Bebudak Baik =)

Raya Bersama Yuna Oh Yeah!


Cakk!!! Salam Lebaran semuanya? Apa khabar anak-anak bapak? Semuanya sihat-sihat aja? Ya Ampun! Udah lama kita enggak ketemu dong. Itu yang muka bapak macam terexcited nak meninggal tu. Rindu bangggggget sama kamu semua dong! Bapak harap, enggak ada yang termati laki lah menatap muka bapak yang kacak seperti Randy Pangalela tu ya! Al maklumlah, si Randy sama bapak kan sepupu duaan dong. Kok kamu tidak tahu? Hoi! Bapak! Jangan nak mejilake sangatlah dok Randy Pangalela bagai! Randy Pangalela celah manalah iras muka bapak tu ye? Mohon berbahasa melayu balik. Ko ingat ni blog Indonesia? Kang ada yang baling selipar jamban kat muka bapak secara berpasang-pasangan kang! Salam lebaran ko Santan, tak reti nak elok-elok ke? Muka dah macam mintak kaki unta dah aku tengok! Muehehehe


Baiklah? Memandangkan bapak sudah terkena sound yang mendayu-dayu oleh Makcik Rubaiyah kerepek ubi pedas, mood salam lebaran bapak harus ditukar secara serta merta ya! 


Tangan ke dada. Mata pandang kamera. Selfie! Bhahahaha. Mood salam lebaran telah ditukar dengan serta-merta sehingga muka bapak ternampak seperti imam muda musim ke sepuluh disitu ya.  Mohon bakal mak mertua tak muntah hijau! Muahahahaha =D


Sudahlah Santan! Kalau dah start merapu. Sampai ke subuhpun tak habis. Lama gila blog ni tak terhupdate! Nak update, tapi faham-faham jelah. Masa dengan anak bini juga harus juga dikawal rapi. Nak kena beli susu anak. Shooping raya bersama bini. Nak bawa bini pergi klinik check perut. Eh? Jaddah anak bini! Celah mana aku kahwinpun tak tahulah. Sudah! Sudah! Santan! Jangan nak buat masyarakat hina kau di sini. Nak tulis entry, tulis elok-elok. Kang kalau masyarakat dah benci, merana hidup! *Maafkan saya masyarakat-masyarakat sekalian alam! Muehehehe


Baiklah, entry saya, saya akan tulis dengan skema yang mungkin. Tak gitu Cik Ainon? Aku rasa kalau entry di sini ditulis dengan skema yang mungkin, lagi masyarakat di luar sana semakin membenci aku, sebab masyarakat akan tahu. Aku hipokrit di sini! Oh tidak! Duniaku sudah musnah! Hoi!!! Jangan nak berdrama lah gila! Kan dah kena Gila! 


Okeyh, ceritanya begini dong. Aku tengok ramai blogger yang dok hupdate-hupdate entry raya diorang. Akupun gigih lah jugak nak update. Walaupun sekarang, aku dah tak ingat raya yang keberapa? Tak entry raya, ucapan raya pun jadilah! Walaupun raya tak semeriah mana. Walaupun time raya asyik kena basuh pinggan TETAMU yang datang je. Eh? Mengeluh! Tak ikhlas! Menghina TETAMU yang datang! Mak aku asyik suruh basuh pinggan je kerja dia. Sakit hati kita tau! TETAMU pun satu, sudah makan tu, pandai-pandailah basuh pinggan tu. Jilake perangai ko Santan! Tak baik berperangai sedemikian. Dah!!! hilang pahala pinggan tetamu yang kau basuh haritu. Sebab kau telah menghina mereka di hari raya! Keji sangat perangai kau ni Syaiitoonnn!!! Bhahahaha =D 





Di sebabkan aku telah memberontak dengan teruk dekat mak aku. Aku cakap apa dekat mak aku. Mak!!! Stop nak masak-masak bagai. Tetamu datang, kita bagi je diorang hadap kuih, biskut, rempeyek, bahulu, samperit, kayu buruk, almond london, biskut makmur kat dalam balang tu je. Tak payah nak basuh pinggan bagai lepas ni. Penat tau tak?! Penat!!!!

Mak aii! Bukan main teruk aku memberontak dekat Mak aku! Teetaaaaaaaaaapi! Mak aku tetap meneruskan agenda beliau, yakni, agenda masak-memasaknya dekat tetamu yang terus dan sentiasa berkunjung kat rumah aku sampai ke malam. Sampai aku nak keluar beraya pun tak menyempat! Kejam betul mak aku! Sanggup membiarkan anaknya menderita di hari raya! Dah lah Raya setahun sekali mak Oiii! Lepas tu mak aku jawab apa. Ada mak kisah raya setahun sekali ke dua tahun sekali ke? Kuang asam punya Mak! Bhahahahaha =D







So terpaksalah gigih malam-malam baru nak bergambar. Baju rayapun sudahku campak ke dalam mesin basuh, dan tukar baju melayu yang pergi solat jumaat tu untuk ambik balik mood raya tu. Sedih naww hidup! Muehehehe. Okeyh, sebelah aku baju biru tu adik Awal Ashaari. Ye ye adik Awal Ashaari? Asyik mengelentong je kerja ko Santan. Ya, memang aku mengelentong hengkorang-hengkorang semua. Muahahaha. Ntah, sebab ramai yang cakap muka dia macam Awal Ashaari. Budak-budak Uni akupun ramai yang cakap macam tu. Tapi tak tahulah kan sama ke tak. Kahkahkah.


