Ice Blended Cappichinoberry Three Layers


"Mat Kool! Mat Kool! Kawanku, Mari Kita Ikut, Mat Kool, Main-main Selalu! Syoknya-Syoknya Ada Mat Kool!" Berdesing je telinga dengar lagu Ais Krim Mat Kool lalu depan rumah tadi. Jerit punya laa kuat kat Pak Cik India yang bawak motor Jual Ais Krim Mat Kool tu, dia buat dekkk jeee. Uisshh...terus Meroyan macam baru lepas pantang tak dapat nak beli Ais Krim Mat Kool!(T_T) (kalah bebudak Tadika x dapat ais krim).

Ais Krim Mat Kool tak dapat nak beli, Pikir punya pikir, timbullah idea nak try buat benda alah Ice Cream Blended Cappicinoberry!(Cappichino+Strawberry). Macam gambar kat atas tu. Mak Aii...nama tak boleh belah batu bertangkup betul. Nak tau jadi ke tak, Meh ikut SM, kita buat sepah kat dapur! Muehehehee.

Nak buat Benda alah Ice blended Cappichinoberry nie, tak adalah susah sangat. Bahan-bahan dia senang nak dapat kat semua Pasaraya kat Malaysia ni. Korang pergi jelah, Giant ke, Tesco ke, EON ke, mana-mana pasaraya jelah, Jangan pergi kat Nagoya pulak cari benda alah bahan-bahan nak buat Ice Blended ni. Tu tempat orang jual kain, Cik Bedah Hoi! hahahaha =D


Cara-cara nak buat:

@Korang sediakan Pati Jus Strawberry, Serbuk Perasa Cappichino, Nescafee sikit kalau nak kasi Ump lagi, Susu Pekat/Tepung, segenggam sedikit Gula & Real Dairy Cream, untuk buat Topping Ice Blended. Kalau tak suka perasa Cappichino tu, nak gantikan dengan Milo ke, Oren ke, boleh je. Ikut citarasa anak tekak memasing la. Lupa nak bagitau, satu lagi sediakan Mesin Blendlah, untuk kisar benda alah nie semua. Tak ada mesin ice blended tu? Alahhh...guna je mesin Cili Mak korang tu, makesure, basuh betul-betul dulu la mesin tu, kang tak pasal-pasal lain pulak rasa ice blended korang tu. Semerbak je bau Cili Kering kang.Muehehehee =D


@Benda Alah Kat bawah nie, Untuk buat hiasan nak kasi meriah sikit. Kalau nak letak Kismispun boleh jugak. Ikutlah, jangan pergi hentam letak Tompoyak sudeeh! Kang, lain pulak jadinya. Hahahahaha.



@Mula-mula, korang bancuh Pati Strawberry dengan gula dan Susu Pekat/Tepung. Jangan Taruk Air banyak sangat. Air tu korang taruk lebih kurang, macam nak tak nak je taruk. agak-agak la. Jangan pekat sangat jangan cair sangat. Susah nak bagitau macamana.Pandai-pandai agaklah ye. Achaner tu? =D


@Bancuh lebih kurang macam gambar kat bawah ni. Gula jangan letak banyak sangat, sebab da letak susu tadikan. Tak nak manis-manis sangat, kang ke Spital la jawabnya kang, kencing Manis!



@Pastu, taruk Ais kat dalam Balang Mesin Blend tu, masukkan Pati Strawberry yang dah siap bancuh tu, masuk setengah je pati strawberry tu, macam gambar kat bawah nie.



@Lepas kisar tu, jadi la macam nie. menjejer-jejer buih tu hah. =D


@Pastu, masukkan separuh je Jus Pati Strawberry tu kat dalam Cup. Ikut la, kalau nak masuk kat dalam gelaspun ok je, Nie SM nak kasi nampak layer tu sikit.


@Bancuh Perasa Cappichino pulak, dengan gula dan Susu Pekat/Tepung sampai semesra alam ok. Nie, SM bancuh pakai Susu Tepung, sebab yang perasa Strawberry tadi tu dah pakai Susu Pekat. Kalau nak letak Susu Pekat pun boleh jugak, tak da masalahpun.Muehehehee =D


@Masukkan separuh je Bancuhan Cappichino tu kat dalam Balang Blend ni.



