JOM SERTAI SEGMEN “FOLLOW DAN GIVE AWAY BERSAMA FATIN ZAINI"!


Ok harinie SM macam tertarik untuk join segmen yang dianjurkan oleh CIk Fatin Zaini yang Ohsem nie! =D. Jom ramai-ramai menjoinkan diri korang yang ohsem macam Cik Fatin Zaini seperti gambar yang tertera di atas bersama Si Shaheizy Sam untuk melibatkan diri secara gempak join segmen nie!

"Saya patut dapatkan GA Misteri dari Fatin Zaini kerana" saya merasakan blog Cik Fatin Zaini sangatlah Kool, Seperti Ais Krim Mat Kool yang sodap dan lomak berkrim yang disukai/digilai/digemari/dipersetujui/dilazati/dinikmati ramai!!! Yang penting Hadiah misteri yang semisteri Nusantara tu, mesti menjadi milik saya! Muehehehe =D *gurau mintak periuk belanga untuk dilemparkan di atas muka! kehkehkeh.

Syarat-syarat untuk join segmen ni sangat senang & semudah makan Kuaci Char Cher je. Kupas, Makan, Dan Menang! Muehehehe :

Untuk maklumat yang sangat lanjut & Saksama tentang syarat-syarat tersebut, Sila PICIT SINI!

Follower yang sangat bertuah diajak memeriahkan join segmen nie ialah:



Jom ramai-ramai join segmen yang dianjurkan oleh Cik Fatin Zaini nie, sangat mudah, ringkas, dan bahagia sekali kalau nak join, macam makan KFC orang belanja je. kehkehkeh :D. Untuk ke Segmen Ohsem beliau sila tekan guna ibu jari kaki korang KAT SINI ok. Muehehehe =D


K,BYE!



P/S: KEPADA BLOGGER-BLOGGER YANG TIDAK DITAG, KORANGPUN DIJEMPUT JOIN SEKALI YE. JANGAN MALU-MALU NAK JOIN. =D

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Senarai Blog-Blog Artis

CAK! Apa khabar deh? Sihat atau nggak dong? yang pasti guek ini, bukan orang Indonesia ya...Asalnya, Malaysia jugak. Saja, menggatal mahu omong-omong bahasa Indonesia harinie, hehehehe. Udah ah, bikin orang-orang Indonesia marah sama guek aja, merosakkan bahasa Ibunda diorang! Ampun Sih! Jangan marah-marah dong, nanti cepat Tua deh! =D

Semalam, SM baru siapkan Header Si Fami, Kalau nak tengok Header yang SM buat tu boleh la pergi Sergah kat blog beliau, Klik Sini. Ok, harinie, dari takda buat hape-hape, baik menghupdatekan diri kat blog. Ada jugak kerja nak buatkan? Eh, apesal macam sengal je bahasa yang diggunakan oleh diriku ini? Pening sesiapa yang membacanya. *Skema! Muehehehe.

Berbalik pada tajuk kita, masa tengah beramah-mesra dengan En.GOOGLE tadi, En.GOOGLE ada kasi link blog-blog artis kita kat SM tadi. Waaahhh! Ko hengat En.GOOGLE tu Pakcik tiri sebelah sepupu angkat Ko! Nak bagitau bagai. Marah En.GOOGLE kalau dia tau. mesti merajuk tak henggat tak nak main Tom-tom bak makyong de dek dengan SM lagi nanti. Kehkehkeh.

