Bebudak Baik =)

Tips Serta Cara Terhebat Melebatkan Rambut Anda Dengan Berkesan & Cepat!




Dah pergi Yum Nam Hair Care pun rambut stay malas nak tumbuh? Bila sikat jer, rambut makin meroyan nak luruh? Pakai Shampoo Kelapa Laut Afrika pun rambut stay degil tahap hazabedah jugak tak nak tumbuh-tumbuh? Kawan-kawan mulut puaka plak, tak habis-habis dok ejek korang macamni:

*Aiks? Sejak bila matahari ada dua ni? Silau siot!

*Ko potong rambut layer errr? Stailo habis!*sambil sengih.

*Perghh!!! Luas dan licinnya dahi ko! Macam buah laici tak masak la bro! *sambil gelak kuat-kuat depan khalayak ramai.

*Mak Aii?! Aku ingat nenek aku datang tadi! Rupa-rupanya ko ke?!  Muahahaha.

*Sejak bila ko jadi pengkid ni beb? Pendek gila rambut ko!

So, bagi nak menutup mulut-mulut yang tak berapa nak ada insurans Takaful Nasional Berhad tu. SM nak kasi tips sikit ni, macamana nak pulihkan balik rambut korang tu. Sila baca entry ni sampai habis kalau nak rambut lebat macam Doktor Rozmey ok! Muahahaha =D *Tak dak kena mengena!

Cara yang paling best nak kasi rambut yang jarang tu tumbuh & beranak-pinak balik ialah:

1) Korang kopek sebijik buah kelapa mak dara. Jangan ambik kelapa laut Afrika plak, kang ke laut plak jadinya kang.

2) Lepas tu, perah santan dan ambik pati beliau seperti gambar rajah 1.1 kat bawah ni! Gosok kepala rata-rata, sambil layan lagu Can Mali Can Kak Tipah Payong sampai habis! Kehkehkeh

Gambar rajah 1.1(Teringat zaman-zaman Geografi dulu kat sekolah. Muahahahaha.)


3) Lepas dah sapu benda alah pati santan kat seluruh kepala tu, bolehlah goyang gerudi nyanyi lagu Inul Darasista jap, masa dok buat proses sapu-meyapu tu. Lagi satu, jangan lupa! Rembat kain tuala yang dok lap pinggan kat dapur tu, balut kat atas kepala macam gambar rajah 1.2 kat bawah ni hah. =D

Gambar rajah 1.2
 
Muka tersangatlah hazabedah tak boleh nak berak akibat sembelit yang dasyat!

4) Tunggu selama 1 jam ataupun lebih macam tu. Kalau gamak bosan tak dak mende nak buat, boleh gak ajak member main tembak-tembak macam opah yang budget macam heroin filem G.I Joe-Retaliation kat bawah ni!*Jahanam! Bhahahaha.

 
Dialog beliau*Hohoho! Aku Taiko kat kawasan ni hokeh! Ada beran?

5) Lepas dah perap rambut korang dengan benda alah pati santan tu selama sejam atau lebih. Bolehlah blah bukak balutan tersebut. Seterusnya, ambik sedozen asam jawa dan sental secara berhemah kat atas kulit kepala tu. Skill nak sental-menyental? Buatlah lagu mana pun, janji sental sudah! Kahkahkah.

6) Lepas dah settle korang sental kulit kepala korang dengan sedozen asam jawa tu, bolehlah bilas serta basuh dengan shampoo yang ada kat bilik mandi korang. Insyaallah, lepas korang amalkan tips ni 2 minggu sekali, kemungkinan besar rambut korang akan jadi macam gambar rajah 1.3 kat bawah ni! Selebat alam tak hengat punya!

Sila scroll untuk gambar rajah 1.3 untuk kepuasan maksima!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
lagi
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
sikit je lagi
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
barang baik kenalah sabar
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 Gambar rajah 1.3
Dialog beliau*Aucak! Saya single & available lagi tau. Jom twit-twit dengan saye kat twitter! (Naik meremang bulu peha! Muahahaha)

Selesai sudah tips yang hendak dikongsi. Sebarang masalah bolehlah rujuk kepada pakar rambut kami untuk penyelesaian. Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian terbabas tol kami di 006 60666jahanam! Saya, Santan Manis Wong pakar masalah rambut anda! Sekian. Muahahaha =D


BYE.