@Kisar sampai jadi macam nie. Kalau nak masukkan Oreopun, boleh jugak. Ikut tekak memasing. Kalau nak kelainan, boleh try masukkan Chipsmore. Kalau nak lagi kelainan, boleh masukkan Durian jugak! Tak pernah dibuat orang! hahaha.


@Lepas dah siap blend perisa Cappichino tuh, Curahkan je kat dalam Cup tadi macam nie.


@Lepas dah curah tu, Korang spray pulak Real Dairy Cream kat atas Ice Blended korang tu, untuk buat Topping dia. Spray je sesuka hati nak spray! =D



@Lepas dah sembur benda alah Cream tu, korang main campak-campak jelah hiasan kat atas tu. Kalau rasa gelojoh tak sabar sangat tu, Tak payah Hias-hias pun takpa, Boleh Terus Balun je. Mueehehehehe =D
(Agak menjejer-jejer sikit SM hias, maklum la Seni Kulinari Hancuss! Achaner tuh? Muehehehe)


@Untuk memastikan Ice Blended korang tak diceroboh oleh Anasir-anasir yang tidak sepatutnya, seperti Taik Cicak, Hama, Kutu Babun dan seangkatan dengannyalah. Korang tutup laa dengan apa-apa penutup. Kang tak pasal-pasal ada Hiasan tambahan plak kang. Muehehehehe =D


@Dah Siap! Korang bolehla Balun puas-puas, sambil nengok T.V ke, dengar Radio ke, Masak ke, nyanyi ke, Menari ke, Ikut la sebarang aktiviti yang berpaedah yang boleh korang buat. Hahahaha


Akhirnya, siap jugak Ice Blended Tiga Layer ni. Agak menjejer-jejer sikit laa, sebab first time try buat benda alah ni. Kalau nak tau sedap ke tak. try la buat. senang je nak buat benda alah nie. Ada tak sapa-sapa kat sini yang Hantu Ice Blended? Pantang pergi kedai makan je mesti nak Order benda alah Ice blended ni.

Kepada hantu-hantu Ice blended macam SM ni, kalau rasa mengidam sangat nak makan tu, boleh laa buat sendiri kat rumah. Alaaa...korang balun je, guna Mesin Cili padi mak korang tu buat benda alah ni. Hahahaha. 



K,BYE.


P/S: LEPAS GERAM SEBAB MEROYAN TAK DAPAT NAK BELI AIS KRIM MAT KOOL TU!

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Top 25 Blog Malaysia Paling Popular Tahun 2012, Memang Terbaik Dari Ladang


Salam Semua... Apa khabar ibuk-ibuk, bapak-bapak sekalian? Udah makan atau belum? kalau enggak bisa makan, nanti sakit dong! enggak mahu dong gitu-gitu. Uish...buang tabiat kejap ngomong-ngomong Indonesia bagai. Maaf ya dong! Muehehehee. =D

Bila datang je angin meroyan tahap Dewa, macamtulah jadinya. Mana tak meroyannya, Kalau dua ploh pat jam Asyik dok sumbat Wajik dan dodol jangan dilupakan, peninggalan nenek, zaman-berzaman je. Orang lainpun beraya jugak, tapi tak delah sampai macam SM nie, Melantak kuih raya je dua ploh pat jam, kalau balang kuih raya tupun boleh sental makan, alamatnya tiap-tiap tahun la Tuan Rumah kena beli baru benda alah balang Kuih Raya tu! Muehehehee.

Tengok, kalau boleh melalut memang ke laut la. hahaha. Masa SM dok godek-godek GOOGLE tersayang(Saja bodek-bodek google sikit, manalah tahu, kut-kut google kasi Trofi ke hape ke kan?kehkehkeh). SM pun try laa search kat Google, blogger-blogger Famous kat Malaysia ni. Apa yang Google bagitau pasal blogger-blogger ni semua, semestinya diorang nie memang Famous-Almost lah kan? Waaa..ko ingat google tu Sepupu ko nak bagitau bagai? banyak cekadak. Muehehehe. *Abaikan.

