam bilik plak kan, kang tak pasal-pasal terus bermastautin kat dalam bilik besi sorang-sorang kang, dahh... ada makan minum orang jaga kat situ. Bhahahaha.

Kerana suka sangat nak pergi Tadika time kecik-kecik konyek dedulu*(Sambil Mata pandang ke atas tangan ke dada). Maka, tercetuslah kartun Tadika sengal kat bawah ni hah. Jom layan ramai-ramai sambil cicah biskut Merry ngan Tea Boooooooooo Boh panas. Muehehehehe =D


Suatu pagi yang nyaman bagaikan tengah menyantap nasik lemak sambal sotong ngan ice blended sampai tersedak  di Tadika KEMAS Kampung  Bunga Taik Ayam Kembang Setaman.















Achaner? Pernah terjebak jugak ke dengan perangai cenggini masa korang Tadika dulu? Kehkehkeh. Kartun di atas sekadar melepaskan kebosanan yang tidak dapat di bendung sahaja. Tak dak sangkut-paut langsung dengan yang masih hidup atau yang dah takde lagi di muka bumi nie. Kalau adak sangkut-paut jugak, secara kebetulan jelah kot. =D

Terasa rugi plak SM tak pergi Tadika dulu. Kalau tak, dapat buat perangai tak berprikemanusiaan macam kartun kat atas ni hah. Muahahaha. Walaupun tak pergi tadika, semangat untuk naik ke Darjah 1 sangat berkobar-kobbar time tu, sampai-sampai je kat sekolah terus menuju dengan jayanya kat dalam bilik darjah sambil duduk kat meja depan sekali. Siap memperkenalkan diri lagi kat kengkawan "Hai... Nama saya Santan Manis(bukan nama sebenar). Muahahaha. *Sengal =D

Oklah...  nak pergi menyantap lunch jap kat Cafee. Sambal udang dah tunggu tu, kang merajuk lark beliau(sambal udang) sebab SM tak santap beliau. Bhahahaha


BYE.

Kalau suka boleh LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Selamat Hari Raya Aidil Adha!!!(Versi Pantun)

Sebab SM tak boleh nak pegi beraya sampai meroyan kat rumah korang. Terimalah beberapa rangkap pantun pasal Hari Raya Korban yang agak sengal dari SM sebagai kenang-kenangan. Testing! Testing! Testing! Muehehehe =D

---------------------------------------------------------------
Sembahyang subuh dengan Pak Zahabau,
Keluar berjoging sampai ke Setiuw,
Kat sini tadi gua tambat kerbau,
Kerbau gua dah hilang takut kena korban letiuw.

Keluar pekan beli kepok leko,
Kepok leko di lahap sampai tertungging,
Eh macam gua kenal je muka ko,
Ko yang tadi erk... beratur ambik daging?

Beli tepung gandum kat kedai Issabella,
Buat kuih bengkang di rumah cik Leha,
Patut laa lembu ngan kerbau cuak gila,
Rupanya harini dah Raya Aidil Adha!

Makan nasik bersama cik Ani,
Tak habis makan bagi kat Wawa,
Tadi gua rasa gua letak daging korban gua kat sini,
ko kebas erk...daging korban gua!!!

Muka tak lawa ko jangan segan,
Nak bagi muka lawa? tepek je bedak Sofi,
Pantun di atas sekadar meqoyan,
Salah & silap harap dimaafi.

Ok, tak naklah pantun banyak-banyak sangat. Kang tak pepasal je SM kena baling daging korban secara berjemaah ngan korang kan? mana tak kena balingnya, pantun di atas memang tak leh blah batu bertangkup. hahahaha.

