Pasangan Suami Isteri Mengada-ngada Sweet La Konon Tew!

Memandangkan tajuk entry macam orang gila babai kurang siuman tak cukup tidur je. Sila kembangkan hidung pat ploh pat inci untuk menyentalkan otak anda kembali untuk meneruskan pembacaan entry ini! Sekian terima kasut daun keladut. Muehehehe

Lama naww SM tak create kartun meroyan macam Sinetron dunia khayalan dunia impian kat TV 3 tu! Kalau nak baca kartun kat bawah ni secara berdunia khayalan gak, haruslah sediakan kerepek pisang gajah cap Maksu Bedah Tonggek Terlentang Terbalik mahupun kuih abuk-abuk segantang kat tepi tu hokeh, untuk kepuasan mentelaah secara berjemaah! =D

Disebabkan kerja banyak tahap nak meninggal sejak dua menjak ni! Tu yang dok create kartun sengal meronggeng kat bawah tu. Kalau sapa-sapa yang tengah tension macam rasa nak hempuk kepala sendiri kat dinding jamban sambil gigit batang mop je? Jangan dulu bah!!!! Tak memasal akan dicerca oleh masyarakat nanti kang, ye ah, cobaan untuk membunuh diri. Tak gitu cik Senah Senonoh Sememeh Ooi?? Muehehehe

Tanpa membuang masa untuk menyengal bersama. Jom baca kartun jongos kat bawah ni hah! Sila mengfewit-fewitkan jiran sebelah menyebelah korang untuk baca sekali ye! =D



Pada zaman dahulu kala, tersebut ah kisah pasangan suami isteri yang sengal nak mampus yang menatap secara tak tahu malunya di Kampung Kentut Tak Mengaku.... 


Sila abaikan Bedah Tonggek Berapi perasan cun & Vogue itew, dan teruskan pembacaa korang. Kau ingat kau cun macam Rozita Che Wan wahai Bedah Tonggek Berapi kau dok cover ayu possing menonggek kat situ? Dah kenapa dengan kau Bedah Tonggek Berapi Ooi??! Baik kau berambus masak ketam masak terutuk ke, ikan sardin masak kicap ke kat laki kau, sebelum laki kau, kejor kau dengan tong gas sebab kelaparan tahap ekstrem! Tak pasal-pasal merapak kau lari kang nanti wahai Bedah Tonggek Berapi sebab berlari berkejaran dengan laki kau! Muahahaha =D


Sambung balik pasal story pasangan suami isteri yang menatap dengan muka tak tahu malunya di Kampung Kentut Tak Mengaku tu. =D












Kepada para pasangan suami isteri mahupun bakal menjadi suami isteri tak lama lagi. Sila ah jangan cuba-cuba nak buat perangai tak bleh blah batu belah batu bertangkup ikan gelama mak iloi-iloi kat pasangan korang macam kartun kat atas ni hah. Tak memasal kang ada yang dapat cop mohor negara lima das kat pipi kiri kang! Muehehehe

Tak puas lagi nak baca kartun sengal macam kartun kat atas ni? Jangan risau... Hentak je dengan jejari runcing korang yang melentik tu Kat Sini untuk korang kejungkan perut lagi! Tak kejung jugak? Lantak korang lah labu. Muehehehe.

Eh, sorry terpaksa secara mengejut terkentut malu-malu berhenti tulis entry kat sini dulu. Bedah Tonggek Berapi dah panggil SM secara menggila sambil pegang kapak dah tu sebab dok mention nama dia kat sini! Kau dah kenapa Bedah Tonggek Berapi dok pegang kapak bagai? Bedah Tonggek Berapi jeles letew sebab beliau tak ada blog! Muahahahaha =D


"Senak perut pagi pagi? pergi ah melepas kat  tepi perigi,
Lain masa, SM up entry merapu sakali lagi kat sini," =D


BYE

kalau Suka Boleh Lah LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Santan Manis Keluar Berjimba-Jimba Dengan Pierre Andree Sampai Lebam?