Antara Blog-blog yang SM senarai kat bawah nie, semuanya pernah menang  World Blogger Awards Tahun 2012 kira, Otai-Otai jugak laa diorang nie.l

Antaranya:
  1. DenaiHati.com(Best of the Best Blog of The Year)
  2. Paultan.org(Blog Automotif/PR4)
  3. Shahabudeenjalil.com(Blog Bisnis/PR3)
  4. Honeykoyuki.blogspot.com (Blog Selebriti/PR3)
  5. Kucing.my (Blog CSR/PR1)
  6. iluvislam.com (Blog Pendidikan/PR4)
  7. ohbulan.com (Blog Hiburan/PR4)
  8. Koleksi1001resepi.com (Blog F&B/PR2)
  9. All-aboutiphone.blogspot.com (Blog Gadget/PR0)
  10. Rotikaya.com (Blog Gossip/PR3)
  11. Ninieahmad.com (Blog Kesihatan/PR3)
  12. Founder.limkokwing.net (Blog Inovasi/PR5)
  13. Eqbalzack.com (Blog Lifestyle/PR3)
  14. Yunainspired.com (Blog Musik/PR3)
  15. Danielzaidi.com (Blog photography/PR2)
  16. Chedet.cc (Blog Politik/PR5)
  17. Kznabihah.com (Blog Shopping/PR2)
  18. World-superbikes.blogspot.com (Blog Sukan/PR1)
  19. Placesandfoods.com (Blog Travel/PR3)
  20. Inianwarhadi.com (Blog Video/PR2)
  21. Fukkenlol.blogspot.com (Blog Jenaka/PR1)
  22. Hazrey.com (Blog Vocal/PR2)
  23. Bicaramakdara.com (Blog /PR2)
  24. Ariffshah.com (Upcomimg Blogger/PR4)
  25. Jomtonton.net (Blog Artis)


Nielah, Hasil yang keluar daripada google terchinta tu. Eih! yang number 26 tu tak boleh blah kut! Tiba-tiba je menyemak kat situ. Puih!Puih!Puih! Mesti korang dok maki hamun yang number 26 tu kan?. Berangan nak mampus! Hahahaha. Memang Tak laa SM nak tersenarai, Dah la nak update blogpun, berkurun baru nak update. Memang Hazab la nak tersenarai Or disenarai kat situ. Mueehehehheee. =D

Yang SM tau, yang nie tahun 2012 punya. Kalau 2013 kena tunggu tahun depan laa. Apa-apapun, memang terbaik dari ladang la, diorang-diorang nie semua, Trafik memang tak leh blah la, tiap-tiap hari naik mencanak kut. Kecuali yang number 26 tu jelah, Meroyan je yang lebih! Hahahaha. 


K,BYE.


P/S: KALAU BOLEH MERAPU, MENGALAHKAN KUCING NAK BERANAK SEPLOH!

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri yang Mulia!

Salam semua... Nampaknya, diam tak diam semua Umat Islam di seluruh dunia mahupun di lain-lain planet, Pluto,Marikh mahupun Zuhal sekalipun, sudahpun menyambut hari yang penuh gilang-gemilang iaitu Hari Raya Aidilfitri. Sudah semestinya para maklong-paklong, makngah-pakngah, maksu-paksu dan seangkatan dengannya, sedang sibuk melayan karenah sanak-saudara nun jauh di sanakan? mueeheehe.

SO, lepas ni korang tak akan dengar lagilah, Kemerapuan carut-barut SM kat blog nie buat sementara waktu. Ada ke orang baca blog x semengah ni? Muehehehee..  Sedih laa jugak Ramadhan telahpun meninggalkan kita kan?(konon), Di kesempatan ini SM nak mintak maaf dari hujung anak rambut korang tuh, sampai hujung kuku jari kaki masam korang, kalau kemerapuan SM selama ni, ada menyentapkan hati kecik nurani korang. Ampun bapak-bapak, ibuk-ibuk sekalian. Maafkan saya dong! =D

 (pelita kelapa Mak Dara goyang gerudi sampai tak hengat nak balik rumah*gambar hiasan)


Ye lah, mana la tahukan. sapa-sapa selama ni baca blog ni ke, Tersesat masuk blog ni ke, tiba-tiba sakit hati pulak baca blog ni, SM nak mintak maaf laa kat korang. Kita hanya insan biasa, sedangkan Nabipun ampunkan Umatnya, kan? (feelling-felling ustaz Fadzilah Kamsah jap! muehehehee). kadang-kadang tu, mulut SM memang tak berlapik sikit kalau berbicara. wah! skema kejap! hahahha, apa yang nak keluar pakai sembur jee. yang jadi mangsanya, Sesapa yang baca blog ni lah. =D