Dulu SM ada jugak buat entry pasal Raya Korban nie. dalam banyak-banyak entry  Raya Korban. SM rasa entry Raya Korban NIE yang paling SKEMA sekali. Kalau korang nak tengok entry Raya Korban SKEMA tahap buah Petai tu, korang boleh tekan secara bersopan-santun di SINI. Rasa macam nak lempang je muka sendiri dengan kuali Cap Singer kalau baca balik entry tu. Muahahaha =D

K,lah, malas nak merapu banyak-banyak, SM akhiri dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Adil Adha! Semoga berbahagia sambil cicah ketupat dengan serunding kat rumah tu ye. bhahahaha =D


BYE.

Kalau suka boleh LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Tips Mengilatkan Perabot Lama dengan Berkesan!


Harinie terasa macam nak kongsi Tips plak ngan korang. Raya Haji dah tak berapa hari lagi dah ni, pasti golongan mak-mak dok sibuk berlari-berkejaran sana-sini dok buat persiapan nak sambut Raya kan? Wahai golongan ibu, tak payah nak menggelabah sangat nak suruh hubby beli perabot baru bagai ye, pakai perabot lama sudah, Kang tak pasal-pasal time Raya, memasing sentap tak bertegur sapa plak kang, yelah, bertelagah tak dapat nak beli perabot baru. Bak kata pepatah "Kerana Perabot Sekor, Rosak Rumah Tangga Sebelanga". Muahahaha *Sila jangan guna peribahasa tersebut untuk jawapan exam korang.


Ok, dah puas merapu, meh sini nak kongsi achaner cara nak bagi perabot lama korang berkilat balik :

@Mula-mula korang lap dulu segala habuk yang telah sekian lama dok bertapak kat perabot lama korang tu.

@Lepas dah lap semua, ambik minyak kelapa Mak Dara, pastu gosok secara berhemah kat perabot tu. Masa tengah dok gosok perabot tu, kurangkan bercakap ok. Eh, asal plak kena kurangkan bercakap? Ye laaa..kalau korang asyik bercakap je, kerja tak jalan.. Tak gitu Cik Ainon? Kahkahkah =D *Abaikan.

@Siap!


Hasil daripada sapuan minyak kelapa mak dara itu tadi


Meja kayu bolat berkaki tiga.



 Rumah Panjang



Sofa yang berkulitpun boleh jugak. Kalau jenis yang berkain tu tak disyorkanlah, kang tak pepasal kena bawak keluar duit KWSP plak kang, yelah, kena beli sofa baru. Dah..... sentap laki bini. kehkehkeh =D



Benda alah yang berkaca-mata pun boleh jugak. *Saja try mengetest.


Achaner? nak berkawan dengan Syaiton Nirrajim jugak ke nak beli perabot baru? tak payah laa membazir  beli baru, guna je yang lama tu, Kompom ibu mertua kesayangan tak perasan punya. muahahaha.

Nak buat benda alah minyak kelapa mak dara ni tak payah nak pantang-pantang macam yang SM pernah cerita kat entry ni. Guna minyak kelapa Afrika biasa ja. Jangan guna minyak goreng ikan pekasam plak. Kang ada yang kena cucuh mercun dengan mak mertua kang. hahahaha

K lah, jumpa lagi next Entry, nak pegi main tom-tombak mak yong de dek jap ngan kengkawan. Bhahahaha =D


BYE.


P/S: KEPADA KAUM-KAUM BAPA, JIKA KAUM IBU MERENGEK MACAM MINTAK KEREPEK PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR JE, NAK BELI PERABOT BARU, SURUH DIORANG TENGOK TIPS NI KAT BLOG SM. KEHKEHKEH =D

Kalau suka boleh LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Gadis Bermisai & Berjanggut Lebat

Agak menyedihkan, apabila seorang gadis bernama Nana In Da House! dari Beijing, China, berusia 16 tahun terpaksa berdepan dengan kehidupan yang paling sukar, kerana setiap anggota tubuhnya ditumbuhi bulu yang lebat seperti seorang lelaki. 

Nana sering menghabiskan masanya berkurung di dalam bilik, bagi mengelak daripada berjumpa dengan orang ramai.

