Aweks Bertudung Cun Bikin Panas!

Tajuk kat atas memang ghairah nak meninggal mengalahkan orang mati laki. Malas nak taip panjang-panjang, korang tengok jelah sendiri apa yang panas sangat tu.Kalau yang tengah berserabut, bosan tahap gaban ke hape ke kan, eloklah luangkan sikit masa tengok ragam ntah hape-hape kat bawah nie jap. Kompom lepas nie ceria melampaui batas punye. Kalau tak ceria jugak, ada something rong laa tu tak kena dengan korang. Muehehehehe =D















Tak puas lagi baca kartun kat atas? Meh klik secara berjimba-jimba Kat Sini kalau nak baca kartun yang lagi panas dan sengal melampaui batas. Kalau nak tengok Gadis berbulu lebat tak hengat mengalahkan orang lelaki Pakistan jual karpet kat kampung sebelah, boleh klik Sini. Kalau nak cari awek cun macam patung Barbie, Hentak kat sini kuat-kuat. Kalau korang baca link-link yang SM bagi tu, sambil makan Burger Oatdabanes ngan Ice Blended memang layan habis wa cakap lu. Muahahahaha =D

Kartun kat atas tak dak kena mengena langsung dengan yang still hidup mahupun yang sudah tiada lagi di muka bumi ini. K,lah nak pergi cari kuih siput jap untuk Krup Krap Krup Krap kat dalam Opis. Haritu kantoi ngan bos, sebab sound effect tahap kekunyahan serta mentekdarah kuih siput bunyi kuat tak henggat. Nasib baik tak dapat notis berhenti kerja. Perghhh... memang melampau nak mampus laa kalau mengcekek kuih siputpun kena buang kerja. Hohoho.

Try makan kuih siput kat dalam library tengok, kompom korang akan diusha sampai pat ploh pat nam kali  oleh staf yang jaga library kat situ. tak caye? buat laa tengok. SM dah pernah try dah. Muahahahaha. yang tak leh blah batu belah batu bertangkup tu, pernah sekali bawak buah melaka makan kat dalam library. Apa kejadah makan buah melaka kat dalam library? Ahhh...ghasak! Hawa nafsu melahap memang tak leh nak kawal kalau tengah lapar. Dalam library awampun jadi. Kehkehkehkeh.  

BYE.

Kalau suka boleh LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

DOODLE COUPLE PALING HOT TAHAP TERLAMPAU-MELAMPAU!

Tajuk jelah Doodle Couple Paling Hot! Hakikatnya nan hado jelah. Tajuk haruslah mencetuskan kontrebasi macam minum kopi pepagi. Karya nak dipersembahkan, ke laut Tasik Chini Selatan jugak jadinya. Pergh!!! Rasa macam Datuk A.Samad Said plak petang-petang senja nie, bermadah pujangga-berjingga bagai. Tersedak Datuk A.Samad Said kat rumah, kalau beliau tengah hadap biskut pat sagi petang-petang cenggini. Muehehehehe. Kang ada yang kena "See U In Court!" plak kang... Sapa nak jawab? Tak mo, tak mo, tak mo. Tak pepasal dapat makan free kat Jail. Mueheheheh

Mintak maaf ye Datuk, saja nak bergurau-senda dengan datuk, Almaklumlah... Cucu tak sempat nak jumpa dengan Datuk, tu yang dok meqoyan-qoyan dok sebut nama Datuk tu... Rindu bangat dong! Muahahahaha =D(Cover baekk punya!)

Tak nak merapu banyak-banyak kat sini,  Kang makin nikmat korang dok mencerca-hamun kat SM. Dah... dapat pahala free of charge. Hot sangat ke doodle couple nie? Sampai nama Datuk A.Samad Said yang famous-amous diamore semua keluar. Nak tau hot ke tidak benda alah doodle ni, tengok laa sendiri. Kalau suka boleh laa ambik banyak mana nak ambik. =)





















Kalau rasa berkenan tu, boleh laa ambik sesuka hati tanpa bayar apa-apa. Semangat gila buat benda alah doodle nie, Khas untuk reader-reader setia blog merapu nie, walaupun sibuk memanjang dengan Bussines Ikan pekasam kat rumah tu. Reader tetap diutamakan(Ada ke orang baca blog nie? Puih!). Kehkehkeh. Kalau sesapa yang berminat nak tempah header ke, doodle ke, banner ke dengan SM, boleh PM kat facebook SM kat tepi tu hah. Hentak je kuat-kuat dengan jejari runcing kat sebelah tu hah, kompom jumpa! Kalau nak diskaun, pandai-pandai laa korang bodek SM ye. Muahahahaha  =D

Kalau tak berminat atau tak terminat langsung nak tempah benda-benda alah tu semua, lebih berminat nak tempah ikan pekasam SM? boleh jugak, tak ada masalah, tapi kena tunggu dululah tempahan benda alah ikan pekasam tu buat masa sekarang. Baru berjinak-jinak nak buat ekperimen resipi ikan pekasam ni, ke laut ke tak jadinya, kalau ke laut, alamatnya kena tukar bussines ikan kering pulak laa jawabnya lepas nie. Kehkehkeh.