SM hanya manusia biasa saja, Makan, minum, buang Air besar mahupun kecik, ada masa sedih, ada masa datang angin terenjat jap, pastu meroyan sorang-sorang nyorok bawah tilam. biasa laa, manusia kan? lumrah la. =). semua orang pasti pernah buat silap walaupun sekali, mahupun dua kali =D. tapi SM paling pantang kalau yang hipokrit-morit! depan kita bukan main lemah-lembut gemalai sampai kencingpun tak sedar(Hoi! senonoh sikit!), belakang kita, hah! hambek kau!. Ada tak member-member korang yang spesis sedemikian rupa? No Komen! hahah =D Tengok, mulut SM secara automatik je nak sembur! kehkehkeh. Sorry.

Berbalik pasal raya ni, disamping kita bergumbira bagai, sambutlah dengan kesederhanaan dan ingatlah orang yang tidak berkemampuan di sekeliling kita. Time makan tuh, jangan ikut Sodap mulut je nak makan, kang tiba-tiba koyak pulak baju @ seluar tuh. nak-nak pulak koyak kan part sensor korang tuh. Oh tidak! tak pasal-pasal korang jadi bahan member korang nak untuk ditertawakan nanti. Muehehehe. So hati-hati masa nak makan tu. Jangan bebanyak sangat. Makan kuih semprit, sudeeehhh =P

Terimalah kad Raya elekronik ini sebagai peganti diri tak dapat hadir beraya di rumah korang. Hoi! macam ada orang jemput datang je. PANG! polompang nam ploh nam das! hahahaa.


Bagi sapa-sapa yang nak DUIT RAYA dari SM tuh, datang lah beraya kat Rumah. Bos baru bagi Bonus nih! Masyuk-masyuk! Kuih dan Muih beraneka macam, makanlah jangan hanya dipandang pun ada. sedia terhidang untuk anda. So datang la beramai-ramai untuk beraya! bawaklah rombongan Cik Kiah , cik minah, cik latipah datang.  dialu-alukan. Tapi duit raya dapat sorang seposen je lah kalau satu bas datang. Mueheheheee =D


Mak Aiii! ucapan Raya bukan main berjela tak cukup kaki mengalahkan perdana menteri. ghasak! hahaha. apa-apapun SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI dari SM sekeluarga!! Maaf Zahir dan Batin! :D

"Selamat, hari raya, untuk kita bersuka ria, selamat, SM ucapkan, moga kita jumpa lagi tahun depan... Tet tetete tet tetet tetetet,tetetetet,tetet,tetet! (muzik raya. Diadaptasi dari lagu Allahyarham Puan Sri Saloma) Sempat lagi lagu raya bagai! Muehehheee =D

K,BYE.



P/S: YABEDA BEDU! SOMEONE NAK BALIK RAYA TAUN NIE! SAPE SOMEONE TUH? NAK TAHU? BIARLAH RAHSIA.. MUEHEHEHEE ;D

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Kuih Buah Melaka Warisan Nenek Zaman-Berzaman

Macam biasalah, Tajuk Entry haruslah merepek-repek seperti sediakala.Kehkehkeh. Al-kisahnya, yang boleh terletak tajuk entry sedemikian rupa macamnie ceritanya, Petang tadi sementara tunggu waktu berbukak tu, SM macam biasalah, pergi menyibukkan diri kat dapur tuh, nengok juadah apa yang mak dengan Adik perempuan SM dok masak. Tiba-tiba terbau Aroma menusuk sampai ke Lobang Hidung.Mana Tahan Beb! Yelah, manalah tahu nak buat Kuih Siput lagi ke, macam yang pernah SM cerita kat ENTRY NIE. Muehehe.

Masa pergi terkinja-kinja kat dapur tu, Terlihatlah kelibat Benda Hijau kat dalam besen. Apa mendelah, adik SM dok kecah-kecah dengan benda alah Hijau tu. Macam pelik je 'natang' warna Hijau tu. Macam biasalah, perasaan ingin tahu amat berleluasa nak tahu. Pastu SM tanyalah adik SM.

