Resepi Steamboat Celup-Celup, Cekup-Cekup, Makan Sampai Lebam Bijik Mata Yang Senang & Mudah Nak Masak!

Celup tak celup, Cekup tak cekup. Yang pasti lama jugaklah blog nan hado ni tak terhupdate sehingga nyawa-nyawa ikan talapia Mak Bedah jadinya, akibat tuan blog ni terkena virus exam selama seminggu dan telah dikuarantinkan membaca buku sampai cemerlang untuk menjawab exam dengan jayanya. Puih! Exam dah habis! Maka bolehlah tuan blog ni melompat sendawa katak semula sampai terbahak-bahak macam kera kena asid sehingga terkopak bijik mata hitam supaya dapat merapu tak henggat balik dalam blog ni sampai meroyan! Muehehehe

Student pokai dan kopak time-time hujung bulan tu biasa ah kan. Oleh itu, mencari makanan termurah amatlah menjadi satu keperluan kepada student bila duit belanja berada di ambang kekopakkan. Untuk penjimatan mecari makanan yang sedap dan murah, kenalah memikirkan alternatif yang bijak untuk meminimumkan kos serta meningkatkan kepuasan nafsu makan kan? Tak gitu Cik Kiah Gerudi? Belajar Ekonomi kau hari ni Cik Kiah Gerudi. =D

Isi belum masuk, meraban dah panjang bagai nak rak kasut sukan sekolah rendah. Ko ingat nak buat karangan surat rasmi ke apa ni SM? Muahahaha. Hari tu, idea gila-gila datang bagaikan Tora & Ding Dang datang lagi. Buat kerja gila dengan member-member aku pergi serbu Super Market, pakat gelabah nak buat steamboat dalam bilik, serta masing-masing share duit supaya menjimatkan kos. Murah tapi banyak, itulah prinsip asas yang kami pegang masa tu. Kemaheng ada prinsip asas bagai kan? Mengalahkan bini Perdana Menteri! Kehkehkeh






Ni lah benda alah bahan-bahan Resepi Steamboat Celup-Celup, Cekup-cekup yang save budget tu. Cuma sediakan telor dan benda-benda alah fish ball, fish cake dan bahan-bahan seafood yang bercengkerang mahupun tidak bercengkerang serta Maggi. Kalau gamak ramai rakyat kat dalam rumah tu, beli lah Maggi Big ye Cik Kiah Gerudi, jangan nak kede sangat lah Cik Kiah Gerudi kalau gamak anak berkeliling pinggang kat dalam rumah tu. Kang ada yang merajuk pergi cari batu belah batu bertangkup pulak kang sebab kempunan tak dapat nak makan maggi tersebut =D.

Lepas tu, campak telor dan benda-benda alah fish ball, fish cake dan bahan-bahan seafood yang bercengkerang mahupun tidak bercengkerang tersebut ke dalam periuk. Maggi masukkan last sekali bila benda-benda alah semua tu dah hampir nak masak. Kalau nak letak kiub sup ayam biasa ataupun tomyam pun boleh bah kalau kau! Ikut selera anak tekak masing-masing la. nak masukkan cuka? Sudah! Jangan nak jahanam resepi kalau kau memandai-mandai nak masukkan cuka.  Muahahaha



Benda alah kat atas ni sangat berguna kepada yang bergelar student, walaupun kadang-kadang ramai student yang bawak masuk benda alah ni secara tak sah! Nama komersial dia Rice Cooker Algolobosososs kirsaloba kirsaloba! Berpinau mata nak sebut Rice Cooker Algolobosososs kirsaloba kirsaloba tu kan. Tak percaya dengan nama itu? sila search dekat Mak Long Google. =D

Dengan adanya benda alah ni, ia sangat-sangat berguna kepada manusia yang bergelar student kerana beliau boleh memanggang, merebus, mestim, dan mereneh! Cuma meraba je tak boleh! Kau dah kenapa nak meraba? Nak kena menampar dengan aku? Muehehehe =D

Untuk tidak membuang masa, proses potong-memotong bahan-bahan mentah dimulakan dengan HOPAW nye sekali, bak kata kawan aku Audi kat bawah ni hah. Apa itu HOPAW? Nak tau apa itu HOPAW sila Tekan Sini  sambil nyanyi lagu Doraemon Ang Ang Ang, Top Tei Moda i Suki, Do Ra E. Mommmm. 


Abaikan latar belakang bilik yang HOPAW tersebut. Kehkehkeh =D




bahan mentah yang siap dipotong. Gunakan lorong kanan untuk memotong, supaya tidak terlibat dengan kemalangan. Ingat lah orang yang tersayang! Muahahaha 




Pergh! Berani mati upload gambar sendiri hanya berkainkan pelikat oh la la la sahaja di situ? Kerja aku mudah saja, main campak-campak bahan-bahan yang siap dipotong. Sebab aku yang campak bahan-bahan steamboat tersebut. Haruslah hasilnya memberangsangkan dan sedap nak meninggal kan? Pang! Ada orang baling mangkuk hayun kat aku sebab aku berani puji diri sendiri. Kau berani? Ni namanya bergurau nak mintak mop lantai rumah Kak Ton comei tak Kak Ton. Muahahaha






 
Biar sampai mendidih, sambil-sambil tu masuk lah perencah sampai tertonggeng =D






Masak! Angkat & Makan sambil minum Air Ribena! Kelas kau Maria. Minum Air Ribena bagai! Muahahaha =D






Bukti sedap ke tak? Kau tengok je ah cara member aku makan yang baju biru belah kanan tu. Mau nak telan sudu jugak tu cara beliau makan. Nikmat letew. Kehkehkeh


Lepas ni kalau nak makan steamboat, buat je sendiri kat rumah. Tak payah nak susahkan diri nak meroyan pergi cari kedai steamboat. Jimat dan murah. Tak sampai tiga puluh hinggit pun kos nak beli barang-barang nak buat benda alah steamboat ni tau. Campak baling, campak baling dalam periuk, dah jadi! Guna rice cookerpun boleh! Muahahaha =D

Sekian sahaja berita TV pat ploh sembilan ratus nam ploh nam ribu untuk kali ini. Saya, Encik Santan Bin Siput sedut Afrika Utara belah Tasik Chini Pahang, melaporkan berita terkini untuk kali ini. Sekian terima kesat air mata! =D



BYE.


Kalau Suka Boleh Lah LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)