Doktor Cun Yang Terlampau!!!

Terasa macam berabad lamanya SM tak hupdate blog. Sibuk cuci periuk belanga orang kenduri kahwin kat kampung, tu yang lama menghilang jap tu! Mengcekek nasi kenduri pat ploh pat Kawah sampai tak hengat nak hupdate blog. Al-maklumlah, cuti sekolah sekarang ni kan, tu yang banyak bebenor kenduri arwah Kahwin tu. muahahaha.

Hari nie nak buat kartun sesengal & sesuci lebaran kuaci char cher lagi, Kupas Makan & Menang! Senang nak baca, senang nak layan! Korang bosan tahap sentap macam nak hempuk je kepala sendiri kat atas tempayan sampai terburai segala ilmu penyuluh hidup kat dalam kepala hotak yang genius tu? Tak payah hempuk dulu kepala hotak yang genius tu, meh layan kartun jahanam kat bawah ni dulu, lepas baca baru hempuk kepala memasing kat atas tempayan dengan berhemah! Bhahahahaha =D


Suatu pagi yang hening lagi membengongkan mata yang memandang....























Achaner? Terasa macam nak hempuk tak kepala sendiri kat atas tempayan rumah jiran sebelah, lepas baca kartun kat atas? muehehehehe. =D

K,lah, Pak Dollah Cerut dah panggil tu, suruh sambung basuh periuk belanga kenduri balik. Kang tak pepasal SM kena baling periuk secara maraton kang ngan Pak Dollah Cerut sebab ngelat tak nak basuh pinggan bersama beliau. Pak Dollah Cerut memang cenggitu perangainya! Jeles letew beliau tak dak blog! Muahahahahaha.


K,BYE.

Kalau suka bole LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Santan Manis Terkinja-kinja Bersama Jutawan Gedik!

Perghhhh... Tajuk entry haruslah Kontrobasi, Sensasi, Sengal & Seadanya. muahahaha. Apesal yang SM nak dok terkinja-kinja dengan Jutawan sebenarnya? Dah laa Jutawan, Gedik plak tu? Ape kes? Kalau Kiah Propa tahu mesti jadi Gosip-mosip utama kat Galaksi punya! kahkahkah *Sengal =D

Memang meroyan laa kalau SM dapat terkinja-kinja dengan jutawan. Memang hari-hari laa beliau(Jutawan) kena Pau kaw kaw punya dengan SM suruh belanja nasik lemak ikan siakap Pat Ploh Pat rasa tiap-tiap hari. Muehehehe. Sebenarnya cenggini ceritanya, haritu ada laa tertengok member Ofis SM dok kelebek satu novel nie. Khusyuk bebenor dia dok baca. Sampai orang kentut bunyi cam BOM Nagasaki pun dia boleh buat derrkkk je. hilang deria bau ke hape kawan aku sekor ni?Kehkehkeh.

SM tanya laa dia:

SM : Ko baca Novel apa tu? Kaler pink bagai?

Kawan SM : "Jutawan Gedik", Bapak best gila kut Novel nie! Nanti aku bagi ko pinjam, dah nak habis dah ni aku baca... nanti aku bagi ko ehh.

SM : Boleh gak sambil layan time bosan-bosan nanti.


Nie lah rupa, novel "Jutawan Gedik ngada-ngada tak henggat" tu.

Lepas habis beliau baca, terus beliau bagi kat SM. Waaaa... patutlaa beliau(kawan SM) baca sampai orang kentut mengalahkan bunyi Bom Nagasaki & bau hapak tak henggat pun dia boleh layan macam layan bau minyak wangi Fantasia je. First baca, memang terus nak baca sampai habis.

Sinopsis Novel "Jutawan Gedik" :

"Dia punya cerita, bermula selepas satu kelab Jutawan ditubuhkan di Sekolah Sri Bangsar. Pastu, ramai gak laa anak-anak orang kaya kat sekolah tu nak masuk kelab nie. Kononnya kelab ni hanya untuk anak-anak orang kaya saja. Satu kumpulan kat sekolah Sri Bangsar ni, memang kumpulan ni gedik nak nak mampus la! Nama kumpulanpun nak glamour je diorang ni. Kumpulan "The Wannababes"!

Kumpulan The Wannababes nie ada tujuh orang semuanya, antara kumpulan yang paling glamour & gedik kat sekolah tu. Lepas jee diorang dapat tahu kat sekolah diorang nak ditubuhkan Kelab Jutawan. Apalagi, macam meroyan tak henggat laa semua ahli kumpulan terkinja-kinja nak masuk. Diorang ingat, kelab nie hanya untuk anak-anak orang kaya je. Rupanya, tanggapan diorang silap sama sekali, Kelab nie hanya kelab usahawan biasa jee, bukannya kelab untuk anak-anak orang kaya ke hape ke. Saja je Cikgu Persatuan Kelab tu ubah nama, nak kasi ramai student sekolah tu join untuk masuk Kelab Jutawan tu. Padan muka korang The Wannababes gedik nak mampus!muahahaha

Sebab The Wannababes tercabar dengan cabaran Cikgu Persatuan kelab tu, Diorangpun join untuk masuk Kelab Jutawan tu, Diorang nak buktikan kat Cikgu tu bahawa diorangpun boleh dapat 1 Juta tanpa mengharapkan duit mak bapak diorang! Pastu bermulalah misi untuk mengumpul duit 1 Juta dengan cara yang paling gedik & mengada-ngada sekali daripada The Wannababes ni. Bapak gedik gila kut kumpulan nie berniaga. Kalau korang nak tahu macamana kumpulan ni berniaga dengan cara paling gedik dan glamour nak mampus! korang kena baca sendiri novel nie, tak larat nak taip panjang-panjang kat sini. Muehehehe =D"


Sebenarnya novel ni, dah lama dah ada kat pasaran. Tahun 2011 kut kalau tak silap SM. Novel bersiri nie pernah disiarkan kat dalam surat khabar Berita Harian.  Agak gedik dan terkinja-kinja jugak laa masa SM dok kelebek baca novel gedik nie. Serius felling gedik habis! Muahahaha

Niela Ain Maisarah yang cun-melucun penulis Novel nie. *Harap lepas nie dapat Novel free daripada Ain Maisarah, sebab bukan main melambung SM puji Ain. kehkehkeh *Gurau mintak pelempang!

Entry kali nie, memang  panjang menggedik serta menggoda macam kena miang keladi gamaknya. bhahahaha. Kalau korang nak beli Novel-novel hasil tulisan Ain Maisarah secara online, korang boleh jenguk-jenguk  kat kedai Pink beliau di Sini.

Selalunya, kalau gegirls-gegirls suka layan novel cintan-cintun je kan. SM syorkan korang try layan Novel tulisan Ain Maisarah tengok. Best siot, takdak laa cintan-cintun sangat. K,lah, Malas... nak menggedik lama-lama kat sini. Kang kena cop mamat gedik plak ngan korang kang. Mau aku lempang muka sekor-sekor. Muahaha. =D

K,lah... Daaaaaaa... (Eh, asal gedik nak mampus nie! Jahanammm! Bhahahaha =D)


P/S: Lepas nie, Kompom-kompom SM dapat Novel free dari Ain Maisarah! Kan Ain kan?(Nan hado jelah kalau Ain Maisarah baca blog merapu nak mampus ni!) Muahahaha.*Sengal =D

Kalau suka boleh LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)