Buat apa si Awal Ashaari celup ni datang beraya kat rumah aku? Asal tak balik raya kat rumah dia? Lantak dia lah, dia nak raya manapun. Ko dah kenapa banyak tanya sangat Makcik Rubaiyah kerepek ubi pedas oi? Hahahaha. Sebenarnya, dia ni kawan aku, orang Serawak. Dia tak sambut Aidilfitri macam kita. Kalau kat sana, dia sambut hari raya Gawai tak silap kamek. Sebab tuk lah dia ikut kamek balik raya di rumah kamek. Ngerti kitak?! Eh? Terkeluar bahasa Serawak plak tetiba! =D


Kejap? Bukan kat atas tu tajuk entry Raya Bersama Yuna Oh Yeah ke? Celah mana Yunanya? Tak nampak batang hidung mahupun tulang pipipun si Yuna Oh yeah tu dari tadi? Sabarlah Cik Ainon. Kejap lagi aku tunjuklah gambar si Yuna Oh yeah tu. Kemaheng nawww tak menyempat nak tengok batang hidung dan tulang pipi si Yuna Oh yeah tu tau! Muehehehe






Dari kiri: Mak yang sentiasa tak back up aku dalam segala hal bersama Awal Ashaari celup tepung!(Habis kalau mak aku baca blog ni!) Muehehehe =D










Ayah aku dok feeling tutup mata plak. Hahahaha. Bak kata orang, hargailah family kita selagi mereka masih ada. Dah tak ada, ko nak menangis air mata darah sekalipun dah tak guna Cik Ainon Oii. Dalam entry ni, asyik nama Cik Ainon je keluar. Terbatuk darah sapa yang nama Cik Ainon kat luar sana tu. Yelah, aku asyik dok sebut nama Cik Ainon je dari tadi. Tak gitu Cik Ainon? See??? Cik Ainon lagi. Muahahaha =D


Lepastu, ada seorang Vlogger ni ada datang beraya kat rumah aku. Shahrul Nazrin nama dia. Mak aii!! Nama macam watak novel cinta tangkap leleh jiwang karat habis! Shahrul Nazrin ok! Shahrul Nazrin! Kau rasa, tak watak novel sangat ke nama dia? Bhahahaha. Dia punya video dekat youtube best-best jugak ah. Bosan-bosan, kalau tak ada kerja, selalu jugak ah aku dok intai-intai dia punya Channel youtube. Sekali tengok macam Mat Luthfi. Dua kali tengok. Mmm... Tak payah komen lah! Kang tak memasal aku kena hempuk sampai lunyai dengan si Shahrul Nazrin nama macam watak dalam novel cinta tangkap leleh jiwang karat habis tu! 


Tapi apa-apapun si Shahrul Nazrin tu memang baik orangnya. Hormat orang tua. Tak lokek dengan senyuman. Bagus budak ni, boleh pergi jauh! Ni video SAMPAH beliau yang buat aku nak menangis bila aku tengok haritu! Perghh!!! Serius terbaik Bro! Nampak tak? Cover balik, puji beliau sampai nak terpelanting spender! =D 


Alah! Lupa plak aku nak bergambar masa raya haritu dengan beliau. Cilahau betul! Hoi! Apa yang kau mencarut tu Santan?! Hahahaha. Kalau korang nak tengok video-video si Shahrul Nazrin tu. Boleh ah korang klik dekat SINI secara bermarathon. Serius tak rugi kalau korang tengok! Tapi jangan feeling video dia semua macam watak novel tu. Yooolah! Kan nama beliau dah macam watak novel. Kehkehkeh


Eh! Sebelum tu! Mana Yuna? Mana Yuna Oh Yeah tu? Dekat tajuk kemaheng Raya Bersama Yuna bagai.  Kejap lah, sabarlah. Aku nak tunjuk lah ni! Yuna! Yuna! Hahahaha

















-Sila Skroll-










































-Sikit saja lagi-







































-






















-Yuna & Santan sudah nak nampak tu!-
























-































-


















-Sabar-
































-Dekat dah-


































SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARIPADA SAYA SANTAN MANIS & YUNALIS ZARAI!!!! MATCHING PLAK BAJU KAMI BERDUA RAYA NI. AHAKZS! ;D



Confirm masyarakat akan benci aku terus! Dan maki sehingga tiada maaf bagimu! Bhahahaha. Di kesempatan ini, aku nak mintak maaf lah kepada korang sebab aku baru je membuat kesalahan seperti mengedit gambar Yuna bersama aku sehingga nampak sama cantik dan sama padan. Hahahahaha


