Tips Masuk Universiti!! Mahasiswa Expectation vs Reality?

Gambar kanak-kanak riang yang tak berapa nak tumbuh sangat tumbusaran tu *Muka aku macam nak mintak kaki je atas tu aku rasa! jilake sungguh! Ni semua salah Photographerlah ni!! Muahahaha =D


Perghhh!!! Kemaheng melompat anak Kak Robaiyah depan rumah tu, bila dapat surat masuk Universiti baru baru ni. Sampai tercengang abang posmen yang hantar surat tu, sebab anak Kak Robaiyah dok buat perangai sedemikian rupa kat depan beliau. Muehehehe. Sebelum tu, tahniah kepada adik-adik yang bakal bergelar mahasiswa serta mahasiswi yang berjaya masuk ke U tu ye! Skema nawww entry kau kali ni tau Santan! =D


Melompat-melompat jugak, Tahu ke idok macamana realiti bila korang dah berada dekat Universiti tu nanti Oii. Mesti ada mulut-mulut jahat kat luar tu cakap, Alah Santan tu graduate pun belum ada hati nak kasi tips bagai! Dia ingat dia tu sapa? Dekan fakulti kah!?


Tudia mulut hang! jahat noh! Satgi ceq cabai mulut satgi baru hang tau! Muehehehe. Baiklah, taknak cakap banyak, meh sini nak kasi korang tengok satu video sempoi daripada Vlogger si Shahrul Nazrin ni. Kemaheng tau, Shahrul Nazrin nama beliau, mengalahkan nama watak novel cintan-cintun. Kahkahkah Hambek kau Shahrul Nazrin, kena bahan dekat sini. nasib badanlah ye, tapi dia baikkkkkkk!!! Muahahaha =D


Ni merupakan satu video yang mana orang selalu Expect bila berada dekat U semuanya indah. Hakikatnya? Sabor jelah! Muahahaha. Boleh tengok Video Vlog kat bawah ni untuk lebih jelas ye wahai anak rusa nani sekalian. Ni Vlog first SM berlakon dalam ni, watak sebagai fahrin Ahmad bak hang! celah mana fahrin Ahmadpun aku tak tahu lah! Muehehehe. Nak tengok SM berlakon dalam video tu, korang boleh Play Video kat bawah ni. Kalau tak nak muntah hijau, sila tengok video ni sambil makan roti empat sagi cicah air kopi cap gantang! Baru masyukk bak hang! 

Mahasiswa Expectation vs Reality




Acaner video kat atas tu? Macam nak mintak kaki tak korang rasa? Sudah! sudah! Harini tak nak merapu sangat, ni antara tips yang korang perlu bersedia bila nak masuk Universiti tu nanti. Antara ialah:


1) Makan maggi SEDAP goreng tu, kongsilah sama dengan roomate. Kang sentap pat ploh pat hari kang beliau, Yakni Roomate tersebut! Tips ke ni? Muehehehe =D

2) Duit PTPTN, MARA, jPA pandai-pandailah jimat Oii!!! Kang terpaksa kongsi makan maggie SEDAP goreng dengan roomate pulak kang! =D

3) jangan dok sentap-sentap bila member korang keluar dengan orang lain. jenis ni yang nak kena tomoi padu-padu ni!

4) Senyum dengan semua orang walaupun orang tu tak nak langsung senyum dengan kau. Simple nawww tips kau Santan!

5) Selalu berselfie dengan Pensyarah supaya tak kena bahan dalam kelas, kalau kau ni yang jenis malas nawww nak buat assignment beliau memang patut sangatlah buat perangai cenggini . Muahahaha =D

6) Kalau ada awek dok jeling-jeling dekat kau. Dia bukanya nak ngorat kaupun sebenarnya. Mesti awek tu nak promote dia punya Herba Life tu kat kau. So hati-hati! Kehkehkeh

7) Belajar rajin-rajin. Macam nak lempang tak tips yang ni. Budak umur lapan tahun pun boleh bagitau woi! Muahahaha

8) Penat dah Oii nak kasi tips panjang-panjang ni. Masing-masing dah besar gedabak kan? So, Pandai-pandailah hidup berdikari kat U tu. Takkan semua abang nak kena suap kot dik Non Oii! Muahahaha



Tak rasa macam nak mencarut ke tips-tips kat atas tu? Kehkehkeh. By the way, tahniah kepada mahasiswa serta mahasiswi yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading tu, tak kiralah sama ada govermnet ataupun tidak, Bagi aku study mana-manapun sama saja, yang penting niat kita tu sama ada ke laut ataupun sebaliknya. Makk aiii!!! Rasa berilmiah sangat entry kali ni aku rasa. Muehehehe! =D


