Bebudak Baik =)

Pengalaman Sepanjang Berada Di KTHO Yang Ohsem!

Perghh!!! Rasa macam nak terberanak kembar siam pulak aku nak join contest blog di saat-saat akhir ni. KTHO? Apekah itu? Adakah beliau sejenis buah rambutan kacukkan durian belanda? Mahupun sejenis plan insurans Takaful Nasional Berhad? Nak tau apa itu KTHO? Sila baca entry di bawah ni sampai meroyan tak hengat negara! Muahahaha

Pikir nam ploh pat nam ratus kali jugak ah nak join ke tak contest ni? Nak join ke tak? Nak join ke tak? Sampai menyeringai otak dok pikir benda alah ni. Alang-alang memakan sambal belacan cicah ikan perkasam, biar ah berpeluh sampai ke kutub India selatan. Erk? =D


Sebenarnya, kat Uni aku ni ada buat satu contest untuk cerita pengalaman sepanjang berada di KTHO ni. KTHO merupakan hostel tempat bergelak ketawa meronggeng secara berjemaah bersama rakan-rakan tercinta kat sini.  Lebih kurang macam tu lah maksud dia.

Pengalaman yang aku rasa tak boleh nak lupa masa first time aku datang daftar sini. Aku excident langgar dengan lembu jantan tompok coklat-coklat ok. Jahanam punya lembu jantan tompok coklat-coklat tu, main sauk je langgar aku. Dah la excident masa time daftar tu. Dengan jalan capek-capek, sampai ada budak-budak kat sini ingat aku OKU. Damm!!! =D

Lepas dah ok sikit dari excident dengan lembu jantan tompok-tompok coklat tu, aku join aktiviti perbarisan kolej. Semangat hokeh join perbarisan, walaupun kalau kau tengok aku jalan macam nak mintak pelempang je time tu. Muehehehe



Cuba cari, aku kat celah mana? muka aku macam nak mintak sodep nasik briyani je dalam gambar ni


Pengalaman kedua yang aku rasa best tahap nak meninggal jugak ah kat KTHO ni. Time malam bakar jagung. Mak Aii, sampai aku berakpun keluar jagung seketul seketul haritu. Terlebih makan jagung punya pasal(perlu ke nak mention berak tu?). Banyak gila jagung diorang tempah malam tu. Sampai muka akupun dah macam jagung bakar dah malam tu. Tapi memang meriah habis lah malam bakar membakar jagung tu. Mujur member aku yang nama bakar tu tak ada. Kalau tak, sekali dengan beliau beliau aku bakar macam jagung tersebut. Muehehehe *Abaikan




Dua singgit! Dua Singgit! Sila ambik resit anda & bayar kat kaunter sebelah. Terima kasut. =D






 Suka letew makan jagung secara berjemaah. =D


Aku rasa pengalaman yang tak boleh blah batu belah batu bertangkup, masa aku balik dari cafe dan ingin pulang ke KTHO tercinta baru-baru ni dengan member aku, selamber dek je segerombolan babi hutan hik hok hik hok dok melintas secara berlenggang kangkung ikan gelama mak iloi-iloi kat depan aku. Tergaman jugak ah masa tu, takkan nak lari bersepah pulak kan? Kang tak memasal je aku terjebak dalam kelompok diorang yakni babi hutan hik hok hik hok tersebut. Dah ah sekor-sekor badan macam tong drum. Mau terkencing manis aku kat situ kalau diorang kejar. Muehehehe

Sebenarnya banyak lagi pengalaman yang best tahap nak meninggal kat KTHO ni. Meroyan lah, kalau nak cerita satu-satu kat sini. Biarlah pengalaman tu tersemat rapi di dalam sanubari sahaja. Ecehhh...



 Kenapa aku tepek gambar ni? Sebab aku rasa gambar ni macam cantik jer, macam comel jer. Kehkehkeh =D


Apapun sepanjang berada kat sini memang enjoy & happening je selalu. Pantang ada event masak bubur asyura secara bergoyang gerudi sambil nyanyi lagu suriram pun aku rasa meriah. Sebab apa? Sebab, semangat kekolejan kitaorang tinggi nawww sampai gayat aku nak panjat. Ini semua kerja Pierre Andree ah yang suruh aku join contest ni. Untung lah, aku dapat kawan macam Pierre Andree. Muahahaha

Sekian sahaja  laporan saya untuk berita jam empat ploh pat minit untuk hari ini. Saya, Pak Dollah Jambu Vibrate,  melaporkan berita untuk kali ini. Kita kembali ke Sri Pentas. Sekian terima kasut daut keladut. Muehehehe =D



BYE


Kalau suka boleh lah LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

16 comments:

Aja kecik said...

Gud Luck SM! :D

ogy izhar said...

wah meriah..best2

http://ogyrozyani.blogspot.com

ika zulkefli said...

bestnya..gud luck..:)

Muhammad Khairuddin Lim said...

selamat berjaya...saya dah add anda sebagai follower.

Fatanah Khirizan said...

gud luck! singgah dan follow blog ni # 1165...unik header blog SM,hehe :)

Sukma Haron said...

sukses selalu

Siara Elina said...

waa best nyaa hihi jagung panggang? yummy2

Anonymous said...

Semoga sukses always SM.

Drpd: Pesetia reader blog santan manis :D

Cik Sha said...

wish u gud luck my brother! ;)

Nuriesya Nadia said...

Wahh jagung tuuuu. Droolinggg. Haha. Macam sedap je , macam sedap jeee.

Singgah dan follow SM balik. :)

Putery FarHaNa said...

Gud lak SM! uNIk nya header! followback dah :)

fatin wawa said...

meriahnya.. singgah dan follow sini.. #1181.. jemput la ke blog saya juga.. :)

BUNDA said...

meriah sungguh...

Liza Licha said...

wahh.. nampak meriah dn happening :)

Nazmin Nazifa εїз said...

Long time no comment2 here ..hahaha .. i was busy with my beloved SPM .. hahaha .. sekarang giat balik !!!! jyeahh XD

bunda said...

lama betui tak singgah sini...jengok anak2 bunda kat sini...assalamualaikum