Dialog
SM: Adik, ko buat mende ni? macam pelik je? boleh makan ke ni? Hijau-hijau macam katak pisang tak cukup zat je ni? (ayat, sudah semestinya menyakitkan hati =D)

Adik SM: Eh? Tak kenal ke ni mende apa? Adik tengah buat "Kuih Buah Melaka Warisan Nenek Zaman-Berzaman" laa. Macam tak pernah makan..Ish!.

SM: Uik?! Macam pelik je? Buah Melaka mende macam tuh?

Adik SM: #%^!%#"*+%$#!!!!! (Kat dalam Hati)


Tu laa yang tajuk Entry Sedemikian rupa tu. SM rasa adik SM ciplak yang Resepi Turun Temurun yang Kat TV9 tu, Alaa rancangan masak-memasak tu. Tu yang yang dia bagi nama "Buah Melaka Warisan nenek Zaman-berzaman tu". Ada kena mengena ke?Mueheheheee =D

Bahan-bahan nak buat benda alah kuih buah melaka :
  • 1 cawan tepung pulut
  • 20helai daun pandan diblend, toskan dan ambil airnyer (perahan air pandan) Kalau tak daun pandan,guna pewarna pandan pun boleh.
  • Garam secukup rasa (garam dimasukkan dlm air pandan)
  • #untuk inti# : Gula melaka di potong kecik2, Kelapa parut secukupnya.
@Tengoklah sendiri. First tengok, macam pelik je warna Tepung nie. Warna Hijau-menyinggau tak henggat tu. Tu yang Konpius sekejap tu. Tapi bau wangi jugak la benda alah nie, bau daun Pandan dengan Vanila. Buah Melaka ada perisa Vanila ke? Gulp!




@Kenal tak nie benda ape? Gula melaka kan? Eh, Lupa nak tanya adik SM gula mende nie? ghasak la gula apapun, janji gula. Gula Pasir boleh ke hah? Muehehehe =D




@Lepas tu, masa proses nak membentuk Kuih Buah Melaka tu, Ambik sikit secekak seketul gula tu, masukkan kat dalam tepung. Pastu, lipat bagi kemas-kemas buat bentuk bulat-bulat, jangan bagi ada ruang langsung, nanti masa Rebus dia bocor. Adik SM la bagitau, SM cuma mengiyakan je lah. hahaha.




@ Pastu, Sapu sikit tepung kat atas talam tu, letak dengan penuh berseni ok. Tujuan sapu tepung kat dalam talam tu, tak nak bagi Kuih Buah Melaka tu melekat-lekat kat talam masa proses nak Ambik dan Rebus nanti. Mak Aii! Dah macam Hos Ketuk-ketuk Ramadhan daaa!. Ni bukannya blog masak-memasak ye Tuan-Tuan sekalian. Tengok orang lain masak boleh la. Nak masak sendiri tak reti. Kalau bagi SM masak alamatnya, Ke Laut ler jawabnye.






@ Dah siap buat bulat-bulat tu. Ambik periuk, pastu masukkan air kat dalam periuk tu, tunggu sampai air mendidih sampai bunyi bluupbluupbluup, baru boleh baling masukkan buah melaka kat dalam periuk. Biar kejap, gamak buah melaka tu, dah timbul macam ikan kaloi macam cerita Bawang Merah Bawang Putih tu, Korang angkat dan gaulkan dengan Nyior@Kelapa Mak Dara.Com





@ Dah siap! jadi tak hasil air basuh tangan Adik SM? NO KOMEN! Muehehehe.





Masa first time tengok tu, ingatkan mendelah adik SM dok buat tu. Jadi jugak laa..daripada tak da. Kalau Adik SM baca blog ni. Kompom ambik mercun bola, baling kat SM lari keliling kampung.hahahaha. Entry pasal main mercun tu KAT SINI. Nasib ko laa adik dapat abang macam nie. dua ploh pat jam Komplen tak habis-habis, Tapi dalam hati TOTAP SAYANG-MENYAYANG!!(felling-felling nyanyi lagu sandarkan pada kenangan). Raya nanti abang UP sikit duit Raya ko.  saja bodek sikit, ayat cover, manalah tahu dia terbaca ke, hape ke blog SM nie? Tak ke Meroyan dibuatnya SM? Muehehehee. =D

Macamlah, korang tak pernah buat buah melaka kan?  Tapi Buah Melaka ni adik SM letak perisa Vanila sikit kalau tak silap. Baru ada UUMMP dia bagitau. Nak tau UUMMP ke tak, Try la, letak tengok perisa vanila tu, UUMMP ke tak? =D

PANTUN DUA KERAT
Masa Berbukak, Makan Kuih Bangkit
Sudah Baca, Komen La Sikit.
=D

K,BYE.


