Wira Malam Bukan Sekadar Pendekar! Pilih Yang Ori Saja Bang! Tak Ori Terus Buang!


Siapa tak kenal dengan Produk Legacy Secret ni. Tambah-tambah lagi Jus Wira Malam ni. Mantap baq hangggg!! Kau toleh je lah muka kau kat kedai Jamu makcik Leha Zainab ke, Pharmacy Pekan Rabu Aloq Setaq ke, Kedai ubat Muthu Sami A/L Muthu Kapoor ke, mahupun pasar malam Simpang Kuala Perlis sekalipun. Bersepah-sepah dah benda alah produk ni ada jual. Al maklumlah, produk makin hot dan hits!


Dulu aku pernah buat review pasal produk Wira Malam kat entry nie. Banyak khasiat yang ada dalam Jus Wira Malam ni. Produk ni dirumus khas untuk lelaki yang mengalami masalah lesu dan tak bermaya. Studentpun ok kalau nak amalkan jus Wira Malam ni. Untuk kuatkan stamina. Lagi-lagi student macam aku ni, pergi kelas jalan kaki sikit je, makk aii! Mengah mengalahkan perempuan mengandung anak kembar tujuh bulan! Tu belum lagi kalau kelas sampai ke petang. Balik bilik terus LUP di atas katil sampai terbongkang! Muehehehe


Tapi, jangan la plak dok berangan tak tentu pasal, lepas minum jus Wira Malam ni, dok aim muka akan terus jadi macam Bradd Pit mahupun Edward Cullen? Memang nak kena baling dengan terompah jepun jamban jiran belakang rumah la kat muka kau kalau dok berangan meroyan melebih-lebih macam tu. Jus Wira Malam ni untuk pulihkan tenaga dalaman, bukanya bertukar wajah menjadi tampan dan menawan! =D



Antara khasiat beliau yakni Jus Wira Malam :

  • Membantu memulihkan tenaga dalaman lelaki  
  • Melancarkan peredaran darah 
  • Menjadikan anda awet muda trang tang tang!
  • Menguatkan daya ingatan 
  • Membantu mengawal berat badan
  • Meningkatkan kualiti sperma
  • Membantu menguatkan tulang 
  • Terasa macam baru awal 20-an walaupun umur sudah meningkat senja! 


Kalau nak maklumat lebih melampau lagi pasal produk Jus Wira Malam ni korang boleh hentak SINI slow-slow jiwang!



Tapi awas! Sebelum nak beli sebarang Produk Legacy Secret ni, kena check dulu betul-betul sebab yang tak original jugak sedang bersepah dijual di pasaran sekarang! Tambah-tambah produk Harum Malam dengan Wira Malam ni. Bersepah aku tengok orang jual dekat pasar malam. Jangan terbeli yang tak original sudah lah, kang kulit tu dah anggun gebu gebas macam Kak Ton kang, dahhh menggelupas terkopak kopek berlobang-lobang kang. Menangis tak berlagu Ramlah Ram pun sudah tidak berguna maaa.... masa tu! Muehehehe



Cara nak check :


1) Pengesahan Melalui Visual yakni gambaran - Tengok perkataan "LS" dari sudut serong 15 darjah. Kalau tak ada benda alah perkataan "LS" tu, tak ori lah tu. Hati-hati di jalan raya, jangan sampai mulut ternganga. Muehehehe









2) Pengesahan melalui sentuhan - dekat lebel cetakan tu rasa macam timbul-timbul tengelam. Kemaheng timbul-timbul tenggelam timbul-timbul tenggelam. =D







3) Pengesahan melalui QR wechat! Imbas produk terus zupppp keluar detail!




Peringatan manja!!! 1 QR, kod hanya boleh imbas 5 kali saja. Kalau lebih had, korang akan dapat number telefon Syarikat Legacy Secret untuk pengesahan sekali lagi. Kalau nak tengok video boleh picit sini sampai lumat pun boleh sayang!



Kalau berminat nak beli untuk cik habang tersayang ataupun diri sendiri? Alahhh... tekan saja link kat bawah ni. Insyaallah, owner-owner semuanya peramah ! =D

      www.harummalam.com
      www.legacysecret.com





Tu sajalah nak habaq kat hampa semua! Tak mau cakap banyak, satgi tak pasai-pasai hampa baling muka aku dengan pelepah nyioq nam ploh nam das! Sekian saja beqita tergempaq dari utara Kedah untuk kali ini! Sekian terima kasut daun keladut! lain harut kita bertemut lagut! *Merapu. Muehehehe =D



Kalau suka boleh Lah LIKE =)


Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Resepi Kek Batik Yang Senang, Mudah & Cepat Nak Buat!