Gambar-gambar beliau yang SM cilok baik punyer dari Google tercinta merangkap ayah angkat jiran sebelah rumah untuk tatapan korang. Untuk pengetahuan korang, nie bukan Nana Dj radio Era FM tu ye, Nie Nana lain. muehehehe =D





Inilah beliau Nana Nini Nunu




Nana menunjukkan kakinya yang berbulu lebat. Lawa plak selipar purple tu, beli kat mana eh Nana??.*Tetiba. kehkehkeh


Dialog ibu beliau lebih kurang camni: "Dah macam-macam ubat Makcik kasi kat Nana ni hah,  tapi bulu dia tetap degil nak tumbuh jugak. Achaner tu? huhuhu" *Abaikan. =D


Nana dikatakan menghidap sejenis penyakit ‘aplastic anemia’ iaitu tulang sum-sum beliau tidak berfungsi menghasilkan sel darah baru secukupnya. Jika tidak dirawat dengan segera, doktor mengesahkan beliau boleh mati. Bukan main susah nak sebut ‘aplastic anemia’ tu.

Selepas memakan ubat untuk merawat penyakit ‘aplastic anemia’ tu, keadaan fizikal beliau mula berubah dengan begitu rakus sekali. Jambang dan misai beliau mula tumbuh di permukaan mukanya yang gebus itu, sementara kaki dan ketiaknya pula dilitupi dengan bulu yang begitu lebat sekali.

"Setiap hari, Nana menangis ingin ke sekolah", Kata ibunya. Beliau terpaksa berhenti sekolah kerana keadaan fizikalnya itu. Yang membuatkan beliau lebih 'fed-up' mahu ke sekolah, pelajar-pelajar lain sering mengejeknya dengan gelaran 'Gorila jadian'. Kuwang hajo betul korang ye, meh sini aku nak sekeh sekor-sekor sapa yang dok ejek Nana tu. =D

Sekian sahaja untuk berita sensasi celop tepung kuah sambal harinie, kita kembali ke Sri Pentas bersama rakan setugas saya Cik Senah merangkap bakal bini Senayan! Sekian terima kasih. Muehehehe.


K,BYE.


P/S: KUATKAN SEMANGAT YE NANA! *EH LUPA, NANA MANA PAHAM BAHASA MELAYU. GI JELAH TERJEMAH SENDIRI KAT 'GOOGLE TRANSLETE' YE NANA. KEHKEHKEHKEH =D

Kalau suka boleh LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Happy Birthday Dear! ;)


Sorry adik, sebab abang tak sempat nak sambut birthday sekali haritu ngan ko. mana nak nyempatnya, biasalah abang ko nikan asyik sibuk je memanjang. VVIP laa katakan! Kahkahkah =D

Rupa-rupanya, dah besar panjang dah adik aku sorang ni, sedar tak sedar umur dah masuk Lima ratus belas tahun dah. Mujurlah ko tak ikut jejak langkah tumbesaran abang ko ni, bukannya besar memanjang, tapi besar melebar. Mujur ko besar memanjang! hahahaha

 Candidate PMR 2012!


Kadang-kadang mulut abang ko nie bising mengalahkan ayam jantan betina bertelur sebijik riuh sekampung sikit. Kekadang tu, ko terpaksa mentulikan telinga sebab tak nak hadap aku berleter pat ploh pat jam. Nasib laa, ko dapat abang penyayang & sengal macam nie kan adik kan?  muehehehe

Sebab tak nak ko merajuk, Bear Beruang yang ditempah khas dari Korea abang sayang ko ni tempah khas untuk ko sorang je! Korang boleh tengok jelah, kalau korangpun nak jugak, kena laa tunggu birthday memasing ok. Tupun kalau SM naik pangkat jadi bos dululah. Mana laa nak cekau duit bebanyak camtu, kalau nak bagi sorang-sorang, makan Kuaci Char Cher laa SM tiap-tiap hari alamatnya. kehkehkehkeh








