Review Filem Divergent, Best Ke Tidok?



Ok, semalam dengan tak tentu hala tujuannya dok pergi tengok benda alah cerita Divergent ni kat wayang Alamanda. Mau melompat cicak tokek kawan aku si Zul tu dok ajak tengok benda alah cerita ni. Dia cakap best nak meninggal cerita dia. Sebenarnya, bab-bab cerita bertumbuk-tumbuk gedebash gedebush gedebuk ni aku tak minat sangat. Al maklumlah, aku kan pemalu orangnya. Pang! kena sepak takraw bergu dengan makcik Rokiah goyang gerudi dua dassss!!! Muehehehe. Alah, tak minat sangat ah dengan cerita lawan-lawan bagai nak rak kasut sekolah ni. kalau cerita seram hantu langsuir gigit leher ke, hantu pocong lari kain terselak ke, hantu raya mengilai sampai tak dak suara ke, minat ah jugak. Kehkehkeh *Abaikan =D

Ini semua propa nak meroyan tahap poyo tak bleh blah batu blah batu klikir Pulau Pinang sangat kalau aku cakap aku tak suka tengok cerita bertumbuk gedebash gedebush gedebuk tu. Semua cerita aku layan, tak ada nak bias-bias ni. Kau sua je ah cerita korea yang heronya romantik nak menggelabah sampai tak henggat dunia ke, cerita drama melayu sedddihhh sampai menangis lencun tisu cap Premier satu kotak ke, cerita Rosalinda Ayammor Ayammor ke, semua boleh layan! Kecuali cerita dunia khayalan dunia impian Indonesia kat TV3 tu. Sangat mengarut dan tak masuk dek akal cerita tersebut! Mau gila aku dok pikir dengan cerita tu, sebab dalam cerita tu semua binatang boleh dok bercakap selamber dekk je. Dah ah bercakap, lepas tu muka masing-masing tak ada perasaan langsung perasaan bila bercakap! yakni, binatang yang kat dalam cerita Dunia Khayalan dunia impian kat TV3 tu! Muehehehe




Bagi aku, cerita Divergent ni bukan lah cerita yang merapu untuk ditonton.Sebab dalam cerita ni sarat dengan nilai-nilai kasih sayang.  Bagi aku cerita dia lagi better ah daripada cerita Hunger Game 2. Pada pendapat aku lah, tak taulah kalau korang rasa Hunger Game 2 lagi best tahap gaban.


SINOPSIS:

Cerita ni mengisarkan tentang dimana manusia dibahagikan kepada puak yang berbeza mengikut personaliti mereka. Dalam cerita ni ada 5 puak, yang puak pertama ialah Candor (jujur), puak kedua Erudite (genius), puak ketiga Amity (nak kedamaian), puak keempat Dauntless (berani), dan puak terakhir Abnegation (suka tolong orang). Satu group lagi tak ada puak. yang group tak ada puak ni tergolong dalam puak yang bosan tahap nak meninggal. Tak ceria langsung kehidupan sapa yang masuk dalam puak ni. Dah lah muka masing-masing mencerut serta muncung je memanjang. Mau meroyan lah sapa yang terjebak dengan puak ni.

Nak dipendekkan cerita, masa Tris prior iaitu heroin dalam cerita ni pergi buat ujian untuk sahkan beliau tergolong dalam puak mana satu, keputusan ujian tersebut tidak dapat mengesan yang Tris Prior ni tergolong dalam puak mana satu. So, beliau punya keputusan ujian puak tersebut menunjukkan dia seorang Divergent ( Mempunyai kecenderungan lebih satu puak).




Masa ujian makmal dikenakan oleh Tris, muka yang dok buat ujian kat Tris tu sangatlah ketat nak hazabedah nawww! 


Lepas je ujian makmal tersebut selesai, keputusan untuk Tris adalah Divergent (cenderung kepada banyak puak). So, Tris tak cerita kat mak ngan bapak beliau yang beliau ni sebenarnya Divergent. Dia buat dono macam tu je ah, sehinggalah masa pemilihan dekat Choosing Ceremony dimana tempat nak pilih puak tersebut berlangsung.