Kali ni tekak macam teringin nak lahap benda alah kek batik ni. Kemaheng semangat pergi kedai runcit Ah Seng dok beli bahan-bahan benda alah nak buat kek batik ni. Jangan ingat orang lelaki tak boleh buat, dalam banyak-banyak kek, aku rasa benda alah kek batik ni lah yang paling senang, seksi serta mudah nak meninggal nak buat! Yelah, tak payah susah-susah nak bake mahupun nak kena sukat-sukat tepung bagai. Campak je! Siap!!! Muahahaha =D



Cak!!! Muehehehe






Meh sini nak tunjuk benda alah bahan-bahan nak buat beliau :

1 Paket Milo (Guna yang paket kecik je, jangan hentam guna yang satu tin besaw tu pulok ye wahai cik Bedahku sayang!) =D

1 Paket Biskut Marie (Tak kisah nak guna perisa apa, macam aku, aku guna perisa biskut marie coffee masa buat kek batik ni, sebab tu tak nampak sangat corak kebatikkan beliau dalam gambar kat atas tu)

@1/2 tin susu pekat manis (Kalau tak kuat manis letak suku jelah, kalau yang jenis tak puas kalau tak manis, nak makan manis jugak, boleh lah tuang satu tin terus tapi tak digalakkan lah eh, kang tak memasal kena potong kaki kiri plak kang kencing manis! Dah menyesal tak sudah cik Bedah ooii! Muehehe)

Ais Krim Coklat sebagai bahan penyedap nak santap dengan lebih dassshyat! =D

@ Air Setengah cawan sudah bah.



Cara-cara nak buat beliau yakni kek batik tersebut :


Asas nak buat, korang haruslah hentak-hentak manja benda alah biskut marie tu sampai jadi macam gambar rajah kat atas tu hah. Jangan pergi blender pulak biskut tu, kang tak memasal cik abang baling belanga kang kat muka(peringatan bagi akak-akak yang dah berkahwin, yang masih bujang, abaikan).







Lepastu masukkan air dan susu pekat manis kacau sampai sebati. Kalau benda alah air tu korang nak gantikan dengan butterpun boleh jugak. Tapi aku tak suka sangat butter, sebab tekak tak boleh nak terima. Al-maklumlah orang kampung! Orang kampung, orang kampung jugak, jangan nak masukkan belacan sudehhh kang tak memasal jahanam resepi pulak kang! Muehehehe







Masukkan Milo(kalau dalam iklan kat TV tu, siapa yang minum Milo kemaheng lagi lari laju nak meninggal tak ingat dunia, gila over nak mampus iklan tu!) satu paket tu dan kacau laju-laju taknak bagi benda alah milo tu berketul. Kalau boleh perlahankan api sikit masa tengah kacau tu, jangan dok bernyanyi tak tentu hala pulak masa tengah kacau tu, kang terlanggar pantang larang kang tak boleh menanyi kat dapur time tengah masak, tak memasal je korang jadi macam kat dalam Entry Nie pulak kang. =D









Lepas Milo agak pekat dan mesra di dalam kuali tu, boleh lah campakkan benda alah biskut marie tu dalam kuali secara bermarathon sambil angkat-angkat kening tiga kali! 






Balik-balikkan dan gaul lah biskut marie tu sampai beliau sebati serta harmoni bersama Milo di dalam kuali tersebut! *Merapu 







Lepas semua dah sebati, korang masukkan lah dalam apa-apa bekas, tak kisah lah bekas tu nak bentuk petak ke, bulat ke mahupun tiga segi bergerigi sekalipun, ghasak je! Yang penting masa tengah masuk tu tekan-tekan sikit dengan sudu biar mampat dan padat!


Rasa-rasa macam dah puas hati, masuk dalam peti ais. Waktu yang afdhal, dalam 5 jam macamtu la kalau nak biarkan dalam peti ais tu. Kalau nak biar semalaman dalam tupun lagi ok! Jangan tak sampai setengah jam masuk dalam peti ais, korang dah gelojoh nak potong pulak, kang menjejer-jejer kek batik tu kang!






Dah siap! Dan boleh lah dilahap serta dihadap begitu saja! Kalau suka makan benda alah kek batik ni dengan ais krim? Letak je setampuk ais krim kat atas permukaan beliau! Ikut kepada selera anak tekak masing-masing lah macamana cara korang nak lahap dan hadap! Muehehehe



Senang je kan nak buat benda alah kek batik ni? Dah ah senang nak buat, bahan-bahan pulak bukan main simple nak mampus! Pergi lah cari kedai Makcik Timah ke, kedai uncle Limm ke mahupun kedai auntie Tivvia sekalipun, komfem-komfen ada je bahan-bahan beliau =D 



Benda alah kek batik ni ada banyak version, setengah orang tu ada letak telur, tapi tak tahu lah kalau letak telur lagi sedap ke hape ke kan. Ada jugak yang suka kek batik ni lembik-lembik, ada jugak yang suka rangup-rangup dan ada juga yang suka empuk-empuk. Its up to you babeh! Muahahaha




Nak lagi kelainan dan lebih bervariasi? Korang boleh jugak pelbagaikan dengan masukkan nestum, kacang mahupun oat kat dalam benda alah kek batik tu. Janji kena dengan tekak!



Akupun tak ada lah terror mana nak buat benda alah kek batik ni. Main hentam tembak gedebush gedebash je buat ni. Tupun nasib baik ada rupa jugak. Yang penting! Dimana ada kemahuan disitu boleh rujuk blog Santan! Muehehehe =D Kalau korang ada resepi kek batik yang lagi auummmm dan walllllllllllahh!! Hello-hello lah sama ye kat komen bawah tu!




Ok Chawww!



Kalau nak bermanja dan bergeletek lebih mesra lagi dengan SM, korang boleh lah Hentak padu-padu kat Sini! =D

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)