Cik Bu SM Hilang!!! (Entry Khas Untuk Pencinta Kucing!) Serta Tips Mencantikkan Bulu Kucing

Balik cuti mid sem haritu ada berita cam tak best sampai kat telinga comel kembang aku ni, mak aku dengan menggelabah sirap limaunya bagitau aku yang Cik Bu dah hilang! Bagi yang tak tau apa itu Cik Bu? Cik Bu tu merupakan kucing yang aku jumpa kat Market ikan Kuala Perlis tahun lepas, selepas kematian Cik Teh akibat mati kejung di belakang peti Ais Singer! Nak tau lebih lanjut pasal asal usul Cik Bu? korang boleh klik mengesot kat Entry Nie!  Zzas!!!

Ok, lepas mak aku bagitau yang Cik Bu hilang, apa lagi! Meroyan macam Aisah Lima Puluh Sen, Lima Puluh Sen ah aku kat dalam rumah tu, membebel bebel mengalahkan tok nenek kain batik terkoyak aku masa tu. Maunya tak membebel macam tok nenek kain batik terkoyak, bulus kesayangan dah hilang wooo!!! Bapak ah sedih nak meninggal masa tu! Dah ah bela dari kecik, tup tup hilang macam tu je? Meraung tak henggat dah masa tu! Nasib baik mama titew pujuk titew taw masa tew, kalau tak, titew nangis sampai ke pagi besok uolls! Bapak gedik titew titew nak mampus! Muehehehe

Mungkin tak ada rezeki kot dengan Cik Bu, redha sajalah nak buat macamana. Kalau hilang sebab orang TERambik, mungkin rezeki dia. Kalau terambik tu, aku harap belalah Cik Bu aku elok-elok hokeh. Takmau dera-dera kucing ni. Nabi tak suka. Tapi kalau jumpa dekat warga Myammar yang jenis makan kucing tu? Ok, aku pasrah & no komen disini. Seram Hantu Mak Limah pulak kalau fikir-fikir balik pasal mat mat Myammar yang mengtekdarah kucing tu.

Ni gambar Cik Bu masa fisrt time aku jumpa dia dekat market. Siap mandi lulur lagi tau untuk halau kutu-kutu pig yang bermaustautin di badan beliau masa tu! 















Gambar terkini yang hado kat dalam memory laptop aku. Hok ni je gambar yang aku godek-godek dan terjumpa dalam laptop. Hok lain, semua dalam laptop aku satu lagi yang skrin pecah akibat hentaman gempa bumi yang melanda Jamban Mak Tok Saadiah! Propa Mak Jetun sangat! Kehkehkeh.

Masa ni, kalau tak silap umur beliau dalam tujuh bulan macam tu kot. Umur nak meningkat gila-gila remaja merenyam la kot masa ni dok? Muehehehe








Walaupun saya bersimpuh meliuk melentik macam ni, saya lelaki hokeh! Muehehehe

Sempena memperingati kehilangan Cik Bu aku ni, meh sini dekat-dekat serta rapat-rapat berlaga lutut, aku nak kasi sedikit tips untuk mencantikkan bulu bulus korang. Yang baru berjinak nak start bela kucingpun sangat ah sesuai kalau nak baca tips ni. Antaranya :

1) Makanan yang sesuai - Masa kucing tu masih bayi cenonet, jangan ah sesesenduk havogue nak meninggal nak kasi kucing tu makan benda alah yang keras-keras. Kang tercekek ikan kekek kang beliau. Ikan kembung rebus mahupun ayam rebus yang diracik racik macam serunding tu amat lah sesuai untuk anak kucing. Kalau dah besar, aku syorkan kasi Whiskas ataupun Royal Canin untuk kasi bulu cantik dan tak gugur. Friskies? Aku dengar cerita Friskies ni tak bagus sangat untuk jantung kucing. Boleh menyebabkan kucing kesayangan "landing" cepat. Ye ke?

Base pengalaman aku, aku tak kasi Cik Bu makan nasi, sebab nasi 80% boleh menggugurkan dan mengjahanamkan bulu kucing. Petua ni aku dapat dari si Fami yang bagitau. Cer tengok PUTEH beliau kat blog beliau. Bulu sangat Glowing nak senak kepala! Muehehehe

2) Grooming- sangat senang nak buat. Time tengok Doraemon petang-petangpun boleh grooming bulu beliau dengan sopan santun sambil hadap cekodok pisang berrrrrrangan panas-panas. Sikat jugak perlu pilih sikat yang sesuai untuk jenis bulu bulus masing-masing. Sikat rambut anak patung Barbie sangat ah tidak digalakkan sama sekali untuk digunakan ye! Kehkehkeh

3) Mandi- Penting dan tersangatlah hazabedah penting untuk mandi bulus kesayangan korang. Manusia kalau tak mandi apa jadi? Kucing lagi lah kan? Mana beliau tahu  nak mandi sendiri. Kang tersedak kuih samperit pulak kang korang, tiba-tiba je kucing korang dok sesedap minyak masak murni je menyental badan beliau dengan sabun cap kapak Mak Enon. Muehehehe. Nak tak nak kita kena mandikan beliau. Guna shampoo yang bersesuaian jugak. Seminggu sekali mandi lah beliau kalau rajin. Tapi kalau malas nak sendawa tu, dua minggu sekali pun dah ok aku rasa. Tapi, jenis Cik Bu aku ni dulu tak takut air, kau sua je ah besen kat beliau, melompat-lompat gasing beliau nak masuk dalam air. Muahahaha

4) Suplemen tambahan- Bagi yang budget lebih tu, boleh jugak kasi si bulus korang makan suplemen tambahan ni. Antaranya boleh kasi suplemen tambahan Omega 3 and Omega 6 Fatty Acids. Boleh cari kat pet shop mahupun klinik haiwan berdekatan.

6) Belai dan manjakan bulus korang!- Ini sangat ah penting! Sila lah berikan perhatian dan kasih sayang secukupnya kepada bulus kesayangan korang, kalau nak beliau sayang korang rapat-rapat jugak! Kalau bulus korang berak kat dalam rumah, apa perlu buat? Jangan lah dera beliau, berikan didikkan yang betul. Ada cara, kalau nak ajar bulus korang berak dekat luar. Bukan dengan cara mendera mahupun menyepak muka beliau sampai kematu hokeh!

Aku rasa ni je lah kot antara tips yang aku boleh kasi base pengalaman aku membela Cik Bu ni. Harapan aku, doakanlah aku jumpa balik Cik Bu aku. Kalau beliau bermusafir pergi cari kerja kat KL ke. Mintak-mintak lah beliau balik rumah semula. Kalau beliau sudah arwah di lahab oleh mat mat Myammar, itu aku tak boleh nak kata apa lah kan? Apa-apapun, thanks sebab sudi baca luahan meraban panjang nak mampus ni ye! kehkehkeh


Kucing muchkin, kucing parsi,
Kucing hutanpun nak join sekaki,
 Najwa Latif tak dak dalam entry ni,
Lain entry, kita merapu tak henggat lagi kat sini. =D



BYE


Kalau suka boleh lah LIKE  =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)