Baiklah, Malas nak gebang banyak-banyak kat sini kali ni. Kang masyarakat menyampah pulak dok gebang lama-lama kat sini. Aku harap berguna lah ye tips-tips kat atas tu kepada bakal mahasiswa serta mahasiswi sekalian. Kalau yang tak berguna tu, buanglah jauh-jauh tak payah nak jadikan pedoman sangatlah ye! Muahahaha

Akhir Kalam,


Ikan kekek mak iloi-iloi,
Ikan gelama mak ilai-ilai,
Ke kedai Pak Meon membeli keropok super ring,
Next entry kita jumpa lagi!


Mak Aii!!! Ke longkang nawww pantun kau Santan Hoi! Muehehehe =D



OK BYE!



jom Bergebang Dengan SM kat facebook jom! =D

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Raya Bersama Yuna Oh Yeah!


Cakk!!! Salam Lebaran semuanya? Apa khabar anak-anak bapak? Semuanya sihat-sihat aja? Ya Ampun! Udah lama kita enggak ketemu dong. Itu yang muka bapak macam terexcited nak meninggal tu. Rindu bangggggget sama kamu semua dong! Bapak harap, enggak ada yang termati laki lah menatap muka bapak yang kacak seperti Randy Pangalela tu ya! Al maklumlah, si Randy sama bapak kan sepupu duaan dong. Kok kamu tidak tahu? Hoi! Bapak! Jangan nak mejilake sangatlah dok Randy Pangalela bagai! Randy Pangalela celah manalah iras muka bapak tu ye? Mohon berbahasa melayu balik. Ko ingat ni blog Indonesia? Kang ada yang baling selipar jamban kat muka bapak secara berpasang-pasangan kang! Salam lebaran ko Santan, tak reti nak elok-elok ke? Muka dah macam mintak kaki unta dah aku tengok! Muehehehe


Baiklah? Memandangkan bapak sudah terkena sound yang mendayu-dayu oleh Makcik Rubaiyah kerepek ubi pedas, mood salam lebaran bapak harus ditukar secara serta merta ya! 


Tangan ke dada. Mata pandang kamera. Selfie! Bhahahaha. Mood salam lebaran telah ditukar dengan serta-merta sehingga muka bapak ternampak seperti imam muda musim ke sepuluh disitu ya.  Mohon bakal mak mertua tak muntah hijau! Muahahahaha =D


Sudahlah Santan! Kalau dah start merapu. Sampai ke subuhpun tak habis. Lama gila blog ni tak terhupdate! Nak update, tapi faham-faham jelah. Masa dengan anak bini juga harus juga dikawal rapi. Nak kena beli susu anak. Shooping raya bersama bini. Nak bawa bini pergi klinik check perut. Eh? Jaddah anak bini! Celah mana aku kahwinpun tak tahulah. Sudah! Sudah! Santan! Jangan nak buat masyarakat hina kau di sini. Nak tulis entry, tulis elok-elok. Kang kalau masyarakat dah benci, merana hidup! *Maafkan saya masyarakat-masyarakat sekalian alam! Muehehehe


Baiklah, entry saya, saya akan tulis dengan skema yang mungkin. Tak gitu Cik Ainon? Aku rasa kalau entry di sini ditulis dengan skema yang mungkin, lagi masyarakat di luar sana semakin membenci aku, sebab masyarakat akan tahu. Aku hipokrit di sini! Oh tidak! Duniaku sudah musnah! Hoi!!! Jangan nak berdrama lah gila! Kan dah kena Gila! 


Okeyh, ceritanya begini dong. Aku tengok ramai blogger yang dok hupdate-hupdate entry raya diorang. Akupun gigih lah jugak nak update. Walaupun sekarang, aku dah tak ingat raya yang keberapa? Tak entry raya, ucapan raya pun jadilah! Walaupun raya tak semeriah mana. Walaupun time raya asyik kena basuh pinggan TETAMU yang datang je. Eh? Mengeluh! Tak ikhlas! Menghina TETAMU yang datang! Mak aku asyik suruh basuh pinggan je kerja dia. Sakit hati kita tau! TETAMU pun satu, sudah makan tu, pandai-pandailah basuh pinggan tu. Jilake perangai ko Santan! Tak baik berperangai sedemikian. Dah!!! hilang pahala pinggan tetamu yang kau basuh haritu. Sebab kau telah menghina mereka di hari raya! Keji sangat perangai kau ni Syaiitoonnn!!! Bhahahaha =D 





Di sebabkan aku telah memberontak dengan teruk dekat mak aku. Aku cakap apa dekat mak aku. Mak!!! Stop nak masak-masak bagai. Tetamu datang, kita bagi je diorang hadap kuih, biskut, rempeyek, bahulu, samperit, kayu buruk, almond london, biskut makmur kat dalam balang tu je. Tak payah nak basuh pinggan bagai lepas ni. Penat tau tak?! Penat!!!!

