Sentap-Menyentap Suami Isteri Yang Melampau Tahap Gaban!

Hari tu, Cik Senah Megan Fox ada tanya SM. Apesal blog lama tak update? Bukan tak nak update cik Senah Megan Fox ooii.. Al-maklumlah, sayakan Menteri kewangan di rumah sepenuh masa, tu yang sibuk tahap nak meninggal tu Cik Senah Megan Fox ooiii! kehkehkeh. Pang!!!!! Terus terkangkang kena lempang dengan cik Senah Megan Fox di khalayak umum sambil menggelupurr kesakitan! Muahahaha =D

Achaner korang? Sihatkah di sana? Harap-harap sihat sejahtera sentosa seadanyalah semua ye. Sudah makan atau belum? Pergh!!!! Terasa sangat diriku seperti cikgu Bahasa Melayu yang penuh bertatabahasa dan lembut berbicara! Hahahaha. *Abaikan.

Sebenarnya, lama jugak SM tak create kartun dan tak bukak blog merapu nie. Dek kerana roh kerajinan yang tiba-tiba sahaja merasuk diri. Ter'create'lah sudah kartun kat bawah ni hah. Kepada sesiapa yang sudah berumah tangga mahupun berumah escalator jangan sesekali dok buat perangai cenggini kat bini mahupun laki korang! Kang tak memasal tong gas melekat kat kepala kang! Kehkehkeh. Jom layan secara berjemaah kartun kat bawah ni, sambil spare kuaci cap Char Cher kat dalam pinggan untuk bahan santapan!



Pada suatu tengahari gajah yang mendamaikan lagi menceriakan minda...


















So, janganlah nak buat  perangai yang tak berapa nak senonoh macam kat atas ni ye, kang tak memasal makan kaki dengan suami/isteri kang masing-masing. kehekkehkeh =D

Eh, sebelum tu, sesapa yang dapat masuk U untuk intake bulan 9 nie, tahniah la dari SM ye! Kalau dapat kat UKM tu, kalau jumpa dengan SM jangan nak membongkak tak tentu pasal plak! Kang aku cepuk dengan batang pisang gajah kang! Muahahhaha.. Dan Selamat menyambut hari merdeka jugak buat sahabat handai dan kaum seblogging yang mengenali diriku yang kuat merapu ini. Andai terkasar bahasa dan bicara, maafkan tuan hamba ye. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Kehkehkeh. Tak menyempat-nyempat nak sambut MERDEKA!!! =D

BYE.


Kalau suka boleh lah LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

20 comments:

Anonymous said...

Amboi... SM! lama menyepi?! rindu tau entry SM!

cik rara said...

comel gler karton SM haha,,
kreatif betol....blog pon lawa :) :)
cik rara pon bakal masuk u untuk intake bln 9 :) tp dekat USM,,,selamat belajar :)

Santan Manis said...

Cik Rara: Gud luck jgk utk cik Rara :)

Mohd Ridzwan Abdullah said...

Hahahaha...pilihan yg mmg menakutkan. Cuma pilih nak makan ker tak. Hahahaha. Nice karikatur.

Sis Ieja said...

1 time masuk blog sini.
apehal laki bini hidung kembang wuuwuwuu .

unsecretostory said...

hahaaa. sejoli pasangan tue. bagai pinang dibelah dua :)

✿ pink velvet ✿ said...

hahaha! rase mcm nak buat ayat camtu la mlm ni kat my hubby, kihkih~~

Anonymous said...

sampai tercabut orat kentut aku gelak! Sial lah SM! hahahah :D

fahmi mislan said...

hahahha..rindu dgn lawak xhengat dunie fanna dri SM!!SM terbaek!!

akmaL said...

ikan bilis pon sodap :D

Nazmin Nazifa εїз said...

Dengar kataaa...ikan bilis boleh naikkan ketinggian seseorang.. Adakah benar ? Jeng3 XD

efatin eman said...

untunglaa SM ada heli..huhu. done follow sini :)

Kin Naz said...

heheheh lawakla laki bini ni.. ok2 dalam lawak2 terselit gak nasihat tuk pasangan suami isteri

asha hana said...

haha kelakar la. tapi ok lah kalau dibuat untuk main2 je kan. kalau betul2 memang wajib kena ketuk. haha

chicken_floss said...

amboi kemain kembang idungnye..hehee..

Lieya Von Jay said...

1st time dtg sini.. lucu lah ! gud job!

Sally Samsaiman said...

lama tak dengar berita SM oiii !

Che Siti Maryam said...

hehe..lawak..tambah2 tang hidung yer..huhu

Angel Shared said...

hehe.... lucu sekali kak...

Kesuma Angsana said...

hahaha terbaik !