Bebudak Baik =)

Serang Restoran Old Malaya Kopitiam Bangi! Masyukkk Bak Hang!



Lama naw tak bergoyang gerudi sesambil buat Sik Sik Sik Bum Bum Bum, Tepuk amai-amai belalang kedek-kedek kat sini. Dah kematu dah pinggang ni aku rasa, yelah asyik dok berzumba je dua ploh pat jam dengan pakcik Sameon Misai sebelah rumah tu. Maunya tak kematu pinggang aku, blogpun nak tak nak je usik sekarang. Al-maklumlah, semenjak aku dah masuk Persatuan Puteri Islam  sebagai ahli jawatan kuasa tetap hal ehwal hubungan luar sekarang ni, tu yang tak menyempat nak jenguk sini tu. Hempuklah kepala dengan batu seremban kalau korang percaya! Semua cerita di atas nampak nawww nipunya belaka! Mana tumpahnya serunding kalau tak kat atas ketupat palasnya? Muehehehe



Intro entry haruslah hauk dan terencat sepanjang masa. Kat atas tu bukan intro ye Jemmah-Jemmah sekalian alam. Atas tu cuma kata kata aluan sahaja. Kata-kata aluan Hekkk ko Santan! Kang ada yang makan kaki kuda kepang kang! Tak semengah naww kata-kata aluan kau Santan! Kata-kata aluan tak semencit langsung! Menangis tak berlagu Ramlah Ram kalau cikgu BM aku baca blog ni. Kata-kata aluan? Harrrrrreemmmmmm jeeddda ke laut kata-kata aluan kau Santan! Muahahaha



Dah-dah, sebelum aku melencit tak tentu hala lagi, jom masuk isi! Haritu tekak aku tiba-tiba buat hal nak makan western la plak. Kebetulan member aku si Fahmi tu datang Uni aku nak ambik tiket Konsert Asean Dato Siti Nurhaliza. Apa lagi meronggeng ah kitorang cari kedai Western time tu. Last-last jumpa Old Malaya Kopitiam yang dekat Bangi Gateway tu, apa lagi celapak tenuk la kitorang mencanak kat situ sambil sengih ketap-ketap gigi! 



Abang kat situ punya layan, best nak meninggal hokeh. Service baik punyaa bakkk hang!  Eh, jangan pikir lain plak, bukan servis yang sawwwadikapppp abbbaengg... mau urut-urut kapp kappp kappp ka?? Urrut dalam luar semua boleh kunn kappp prakkappp. Urut B2B pun ada abaenng kun prada kaappp ma kappp!!! 


Gila kau tiba-tiba ada servis urut benda alah tak senonoh tu kat kedai makan! Mau aku pelangkung kepala abang waiter tu kalau dia buat perangai cenggitu! Bukan servis tu, alaa.. cara diorang layan customer sempoi gilas babas nak mampas. Mesra, cekap dan pantas ! Amboi, dah macam tagline Polis Diraja Malaysia plak dok Mesra, Cekap & Pantas bagai! Muehehehe


Servis layan customer tip top! Syabbas Old Malaya waiter atas servis mantop tersebut! 



Sampai je abang waiter tu kat meja kitorang, terus aku dengan si Fahmi zzzaaappp!!! Order. Tak sampai lima belas minit, Zzapppp!!! Menu yang kitaorang order tadi kat atas meja! Zzzappp! Zzzappp ! Zaappp! Kitorang mengtekdarah! Senonoh sikit woi! Bela hantu raya ke apa ni woi?! Lahab tak semengah hazabedah langsung kalau dapat melantak! Muahahaha =D





Mee Goreng Mamak With Chicken Cop




Bapak! Sedap! Bukan bapak aku yang sedap. Mee Goreng Mamak Chicken Cop ni yang sedap nak meninggal. Marah bapak aku kalau dia terbaca blog ni, dok herdik-herdik beliau kat sini pehal?! Muehehehe. Dah ah sedap nak meroyan, murah gila kot. Tak sampai sepuluh henggetpun set ni, kemaheng lahab aku bedal. Gila tak habis kalau dah rupa macam ni. Memang licin ah pinggan tu bakk Hang! Kalau kat rumah, memang dah jilat dah pinggan tu, mujur kat kedai makan. Cover ayu sikit. Chhiiiit Poooooddah!!!








