Bebudak Baik =)

Dating Dengan Madu-Madu

Hai! Senangnya dalam hati! Bila beristeri dua, seperti dunnnia, annnna yang funnya!!!!! Bukan setakat dua mahupun tiga. Empat terus aku angkut pergi shooping sekali. Senang cerita! Ini adalah entry yang agak meloyakan anak tekak. Peringatan keras! Agak tidak sesuai untuk ibu-ibu yang mengandung mahupun sudah termengandung. Kalau meroyan nak baca jugak, silakan baca wahai ibu-ibu mengandung sekalian. kalau terberanak secara marathon, sila jangan nak salahkan aku! Sekian terima kasut daun keladut! Muahahahaha =D

Haritu, madu-madu aku plan ajak shooping barang dapur sikit dekat Times Square a.k.a TS. Baik naww madu-madu aku ni tau. Kemaheng ajak shooping sekali. Aku ingat kalau jumpa serentak, ingatkan nak tarik-tarik bulu hidung ke, nak  tonyoh-tonyoh cili padi dekat muka ke. Tapi firasatku silap sama sekali, siap bergelak ketawa riang ria di hari raya lagi depa semua ni tau. Fuh! Kemaheng mesra alam lagi depa semua ni ok. Senang nak buat bini. Muehehehehe



 Dari kiri Isone, istwo, isthree & isfour! Kahkahkah =D


Bergegaw kepale siku aku nak taip entry merapu macam jahanam ni hah. kalau mak aku tahu anak dia dah kahwin senyap-senyap. Mau terlucut kain batik beliau. Bukan setakat satu ataupun dua. Empat ok! Muehehehe

Sebenarnya, gila meroyan jugak ah tajuk entry kat atas tu. Dah kenapa dengan aku secara tersenyum hindustan nak kahwin empat pulak. Kalau kaya macam Datuk K ke, Datu Yusof Taiyob ke, takpe lah jugak nak angkut sampai empat sekali kan? Pergi kelaspun naik bas, ada hati nak kahwin empat. Puihhh! =D

Biasa lah, hari minggu kalau dekat Uni aku ni memang mati akal jugak ah kalau duduk dekat hostel. Nak-nak kalau tak ada program yang macam aku pernah cerita kat entry nie. Perghhh!!! Macam orang gila meroyan dok cakap sorang-sorang akibat tahap kebosanan yang sangat hazabedul & hazabedahnya sekali! Itu belum lagi kau terserempak dengan babi hutan dok berlari-lari anak tiri kat depan mata kau. Mau terjojol bijik mata kalau terserempak dengan beliau, yakni babi hutan tersebut! Muehehehe

Jalan penyelesaian untuk lari daripa aku menjadi gila meroyan tak tentu pasal ialah akupun ajak ah madu-madu aku keluar jalan-jalan kat TS. Kalau duduk terperuk kat rumah je madu-mad aku ni, mahu melayang periuk kukus pulut udang harimau jadinya. Itu yang bawak pergi jalan-jalan kat TS tu. nak eratkan silaturrrahim katanya. Taknak bagi syaitoonnnn nirrrrrajim hasut sampai bergaduh baling-baling selipar jamban! =D

Sampai je TS, terus serbu Old Town order-order makan dulu sementara tunggu isfour tak sampai-sampai lagi. Jalan jem katanya. Kehkehkeh




 Bergegaw-gegaw tangkap gambar. Mau tak gegaw, takut kena bantai! Muahahaha






 Bersama Istwo! Muehehehe


Lama naw isfour jem kat jalan raya. Perutpun dah kenyang dok bedal makanan dekat Old Town tu tadi, maka kitaorangpun pusing-pusing lah dulu dalam TS tu. Si isone yang bertudung biru tu nak naik benda alah ular pusing-pusing kat TS tu. Hajat tersebut terpaksa dilupakan secara terbreake mengejut nak naik benda alah ular pusing-pusing tersebut akibat cuaca yang tidak mengizinkan. lalu, Isonepun kecewa dengan rakusnya sekali! kahkahkah


Benda alah ular pusing-pusing tersebut. Selepas naik benda alah ni, mesti kemurungan sekejap akibat kekejangan otak yang dasyat. =D


Alololo... Merajuk la pulak si isone tu. Omeyyyyyyy angatt! Apekah??? Akibat tak nak muncung isone sampai ke telinga. Kitaorang pusing-pusing lagi dalam TS tu sambil dok kelebek-kelebek apa yang patut. Tak menahan tunggu isfour yang lama sangat akibat kesesakkan jalan jem kaya, jem nenas, jem strawberry mahupun jem buah duku. kitaorang siap main-main lif lagi kat dalam TS macam orang baru lepas mati laki! Mujur tak kena hentak dengan Pak guard kat situ. kahkahkah