Mak aii! Bukan main teruk aku memberontak dekat Mak aku! Teetaaaaaaaaaapi! Mak aku tetap meneruskan agenda beliau, yakni, agenda masak-memasaknya dekat tetamu yang terus dan sentiasa berkunjung kat rumah aku sampai ke malam. Sampai aku nak keluar beraya pun tak menyempat! Kejam betul mak aku! Sanggup membiarkan anaknya menderita di hari raya! Dah lah Raya setahun sekali mak Oiii! Lepas tu mak aku jawab apa. Ada mak kisah raya setahun sekali ke dua tahun sekali ke? Kuang asam punya Mak! Bhahahahaha =D







So terpaksalah gigih malam-malam baru nak bergambar. Baju rayapun sudahku campak ke dalam mesin basuh, dan tukar baju melayu yang pergi solat jumaat tu untuk ambik balik mood raya tu. Sedih naww hidup! Muehehehe. Okeyh, sebelah aku baju biru tu adik Awal Ashaari. Ye ye adik Awal Ashaari? Asyik mengelentong je kerja ko Santan. Ya, memang aku mengelentong hengkorang-hengkorang semua. Muahahaha. Ntah, sebab ramai yang cakap muka dia macam Awal Ashaari. Budak-budak Uni akupun ramai yang cakap macam tu. Tapi tak tahulah kan sama ke tak. Kahkahkah.


Buat apa si Awal Ashaari celup ni datang beraya kat rumah aku? Asal tak balik raya kat rumah dia? Lantak dia lah, dia nak raya manapun. Ko dah kenapa banyak tanya sangat Makcik Rubaiyah kerepek ubi pedas oi? Hahahaha. Sebenarnya, dia ni kawan aku, orang Serawak. Dia tak sambut Aidilfitri macam kita. Kalau kat sana, dia sambut hari raya Gawai tak silap kamek. Sebab tuk lah dia ikut kamek balik raya di rumah kamek. Ngerti kitak?! Eh? Terkeluar bahasa Serawak plak tetiba! =D


Kejap? Bukan kat atas tu tajuk entry Raya Bersama Yuna Oh Yeah ke? Celah mana Yunanya? Tak nampak batang hidung mahupun tulang pipipun si Yuna Oh yeah tu dari tadi? Sabarlah Cik Ainon. Kejap lagi aku tunjuklah gambar si Yuna Oh yeah tu. Kemaheng nawww tak menyempat nak tengok batang hidung dan tulang pipi si Yuna Oh yeah tu tau! Muehehehe






Dari kiri: Mak yang sentiasa tak back up aku dalam segala hal bersama Awal Ashaari celup tepung!(Habis kalau mak aku baca blog ni!) Muehehehe =D










Ayah aku dok feeling tutup mata plak. Hahahaha. Bak kata orang, hargailah family kita selagi mereka masih ada. Dah tak ada, ko nak menangis air mata darah sekalipun dah tak guna Cik Ainon Oii. Dalam entry ni, asyik nama Cik Ainon je keluar. Terbatuk darah sapa yang nama Cik Ainon kat luar sana tu. Yelah, aku asyik dok sebut nama Cik Ainon je dari tadi. Tak gitu Cik Ainon? See??? Cik Ainon lagi. Muahahaha =D


Lepastu, ada seorang Vlogger ni ada datang beraya kat rumah aku. Shahrul Nazrin nama dia. Mak aii!! Nama macam watak novel cinta tangkap leleh jiwang karat habis! Shahrul Nazrin ok! Shahrul Nazrin! Kau rasa, tak watak novel sangat ke nama dia? Bhahahaha. Dia punya video dekat youtube best-best jugak ah. Bosan-bosan, kalau tak ada kerja, selalu jugak ah aku dok intai-intai dia punya Channel youtube. Sekali tengok macam Mat Luthfi. Dua kali tengok. Mmm... Tak payah komen lah! Kang tak memasal aku kena hempuk sampai lunyai dengan si Shahrul Nazrin nama macam watak dalam novel cinta tangkap leleh jiwang karat habis tu! 