P/S: MASA KECIK-KECIK NENEK SM ADA BAGITAU, BUAH MELAKA NI ADA KAT NEGERI MELAKA JE. YE KE? TIME KECIK-KECIK, MEMANG BLURR.HAHAHA =D

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Buat Kuih Siput Sampai Semput!

Macamana persiapan Raya korang? Baju Raya, Kasut Raya, Tudung Raya, semua dah beli dah ke? ke ada yang tak beli lagi? Biasanya last-last minute kalau pergi beli, dapat harga Murah giler kut!! SM selalu laa, pegi borong saat2 terakhir. Biskut Raya, kalau yang biasa beli tu, Tiga balang Seploh Hengget kan? Kalau pergi last minute, Silap2 boleh dapat Lima balang Seploh Hengget ja! Pastu bodek2 sikit Makcik yg jual biskut Raya tu, dapatlaa Nam balang Seploh Hengget! Muehehehehee =P

Kalau cakap pasal raya niekan, Time Hari Raya tu, tak ada Kuih Raya memang tak sah laa kan. Korang pernah tak buat kuih siput? kalau yang Gegirlsz-gegirlsz mesti pernah kan? Kalau tak pernah tu, try laa buat =P

Haritu, Mak SM ada laa buat, benda alah kuih siput nie, pastu Time Part nak buat bentuk bulat-bulat tu, SM konon-kononnya nak tolong la konon, Anak mithali laa katakan..PANG! Pelempang pat ploh pat Das! Muehehehe =D

Mak Aiii! ingat ke best masa dok buat bentuk bolat-bolat tu, Bosan tahap Sengkuang! pastu, mulalah nak ngelat tak nak buat! Last-last tinggal kak Adik dengan Mak SM je dok kelebek benda alah Kuih Siput Sedut Tuh! seyes bagitau, Sapa yang ada kesabaran yang tinggi je sanggup buat benda alah nie, sapa-sapa yang tahap kesabaran dia nak tak nak je macam SM, janganlah korang cuba nak jebakkan diri buat benda alah kuih Siput ni! Buat laa biskut lain! hahaha =D

Bahan-bahan beliau :

  • 5 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 50gm margerine
  • 1 s.kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu kecil serbuk udang kering
  • 1 sudu kecil garam (ikut rasa)
  • Sedikit serbuk perasa (optional)
  • 3 sudu besar cili boh/serbuk cili
  • Daung bawang /daun sup (dihiris )
  • Santan secukupnya untuk menguli bukan mengilai! muahahaha =D

Proses-proses nak buat Kuih Siput Sedut yang "BEST" tahap Nenek Cipanzi tak makan dua ploh pat hari!  :


1) Mula-mula SM tengok mak SM uli-uli tepung sampai jadi macam nie, Wangi je bau tepung nie. Ada bau daun kari, Bau Buttercup, Bau wangi jee "natang" tepung nie. Menguji Tahap Keimanan betul! muehahaha :D




2) Part Bolat-Bolat nie la yang SM kena buat tu. Lawa tak bolat-bolat tuh? hahaha. Senguk-senguk kut masa buat bentuk bulat-bulat nie. bagi sapa-sapa yang cekap, dah tak payah buat dah Part Bolat-Bolat nie semua. Terus gesel-gesel kat papan Kuih Siput tu je. Seyes, lambat gila nak buat bentuk Bolat-bolat nie, dah la nak dekat Dua kilo! Hambek Kau! hahaha.




3) Eh! Nie jejari runcing sapa pulak ni? yang penting, nie bukan SM punya jejari runcing lah! Adik SM punya jejari ok. Tak boleh blah la, kalau Jejari SM Runcing sampai sebegitu rupa! Muehehehe =D. Time ni, proses dok menenyeh benda bolat-bolat yang SM buat tu, kat tempat Acuan kuih siput tuh. Untuk bentukkan dia jadi macam siput sedut laut masak itam.