Dah start merapu dah nie, nah SM kasi link retis-retis yang En.GOOGLE kasi dekat SM tadi. Muehehehe:

@Afdlin Shauki – SelambaKodok’s House
@Adi Fashla – adifashla
@Aznil Hj Nawawi – Aznil Haji Nawawi
@Aiman (Akademi Nasyid) – Aiman Official Blog
@Aqasha – Beyond Aqasha
@Audi Mok – batdood
@Awal Ashaari – Blog Awal Ashaari
@Bob Lokman – Dalam Rasa
@Catriona Ross – Blog Cinta
@Diddy – d i d d y h i r d y
@Dynas Mokhtar – Dynas
@Engku Emran – Between My Legs
@Eizlan Yusof – Aku dan Duniaku
@Eizlan Yusof – Tikam Lidah
@Erry Putra – Erry Putra Official Blog
@Estranged – ESTRANGED
@Hafiz Hamidon – HafizHamidon
@Haziq AF – Passion and Love
@Heliza AF5 – Heliza’s Diary
@Imran Ajmain – The Official Site
@Intan Ladyana – My Blog
@Iz OIAM – singer + songwriter + performer
@Joe Flizzow – Joe Flizzow
@Julia Ziegler – Julia Ziegler
@Juliana Ibrahim – Being Julia
@Linda Onn – All About Linda Onn
@Lokman Ghani – Aku Anak Teater
@Liyana Jasmay – lianajasmay.com
@Kevin Zahri – Health and Fitness
@Mamat Khalid – Tempurung Pecah
@Mazidul Akmal Sidek – Bersama Mazidul
@Nadia AF6 – nadia.ville
@Nonny AF5 – Nonny…. Peace Muahh
@Patrick Teoh – Niamah!!
@Stacy AF6 – Stacy Frenz
@Tiara Jacquelina – a day in a life of tiara
@The Fabulous Cats – The Fabulous Cats
@Yasmin Ahmad – The Storyteller
@Zahiril Adzim – Zahiril Adzim
@Zed Zaidi – Zed Zaidi Dare To Dream


Nie yang terbaru SM jumpa tadi masa tengah blogwalking kat blog member-member tadi. Ada laa SM jumpa dua-tiga orang retis tadi. Eh silap, bukan jumpa diorang, terjumpa blog diorang. Kehkehkeh.

Antaranya:

 1)YANA SAMSUDIN

YANA SAMSUDIN yang Comel! =)


Header Blog Ohsem Beliau!


Kalau korang nak pergi terjah kat blog Ohsem beliau. Korang Tekan Sini. [=





2) NAJWA LATIF.


 
 Header blog beliau sambil pegang gitar kesayangan! ewahhh! =D


"Kita berkenalan dalam laman muka buku. Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu, wohouwouwo"...lari lembu sekadang kalau dengar SM nyanyi lagu Najwa Latif. Muehehehe. Hah! Sapa tak kenal dengan Najwa Latifkan? Diapun ada gak blog. Kalau nak pergi ke blog adik manis nie, korang Tekan sampai nak terlucut jejari runcing korang kat SINI!



3)Amitabh Bachan.



"Mere Man Ki Ganga, Aur Tere Man Ki Jamna Ka. Bol Radha Bol Sangam Hoga Ke, ha nehi. Are Bol Radha Bol Sangam Hoga Ke Nahin, Nahin…Nahin…Nahin" .

Siap boleh hafal lagi lagu SANGGAM ok! kehkehkeh. ye ke lagu tu Amitabh bachan nyanyi? ahh..ghasak jelah. Muehehehe. Masa time sekolah dulu, member-member SM bukan panggil Pakcik Amitabh Bachan nie "Amitabh Bachan". Diorang panggil Amitabh belacan!!! Kuwang Hajorrrr!! Temasuklah SM sekali time tu. Kehkehkeh.

Tapi sekarang dah tak buat dah perangai yang tak berprikemanusiaan camtu. dah INSAP Ok! Sekarang ni kalau jumpa je ngan Pakcik Amitabh, Siap main batu seremban lagi dengan Pakcik Amitabh Bachan yang famous amous tu. kan pakcik kan? hahahaha. Kalau Amitabh Bachan baca nie, sesuci lebaran je kena terajang pat lapan das dengan beliau. Masalahnya, beliau reti ke berbahaso Melayu?? Muehehehe.

Kalau nak terjah blog beliau, sila belajar bahasa hindi dulu hokey. kehkehekeh. Ok Tekan SINI!