Tapi apa-apapun si Shahrul Nazrin tu memang baik orangnya. Hormat orang tua. Tak lokek dengan senyuman. Bagus budak ni, boleh pergi jauh! Ni video SAMPAH beliau yang buat aku nak menangis bila aku tengok haritu! Perghh!!! Serius terbaik Bro! Nampak tak? Cover balik, puji beliau sampai nak terpelanting spender! =D 


Alah! Lupa plak aku nak bergambar masa raya haritu dengan beliau. Cilahau betul! Hoi! Apa yang kau mencarut tu Santan?! Hahahaha. Kalau korang nak tengok video-video si Shahrul Nazrin tu. Boleh ah korang klik dekat SINI secara bermarathon. Serius tak rugi kalau korang tengok! Tapi jangan feeling video dia semua macam watak novel tu. Yooolah! Kan nama beliau dah macam watak novel. Kehkehkeh


Eh! Sebelum tu! Mana Yuna? Mana Yuna Oh Yeah tu? Dekat tajuk kemaheng Raya Bersama Yuna bagai.  Kejap lah, sabarlah. Aku nak tunjuk lah ni! Yuna! Yuna! Hahahaha

















-Sila Skroll-










































-Sikit saja lagi-







































-






















-Yuna & Santan sudah nak nampak tu!-
























-































-


















-Sabar-
































-Dekat dah-


































SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARIPADA SAYA SANTAN MANIS & YUNALIS ZARAI!!!! MATCHING PLAK BAJU KAMI BERDUA RAYA NI. AHAKZS! ;D



Confirm masyarakat akan benci aku terus! Dan maki sehingga tiada maaf bagimu! Bhahahaha. Di kesempatan ini, aku nak mintak maaf lah kepada korang sebab aku baru je membuat kesalahan seperti mengedit gambar Yuna bersama aku sehingga nampak sama cantik dan sama padan. Hahahahaha


Lepas tu, kepada silent reader mahupun tidak silent. Aku nak mintak maaf dengan korang. Kalau sepanjang aku dok merapu kat blog ni buat korang sentap ke apa ke kan? Kosong kosong eh? Trademark Astro sangat tau, Kosong-kosong. =D . Baiklah, sebelum aku stop, izinkan hamba yang hina ini menjual serangkap pantun. Kalau tak gentar, beli seguni pantun ni tau! Muehehehe


Biskut Jejari Nestum, berebut dengan Makcik Timah,

Makcik Timah tamak, hadap sorang-sorang beliau makan,

Selamat hari raya Aidilfitri, mohon disembah,

Nak datang beraya dekat rumah? Jangan lupa ye lepastu tolong basuh pinggan! =D




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI SAYA SANTAN MANIS & KELUARGA! =)




BYE!



Jom Kita Meronggeng ramai-ramai kat FB! ;)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Santan Manis Jadi P.A Encik Mimpi Sekarang?

Sawaaadiikkkaapp kun krapp krapp Korang!!! Lamanya aku rasa tak datang jenguk sini dah! Makin bersaawang aku rasa blog ni. Adoyai! Cik Tipah kepayung asyik dok tanya je bila nak update blog? Bila nak update blog? Cik Tipah kepayung oi, SM dah jadi P.A artis sekarang ni. Jangan nak meroyan suruh update sangatlah. Im a busy Man sekarang. Amboi.. kemaheng kekwat ye ko sekarang SM! Kang ada yang kena tembak dengan senapang buluh jugak kang mamat ni sampai terlentang! Muehehehehe

Ko rasa percaya kah aku dah jadi P.A Encik Mimpi sekarang? Sebab tu lama tak hudpate blog? *Sesambil feeling effect daun kering berselerak jatuh kat muka sendiri

Memang tak lah nak jadi P.A artis! Artis mana nak ambik aku jadi P.A dorang weh?! Nak urus diri sendiri pun tak betul! Ni plak, nak urus orang lain. Puih la SM! Puih! Puih! Puih! Puih! Muehehehehe






