Testimoni B'Vite! =D

Dulu, aku pernah cerita pasal Produk B'Vite ni Kat SINI. Berjela-jela  khasiat yang ada dalam Produk B'Vite ni kalau nak tahu. 


Sehingga akupun terpengaruh sama dengan Produk B'Vite ni, bila dapat tahu khasiat dia bagus untuk kesihatan. Alhamdulillah, selepas tiga minggu penggunaanya. Kulit dulunya kusam, cerah la sikit daripada sebelumnya. Kulit aku ni jenis berjerawat teruk, tak sangka bila minum B'Vite ni, tak sampai tiga minggu jerawat semakin kurang, melompat bintang la kejap bila tengok cermin! Muehehehe





Sebelum & Selepas Penggunaan Produk B'Vite



Alhamdulillah, walaupun baru guna tak sampai tiga minggu, jerawat kat muka dah kurang sikit. Ni dalam proses lagi ni. Yang bagusnya tentang produk ni, bukan setakat kaum wanita saja boleh guna, lelakipun boleh juga amalkan beliau. Walaupun rupa bentuk botol Produk B'Vite ni pink pink Kebaya Cik Tipah gitu. Lelakipun tooootap boleh guna! Muehehehe


Produk B'Vite ni dari rakan-rakan blogger jugak yang perkenalkan. Mek Onie gedebus gedebas namanya. Kenal tak beliau? Kalau nak kenal lebih lanjut pasal Mek Onie gedebuss gedebass tu, boleh tembak Sini! Halooo - halooo lah sampai meroyan korang kat blog beliau ye! Perammmmah orangnya! =D


Ada lagi testimoni dari rakan-rakan blogger yang lain pasal produk B'Vite ni. Ternyata terserlah kejelitaan mereka selepas menggunakan Produk B'Vite ni. Antaranya Cik Yaya dan jugak Cik Azwar. Picit kat Sini dan Sini kalau nak tengok kejelitaan mereka selepas menggunakan Produk B'Vite! Lepas ni, Neelofa tak dapat cari makan ah jawabnya! 




Gambar Rajah 6.1



Gambar rajah 6.1 tersebut menunjukan Produk B'Vite tersebut. Produk ni bukan saja mencantikan kulit semata-mata, badan yang lesupun boleh jadi bertenaga. Kalau yang student macam aku ni, elok sangat ah kalau nak amal dengan benda alah Produk B'Vite. Masuk kelas kompem mata jadi terang dan tak mengantuk, walaupun subjek sejarah yang di ajar kat depan! Muehehehe =D


Kalau nak tempah? Senang dan mudah saja. Sila lah secara berkuak rentang korang klik link kat bawah ni hah :



Baiklah, setakat ini sahaja laporan daripada TV69 untuk kali ini, Saya, Santan Manis lenggang kangkung mak ilai-ilai sampai tersepak batu belah batu bertangkupun tak sedar, melaporkan dari Kodiang, Kedah. Kita kembali ke Sri Pentas! =D



BYE!



P/S: Kita Sekadar Mencuba, Selebihnya Terserah Kepada-NYA. =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)