Kalau suka doodle kat atas tu, hambek jee banyak mana korang nak hambek, kalau dah ambik tu, komen-komen laa sikit kat bawah nie. Kalau nak lagi koleksi doodle yang SM pernah create sebelum-sebelum ni, korang boleh picit dengan siku kanan korang Kat Sini. Jangan lupa, kasi tahu kat jiran sebelah rumah sama ye, mana laa tau dia pun teringin nak ada doodle jugak. Muahahahaha =D

BYE.

Kalau suka boleh Like =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Tips Menghilangkan Bau Badan a.k.a Ketiak Dengan Berkesan & Tangkas!

Dah macam-macam jenis deodorant dah korang guna. Bau ketiak totap hanggit tak henggat mengalahkan bau kentut orang tak berak cirit pat ploh pat hari tak leh nak berak. Bertenang, tarik nafas sempoi-sempoi & hembus kuat-kuat. Harinie SM nak kongsi achaner nak hilangkan bau badan tanpa memerlukan modal berhengget-hengget. Cara moden tak jalan, cer try cara tradisional plak. Manalah tau, lepas ni harum semerbak ketiak serta badan tu kan? Muehehehe =D

Bagi yang ada masalah seperti di atas, bolehlah try beberapa tips yang dicedok sesuka hati daripada Opah yang tercinta lagi totap sayang -menyanyang hingga ke anak cucu(Kipas habis, muehehehe). Antara tip-tip beliau kasi tanpa mengenakan bayaran ialah:


Bunga cengkih yang dah matang.

1)Bunga Cengkih- Ambik secekak bunga cengkih yang dah matang, pastu korang rendam dengan air panas sampai kembang macam korang makan Meggi tu, lepas dah kembang tu jangan terus sapu masa air tengah menggelegak tu, kang tak pasal-pasal menggelupur tak henggat satu rumah kang. Tunggu air tu suam dulu, baru sapu kat area yang bermasalah tu. Amalkan selalu insyaallah berkesan. 


2)Halia- Jangan ingat halia nie boleh masuk dalam kari je. Dalam kari orang letak halia ke? Ahhh...ghasak!kehkehkeh. Cara nak guna halia untuk hilangkan bau badan korang, ambik sechoet a.k.a sehiris halia, lepas tu tumbuk beliau sampai lumat macam sambal belacan tu. Taruk air suam dalam gelas & masukkan halia yamg korang hentak-hentak sampai lumat tadi kat dalam gelas tu. Pastu minum. Kalau rasa macam nak kelainan, boleh mix dengan air teh. Ikut selera anak tekak memasing laa ya. =D

3)Limau Nipis- Ambik air perahan limau nipis dalam dua bijik camtu. Pastu korang campur dengan kapur sirih yang opah-opah selalu mamam dengan buah pinang tu. hah, jangan ambik kapur barus plak, kang ada yang kena baling dengan batang mop kang, kapur barus tu orang nak mandi mayat ye murid-murid sekalian. Lepas dah gaul semua benda alah tu, sapu kat ketiak sampai sebati dan biar selama 15 minit or lebih. Lepas tu bilas dengan air. buat seminggu 3 kali, insyaallah mujarab. Kompom ketiak akan sesuci lebaran lepas bilas. Muahahahaha


Daun beluntas

4)Daun Beluntas- Selalunya daun beluntas nie orang lahap mentah-mentah buat ulam. Nak-nak kalau sentap dengan sambal belacan, perghhh!!!kompom nasik akan ditambah sehingga nam ploh nam kali! Daun beluntas ni susah sikit nak dapat. Kalau sesapa yang ada daun jenis ni kat rumah, bolehlah torai buat. Mula-mula rebus daun beluntas ni dalam pat belas helai camtu, mesti pat belas helai kalau lebih takut tak jadi. Opah SM yang cakap, kalau tak jadi jugak pergi sekeh beliau secara marathon ok. Jahanam punya cucu! kehkehkeh. Lepas dah rebus tu, minum air rebusan tersebut. Simpan sikit untuk disapu di ketiak ya. Kang tak pepasal kena bilang balik daun tu bagi cukup pat belas helai nak kena rebus balik.Kalau tak kenal dengan daun beluntas or berminat nak berkenalan dengan beliau, sila rujuk gambar beliau di atas, number telefon dirahsiakan. Harap maaf. Muahahaha