Muka aku macam nak mintak penyapu dalam gambar ni. Muahahahaha


Tajuk atas tu, memang mintak nak kena campak dalam jeram gunug berapi lah kan. Amendelah tajuk ko ni SM?! Tajuk tak match langsung dengan isi. Aku bab-bab nak buat karangan bahasa melayu ni kat sekolah dulu, memang puas memikio menatang amende nak tulis dalam karangan tu. Sampai aku sendiripun tak paham amende yang aku tulis, apatah lagi cikgu aku? Bhahahahaha


Lepas aku jumpa dengan Encik Mimpi ni, sebenarnya aku ada plan jahat devil gila masa tu dengan kawan aku! Nak tahu plan apa yang jahat sangat tu? Sila ah skroll baca sampai habis! Muehehehehe =D



Actually, masa ni ada event budak-budak UKM kat Bangi Gateway. Encik Mimpi macam bukak both dia kat sini. Sebab tu terjumpa beliau kat sini. Boleh tahan gebang jugak ah Encik Mimpi ni dok melayan peminat-peminat beliau kat situ. Bila dah start bersembang dengan Encik Mimpi. Pergh! Macam sembang dengan member-member yang dah kenal seploh tahun! Siap main batu seremban lagi dengan beliau masa tu tau! Agak-agak ah kalau ko nak gebang pun SM! Hazab nawww kalau Encik Mimpi ni nak main batu seremban dengan aku. Mau terkopek topeng tu kalau beliau main batu seremban! Muehehehe

Masa beliau tengah-tengah susun baju CYNTA, yakni business beliau (baju CYNTA), Masa tu tengah azan asar tak silap aku. Lepastu, beliau macam nak pergi solat lah masa tu kan. Aku dengan member aku plan baik punya, antara plan aku dengan member aku :

Kawan SM: Wei Santan, jap gi kan E.M(Encik Mimpi) nak pergi solat asar. Masa beliau nak ambik air sembahyang tu,  apa kata ko terus snap gambar beliau laju-laju!

SM: Ko nak mampus ke apa! Kang tak pasal aku bertumbuk dengan E.M plak kang dalam surau tu!

Kawan S.M: Alaaah! Ko buat ah Santan! Sekali ni je aku merayu meronggeng kat kau! Plisssss!*sesambil kibas-kibas bulu mata

S.M: Yelah ! Yelah! *Memang confirm akan bertumbuk dengan E.M japgi kat dalam surau! 



Korang rasa E.M kantoi tak dengan aku? Korang rasa aku dapat ambik tak gambar E.M kat dalam surau tu? Jeng! Jeng! Jeng! Sila skroll bawah kalau nak tengok berjaya ke idok aku ambik E.M dalam surau tu! Bhahahahaha


-







-










-










-














-









-














-









-














-









-














-
























(Sikit lagi skroll tu)
























-
























-























-
























-
























-

























Eh korang! Tiba - tiba akak Farah Wahidah ajak pergi makan Pasembor Pak Awang plak. Nanti ah aku tunjuk muka E.M tu kat next entry eh! Sila jangan maki aku secara bermuafakat ok! Muehehehehe =D


Habis lah aku, dicerca oleh masyarakat lepas ni sebab mempermain-mainkan emosi orang sampai tak stabil. Sebelum korang nak maki, cerca, menghina aku. Boleh lah sesambil tu korang maki, hina and cerca aku kat instagram aku nih, Kat https://instagram.com/santanmanis/ . Kalau nak tengok aktiviti tak berfaedah aku buat masa cuti sekolah, cuti Thaipusam mahupun cuti hari nurse sedunia, boleh je korang menapak kat insta aku tu. Boleh ah kita meronggeng sakan kat situ secara berkuak rentang! Tak gituh Cik Eton? Muehehehehe


Sampai di sini sahaja berita terkini pada hari ini. Saya karam Sing Sam Seenng! Melaporkan dari tempat kejadian! Kita kembali ke Sri Pentas! Muehehehe =D





BYE


Makan ubi, sesambil naik morbike, meh ah LIKE =D

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Serang Restoran Old Malaya Kopitiam Bangi! Masyukkk Bak Hang!