Owner kedai tu cakap, Bear nie dari Korea sebab bulu dia gebus macam Sugus, tak tahulah SM tentang bear-bear ni semua. SM pakai beli je, agak tragis jugaklah harga sekor beruang Kutub ni. Nak dekat dua ratus woooo. Adik sayang punya pasal, Ok je. Muahahaha T_T



Lepas dapat je Bear ni, terus dia bawak masuk dalam bilik, sambil lompat-lompat kat atas katil empuk beliau. Suke letew. kehkehkeh


Semoga panjang umur & mendapat result PMR gempak-gempak nanti! Walaupun dah nak dekat 2 minggu lebih dah birthday ko. Aku tetap nak wish Sanah Helwah Ya Akhi! atau dalam erti melayunya Selamat Menyambut Hari Lahir wahai Adikku!hahaha

Ok terpaksa berhenti secara mengejut untuk tulis entry, sebab perut dah memulas-mulas macam nak beranak kembar seploh dah nie! Untuk melepaskan hajat yang sudah berkurun lamanya tertangguh! Jumpa lagi Next entry yaw! Muahahaha *Sengal =D


K,BYE.


Kalau suka boleh LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Kopi Kaw Kaw, Sapa Minum Kompom Berapi!

Masa SM duduk termenung sorang-sorang kat tepi jendela tadi sambil dok tengok burung Tiong dengan rakusnya berkicauan sesama sepupat-sepapat beliau. Terfikir sejenak, Daripada dok tengok burung Tiong tu bergelak sakan dengan kaum-kerabat beliau, baik hupdate blog, lagi berpakEdah. Sorry burung Tiong Gua dah bosan tengok Lu orang! Muahahaha. =D

Serius bosan setengah mati harinie, tu yang galak dok termenung sorang-sorang kat tepi tingkap sambil tengok burung Tiong tu. Apeke senak perut sangat tajuk Entry kat atas tu? nak tau senak ke tak perut korang tu, layan laa kartun tak semengah kat bawah ni. Kehkehkeh



Suatu pagi yang tersangatlah sengal.....















Korang jangan nak buang tebiat macam kartun kat atas ni dok letak panadol bagai dalam air kopi nak bagi sejuk ye. Kang tak pasal-pasal ada yang arwah kang. Muahahaha =D

Kalau nak tengok kartun yang SM create sebelum-sebelum nie, korang boleh tekan secara menggila macam gorilla dengan siku lentik korang tu Kat Sini. K,lah, nak pergi layan burung Tiong tu balik. Mana tau, boleh join berkicauan sekali dengan diorang secara berjemaah ke hape ke kan. Kehkehkehkeh.


BYE.


P/S: KARTUN DI ATAS TAKDAK KENA MENGENA LANGSUNG DENGAN YANG MASIH HIDUP MAHUPUN YANG SUDAH TIADA DI MUKA BUMI INI. -PEACE- .

Kalau suka boleh LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Kek Paling Seram & Ngeri Untuk Dimakan

Amaran Keras!!! Bagi sesapa yang tengah dok makan nasik or Cekodok Pisang mahupun Pengat Durian buat masa sekarang, diminta agar anda berhenti dengan serta-merta. Entry ini mungkin akan memuntahkan segala Santapan yang korang sentap santap itu tadi. Ibu mengandungpun tak sesuai kalau nak baca entry nie, kalau degil nak baca jugak, ok, let's go Mama Miah, dipersilakan! Kalau terberanak jangan nak salahkan SM. Muahahaha =D

OK, dah stop makan? Kalau dah, Jom kita ikuti kisah kek yang paling unik tahap hazab-hazabellah sekali untuk dimakan secara berjemaah. Kek yang unik dan Euwwyarkkk untuk dijamah nie dibuat oleh Gillian Bell. Menurut beliau, kek yang biasa dilihat dijual di kedai kek agak "membosankan" bagi beliau. Sebab tulah beliau mencipta kek yang lain dari yang lain.

