"Polis sentri one tu jaga, polis mati pencuri jaga. Ram ram pisang, pisang masak layu, jatuh dalam lubang sambar bapak yu. Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu, tepuk bagi pandai emak upah susu." Masihkah kau ingat dengan lagu-lagu kekanak-kanakkan ini semua? Ke korang tak pernah nyanyipun lagu-lagu macam ni time korang kecik-kecik dulu? Nampak naww kebandaranya di sitew! Muehehehe =D
Pergh!!! Kalau mengimbau balik zaman kehingusan meleleh sedut-sedut tak lepas masa kecik-kecik dulu memang hazabedul tersangatlah seronok nak meninggal. Masa zaman tu, korang buat jelah apa yang korang rasa best nak buat, gerenti tak ada perasaan malu langsung time tu. Nak kentut bersepah sambil makan kacang tanah cap kuda ke? Nak gelak kuat-kuat sampai jiran sebelah rumah meroyan berak bersepah ke? Nak lompat bintang sambil bergoyang gerudi macam orang gila ke? Mahupun nak telanjang bulat kat depan pintu rumah sambil tekup-tekup muka ke? Buat jelah! Zaman tu tak ada langsung nak pikir pasal masalah mahupun malu tak bertempat. Ko buat jelah sesuka hati apa yang ko rasa suka nak buat, tak ada orang nak kisah punya. Tapi kalau dah besar gedabak nipun ko masih nak telanjang bulat kat depan pintu rumah sambil tekup-tekup muka, silap haribulan makan selipar jepun lah kau jawabnya. Dah kenapa pulak kau nak telanjang bulat kat depan pintu rumah tu sambil tekup-tekup muka hoi! Dah nak mampus! Muehehehe
Merapu dah berjabu, jom masuk isi pulak, kehkehkeh. Kalau kanak-kanak dengan gula-gula pulak? Memang susah naww nak dipisahkan. Zaman aku kecik-kecik dulu, gula-gula kat bawah ni memang famous-amos time tu. Kau masuk jelah kedai runcit Ah Liong pakai seluar pendek petak bunga-bunga ke, kedai runcit Makngah Bedah sanggul tinggi ke? Mahupun kedai runcit Muthu Sami Anak Lelaki Raja Kapoor gua musang sekalipun, mesti wajib punya jumpa gula-gula kat bawah ni aku rasa. =D
1. Gula-gula debu
Sapa pernah makan gula-gula debu ni sila angkat kening sambil mata buat-buat juling. Kenapa benda alah ni aku panggil gula-gula debu? Sebab bila kau bukak je penutup beliau, bersepah debu-debu cinta bertabur kat atas telapak tangan kau. Silap haribulan kalau kau hembus je debu tu, boleh jerebu satu flat. Muehehehe. Tapi aku tak suka sangat melantak banyak-banyak benda alah gula-gula debu ni, sebab rasa beliau pada awalnya akan mengeluarkan rasa masam sampai nak menangis sehingga menyebabkan boleh terkencing bersepah kat dalam rumah jiran sebelah! Bila dah lama-lama sikit kat dalam mulut tu, baru rasa dia beransur-ansur manis. Selalunya, aku basuh dulu dengan air paip belakang rumah benda alah gula-gula debu ni sebelum telan, sebab nak hilangkan rasa masam beliau yang tersangatlah hazabedul bila nak ditelandan dihadam. Untuk ibu mengadung mahupun sudah termengandung amat sesuai sangat ah nak melantak benda alah gula-gula debu ni puas-puas. Motif???!! =D
2. Gula-Gula Susu
Kau masuk je ah kedai Makngah Bedah Sanggul Tinggi time tu. Bersepah benda alah gula-gula susu ni. Harga murah nak meroyan benda alah gula-gula susu ni dulu. Kalau kau ada sepuluh sen time tu, kau boleh dapat empat bijik benda alah gula-gula susu ni hokeh. Tapi sayang seribu kali sayang, akibat aku asyik sangat berulang alik berlenggang kangkung dok pergi beli benda alah gula-gula susu ni kat kedai runcit Makngah Bedah Sanggul Tinggi. Dengan sesuka hati mak bapak ayam kampung jiran sebelah beliau je telah menaikkan harga gula-gula susu ni dengan begitu tragis sekali! Kureng asam punya Makngah Bedah Sanggul Tinggi! Habis punah ranah budget ekonomi aku time tu! Apa-apapun Makngah Bedah Sanggul Tinggi totap cun melecun! Muehehehe
3. Gula-Gula Batang Empat Segi
Aku tak tau nama saintifik sebenar benda alah gula-gula batang empat segi ni sebenarnya. Akibat bentuk beliau empat segi, sebab tu lekat nama beliau gula-gula batang empat segi tu dengan aku. Muehehehe. Sedap ke tidok benda alah gula-gula batang empat segi ni? Secara jujurnya memang tak sedap langsung rasa beliau! Why?! Why?! Why?!!!!! Sebab benda alah gula-gula batang empat segi ni keras macam nak mintak penyepak sulong! Kalau gigi kau baru nak tumbuh tu, tak payah berangan menggelabah gerudi sangat lah kau nak feeling-feeling melahap benda alah gula-gula empat segi ni. Elok gigi kau tu baru nak tumbuh, kang aku takut tak bertumbuh-tumbuh langsung gigi tu kang! Dah lompang gigi tu. Kehkehkeh
4. Gula-Gula Udang