Lama naw tak bergoyang gerudi sesambil buat Sik Sik Sik Bum Bum Bum, Tepuk amai-amai belalang kedek-kedek kat sini. Dah kematu dah pinggang ni aku rasa, yelah asyik dok berzumba je dua ploh pat jam dengan pakcik Sameon Misai sebelah rumah tu. Maunya tak kematu pinggang aku, blogpun nak tak nak je usik sekarang. Al-maklumlah, semenjak aku dah masuk Persatuan Puteri Islam  sebagai ahli jawatan kuasa tetap hal ehwal hubungan luar sekarang ni, tu yang tak menyempat nak jenguk sini tu. Hempuklah kepala dengan batu seremban kalau korang percaya! Semua cerita di atas nampak nawww nipunya belaka! Mana tumpahnya serunding kalau tak kat atas ketupat palasnya? Muehehehe



Intro entry haruslah hauk dan terencat sepanjang masa. Kat atas tu bukan intro ye Jemmah-Jemmah sekalian alam. Atas tu cuma kata kata aluan sahaja. Kata-kata aluan Hekkk ko Santan! Kang ada yang makan kaki kuda kepang kang! Tak semengah naww kata-kata aluan kau Santan! Kata-kata aluan tak semencit langsung! Menangis tak berlagu Ramlah Ram kalau cikgu BM aku baca blog ni. Kata-kata aluan? Harrrrrreemmmmmm jeeddda ke laut kata-kata aluan kau Santan! Muahahaha



Dah-dah, sebelum aku melencit tak tentu hala lagi, jom masuk isi! Haritu tekak aku tiba-tiba buat hal nak makan western la plak. Kebetulan member aku si Fahmi tu datang Uni aku nak ambik tiket Konsert Asean Dato Siti Nurhaliza. Apa lagi meronggeng ah kitorang cari kedai Western time tu. Last-last jumpa Old Malaya Kopitiam yang dekat Bangi Gateway tu, apa lagi celapak tenuk la kitorang mencanak kat situ sambil sengih ketap-ketap gigi! 



Abang kat situ punya layan, best nak meninggal hokeh. Service baik punyaa bakkk hang!  Eh, jangan pikir lain plak, bukan servis yang sawwwadikapppp abbbaengg... mau urut-urut kapp kappp kappp ka?? Urrut dalam luar semua boleh kunn kappp prakkappp. Urut B2B pun ada abaenng kun prada kaappp ma kappp!!! 


Gila kau tiba-tiba ada servis urut benda alah tak senonoh tu kat kedai makan! Mau aku pelangkung kepala abang waiter tu kalau dia buat perangai cenggitu! Bukan servis tu, alaa.. cara diorang layan customer sempoi gilas babas nak mampas. Mesra, cekap dan pantas ! Amboi, dah macam tagline Polis Diraja Malaysia plak dok Mesra, Cekap & Pantas bagai! Muehehehe


Servis layan customer tip top! Syabbas Old Malaya waiter atas servis mantop tersebut! 



Sampai je abang waiter tu kat meja kitorang, terus aku dengan si Fahmi zzzaaappp!!! Order. Tak sampai lima belas minit, Zzapppp!!! Menu yang kitaorang order tadi kat atas meja! Zzzappp! Zzzappp ! Zaappp! Kitorang mengtekdarah! Senonoh sikit woi! Bela hantu raya ke apa ni woi?! Lahab tak semengah hazabedah langsung kalau dapat melantak! Muahahaha =D





Mee Goreng Mamak With Chicken Cop




Bapak! Sedap! Bukan bapak aku yang sedap. Mee Goreng Mamak Chicken Cop ni yang sedap nak meninggal. Marah bapak aku kalau dia terbaca blog ni, dok herdik-herdik beliau kat sini pehal?! Muehehehe. Dah ah sedap nak meroyan, murah gila kot. Tak sampai sepuluh henggetpun set ni, kemaheng lahab aku bedal. Gila tak habis kalau dah rupa macam ni. Memang licin ah pinggan tu bakk Hang! Kalau kat rumah, memang dah jilat dah pinggan tu, mujur kat kedai makan. Cover ayu sikit. Chhiiiit Poooooddah!!!








Set Asam Pedas Melaka Ikan Tenggiri 


Si Fahmi kemaheng laju order Set Asam Pedas Melaka Ikan Tenggiri ni. Sedap katanya. Mau licin jugak ah kuah tu beliau dok hirup srruup srruupp srruupp aku tengok. Tak semengah laa kalau dapat melantak! Feveret katanya. Asam pedas aku tak berapa nak boleh terima sikit tekak ni, al-maklum lah lahir dekat Sweden! Sweden Hekkk ko Santan!  Nampak naww tak berapa nak sedar diri kat situ! Ampunkan saya penunggu gua. Ampunkan saya penunggu gua.  Muahahaha


Fahmi bagitau asam pedas dia memang sempoi lah. Cukup rasa! Dia pesan kat aku suruh war-warkan kepada penggemar asam pedas di luar sana suruh datang hentam pekena asam pedas kat Old Malaya Kopitiam Bangi ni. Terbaik katanya. Dia lah yang kata. Kalau tak sedap korang carilah si Fahmi tu, hantam sama dia secara berkuak rentang.