4) Lepas menenyeh-nenyeh tepung benda alah bolat-bolat tuh, jadila dia bentuk Siput macam gambar kat bawah nie. Time nie, SM dah blah dah, ngelat tak nak buat bolat-bolat tu. Bertuah punya anak =P hahahha. Maunya tak blah awal-awal, ada lagi SEKILO kut, nak kena settlekan buat bentuk bolat-bolat tu. memang kurang la pahala puasa, sebab ngelat malas nak tolong, Muehehehehehe.





5) Lepas siap semua tu, Proses goreng-menggoreng plak. Goreng nie kejap je, x payah lama-lama sangat goreng tu. Kang Kuih kemana Siput kemana kang. ye lah, Hangit. hahaha..





6) Dah siap dah! SM tunggu nak  NGAP je kat dalam mulut, Time berbukak lah. hahahaha. Bab-bab nak makan Haruslah Laju. Kalau orang tak pelawapun, Sental je makan. Boleh pulak? =D




Akhirnya, Settle jugak Buat KUIH SIPUT nie. Hazab betul nak buat bentuk bulat-bulat tu. Time buat je lah Hazab bagai. Bila dah siap goreng tu, boleh makan, memang tak ingat kat orang belakang la. Bila ngap je benda alah kuih siput ni, bunyi KruupKraapKruupKraap! Layan Wooo.. Hahaha.

Tapi SM rasa better buat Biskut lain la, Kalau korang degil nak buat jugak, Buat je la.  sapa yang ada tahap kesabaran yang tinggi je sanggup buat Kuih Siput ni. Sapa-sapa yang rasa dia tak boleh buat benda-benda yang rumit dan akan meroyan tak hengat bila buat, Better tak payah buat. Kang tak pasal-pasal tepung melekat kat dinding rumah kang. Muehehehee.

k,lah, sekian saja untuk laporan berita TV Pat Ploh Pat Setengah hari ini. Kita Kembali ke Sri Pentas! =D


K,BYE.


P/S: LEPAS NIE MAK SM BAGITAU NAK BUAT BISKUT MAZAROLELLA PLAK. HABIS LAH.. =P HAHAHA. TAK DAPAT EDEN NAK NOLONG.

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Pengalaman S.M Terjebak Dengan Mercun

Salam Semua...Lamanya, SM x hudpate blog nie..sampai bau hapak tahap ikan Pekasam dah kan...Muehehehheee...Buzy laa korang...Buzy buat tempahan Kuih Raya Cik Kiah, Cik Piah...hahahaha...Ada ke orang nak beli? Bayangkan, SM kalau buat Kueh Samperit tu, Jadi kuih Mazarolella...Arcamne tuh?...Susah betul nak sebut Mazarolella tu...Hahahha =D

OK...dah macam lari Topik dah nie..nak tanya, Korang masa kecik-kecik dulu pernah tak main mercun? Tipu laa sapa cakap tak pernah kan..mesti pernah terjebak jugak, walaupun sekali...hekhekhek..Kalau yang Gegirlsz biasanya main bunga api jee...betul tak? hahahaha...tibe2 gegirlssz plak keluar...sorry gegirlssz-gegirlssz...(macam-semacam je dok sebut gegirlsszz-gegirlssz nie...auww...hahahah =D)


Antara mercun-mercun yang femez-Almost zaman SM dulu-dulu:

1) Mercun Mancis/Guquih - Tahap letupan dia, x ada laa sakit telinga sangat, tapi ok2 laa kalau nak menyakat Tok Imam yang nak pergi sembahyang Terawih masa tu...Muehehehehe... =D


2) Mercun Papan Kecik-Kenyek- Nama x leh blah kut, Tapi masa tu SM memang panggil Benda alah mercun ni, Mercun Papan Kecik-Kenyek...sebab dia ada 2 jenis, Satu lagi jenis besar gedabak tu, kalau x silap SM.



3) Telur Naga/Mercun Telur Naga- Nie bukannya pergi hambek Telur Naga buat mercun ye adik2..hahaha..Benda Alah nie pun best jugak laa main..bila Cucuh jee, dia bunyi prongpangprongpang!! camgitu..Pastu cantik je keluar Api....Hahahaha...Best-Best!