Lepas tu, kepada silent reader mahupun tidak silent. Aku nak mintak maaf dengan korang. Kalau sepanjang aku dok merapu kat blog ni buat korang sentap ke apa ke kan? Kosong kosong eh? Trademark Astro sangat tau, Kosong-kosong. =D . Baiklah, sebelum aku stop, izinkan hamba yang hina ini menjual serangkap pantun. Kalau tak gentar, beli seguni pantun ni tau! Muehehehe


Biskut Jejari Nestum, berebut dengan Makcik Timah,

Makcik Timah tamak, hadap sorang-sorang beliau makan,

Selamat hari raya Aidilfitri, mohon disembah,

Nak datang beraya dekat rumah? Jangan lupa ye lepastu tolong basuh pinggan! =D




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI SAYA SANTAN MANIS & KELUARGA! =)




BYE!



Jom Kita Meronggeng ramai-ramai kat FB! ;)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

28 comments:

Anis Amirah90 said...

Sakit perut aku baca entry ko Santan! Hahahaha. Cantik sgt yuna tu! kahkahkah

Santan Manis said...

Anis Amirah90: thanks sudi singgah! amboi.sampai sakit perut tu. hehehe :D

Eny Abdullah said...

hahahhahahaha rasa nak maki je hahahahha!!! Selamat hari raya adik!

anamizu said...

alamak aih. 1st time ana singgah 'rumah' santan manis nih.
terkejut nengok hensem sgt awal ashaari celop tu! hehehe

amboi kemain lagi ek kondem memberontak psl mak ye?
report kat mak santan manis lah kalo cmni hehehe

"makcikkkkkk.. tengok ni.. anak mkcik kan.. die kan..
die kan... die kata makcik mcm2 tu haaa" =P


salam syawal santan manis :)

Normi Nieza said...

Adoi..SM..ko mmg terbaik..selamat hari raya..:)

Kakak Tiri Cinderella said...

Cis... Ini bukan raya bersama yuna.. Ini baju raya sama dengan yuna. Hahaha
Terbaik (Y)

Santan Manis said...

Eny Abdullah: Hahaha. maki kak adik yg nakal ni! Jangan tak maki! hehehehe. selamat hari raya jugak :D

Santan Manis said...

anamizu: hahahah. jangan! raya taun depan dah x balik balik beraya lagi dah! mueheheheeh :D

awal ashaari celop ckp thanks :) hahaha

Santan Manis said...

Normi: hahaha. Sis pun terbaik jugak! selamt hari raya sis! jemput dtg rumah. hehehehe :D

Santan Manis said...

Kakak Tiri Cinderellah: hahahaha. thanks sudi singgah sini. n happy aidilfitri :D

Anas Aminnn said...

Serius aku macam nak maki ko depan2 SM sekarang! hahahaha. Jilake sungguh! :D

Cik Candy said...

cube edit background gambr tu comfrem nampak mcm sebijik sama..

Cik Candy said...

cube edit background gambr tu comfrem nampak mcm sebijik sama..

Santan Manis said...

Anas Amin: Hahahaha. maafkan saya Anas. maafkan saya. btw thanks sudi singgah ke blog SM :)

Santan Manis said...

CIk Candy: hahahah. btw thanks sudi singgah ke blog ye Cik Candy ;)

Anonymous said...

Hoi SM! Berdebah sungguh perangai! terkena aku! Hahahaha

Alfa2015 said...

Ada yg nk kena telan dengan selipar ni SM ni. hehehe. btw best la. SM asal dah lama jarang updated blog??? Rindu gilossss! dgn entry2 ko oi! Hahahaha. btw nice entry! ;D

Anonymous said...

Ni yang buat aku nak sentap dgn kau ni SM! Hahahaha. SM! lain kali tulis lah lagi macam ni! Terbaikkk bro! aku silent reader ni! saja nak bgtau ! hahahaha

Santan Manis said...

Alfa2015: hahaha. thanks alfa! Insyallah. kalau ada masa, adala entry nnt. kehkehkeh :D

Santan Manis said...

Anonnymous 1 & 2: Thanks ya! :D

Anonymous said...

Woi pasal aku haram takde. Macam ni la memberkan. Sentap seminggu dengan kau. Bye!

- dieyana - said...

salam kenal santan, nice blog! hihihi...tahniah...dpt beraya dgn yuna...^__^

Santan Manis said...

Anonymous: Wahai Anonymousku sayang. cuba sayang bgtau member yg mna satu? hahahaha :P

Santan Manis said...

dieyana: Hahaha.. salam kenal jugak. Thanks sudi singgah sini ya :)

Anonymous said...

Santan Manis sama saja macam Rosmah Mansor! Pandai buat lawak! Hahahaha keep it up Bro! :P

zuhdi sanusi said...

sungguh2 jer aku scroll., huhu

Mrs Yatie said...

hahaha. jenuh panjang nak membaca. muka memang mak tak boleh nak kata apa :D hahaha. tq singgah dan tinggalkan link dekat fb PG ya :D

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)