5)Kunyit- Ambik dalam lima ke tujuh ketul kunyit. Kisar dengan air kapur. lepas dah kisar korang lumur seluruh kawasan bermasalah tersebut sambil nyanyi lagu can mali can kak tipah payung sampai habis. pastu biar dalam setengah jam, lagi lama lagi bagus. lepas dah kering & nampak merekah-rekah tu, baru bilas dengan air. Untuk kesan berganda, campur halia tersebut dengan bedak sejuk Cik Senah! Kehkehkeh =D


6)Timun- Selain meredakan bengkak a.k.a sebam pada bijik mata, Timun jugak boleh sesangat kalau nak hilangkan bau badan. Cara-caranya, ambik sebatang timun lepastu kupas kulit beliau. Tiap kali korang nak mandi tu, tak kiralah mandi sunat hari raya ke mandi wajib ke hape ke kan, ambik timun tu sapu kat tempat bermasalah tersebut. Lepas sapu tu, biar la dalam lima minit ke nam minit cenggitu, baru bilas dengan air kolah or paip.

Ni jelah yang SM sempat pergi menuntut apa yang patut tentang Ilmu bau ketiak dengan opah SM. Sebenarnya banyak lagi cara dia. Nie baru suku nie, lepas ni kompom-kompom ketiak memasing seharum bunga yang menggoda, sekali dipandang usah dipuja... cam lagu Misha Omar tu. Muehehehehe =D

Sesapa yang ada masalah bau badan yang keterlaluan, sampai orang lalu kat tepipun boleh pengsan. Baik cuba beberapa tips kat atas ni. Kalau tetap bau tak henggat jugak, memang ketiak korang ada something rong laa tu. Baik pergi jumpa doktor pakar ketiak yang  bertauliah kat Malaysia ni, kang tak pepasal makin parah lagi masalah bau badan tu.

BYE.

Kalau suka boleh LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Sukaneka Paling Tragis! Jangan Tengok Kalau Alah Terhadap Ubi Kentang!

Perghhhhh.... Akhirnya, ada jugak masa nak hupdate blog ni hah. Bukannya SM merajuk pergi kayuh sampan kat Tasik Kenyir ke hape ke ya. Sibuk dengan urusan Seri Paduka baginda sikit, tu yang tak de masa nak buat segmen sentap menyentap kat blog ni hah. Ampun ya ibuk-ibuk, bapak-bapak sekalian. Macam laa ada orang nak baca blog tak semengah ni kan. Muahahahaha. *gelak cam suruh korang bedal penyapu lidi kat atas kepala.=D

Tak nak ceramah agama banyak-banyak kat sini, kang tak pepasal je SM kena sumpah serenah secara bertubi-tubi ngan korang kan? Tak pepasal je memasing dapat dosa kering free of charge. Tak gitu Cik Ainon? kehkehkeh.

Musim cuti sekolah nie kalau yang tengah bosan-bosan tu tak tau apa nak buat. Meh layan kartun sentap serta sesengal  kat bawah nie dulu. Jap, pergi bancuh Oligogo ke Nescafee ke hape ke dulu, baru syiok nak layan. Kalau ada biskut Merry cap ping pong ke hape ke kan, lagi tangkap leleh nak layan wa cakap lu. muahahahaha. *Abaikan perangai sengal tersebut.

Suatu pagi yang nyaman serta sesuai untuk keluar bersenaman Taici secara berjemaah...... =D









Achaner dengan musim cuti sekolah nie? ada pergi melancong or melencong kat memana tak? SM memang tak pergi memana laa cuti nie. Almaklumlah, baru je selamat diijab Khatankan oleh Tok Mudin tadi. Sebulan laa nampaknya kena berpantang tak leh minum air banyak-banyak. Kang tak pepasal je bentan kang. Muehehehe. *Abaikan.

Malas laa...nak taip panjang-panjang, tak boleh nak gerak-gerak sangat, sakit siot! K,lah nak pergi sapu ubat dulu nie. Hohohohoho...

BYE.

P/S: ABAIKAN TAJUK ENTRY TAH HAPE-HAPE KAT ATAS TU YE. MUAHAHAHA =D

Kalau suka boleh LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)