Kalau suka boleh lah LIKE =)
P/S: Kita Sekadar Mencuba, Selebihnya DIA Yang Menentukan. Sumber dicilok daripada *Yahoo! Bukan Horee! Muehehehe =D

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Santan Manis Dapat Anak Baru?! Santan Kelabu?! Jeng Jeng Jeng!

Tajuk–merajuk kat atas tu haruslah kontrobasi cokodok basi sampai tak hengat. Kahkahkah. Mau tersembur bijik kurma Yusof Taiyob mak SM, kalau beliau terima berita tak senonoh seperti digembar-gemburkan di atas. Tak memasal je, SM berlari-berkejaran sesama ibunda tercinta sambil penyapu lidi dihentak-hentak pat ratus pat ploh pat das kat atas kepala dek berita yang ntah hape-hape kat atas tu. Kahwinpun belum, tup-tup dah dapat anak? Achaner tu? Muahahaha =D

Al-nak jadikan cerita, Santan Kelabu tu bukan anak SM pun sebenarnya. Beliau seekor anak kucing jantan yang SM jumpa sebulan lepas kat Market. Kebetulan masa SM jumpa beliau kat Market tu, beliau keseorangan sambil bantai Ikan kembung yang orang pasar tu bagi kat beliau. Masa tu kurus kedeking sangat beliau. Almaklumlah, anak yatim piatu. Yang menyayat hati lagi tu, Kucing SM Cik Teh, baru je menghembuskan nafas yang terakhir time tu. Punca kematian? Mati kejung mengeras tahap hazabedah secara kuak rentang kat belakang peti ais Singer akibat daripada renjatan letrik yang melampau! Memang sehari tu asyik dok maki-hamun jelah kat peti ais Singer tu! Sebab beliau yang menyebabkan Cik Teh mati kejung mengeras! Mujur peti ais Singer tu tak boleh cakap, kalau tak, memang dok lawan maki hamun la SM dengan beliau(peti ais Singer)! Kehkehkeh =D

Selalunya, panggil Cik Bu je kat Santan Kelabu ni. Susah bebenaww nak nyebut benda alah Santan Kelabu tu. Sampai naik meroyan lidah berbelit nak menyebut. Kan? Jom SM nak tunjuk gambar Cik Bu kat korang. Mana la tau, ada yang berkenan nak jadikan beliau menantu. Boleh berbesan dengan SM. Tak gitu cik Ainon? Kehkehkeh



 Santan Kelabu a.k.a Cik Bu =)


Gambar belakang bentuk muka bumi beliau. Susah bebebau nak snap beliau! Beliau asyik Terkinja-kinja nak main dengan anak gajah biru kejong bereben kuning dengan anak kura-kura hijau baru lepas menetas dari telour ibonda beliau. Ntah apa yang best sangat main dengan diorang tu Cik Bu Oii! Baik main congkak dengan aku, lagi berfaedah! Muahahaha =D


Always jadi mangsa buli Cik Bu depa dua ekor ni. Nilah, anak gajah biru muka macam nak mintak nasi goreng pataya dengan anak kura-kura reben kuning budget kiut tu. Kehkehkeh *Abaikan




Cover line letew! Belakang bukan main jadi bahan sepak penendang benda alah kura-kura tu! Depan, BFF sangat korang ye. kehkehkeh








*Peace Yawww!!!