Maybe, ada yang dah tahu kut pasal kewujudan blog retis-retis ni semua. Kalau yang tak tahu lagi tu, boleh la korang pergi sergah diorang kat blog famous amous tersebut Ok. Pada encik-encik retis di atas yang tak nak blog korang dilinkkan kat sini. boleh bagitau. Akanku hapuskan link tersebut. Maceeehhh =D


K,BYE.



P/S: MACAM LA AMITABH BACHAN BACA BLOG NIKAN? MUEHEHEHEHE =D

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Blog Saya Biasa-Biasa Je Tapi Cool

Salam Samarinda semua...hari nie, SM terpanggil untuk join Contest yang dianjurkan Oleh Cik Si Pipi Merah yang cun-melecun nie..hehehe *bodek =D. Walaupun agak terlambat untuk menjoinkan diri dalam contest "Blog Saya Biasa-Biasa Je Tapi Cool", tak kira, nak join jugak.Muehehehe. Sesapa nak join boleh laa klik klik banner beliau kat bawah nie ok.


 Klik banner untuk join beramai-ramai ;D


Entry yang terbaik bagi SM setakat nie..mmmm.... semua terbaik kut.... hahaha. *perasan nak berambus! kehehkeh. yang rasa-rasa macam tak berapa nak merapu sangat, rasanya Entry nie kut. ntahlaa...Entry SM semua merapu kut, mana ada yang serius, semua jenis yang masuk air. Kehkehkeh =D.

Calon-calon blogger yang bertuah untuk di TAG supaya menjoinkan diri dalam Contest nie ialah :

Timm_bill



K,BYE.


P/S: JOM JOIN RAMAI-RAMAI! =D

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Burger Oadabenes Special!


Tajuk Entry seperti sediakalalah, memang Over tahap lembu tak leh nak beranak. Muehehehe. Harinie, mood nak masak meluap-luap semula. Tetiba je tadi, drive sorang-sorang, pecut sampai tak hengat kat orang belakang pergi Giant yang tercinta beli bahan-bahan nak buat Burger Oadabenes nie.

Apa ke sengal sangat nama Burger nie? Curlass ko Jah! hahahahaha *Over. Bab-bab nak letak tajuk memang hancurlah. Sebenarnya, nie hasil gabungan nama  "Burger Oat dan Bersalut Nestum". Mesti korang dok nyumpah-nyumpah SM kan? Nama Burger tak leh blah batu bertangkup betul!Muehehehehe. Daging burger SM buat sendiri guna benda alah daging cincang tu.

Sesapa nak buat Burger sengal kat atas nie, meh sini nak tunjuk resepi camna nak buat. Sediakan Pensil & Kertas ye Tuan-Tuan & Puan-Puan sekalian. hahahaha =D


Cara-cara :

@Mula-mula sekali korang sediakan sayur yakni Kobis,Timun, Bawang, daun salad, dan jenis sayur-sayuran yang bersesuaian untuk diletakkan didalam Burger. Kalau rasa macam nak kelainan sikit boleh taruk buah-buahan macam buah epal ke, buah Lai ke. ikutlah, selera anak tekak memasing. Jangan pergi taruk buah durian sudeh. Kalau korang rasa buah durian tu memenuhi selera korang, ghasak je letak kat burger tu. hahahaha *Abaikan.



@Potong-potong, ikut kreativiti & Inovasi memasing lah. nak potong memanjang ke, petak-petak ke, bolat-bolat ke, ikutlah macamanapun. Janji potong sudah. ;)



@Pastu, sediakan Sos, Mayonis, Oat, Nestum, Perasa Kicap Maggie & lada sulah. Benda alah semua nie perasa dalaman dia. Muehehehe.



@Perasa tambahan berikutnya ialah Sos Keju. Kalau rasa macam susah nak dapat benda alah nie, tak payah letakpun takpa. Kalau ada, boleh laa letak.



