Kenapa Orang Suka Naw Buat Duck Face Masa Berselfie?


Boleh tak aku nak meroyan pagi-pagi buta ni dengan tajuk entry yang tah hape-hape? Nak tulis ke tak? Nak tulis ke tak?  Arghhhh! Ghasak jelah! Lama naw aku tak buat tajuk merapu meraban macam ni. Bila tangan ni gatal naww nak menaip, ginilah jadinya kak Esah Orked Oiii! Muehehehe




Sebenarnya, aku baru habis sesi orintasi bersama student baru kat Uni aku ni. Makkk aiii! Kemaheng meletop-letop urat peha tulang rusuk kanan aku ni berlari berkejaran dok buat cherss tepuk amai-amai belalang kedek-kedek kat budak-budak ni! Lepastu tu, rasa macam seksi je bila aku dok samm minna minna eh eh, wakka wakka eh eh tertonggek-tonggek tak tentu arah dok buat senam aerobik kat atas pentas tu ! Rasa pinggang dah mengecik 40cm ke 28cm jer aku rasa sekarang ni. *Over =D




Dewasa ini.... Perrghhh! Skema nak mampus ayat! Muehehehe. Masa sesi orintasi kat Uni aku ni berlangsung. Kemaheng ramai lagi, aku tengok junior-junior ni dok selfie bagai nak rak kasut. Especially gurl la. Lepas tu, dekat depan telefon masing masing, muncung-muncung mulut, kembang kembang hidung, kembung-kembung pipi, sepet-sepet mata. Kononnya nak bergambar kenang-kenangan letew. Muahahaha




Kalau aku, nak kata kuat berselfie. Gagah jugak ah berselfie kadang-kadang. Tapi masih dalam kawalan lagilah kalau nak berselfie sambil buat 'duck face' tu. Ada hari tu, punyalah baikk dok syiok selfie sorang-sorang kat bilik, konon-konon budget muka macam Brad Pitt masa zaman beliau masih muda-muda belia dulu dok selfie sorang-sorang kat dalam bilik. Prakkk! Tiba-tiba pintu bilik dikuak hebat ! Rupanya mak aku dok skodeng masa aku dok tengah syiok selfie sambil beliau geleng-geleng kepala slow motion! Perghh! Luluh hati beliau tengok aku dok kembung pipi sambil senyum kambing gurun depan phone sorang-sorang. Kantoi bakk hanggg!!! =D




Kenapa orang suka naww buat duck face kalau tangkap gambar ataupun berselfie? Antara alasan-alasan yang konkrit lagi munaserawak ialah :


1) Lantak aku lah, telefon aku bukan telefon engkaupun

2) Rasa confident level tinggi nak meninggal kalau berselfie sambil buat duck face

3) Kalau buat "duck face" baru nampak shape V muka kitew. Ihiks!

4) Jeles letew tak ada smart phone

5) Saja suka-suka nak hilangkan stress kerja yang berlambak kat ofis tu

6) Bila berselfie sambil buat duck face,  kitew rasa rahang pipi kitew macam Angelina Jolie la!

7) Saja nak felling-felling berrrrrangan macam retis Korea!

8) Terasa diri macam abang-abang sado gym bila selfie sambil kecut-kecutkan bibir ketap-ketapkan gigi sampai nampak gusi

9) Bila berselfie sambil buat duck face, mesti orang akan panggil kita Anzalna Nasir! Kau ade?
    Ahakzs!

10) Trend kot.

11) Suka tengok muka sendiri kat kamera phone, rasa macam flawless gila babas jer! Muehehehe

12) Dah kawan ajak selfie. On je lah.

13) Bila upload gambar kat facebook, twitter mahupun instagram ramai gila orang like bila kitew buat duck face. Sebab tu la kitew suka berslfie sambil buat duck face tu.

14) Rasa chantek! Rasa Handsome kot!


Hambekk! Berjela list down alasan yang konkrit bak simen cap kereta surung kenapa orang suka berselfie sambil buat duck face! Alaah, nipu naww la kalau saudara saudari di luar sana tak mengaku yang saudara saudari tak pernah berselfie. Kalau tak tu, bagus lah kerana saudara saudari masih menjaga akhlak yang murni tidak memuncung-muncungkan bibir mahupun mengembung-ngembungkan pipi di khalayak umum! =D







Said: Aaaaaaaaaaaaa!!!!



Oklah stop tulis dulu. Kang ada yang termuntah hijau biru kuning pelangi pulak dok baca entry panjang bergulung nak meninggal ni. Apa-apapun selfie itu bagus untuk kesihatan rohani. Ehhh? Muehehehe.





BYE


P/S: So, Apa Alasan Korang Untuk Berselfie? ;)


Kalau suka boleh lah LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

16 comments:

Fatimah Nabila said...

mmg xlar nk selpie sambil muncung2..malu eh..huhu..

Santan Manis said...

Timm Bill : hahaha... ok letew Timm Bill :)

Anonymous said...

Tu dia SM!!! :D

intanAliya said...

Bila buat duck face saya rasa saya comel! sekian ;)

Santan Manis said...

Intan: Kompident itu penting! Muehehe

nurmisnan said...

Hehehe..

Unknown said...

hahahaha.. nice dude!

Ismi Ana said...

Haha. Duckface buat sy rase comel! ><
Ekceli, bagi ana sekeping 2 3 gambar duckface hokey lagi. Ni kalau dah satu memory full gambar duckface tuh memang mintak kaki. Haha xD

sara zuliana said...

dah tua2 nie malas plak nak buat duck face....haha

Santan Manis said...

nur misnan: hehehe jugak :D

Santan Manis said...

Asyraf: haha tq2 :)

Santan Manis said...

Ismi: kalau dah bergunung gambar duck face, itu merrrrbahaya tu ismi . mueheheh :D

Santan Manis said...

Azraa: tua itu laa menawan.. hahaha :D tq sudi singgah :)

AMIIZAA@Mieja said...

akak dtg bw tgk santan manis:)

Dingdang said...

kebanyakan yg suka buat duck face ni remaja. CF tak sesuai kot. Huhu. Anyway, soalan santan manis dah terjawab di entri ini http://cikgufaizcute.blogspot.com/2014/09/cara-menyemak-kedudukan-blog-di-alexa.html

Unknown said...

hahaha.. dolu2 ada la buat, ni dah semakin berumur insaf dah la.. selfie tanpa duck face n kembung pipi... hihi..

www.ratunutrisi.com