Set Asam Pedas Melaka Ikan Tenggiri 


Si Fahmi kemaheng laju order Set Asam Pedas Melaka Ikan Tenggiri ni. Sedap katanya. Mau licin jugak ah kuah tu beliau dok hirup srruup srruupp srruupp aku tengok. Tak semengah laa kalau dapat melantak! Feveret katanya. Asam pedas aku tak berapa nak boleh terima sikit tekak ni, al-maklum lah lahir dekat Sweden! Sweden Hekkk ko Santan!  Nampak naww tak berapa nak sedar diri kat situ! Ampunkan saya penunggu gua. Ampunkan saya penunggu gua.  Muahahaha


Fahmi bagitau asam pedas dia memang sempoi lah. Cukup rasa! Dia pesan kat aku suruh war-warkan kepada penggemar asam pedas di luar sana suruh datang hentam pekena asam pedas kat Old Malaya Kopitiam Bangi ni. Terbaik katanya. Dia lah yang kata. Kalau tak sedap korang carilah si Fahmi tu, hantam sama dia secara berkuak rentang.


Apa lagi kalau tekak tiba-tiba kempunan nak makan western ke, asam pedas ke, Chicken cop dan seangkatan dengan cop cop cop lagi. Korang boleh ah try kat sini. Kalau nak lepak situ sambil buat thesis yang dah lama terbengkalai pun sangat ah di alu-alukan. Kopitiam ni memang budget student lah. Dah ah murah, sedap tahap hazabedah pulak tu. Wifi pun free. Eh? Muehehehe 


Ni aku bagi alamat kat bawah. Senang la sikit kalau datang area Bangi tu nak menyinggah kat situ. Dia sebelah dengan Haidar Gym Fitness je kedai tu. Lepas makan situ nak goyang-goyang bali kat Haidar Gym Fitness tu pun boleh jugak bang Leman Lebai oii. Kompem six pax bang Leman Lebai akan muncul lepas goyang-goyang bali kat Haidar Gym Fitness tu. Percayalah kata-kata pujangga adik Meon ni wahai bang Leman Lebai! Jangan hantam aku plak kalau sapa-sapa yang nama Leman tu woi! Tak memasal ada yang mencengkung muka plak kang dengan aku. Muahahaha  



Old Malaya Kopitiam
Persiaran Pekeliling 43650
Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan



Sebelum blah, gua nak pantun sikit. Kalau beran meh ah balas! Gua abang long taikong kat kawasan Pekan Rabu Aloq Staq ni kalau lu nak tau!  "Ulat bulu sakit gusi kiri, Lain kali kita meroyan tak hengat lagi kat sini, Ada Berani?!" =D



BYE!



Jom terjah  SM kat FB. Sesambil tu boleh ah kita meroyan sekaki dua kaki! Muehehehe =D

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

13 comments:

Hakim Ishraf said...

amboi kemain review kedai makan.

timm bill said...

wah! laju2..asam pedas style melaka ni..huhu..xminat sgt..tpi mcm best jer..yum3..boleh g2..

Santan Manis said...

Hakim Ishraf: Wajib pi pekena Hakim! hahaha :D

Santan Manis said...

Timm bill: Cba la nnt pergi.. pekat kuah beliau, yakni asam pedas tersebut :D

Anonymous said...

Pernah pergi haritu dkt sini.. sedap

Papaglamz said...

Jalan2 kat sini.. Thank ziarah papaglamz..

Tipsglamz l#l Cara teguran yang kelas untuk isteri daripada suami

http://www.papaglamz.com/2014/11/tipsglamz-ll-cara-teguran-yang-kelas.html?m=1

Muksim33 said...

Dia punya western memang terbaik sgt kat sini!

Ipah Kholipah said...

hmm serasa pengen nyobain :)

Ipah Kholipah said...
This comment has been removed by the author.
Diari Si Froggie said...

errr abg waiter tu single dak? kalau single nak pergi lah :P sedap oii asam pedas tu baru tengok gambar dah rasa sedap nie.. hoi santan cepat update entry baru.. tak sabar nak baca nie.

Harith Iskandar said...

Jom terjah...

ejulz said...

Terbaek.. :)

ejulz said...

44 pemenang dicari!!!

Antara hadiah2 yang bakal dimenangi:
- Kain Batik Sarawak - 1 pemenang
- Kain Pelikat - 2 pemenang
- Minyak Angin Aromaterapi Fresh Care / Safe Care / Javaspa - 1 pemenang
- Pin Shawl - 2 pemenang
- Blause - 1 pemenang
- Skirt Labuh Lcyra - 1 pemenang
- Cash RM30 - 1 pemenang
- Cash RM10 - 2 pemenang
- Topup RM10 - 3 pemenang
- PVC Keychain - 30 pemenang

Jemput join segmen bagi yang belum join. "SEGMEN : Ucapan Hari Lahir Buat 'Si Lala' Pada 13 Mei" Tq..