@Sediakan Telur Itik gembo kedek-kedek bila gembo Ayam tiga bijik. Kalau nak lebih sebijikpun takpa, Aiman tak kisah! Muehehehe.



@And Then, sediakan sotong Kurita kering tak bergula. Ada dua jenis benda alah nie, satu yang ada gula, satu lagi takda gula. Sotong nie kalau dimakan begitu sajapun sodap jugak. Teringat lark lagu roti Gardenia tuh, "oohhhhhhhh Gardenia, sungguh enak dimakan begitu saja(2x)". Nak-nak kalau benda alah Roti Gardenia tuh cicah ngan Kari ayam! Pergghh! Laloq Habess. Muehehehe =D



@Haruslah ada Roti Buger. Kalau takdak benda alah nie, achaner nak buat Cik Habasodahnye. Muehehehe



@Last sekali, daging cincang. Kalau tak boleh makan daging nak tukar dengan ayampun boleh jugak. Kan dah cakap Aiman tak kisah. kehkehkeh. *Jangan marah ye Aiman-Aiman Sekalian. =D


Yang kat atas tu baru bahan-bahan dia. nie nak tunjuk cara-cara dia plak. Let's Go Babeh! *Layan jelah kepala budak gila sorang nie. Jangan korang gila betul-betul sudah. Hahahaha.


@Cara-caranya ialah, korang bakar bagi kaw-kaw dulu Roti burger Oadabenes korang tu dulu macam nie. Balik-bailkkan dia nak bagi garing serta rangup krup krup camtu apabila dimuatkan ke dalam mulut.


@Lepas tu, hambek sebijik atau dua bijik telur Ayam kampung korang tu, hentak telur tu bagi pecah, & masukkan perasa Kicap Maggie ngan daun bawang kat dalam telur tu. Kacau sampai sebati ye Cik Jenab, Pak Abu, Cik Milah Sekalian. Muehehehe.



@Proses seterusnya, Korang bentangkan telur tu kat dalam belanga & balut Roti burger tu macam gambar kat bawah nie. Alaa..macam buat Nasi Goreng Pataya Sawadikap kun kapp krapp pup papp tu. kehkehkeh.


Balut Roti burger tu kedua-dua belah bahagian iaitu bahagian atas kepala roti & dan buntut roti burger tu. Maaf penggunaan perkataan *Buntut.



@Next! korang campurkan telur putih kat dalam daging cincang tu, dan betukkan dia jadi bulat-bulat. Kalau suka petak-petak boleh je buat. Ikut kemampuan memasing.



@Nak bagi daging tu kukuh & saksama lagi, korang boleh salutkan dia dengan Oat & Nestum. Nak kasi dia rangup lagi benda alah Nestum ngan Oat nie. Kalau rasa-rasa berkenaan sesangat dengan oat & Nestum nie macam nak buat menantu je benda alah dua ekor ni kan, Boleh la taruk lebih sikit. Muehehehehe



@Pastu boleh laa bakar daging burger Oadabenes ni dengan planta butter. Sssssssssss....Shahdu je, bunyi butter masa masuk kat dalam kuali tanda beliau disakiti!Hohohoho *gelak Jin.



@Lepas dah siap masak benda-benda alah semua tu tadi. Boleh laaa korang susun step by step bahan-bahan tu semua. Seperti sayur-sayuran, sotong  kering, Cili sos, mayonis dan lain-lain lagi. Yeeeeeeeeee.......pandaiiiiii.....tepuk tangan untuk diri-sendiri! *Over. Muehehehehe.


@Taruk sotong kering dengan daging.


@Dan sayur-sayuran yang berkhasiat di muka bumi ini, serta sedikit sos keju.


@Last sekali tangkupkan Roti Burger bersalut telur ayam tadi tuh macam batu belah batu bertangkup tu.
Done!!! dan bolehlah dimakan sesuka hati Nurani korang ye.