Muka aku macam nak mintak paku payung je kan? Kalau paku pakis ok lah lagi. Muahahaha


Tunggu punya tunggu, akhirnya isfour sampai. Dengan muka tak bersalahnya boleh bagitau kitaorang yang kad bank beliau tersangkut dalam mesin ATM. Muka masing-masing dah macam termakan taik kambing gurun bila isfour menyebarkan berita buletin utama sedemikan rupa. Dah kenapa pulak boleh tersangkut dalam mesin ATM pulak? Isone, istwo serta isthree dah gelabah dah. Nampak tak keeratan hubungan madu-madu di situ? =D

Beberapa jam kemudian kad bank isone keluar balik. Fuh!!! Selamat aku! Kalau tak, mahu kopak rabak duit aku nak kena bayar itu dan ini untuk beli barang-barang shooping! Settle je pasal kad bank isone tu. Terus snap gambar tanda mengeratkan lagi hubungan silaturrrahim yang ada. Ecehhh... Padahal kalau kat rumah terbang habis periuk belanga kukus pulut udang harimau. Pandai naww berlakon! Muehehehe






Lepas masing-masing dah ada, terus menggelabah tak tentu pasal nak pergi shooping depa semua ni. Perghh!!! Menyirap gila aku, kemaheng lama nawww shooping! Cari baju sehelai, macam pilih cincin nak kahwin! Yang belinya cuma sebijik baju sahaja. Bersepah BM aku. Muahahaha

Memandangkan masing-masing dah tercungap-cungap asyik berjalan-jalan je kat dalam TS tu. Madu-madu aku ajak pergi tengok wayang cerita Hunger Game 2 ke ape ntah tajuk dia. Sedap macam makan cendol pulut Pak Mat Vibrate jugak lah cerita dia. Tapi aku tak suka introduction cerita ni, sangat lah lembab nak mampus macam siput bab 1. kalau rajin nanti aku buat review pasal cerita tu, kalau rajin ah. =D




 On the way nak menjahanamkan diri dalam punggung wayang, eh silap panggung wayang =D


Lepas tengok benda alah Hunger game 2 tu, masing-masing mata dah macam tercekek bijik buah kedondong dah masing-masing, akibat kepenatan yang melampaui batas jalan highway utara selatan. Perghh!!! Entry kali ni aku rasa agak panjang berjela macam cacing kerawet tak makan nasik goreng kampung sebulan pun ada jugak. Cukuplah sampai sini dahulu, kang aku tulis panjang-panjang lagi kang ada yang muntah pelangi pulak kat sini kang. Tak pasal-pasal aku kena sembur febreze pulak kat sini kang  Muehehehehe


 

Anak katak puru budget tersedak kuaci cap Sharipah Aini,
Ada masa aku merapu tak henggat lagi kat sini. =D



BYE


Kalau suka bolah lah LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

14 comments:

Khalid Kyle said...

Ingatkan betul2 ade bini dua tadi haha

Jom Terjah : Siapa Sebenarnya Eridy?

Santan Manis said...

Perghhh!!! ingatkan kumpulan one direction si eridy ni. :D bakal diterjah! :)

intanfirdaus247 said...

huhu..saya pon ingat betul2 bini dua tiga empat ..lim.opsss..empat jer kuota...hii

bunda said...

Tapi bunda tak terfikir pulak SM berbini empat....tau sangat SM ni selalu bikin lawak PANASSS...

Teena Tna said...

Hahaha...tabik r isteri2 sume takde yg gaduh2, baik jer sume boleh keluar ramai2...haha

Farhah Nasuha said...

Semua isteri lawa lawa belaka lah especially akak yang tudung biru tu . Isone kan ?

Farhah Nasuha said...

Semua isteri lawa lawa belaka lah especially akak yang tudung biru tu . Isone kan ?

nor hafizah said...

mengarut banyakkkkk!!. xjd naek roller coaster sbb ko yg takot bkn sbb cuaca monsun ke hape

Ina zara said...

keqaih pequt aku gelak! lawak la SM ni! :D

Ahmooyy M said...

Amboii. Untung le dapat dating dengan madu-madu. Bhahahaha :D

Nazmin Nazifa εїз said...

Kirim salam dengan istqi2 tuu XD

ahmad adut said...

best la semua entry2 SM!cepat laa tulis lagi. :D

Liniey Nor said...

terkzutt cheq haha

zuhdi sanusi said...

wah., dahsyat.., sekali 4 org trus ko usung eik., elok sikit anak org tu.,