4) Mercun Ketupat - yang nie pun tahap "kebunyian" dia, lebih kurang sama je macam Mercun Bola tuh, Tapi dia punya Bunyi lagi Umphhh laaa...ada haritu keluar kat Berita TV3, Makcik tu, buat mercun Ketupat sendiri, Dia letak belerang dengan Pasir kut kalau x silap SM...Sapa ada tengok berita tuh? ( Memang Sempoi laa makcik yang buat Mercun Ketupat tuh..Makcik-makcik lain sibuk buat Ketupat Nasi,Ketupat Palas, dia Sibuk Buat ketupat Mercun...Muehehehehe=D)



5) Mercun Tanderclap/Roket - Kalau SM, panggil Mercun Tanderclap..kalau korang, tak tahu laa kan panggil apa benda alah nie? Benda alah nie pun best jugak main, Masa tu kalau cucuh jee..., Mesti semua Memekek, LARI!!LARI!! memang x hengat lari Time tu, Nak-nak, kalau mercun tu datang kat kita kan, lagi Riuh laa Sekampung! Sampai Makcik-makcik yang tengah buat kuih Sampret pun melatah time tu..Oh Mak Kau Terbalik!...Hahahaha :D



6) Mercun bawang/Pop-Pop - Biasanya kat kampung SM panggil Mercun bawang je... Bentuk dia nak macam dengan bawang sikit-sikit, Tu yang lekat kat SM Mercun Bawang tuh...Masa SM kecik-kecik dulu sapa yang main mercun nie memang kena bahan laa orang tu..Diorang cakap apa "Eleeehhh..Mercun ke Tu?Kentut aku lagi Kuat La woi! :D".Sapa pernah kena bahan camgitu? :) Biasanya, Bebudak bandar je yang panggil Mercun Pop-Pop...tak tahula pulak kalau korangpun  panggil Mercun Bawang macam SM jugak =P



7) Bunga Api - OK, Bunga Api nie biasanya Gegirlssz-Gegirlssz je yang mainkan? Tapi pendapat SM antara mercun yang paling selamat kalau nak main bunga api lah, Sebab bila cucuh jeee..cantik jee keluar bunga-bunga tuh, x da bunyi-bunyi yang menggahirahkan Memeranjatkan Tok Imam tengah sembahyang terawih masa tu, kan? Mueheheheh =D



8) Mercun Bola- Time kecik-kecik mercun nie laa, SM rasa paling terbaik..Bunyi dia memang Merdu x hengat laa...Kalau Cucuh je Mercun ni, Kompom berterabur kuih Abuk-Abuk kat dapur..Muehehehehe =D, Tapi risiko dia sangat bahaya, Silap haribulan beraya dengan sebelah Tanganlah korang, kalau kena.



Nie baru sikit nie, banyak lagi mercun Zaman tu..kalau nak cerita..sampai esok pun tak habis....yeke sampai esok pun tak habis? Hahahaha :D

OK lah korang, SM tunjuk gambar-gambar mercun nie semua, bukan nak suruh korang main ye..Cuma nak Story pengalaman SM dengan Mercun-mercun nie. Masa Zaman hingus dok meleleh dulu Tok dengan Tok Wan larang jangan main, Selamber Badak jee SM Sental Main..

Kata Orang, Jiwa kanak-kanak Strawbery masa tu, Seronok je ingat. Tapi SM tak pernah kena lagi laa, sampai putus jari ke, mata buta sebelah ke, kuku terkeluar ke masa main mercun nie semua. Nasib baik tak kena, kalau kena memang meraung tak Hengat laa jawabnya.

Untuk adik-adik yang muda remaja macam SM nie, Remaja ke? =D muehehehe, janganlah korang cuba-cuba nak main benda alah nie ye, tak de Faedah pun. Silap haribulan boleh mati WOOoo!

Kalau gamak mengidam sangat nak main, SM Syorkan Main bunga Api sudeh..Best apa main bunga api, boleh pusing-pusing bunga api tu, pastu lari-lari keliling Laman Rumah, sambil feeling-feeling nyanyi lagu Saloma..."Selamat Hari Raya, Hari Untuk Kita Bersuka Ria, Selamat kami Ucapkan, Moga kita jumpa lagi Tahun Depan".. best tak? hekhekhek =D

K,lah jumpa lagi next Entry..nak pegi Buat Kuih Siput jap! Muehehehe =D

K,BYE!


P/S: SEKSA BETUL NAK BUAT KUIH SIPUT YE! MACAM NAK BALING JE TEPUNG KUIH SIPUT TUH KAT JIRAN SEBELAH RUMAH! =D

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)