Fuhhh...entry kali nie panjang sampai nak terkentut! *senonoh sikit! hahahaha. Kalau suka, bolehlah korang try buat tengok resepi merapu SM nie. Kalau pekena dengan Ice blended macam yang SM pernah cerita kat Entry Nie, Perghh!! Memang layan sampai tak hengat nak balik rumah la Wa cakap Lu!.Muehehehehe.

Tapi, Benda alah burger-burger ni semua, tak elok sangat kalau nak makan selalu. dua bulan sekali tu okla .Nama resepi bukan main Spanish la sangatkan. Burger Oadabenes bagai. hahahaha. Seyes, budget nak buat benda alah ni tak sampai Tiga ploh henggetpun. Kalau nak buat makan-makan dengan kengkawan or family tu, memang jimat sangatlah. Sekian saja berita untuk TV pat ploh pat untuk kali ini! Kita Kembali ke Sri Pentas! Terima Kasih! Muehehehe =D


K,BYE.


P/S: BERAT BADANKU NAIK MENDADAK LAGI! HOREYY!!! =D

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Senda Opis

Lama tak buat Entry pasal kartun ni. Busy sejak dua menjak nie, yelah...mana dengan kucing nak beranak lagi, nak bagi makan ayam kat kampung lagi, nak bersawah lagi, nak melayan karenah cucu-cucu lagi. hahahaha. *Merapu.

Bagi sapa2 yang tengah boring-boring tak da benda nak buat tu, meh layan kartun kat bawah ni. Moga-moga terubat laa sikit tahap keboringan korang tuh. Muehehehee =D




Pada satu pagi yang hening lagi menyegarkan hati nurani.....































Macamna? Sapa pernah buat kerja yang tak berhemah macamni? Hah, baik ngaku cepat! Kehkehkeh. Stok Hidung, semua jenis kembang-kembang macam bijik kismis Ok. Muehehehe.

Kalau boring, tak de keje nak buat, memang ni laa keja SM. Kalau lukis kartun, stok hidung mesti jenis yang kembang-kempis macam bijik kismis tuh, tak tau napa. Kalau lukis je mesti part hidung yang tak boleh blah sekali! Kehkehkeh *nak buat camana, Seni Anyamam Hancus Lebus! tak dak kena-mengena langsung! hahahaha.

Kalau korang nak tengok Kartun-kartun yang SM pernah create sebelum ni, korang boleh Tekan SINI. Kalau rajin SM hudpate lagi nanti yaw!


K,BYE.



P/S: SAYANGILAH BOS-BOS ANDA! *BODEK,BODEK,BODEK. MUEHEHEHEHE =D

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Tora Dan Ding Dang Datang Lagi! Jojopun Nak Datang Jugak!

Apekejadah tajuk kat atas tu? Ahhh...Abaikan.Hahahha.Sapa Tora, Ding Dang ngan Jojo ni? Kawan SM kah beliau? atau pernah menjadi bekas Aweks-aweks SM satu masa dahulu? Oh Tidak! Yang pasti Tora, Ding Dang dan Jojo bukanlah Manusia biasa mahupun Hantu Setan Jembalang ye. Alahh...takkan korang tak ingat, natang Tora, Ding Dang ngan Jojo ni femes almos-diamore zaman kanak-kanak 90an dulu. Tak ingat jugak? Meh sini nak perkenalkan diorang sekor-sekor. Muehehehhee =D


 
 Nielah Tora, Pensel Beroda ngan Wisel cenonet kacang bersalut coklat die tuh.Muehehehe




 Yang nie lark Ding Dang, Kucing yang macam doraemon lari-lari kat atas kacang bersalut coklat sampai tak hengat nak balik rumah tuh. kehkehkeh.




The last one is Jojo, Cover depan dia ada tiga sekawan iaitu si zirafah gonjeng, si badak sumbu senget & si burung dodo yang nak tak nak je duduk.(Memandai je SM kan?Muehehehe.Ghasak!)