Jom tengok gambar-gambar kek yang dibuat oleh Gillian Bell nie yang dikatanya lain dari yang lain tu, apa yang lainnya kan? Jom kita tengok secara bermuafakat membawa berkat gambar-gambar kek tersebut. Muehehehe *Sumber gambar, semua dicilok dari Google tercinta! Sayang Google pat ploh pat das!Nah Google ambik KISS maut nih! Muah Muah Muah! hahaha *Over





 Cupcake beliau yang unik & Seram. Mencanak dah bulu roma gebu SM nie. Pikir nam ratus nam ploh nam kali nak jamah. =P











Baik ngaku cepat, mata ngan telinga sapa kat dalam baldi nie?!







*Dialog di atas berbunyi sedemikian = Hai...nama kite Zaleha Haminah, yang sebelah kite ni nama dia Zahebah Halwazah. Cantik ke tidok..hehehe..Peace!! *Abaikan






Merahnya Mak Ngah! Mak Ngah sapa yang merah sangat nie? bhahaha =D





Achaner?? Ada berani nak tempah kek-kek nie untuk majlis keramaian mahupun majlis harijadi korang? Bagi sesapa yang suka keunikan dan nak lain dari yang lain, bolehlah korang tempah kek nie daripada Gillilan Bell. Tupun, kalau korang jumpa laa number telefon dia. Bhahahahaa =D

Menurut beliau(Gillian Bell) dia akan menyertai satu pameran di London untuk menyedarkan orang ramai mengenai pelbagai jenis penyakit. Di Pameran tersebut tema yang ingin dipersembahkan beliau ialah "Kek Yang Bertemakan Ketuat & Kudis", WTF!!!(What The Funny !!!). =D

K,lah, dah kembang-kuncup anak tekak dok tulis pasal entry nie. Rasa semacam dah nie..


K,BYE.


Kalau suka boleh LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Pantang-Larang Tok Nenek Dulu-Dulu Sebab & Musababnya

Korang masih ingat lagi pantang-larang tok nenek dulu-dulu? Mesti semua pernah disound ataupun ditegur sampai tersedak masa tengah makan biskut Pat Sagi oleh Nenek/Atok/Opah/Tokwan/Tok/Grandpa/Grandma jika cucu-cicit mereka buat perkara yang tidak menyenangkan di mata mereka kan? (Tabik spring Toing-Toing sapa panggil dekat Opah beliau dengan panggilan grandpa or grandma nie, Currlass!!! Muehehee)

Dulu, masa time SM kecik-kecik, benda yang orang larang jangan buat tulah yang gatal kaki ayam sangat nak buat tu. Pastu, apa lagi, tiba-tiba je mangkuk jamban melayang kat atas kepala, kena bedal dengan mak SM, Sebab degil macam ayam tak dapat dedak time tu! Kehkehkeh. =D

Antara sebab & musabab pantang-larang yang Opah SM selalu dok bising-bising sampai juling telinga dekat SM mahupun sepupu-sepapat sekepala dulu-dulu:



1)Jangan menyanyi kat dapur time masak Roke'ah oiii...nanti ko dapat suami Tua-bangka.

Betul ke Statement ni? kalau menyanyi kat dapur time masak akan dapat suami tua? Sebenarnya, maksud yang nak disampaikan ialah agak buruk perangai lah, jika seorang anak dara tu menyanyi kat dapur sambil bergoyang-gerudi macam orang gila meroyan je time dok masak tu kan? Manalah tahu, Lauk yang dimasak tu tiba-tiba hangus ke, meletop ke, terlebih gula ke, silap haribulan boleh terbakar rumah. Sebab tu laa diorang(orang tua dedulu) tak bagi menyanyi kat dapur time masak, nanti hilang kefokusan nak masak.kehkehkeh.