Apa lagi kalau tekak tiba-tiba kempunan nak makan western ke, asam pedas ke, Chicken cop dan seangkatan dengan cop cop cop lagi. Korang boleh ah try kat sini. Kalau nak lepak situ sambil buat thesis yang dah lama terbengkalai pun sangat ah di alu-alukan. Kopitiam ni memang budget student lah. Dah ah murah, sedap tahap hazabedah pulak tu. Wifi pun free. Eh? Muehehehe 


Ni aku bagi alamat kat bawah. Senang la sikit kalau datang area Bangi tu nak menyinggah kat situ. Dia sebelah dengan Haidar Gym Fitness je kedai tu. Lepas makan situ nak goyang-goyang bali kat Haidar Gym Fitness tu pun boleh jugak bang Leman Lebai oii. Kompem six pax bang Leman Lebai akan muncul lepas goyang-goyang bali kat Haidar Gym Fitness tu. Percayalah kata-kata pujangga adik Meon ni wahai bang Leman Lebai! Jangan hantam aku plak kalau sapa-sapa yang nama Leman tu woi! Tak memasal ada yang mencengkung muka plak kang dengan aku. Muahahaha  



Old Malaya Kopitiam
Persiaran Pekeliling 43650
Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan



Sebelum blah, gua nak pantun sikit. Kalau beran meh ah balas! Gua abang long taikong kat kawasan Pekan Rabu Aloq Staq ni kalau lu nak tau!  "Ulat bulu sakit gusi kiri, Lain kali kita meroyan tak hengat lagi kat sini, Ada Berani?!" =D



BYE!



Jom terjah  SM kat FB. Sesambil tu boleh ah kita meroyan sekaki dua kaki! Muehehehe =D

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Jom Bergaya Sakan Dengan Koleksi Tudung Ariani & Barangan ZALORA!


Wahai wanita-wanita bertudung di luar sana! Di sini Tok Penghulu Kampung Serkap Jarang ada berita hangat nak habaq kat hampa semua! Kalau wanita-wanita bertudung di luar sana tau ni, opkos meloncat tak henggat dunia ni. Apakah berita terbaik sangat tu?



Hah! Korang nak jadi secantik dan sejelita seperti Dato' Siti Nurhaliza serta Nurul Syuhada kat atas tu? Nah, inilah masanya dong. 








Antara koleksi yang ARIANI keluarkan untuk tahun ni :

Selendang Ariani Ekslusif



Selendang Ariani Ekslusif Koleksi Siti


Selendang Ariani Ekslusif dengan Renda



Selendang Jingga Ariani Ekslusif Sld French Lace


Selendang Putih Ariani Ekslusif Sld French Lace



Selendang Hijau Epal Dua Tone



Set Selendang & Inner Aleesya Jingga Cair Bermanik


Segala mak nenek ada kat page Zalora ni antaranya beg tangan, baju, blaus, seluar, kasut, jam tangan, aksesori dan banyak lagilah yang boleh dipadankan dengan set tudung Ariani ni. Tak tertaip kalau nak tulis kat sini. Kebas tangan iols uols! Muehehehe



Sekarang ni ZALORA tengah buat promotion besar-besaran tau. Diorang ada bagi Diskaun RM20 kepada pelanggan-pelanggan tersayang diorang. So, kalau nak pi lah ramai-ramai pakat kelebek-barang-barang diorang, mana tau ada yang berkenan di hati =D


Kalau teringin sangat nak nampak anggun serta jelita macam Dato' Siti Nurhaliza serta Nurul Syuhada kat atas tu. Apa tunggu lagi, celapak la laju-laju hentak page kat bawah ni! =D






P/S: Insyaallah, ada sedikit buah tangan dari ZALORA kepada hengkorang-hengkorang yang rajin komen-mengomen kat bawah ni. Mohon tinggalkan e-mail ya wahai Cik Bedah - Cik Bedah sekalian alam. Siapa yang bertuah, bakal di contact kelak! Muehehehe =D


Kalau suka boleh lah LIKE =)
               

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Kenapa Orang Suka Naw Buat Duck Face Masa Berselfie?