Ok dah kenalkan sapa Tora, Ding Dang & Jojo nie. Yang pasti Tiga sekawan nie ialah Toyboxs yang femes-almos di zaman era keanak-anakkan 90an dulu. Nie antara benda alah yang SM suka nak beli masa zaman tu. Kalau natang Tora ngan Ding Dang ni harga dia lebih kurang Sehengget lebih kut kalau tak silap. Kalau natang Jojo tu plak nak dekat dua hengget. Memang Kopak laa duit Ibunda & Ayahanda tercinta time tu kalau nak beli benda alah nie tiap-tiap hari.

TORA datang lagi!!! Masa tu Iklan ni memang Top laa time tu. Kalau keluar je iklan ni kat TV. Mesti meroyan kumpul duit sekolah nak beli natang Tora ni. Time tu, SM cuma nak mainan je, benda alah Kacang bersalut Coklat kat dalam kotak tu tak henginpun. Kekadang campak bagi Kucing makan je natang kacang bersalut coklat tuh. Dahhhh.... berkawan dengan Syaiton Nirrajimmm time tu! yelah, membazir! ish,ish,ish,ishh... =D

Nielaa benda alah kacang bersalut coklat Tora tuh



Time tu, sapa yang selalu beli benda alah Tora, Ding Dang ngan Jojo ni boleh dikategorikan sebagai orang senang jugaklah. mana tak senangnye, kalau sekotak nak dekat 2 Hengget tuh!

Antara ketiga-tiga Toyboxs ni, Jojolah yang paling best bagi SM. Mainan dia selalunya gempak-gempak jee. Ding Dang tu paling cikai yang SM pernah dapat pun Rantai je. Takpun, benda alah Sticker tu je. Agak bengang jugaklah kalau dapat mainan yang kita tak Target nak dapat. Nak-nak pulak kalau dapat getah ikat rambut!! Apa lagi, habis laa natang Ding Dang tu kena carut-barut oleh SM! padan muka ko Ding Dang!sapa suruh ko bagi aku getah ikat rambut!Muehehehe =D

Ding Dang & Tora!



Time tu, memang berazam laa..Kalo da besar nanti, dah ada duit nak beli natang Tora, Ding Dang ngan Jojo ni banyak-banyak. Azam hanya tinggal azam je lah sekarang ni, Nafsu untuk beli Tora, Ding Dang ngan Jojo ni hilang macam tu je. memangla, time tu masih di zaman hingusan lagi, sekarang ni da besar gedabak mengalahkan gedabak keretapi. nak beli Tora, Ding Dang ngan Jojo ape lagi . hahahahaha.

Tora Datang Lagi! Trademark iklan ni. Muehehehe =D


Sekarang ni tak tau laa plak, ada lagi ke tak ketiga-tiga Toyboxs ni. Selalu SM pergi kedai runcit pernah jumpa ngan Tora je. Ding Dang ngan Jojo tak pernah terserempak plak. Waaaa...ko ingat Ding Dang ngan Jojo tu kawan pak cik tiri sebelah nenek angkat ko nak terserempak bagai! Muahahahaha =D



Ding Dang, Tora & Jojo tidak dapat dipisahkan!kehkehkeh.


Yang pasti, Ketiga-tiga Toyboxs nie memang Legend laa zaman kanak-kanak 80an, 90an dedulu. Sampai mak ngan ayahpun pening kalau anak-anak mereka merengek-rengek macam mintak penampor nak beli natang Tora, Ding Dang ngan Jojo nie. Hahahaha.

Korang pernah tak terjebak dengan benda alah Tora, Ding Dang & Jojo ni masa kecik dulu-dulu? Ke SM sorang je yang meroyan dengan benda alah tiga sekawan ni? Hahahahaha. =D


K,BYE.


P/S:POKAI DUIT KALAU HARI-HARI ASYIK NAK BELI JOJO JE. JOYAH TAKDE KE?MUEHEHE. =D

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)