2)Kalau bagi barang dekat orang, tak boleh ambik balik nanti siku ko jadi buruk.

Perghh!! terus rasa macam menyesal tak henggat bila tersilap bagi barang kat orang yang bukan sepatutnya kan. yelah, kang, kalo ko ambik balik barang tu, siku ko jadi seburuk-buruk alam! nak taknak terpaksa pasrah jelah. Muehehe. Ok, maksud tersirat kat sini ialah agak tidak elok & keji perangai disitu jika sesuatu barang yang diberi kepada orang, korang mintak untuk dipulangkan semula. Sedangkan dalam Islampun ada mengatakan "Tangan yang memberi, lebih baik daripada tangan yang menerima". Tak gitu Cik Ainon? =D




3)Jangan duduk atas bantal nanti buntot jadi bisul.

Sebenarnya, best duduk atas bantal nie. Time SM kecik-kecik, part duduk atas bantal laa yang selalu diaplikasikan dalam kehidupan seharian.kehkehkeh. Sebab & Musabab tok nenek kita pantang sangat kalau ada cucu-cicitnya landing baek punyer kat atas bantal tu, yelah, bantal tu kan untuk letak kepala, bukan letak buntot, nak-nak plak, time adik-adik kita duduk main kat atas bantal tu tiba-tiba dia kentut ke, cirit ke, kencing ke kat atas bantal tu, tak ke naya tu!




4)Masa baring jangan angkat kaki nanti Mak Ayah meninggal

Agak kurang sopan di situ, kalau tengah baring tu dok angkat kaki macam budak tak cukup umur je, nak-nak kalau yang pakai kain masa tengah baring tukan, pastu dok angkat-angkat kaki macam mintak pelempang je, kalau bulu kaki tu santek macam bulu kucing Parsi takpelah jugak, nie mengalahkan hutan tropicana! Kutu babun masukpun boleh sesat. sebab tu laa agak kurang manis kalau tengah baring tu dok terjuntal-juntal kakinya,hah. Takdak kena-mengena dengan mak meninggalpun sebenarnya. =D

Buku ABC menglahkan buku orang ambik PHD! semangat betul budak nie,anak sape....lah kan?Muehehehe



5)Kalau makan suka ubah tempat, nanti dapat bini ramai.

Perghhh!! Suka je kalau benda nie betul-betul jadi kenyataankan, kaum-kaum Adam sekalian!! Muahaha...masa kecik-kecik dulu kalau Opah sound je "jangan makan ubah tempat, nanti dapat bini ramai", terus senyum sampai ke subuh, tak gentar langsung dengan Ugutan tersebut! Jahanam punya Cucu! Bhahahaha! maksud yang nak disampaikan ialah nampak tidak tertib dan tak sopan disitu, kejap-kejap ko makan kat dapur, kejap-kejap ko makan kat bilik air, kan tak senonoh namanya tu. Orang tua dulu-dulu nak ajar kita supaya tertib masa makan. Wahhh!! berfalsafahlah plak..Muehehehe =D





4)Anak Dara tak boleh duduk atas tangga tak tentu pasal, nanti takda orang nak masuk meminang.

Andartu laa korang anak-anak kedara sekalian! Tulah, sapa suruh duduk kat atas tangga tu, kan dah takde orang nak masuk minang! Sebenarnya, takde kena-mengena langsung istilah takde orang nak masuk meminang kalau duduk atas tangga tu hah. yelah, Agak tidak manislah kalau korang(anak kedara) duduk bertenggek kat atas tangga tu, Nak-nak plak kalau duduk pose seksi-seksi kat atas tangga tu. Mahu terlucut kopiah Tok Imam kalau tengoknye hah. Kan tak sopan tu. Baik masuk rumah, duduk atas sofa empuk gebus tu, lagi selesa! Muehehehe =D




7)Jangan main nyorok-nyorok waktu senja, nanti kena nyorok dengan Momok a.k.a Hantu Jembalang.