Hajat di hati sebelum tu nak beli anak kucing. Pergi tanya kat Pet Shop, seekor anak kucing berapa? Yang anak kucing biasa nak dekat RM300 gak la sekor! Mau tercekek tulang ikan kekek ikan gelama mak iloi-iloi SM, sekor anak kucing cecah RM300! Mana nak cekau woi! Last-last mujur jumpa dengan Cik Bu ni dekat Market. Kalau tak, mau hangus RM300 macam tu je. Oh no babeh! =D

Cik Bu ni tak tau nak kata lah baka apa. Maybe, mix kut. Nak kata kucing siam pun tak, Kucing Parsi? Lagi la tak. Tapi dia punya ekor tu ada la kembang sikit-sikit daripada tak hado. Kehkehkeh. Kalau sesapa yang obses dengan kucing tu kan? Tak payah menyusahkan diri sendiri nak pergi beli mahal-mahal, sekor sampai nak dekat 400 bagai. Try jer survey kat mana-mana pasar. Tak kira la, Pasar Malam ke, Pasar Borong ke, Pasar Raya MyDin ke ataupun Pasar Siti Khadijah maybe? Muehehehe. Manalah tau, jumpa yang berkenan di hati. =)

K,lah korang, Cik Bu pun dah merengek-rengek macam mintak pelempang kat atas riba dah ni. Sekian sahaja untuk rancangan Wanita Hari Ini, Esok dan Selama-lamanya! Semoga berjumpa lagi dalam segmen sentap-menyentap yang sama!

BYE.

Kalau suka boleh lah LIKE =)
P/S: Korang Rasa Cik Bu ni baka apa??? 

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Dua Orang Lelaki Handsome Terlampau!

Holamak! Agak senak kepala jugak la sejak dua menjak ni. Blog kubiarkan menangis tak berlagu M.Daud Kilau berkurun lamanya. Jangan nak katakan lagu M. Daud Kilau, Lagu Najwa Latif Kosong, kosong, kosongpun belum tentu boleh keluar! Pergh!!! Lama S.M tak merapu secara berirama Klasik Nasional mengusik jiwa kat sini. Al-maklumlah, sibuk dengan kelas Yoga Mak Lijah Sarapunah sebelah rumah. Tu yang lama tak mengupdate tu! Muahahahaha =D

Eh, dalam kesibukkan dok join kelas Yoga Mak Lijah Sarapunah tu. Sempat jugak la dok create kartun sesenak dan sesengal  lebaran kat bawah nie. Kartun kat bawah ni, tak dak sangkut-menyangkut mahupun sahut-menyahut langsung dengan Mak Lijah Sarupunah tu ye. Tersedak beruk beliau tengah melahap Sagun kat rumah tu. Tak memasal tersembur Sagun secara marathon beliau. Kehkehkehkeh

Kalau tengah bosan tu. Apa kata layan kejap kartun yang SM create kat bawah ni. Lets go babeh! =D


Pado suatu tongah hari yang merosahkan serto menyosahkan jiwo dan rago jiran sebolah menyobolah batu bolah batu bortangkop!




















Achaner? Pernah terkena mahupun terjebak dengan kejadian bahana tak bermaruah macam kat atas ni? Memang tak berprikemanusiaan betul, sesapa yang pernah buat member beliau seperti gambar rajah di atas. Tapi, SM selalu jugak kekadang tu tersasul bahasa dan pustaka negara buat bahana macam nie kat member SM. Menangis tak berlagu Irama Malaysia beliau. Kehkehkeh

Tapi, masa member tengah luahkan perasaan beliau kat korang tu. Jangan la, plak dok buat lawak bodoh lagi gila kat beliau masa beliau tengah sedih meroyan tak henggat tu. Kang tak memasal ja handphone nokia 3310 menerjah macam Superman kat dahi licin korang tu. Dah.... memasing sentap antara satu sama lain.  Takmau-takmau, Datuk Najib marah kalau berperangai sebegitu rupa. Hilang sudah semangat 1 Malaysia yang dipupuk rapi oleh beliau PM Negara. Pergh!!! =D

Sebut pasal member nikan. SM ada la terjah menerjah secara sukarelawati tadi kat satu blog ni. Nama dia   signorinaika.blogspot.com kalau tak silap. Kalau rasa nak meramah-mesra serta nak meramaikan kenalan yang ada tu, boleh lah terjah beliau secara halilintar kat SINI.

Anak katak pisang yang ada penyakit cacing kerawit cicah roti dengan kari, lain masa SM lepak kat sini lagi. Muahahaha =D 

BYE.

Kalau suka boleh lah LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)