Boleh tak aku nak meroyan pagi-pagi buta ni dengan tajuk entry yang tah hape-hape? Nak tulis ke tak? Nak tulis ke tak?  Arghhhh! Ghasak jelah! Lama naw aku tak buat tajuk merapu meraban macam ni. Bila tangan ni gatal naww nak menaip, ginilah jadinya kak Esah Orked Oiii! Muehehehe




Sebenarnya, aku baru habis sesi orintasi bersama student baru kat Uni aku ni. Makkk aiii! Kemaheng meletop-letop urat peha tulang rusuk kanan aku ni berlari berkejaran dok buat cherss tepuk amai-amai belalang kedek-kedek kat budak-budak ni! Lepastu tu, rasa macam seksi je bila aku dok samm minna minna eh eh, wakka wakka eh eh tertonggek-tonggek tak tentu arah dok buat senam aerobik kat atas pentas tu ! Rasa pinggang dah mengecik 40cm ke 28cm jer aku rasa sekarang ni. *Over =D




Dewasa ini.... Perrghhh! Skema nak mampus ayat! Muehehehe. Masa sesi orintasi kat Uni aku ni berlangsung. Kemaheng ramai lagi, aku tengok junior-junior ni dok selfie bagai nak rak kasut. Especially gurl la. Lepas tu, dekat depan telefon masing masing, muncung-muncung mulut, kembang kembang hidung, kembung-kembung pipi, sepet-sepet mata. Kononnya nak bergambar kenang-kenangan letew. Muahahaha




Kalau aku, nak kata kuat berselfie. Gagah jugak ah berselfie kadang-kadang. Tapi masih dalam kawalan lagilah kalau nak berselfie sambil buat 'duck face' tu. Ada hari tu, punyalah baikk dok syiok selfie sorang-sorang kat bilik, konon-konon budget muka macam Brad Pitt masa zaman beliau masih muda-muda belia dulu dok selfie sorang-sorang kat dalam bilik. Prakkk! Tiba-tiba pintu bilik dikuak hebat ! Rupanya mak aku dok skodeng masa aku dok tengah syiok selfie sambil beliau geleng-geleng kepala slow motion! Perghh! Luluh hati beliau tengok aku dok kembung pipi sambil senyum kambing gurun depan phone sorang-sorang. Kantoi bakk hanggg!!! =D




Kenapa orang suka naww buat duck face kalau tangkap gambar ataupun berselfie? Antara alasan-alasan yang konkrit lagi munaserawak ialah :


1) Lantak aku lah, telefon aku bukan telefon engkaupun

2) Rasa confident level tinggi nak meninggal kalau berselfie sambil buat duck face

3) Kalau buat "duck face" baru nampak shape V muka kitew. Ihiks!

4) Jeles letew tak ada smart phone

5) Saja suka-suka nak hilangkan stress kerja yang berlambak kat ofis tu

6) Bila berselfie sambil buat duck face,  kitew rasa rahang pipi kitew macam Angelina Jolie la!

7) Saja nak felling-felling berrrrrangan macam retis Korea!

8) Terasa diri macam abang-abang sado gym bila selfie sambil kecut-kecutkan bibir ketap-ketapkan gigi sampai nampak gusi

9) Bila berselfie sambil buat duck face, mesti orang akan panggil kita Anzalna Nasir! Kau ade?
    Ahakzs!

10) Trend kot.

11) Suka tengok muka sendiri kat kamera phone, rasa macam flawless gila babas jer! Muehehehe

12) Dah kawan ajak selfie. On je lah.

13) Bila upload gambar kat facebook, twitter mahupun instagram ramai gila orang like bila kitew buat duck face. Sebab tu la kitew suka berslfie sambil buat duck face tu.

14) Rasa chantek! Rasa Handsome kot!


Hambekk! Berjela list down alasan yang konkrit bak simen cap kereta surung kenapa orang suka berselfie sambil buat duck face! Alaah, nipu naww la kalau saudara saudari di luar sana tak mengaku yang saudara saudari tak pernah berselfie. Kalau tak tu, bagus lah kerana saudara saudari masih menjaga akhlak yang murni tidak memuncung-muncungkan bibir mahupun mengembung-ngembungkan pipi di khalayak umum! =D







Said: Aaaaaaaaaaaaa!!!!



Oklah stop tulis dulu. Kang ada yang termuntah hijau biru kuning pelangi pulak dok baca entry panjang bergulung nak meninggal ni. Apa-apapun selfie itu bagus untuk kesihatan rohani. Ehhh? Muehehehe.





BYE


P/S: So, Apa Alasan Korang Untuk Berselfie? ;)


Kalau suka boleh lah LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)