Perghh!!! Tajuk entry boleh berderau pembuluh darah nenek SM kalau beliau baca! Dah ah beliau peminat tegar Pierre Andree. Nenekku sayang, Pierre Andree sudah berkahwin ok. So, jangan nak mengada-ngada sangat. Nanti Cucu cari peganti Tok wan yang baru kat nenek. Kahkahkah =D

Memang melampau la kalau Pierre Andree baca blog ni kan. Tak pasal-pasal je beliau angkut geng hentak SM secara berkuak rentang dengan geng-geng beliau kang. Tak ke meroyan terlantar kat hospital sorang-sorang?

Alah... Mana ada SM keluar berjimba-jimba dengan Pierre Andree pun sebenarnya. Kontrobesi je lebih tajuk kat atas tu. Sebenarnya SM keluar dengan member haritu, budak-budak perempuan kat Uni, semua kata muka member SM ni macam muka Pierre Andree. Agak berangin jugak ah dengan budak-budak perempuan kat Uni ni. Asal jumpa SM je, macam ni lah dialog tak boleh blah batu belah batu bertangkup diorang. Macam nak cekik je sekor-sekor sampai meninggal! =D

"Weih SM! Nanti ko kirim salam erk kat member ko yang muka macam Pierre Andree tu. Dia Adik Pierre Andree ke weih? hehehe(Sambil buat muka malu-malu taik ayam panu!)


Dah kenapa dengan ko minah? Tak boleh nak pergi bagitau sendiri ke? Mau aku tonyoh jugak muka kau dengan taik ayam panu kang! Asal jumpa aku je suruh aku kirim salam kat beliau. Poorrrah! Kahkahkah =D

Tak tau ah plak, tang mana member SM sorang ni muka macam Pierre Andreenya hah. Asal perempuan jumpa beliau je, mesti cakap muka beliau macam Pierre Andree. Ok fine!(nampak tak kejelesan SM di situ?muehehehe). Korang tengok lah sendiri, tang mananya muka beliau mcam Pierre Andree Cik Kalsom ooii!




Pierre Andree??? No komen.

Nama beliau Saufi, bukan bedak Sofi yang pakai kat ketiak tu ye. Memang kat Uni SM, semua panggil beliau dengan panggilan Pierre. SM tengok tak ada la sangat muka macam Pierre Andreenyapun, maybe muka beliau sama masa Pierre Andree time zaman sekolah menengah dulu kot. Tak tau lah kan. Muahahaha.

Hari tu, si Saufi ni ajak SM pusing-pusing Metro Kajang. Bosan tahap nak meninggal asyik terperuk je kat hostel. Tengok kiri kanan hutan, naik ketuat SM lama-lama dok terperap dalam hostel. Kebetulan masa tu memang nak keluar pergi beli tiket baspun. So, kitorang keluar ah meroyan kejap dengan jayanya menjahanamkan diri kat Metro tu dengan hazabedulnya sekali! =D

Mula-mula tu budget ah, nak beli ticket flight bagai. Sekali tengok harga. Ambik kau! one way je dah dekat RM300! Pergh! Mengalahkan tiket nak pergi Bali. Terkentut berdarah ah nak beli tiket flight kalau harga bukan main Vip cenggitu! 

 

Ah! Feed up dengan harga ticket flight, kitarong terus menjahanamkan diri kat Metro. Nak tengok wayang, tak ada sangat cerita best, banyak cerita Tamil je time tu. Si Saufi ajak tengok cerita tamil tu, beliau cakap action best tahap nak meninggal. SM cakap apa kat dia. "Nanti ko beli CD sudah... tak payah nak membazir sangat.!". Sentap tak? Ngeh ngeh ngeh =D





Lepas tu, terus ajak SM  pergi menjahamkan diri kat karoeke pulak. Frust letew, sebab beliau tak boleh nak tengok cerita tamil arramugem beliau! kahkahkah.