Suka naw aku dengan benda alah gula-gula udang ni. Yang specialnya tentang gula-gula udang ni, bukan saja gula-gula yang kat dalam tu boleh makan. Dia punya plastik yang balut gula-gula udang yang kat dalam tupun boleh makan hokeh. Sebab apa aku suka nawww beli benda alah gula-gula udang ni time tu. Sebab aku cuma nak makan plastik yang bungkus kat dalam tu je masa tu. Memang masa tu otak tak berapa nak berkembang lagi kut. Bila mak aku tau aku suka beli benda alah gula-gula udang tu sebab semata-mata nak makan benda alah plastik yang ada kat dalam tu je, apa lagi habis merah menyala lah buntut ite diterjekan oleh mak ite! Sakit nawww buntut ite mase tu tew! Rasa macam best pulak dok cakap ite ite ite ni. Macam nak hempok kepala sendiri kat tiang bendera sekolahpun ada jugak. Muehehehe
5. Gula-Gula Lipstik
Aku rasa benda alah gula-gula lipstik ni budak perempuan lah yang paling menggeletis semut api sekali akan beli gula-gula lipstik ni. Sebab apa budak perempuan time tu menggeletis semut api sekali akan dengan benda alah gula-gula lipstik ni. Elehh, sebab diorang budget dengan adanya gula-gula lipstik ni, dapat membuatkan bibir diorang jadi macam Rozita Che Wan letew bila pakai benda alah gula-gula lipstik ni masa tu! Lepas tu aku tengok, masing-masing pakat ramai-ramai dok kat atas para, sambil muncung-muncung bibir dok tenyeh benda alah gula-gula lipstik ni kat bibir masing-masing sampai berkilat. Berangan nak jadi macam bibir Rozita Che Wan letew bila pakai benda alah gula-gula lipstik ni time tu. Masalahnya, Rozita Che Wan dah terkenal ke time tu? Ahhh... Ghasak! Muahahahaha
6. Gula-Gula Hantu
Haa... Tadi bukan main sesedap nasi lemak Maklang Leha jekan dok mengata budak-budak perempuan pasal benda alah gula-gula lipstik? Meh sini aku nak cerita pasal budak-budak lelaki pulak bila pertama kali diperkenalkan dengan benda alah gula-gula hantu ni. lagi satu, jenis perangai budak-budak laki ni pulak, suka nawww lah dok buat benda pelik-pelik. Berhantu jugak ah mak bapak masing-masing time tu dengan perangai tak semengah anak masing-masing dengan benda alah gula-gula hantu ni. Mana tak berhantunya mak bapak time tu, semua lidah anak masing-masing dah macam-macam kaler lidah ada masa tu. Paling tak semengah budak-budak lelaki ah. Asyik nak jelir lidah je masing-masing sebab bangga dengan lidah yang sudah bertukar kaler menjadi biru, merah, oren mahupun hijau bijik nangka! Kau ingat cantik la lidah kaler-kaler bagai? Dah macam sesumpah dah lidah masing-masing bila dok jelir-jelir tak tentu hala akibat terlebih excited dengan benda alah gula-gula hantu tersebut, akibat wabak gula-gula hantu yang tersebar secara berkuak rentang masa tu. Makin pokai ah duit bapak aku, sebab hari-hari wajib beli benda alah gula-gula hantu tersebut sebab bangga mempunyai lidah yang pelbagai warna! Muehehehe
Benda alah kat atas ni bukan lah sejenis gula-gula. Tapi sangat familiar jugak ah zaman aku kecik-kecik dulu. Biskut gula tompok-tompok warna warni aku panggil benda alah biskut ni. Bukan main senak kepala dok bagi nama panjang-panjang dengan benda alah biskut ni. Kalau korang, aku tak tahu lah korang panggil apa dengan benda alah biskut gula tompok-tompok warna warni ni. Yang pasti! Sangat lazat nak meroyan benda alah biskut gula tompok-tompok warna warni ni bila makan petang-petang hokeh. Nak-nak kalau kau makan tengah hujan turun renyai-renyai sambil dengar lagu datin Sameon. Pergh!!! Tangkap cinta bak hangggg!!! Kena pulak dengan pasemboq Padang Kota, meleleh-leleh ayaq liuq bak hangggg!!! Aku rasa biskut tompok-tompok warna warni ni takdak kena mengena langsung dengan pasemboq Padang kotakot belah Peneng tu. Harap Maklum bak hanggg! =D
Aku rasa setakat tu jelah kut gula-gula yang familiar zaman aku kecik-kecik dulu. Ke ada lagi gula-gula yang aku tak sebut? Tapi dok tengah risau jugak ni, kalau Makngah Bedah Sanggul Tinggi tu, tiba-tiba je dapat detect blog aku ni. Mampus kena pelangkung dengan cangkul kebun bayambapak beliau secara bermarathon dengan beliau ni. Sebelum beliau terbaca entry mengutuk beliau kali ni, meh sini aku kasi pantun sebelum beliau pelangkung aku dengan cangkul kebun bayam bapak beliau.
Senam aerobik sambil mengumpat,
Elehh... tak de kerja letew dok mengumpat bertubi-tubi,
Nak berhenti tulis dah ni tak menyempat-nyempat,
Ada masa kita merapu tak henggat lagi kat sini.
BYE! =D
kalau suka boleh lah LIKE =)