Sapa yang nak, kena nyorok ngan hantu jembalang tu semua kan? Nak tak nak terpaksa laa akur berhenti main, dek, tak nak kena nyorok dengan hantu jembalang. Kang tak pasal-pasal free je dapat bergurau-senda dengan langsuir kang. Muahahaha. Maksud tersirat kat sini ialah time-time senja kan, orang nak sembahyang maghrib, yang korang sedap jee dok bedal main Tom-tom bak mak yung dedek lagi time-time maghrib tu, Apesal? Manalah tahu, terjatuh dalam sungai ke hape ke masa tu, kan dah menyusahkan orang tua kita, sebab tulah orang tua dulu-dulu cukup pantang Tok Nenek kalau ada di kalangan cucu-cicit diorang dok main waktu senja.

Nama cucu bukan main retis!!! Bhahahaha


Ok, tujelah serba sikit Tokwan Santan Manis nak berleter kat Cucu-cicit sekalian hari nie. So, Ingat pesan Tokwan, jangan dok buat perangai tak senonoh macam kat atas ni hah. Buruk kalau orang tengok. Nanti, kalau korang duk buat perangai tak senonoh macam kat atas ni, Tokwan tembak korang pakai senapang Buluh!! Padan muka korang! K,lah, Nenek dah panggil Tokwan ajak makan Spagheti nie, Tokwan Chaww dulu yee! hahahahaha =D


BYE.


P/S: SEBENARNYA, BANYAK LAGI PANTANG-LARANG TOK-NENEK DULU-DULU. NIE BARU SUKU.

Kalau suka boleh LIKE =D

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

DOODLE: Aweks Bertudung Yang Cun-Melecun!

Ada kejadian yang agak Tragis & menyayat hati jugaklah tadi, masa SM dok godek-godek doodle nie, ntah, dari celah hutan mana ntah kucing belaan adik SM tu, sedap je duduk menenggekkan diri beliau kat atas katil SM. Dah laaa beliau(kucing) masuk tidur dalam selimut plak tu. Dengan tidak semena-mena je kena hempap maut dengan SM tadi. Mujur tak arwah kucing tu. Kalau tak, kena buat kenduri Tahlil laa SM malam ni. Padan muka ko kucing! asal ko tak bagitau aku, ko nak tompang tidur atas katil aku?!. kan, dah kena hempap maut! Kehkehkeh. *Kalau laa kucing tu boleh cakap, dah lama SM kena maki-hamun dengan beliau(kucing).

Abaikan pasal cerita kucing tu, ni nak kasi doodle lagi kat korang ni.=D. Tajuk jelah "Doodle Aweks Bertudung Yang Cun", Hakikatnya, ke laut China Selatan jugak doodlenya, kan? kehkehkeh. Kalau rasa berkenan macam nak buat menantu je ngan doodle nie, pilih je mana-mana kat bawah nie haa... Meon tak kisah. Muehehehe =D













Tak tau nak buat apa ngan doodle nie? Ikut suka lesung pipit korang laa nak guna untuk apa doodle ni kan, nak letak pitc kat FB ke, nak buat banner blog ke, nak letak kat twitter ke, saja-saja nak ambik nak kasi kat nenek jiran sebelah sekolah rendah ke, ikut laa...janji korang tak menyumpah-seranah SM sudah! =D

Yang nie, kalau nak buat banner blogpun boleh jugak ;)



Kalau suka, LIKE la sepam-dua. =D

K,BYE.


P/S: MALAM NIE HARUSLAH KENA TIDUR-TIDUR AYAM, MANALAH TAHU, TIBA-TIBA BELIAU(KUCING) NAK HANGKUT GENG NAK BELASAH SM KE HAPE KE KAN?MUEHEHEHE =D

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)