Bergegau-gegau gambar beliau. Boleh tahan jugak ah suara beliau, ada la iras-iras David Aramugem sikit! kehkehkeh. Gambar SM karok memang tak de ah. Asyik aku je dok jadi cameraman dok tangkap gambar beliau. Beliau je asyik dok bolot pentas kekaroekean tersebut. Memang sekeping dua je ah gambar SM! takpa, redho jelah demi menjaga hati member yang tak dapek nak tengok cerita Tamil macha annn nadey itu tadi! Muehehehe

Lepas penat melepaskan suara masing-masing yang merdu bak buluh perindu kalau Megan Fox lalu kat tepipun boleh tergoda. Puihh!!!(Termuntah di atas peha sendiri kejap). Berambus lah pulak kitaorang kat KFC untuk mencekik peha-peha ayam yang gebus & ranggup di situ.



Mak aii! KFC pack nak mampus time ni. Nak makan peha ayam seketul punya pasal. Gigih jugak ah kitaorang beratur. Sampai-sampai kat kaunter depan tu, awek kauter tu dengan cover keayuan sambil putar-putar rambut rebonding beliau, boleh bagitau kitaorang macam ni. "Kalau nak ayam, kena tunggu dalam setengah jam lagi lah, sebab tengah tunggu stok ayam, baru je order tadi. So, kena tunggu dulu lah ye. Terima kasih(sambil dok usha si Saufi kat sebelah)".

What the la kan?! SM dah menyirap dah masa tu. Aku punya ah beratur macam orang gila kat situ. Boleh plak kau cakap macam tu. Apesal laa kau tak tutup kaunter dulu? Dah tau baru nak order ayam kan?  Mujur SM tak termaki kau kat situ. Si Saufi pulak dah merah muka dah masa tu. Cuba ah fikir sikit, kesian kot kat makcik-makcik yang tengah beratur tu. Tak ke, naya orang namanya tu? Adoi. Lepas tu, kitaorang terus berambus dari situ. Malas nak tunggu lama-lama. Terbantut selera SM nak menyantap peha ayam! Pirrrah!!!

Marah kat KFC punya pasal. Lokasi nak memuaskan nafsu makan kedua, kitaorang pergi mengjahanamkan diri pulak kat MC Donald. Mujur servis kat Mc D ni ok sikit. Kalau tak, tak pasal-pasal la staf Mc D kat situ makan selipar jamban free! Muehehehe



Servis kat Mc D lagi better la SM rasa. Diorang punya servis teratur. Staf-staf kat situ pun cun-cun je semua. Teettt!!



Terkesima seketika tengok awek Mc D lalu kat depan mata. Muehehehe 




Lepas makan, masing-masing jadi kejung seketika. Sebab asyik dok pergi refill air je kat dalam Mc D tu. SM rasa, naik menyampah staf Mc D kat situ, sebab kitaorang lepak lama sangat kat dalam Mc D tu. Kahkahkah





Sengkak makan Mc D! Peha ayam KFC hanya tinggal kenangan je lah! Kehkehkeh

Ada dekat tiga jam jugak ah kitaorang dok merapu kat situ. SM tak ingat berapa kali kitaorang refill air masa tu. Untung sebenarnya makan kat Mc D ni, sebab boleh refill air banyak kali. Nak-nak kalau yang bila lepak tak ingat dunia nak balik rumah sendiri tu. SM suggest, korang menapak lah kat Mc D secara berjemaah seberapa lama yang termampu. Biar sampai staf kat situ nak muntah hijau tengok muka korang. Sebab lepak lama sangat. Muahahaha

Gila kerepek ubi kentang pedas panjang entry kali ni! Tiba-tiba bersemangat waja pulak dok taip panjang-panjang berjela mengalahkan orang meroyan kat Tanjung Rambutan. macam la ada orang nak baca! Kahkahkah.

Tak nak ah merapu banyak-banyak kat sini. Dah ah, tajuk entry melencong gila dari landasan yang sebenar. Nanti SM up entry pasal SM date dengan Rozita Che Wan pulak. Mau berbuih mulut korang dok mengata SM! Muehehehe

"Anak itik tokwi tercekek bijik guli sampai mati,
lain masa kita merapu tak henggat sekali lagi kat sini." =D


Sekian terima kasut.


BYE.


Kalau suka boleh lah LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)