Tris dengan abang beliau menunggu dengan penuh debaran nak pilih puak mana satu

Ok, lepas tu dengan muka selamber badaknya Tris telah memilih puak Dauntless (berani). Puak Dauntles ni lebih kurang macam tentera diraja Malaysia la kalau nak kasi contoh. Boleh? Muehehehe. Aku rasa sebab Tris pilih puak tersebut sebab dia tengok yang geng-geng dauntless (tentera) lompat-lompat sambil lari lari atas train macam beruk mak yeh tak cukup Vitamin C je masa nak turun dari train tu. Sebab tu aku rasa Triss pilih puak tu.

Lepas je Tris pilih puak beliau. Hambek kau, macam-macam ujian ado. yang tak boleh blah batu blah batu seremban tu, satu bilik kongsi lelaki dengan perempuan, tidur sekali hokeh. Macamana tu? kalau nak tau macama pergi ah tengok sendiri, kasi saspen sikit. Malas nak cerita lebih-lebih. Muehehehe



Lompat dari train nak pergi ke markas Dauntless diorang. Yang negro tu memang lawak nak mampus! Terbarai aku gelak dalam wayang. Kehkehkeh




Ujian pertama kena terjun bangunan. Sangat menggelabah hokeh kalau nak terus terjun.


Sepanjang diorang masuk ke dalam puak Dauntless tu, asyik ujian! Ujian! Ujian! kalau setakat ujian makan nasi dengan pekasam cik Kiah ke, ujian mandi pelampung secara berjemaah kat dalam kolam ke, itu tak kisah sangat. Ujian yang diorang perlu tempuh tu sangatlah menggelabah zirafah betina patah tanduk bak hannggg! Bukan main terseksa aku tengok sekor-sekor dok tempuh ujian yang diadakan di markas puak Dauntless tu. Stress aku! Dah kenapa pulak aku nak stress tiba-tiba. kau budget kau hero dalam cerita ni ke hape?! Muahaha =D



Scene baling pisau berlipat sampai gagap-gagap


Pisau berlipat tersebut makan tuan. Jahanam punya pisau berlipat! Muehehehe



Hai... nama saya Salmah Lendoh polkadot bintik-bintik coklat. hiks!






Masa ni babak Triss kena hentak berliku dengan hakak sado tegap nak meracau ni. Puas jugak ah Triss kena lanyak dengan dia masa tu.





Mak!!! Tolong! Dah tak tahan dah ni nak terkentut kat dalam air! Muehehehe



Pulun berlatih balik sebab nak lawan dengan hakak sado tegap tak henggat dunia tu. Nak mampus kalau tak pulun berlatih? kehkehkeh



Babak Romatissss!!!


Perempuan hidung lobos kat atas ni punca masalah segala-galanya!


Lepas Triss dah berlatih dengan bersungguh-sungguh sampai nak makan nasi pun tak menyempat. Apa yang jadi lepas tu? Siapa perempuan hidung kembang dok tenung pakwe Triss lama-lama tu? Jahat sangat ke dia? Adakah kelima-lima puak ni bersatu lepas tu? Yang pasti, harus ah tonton secara berjemaah dengan member-member korang dekat pawagam-pawagam berdekatan! Lemak ah nak cerita lebih-lebih, penat naw aku nak menaip tau. Muehehehe

Cerita ni kategori P13. Boleh bawak budak-budak kalau nak tengok sekali. Aku rasa cerita ni lagi better lah pada Hunger Game 2 tu, bagi pendapat akulah. kalau korang aku tak tahulah, mungkin korang rasa cerita Hunger Game 2 tu lagi terbaeeekkkk!!! kan?





Movie, movie jugak. Yang penting jangan kita lupa kepada saudara-saudara kita yang terkandas dalam MH370 tu. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat mereka semua. Pray for MH370. Amin...





BYE.


Kalau suka boleh Lah LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Blog Santan Manis Masuk Majalah Remaja?

"Hoi Santan, untung laa muka ko bertepek kat majalah Remaja". Masih terngiang-ngiang lagi dalam kepala hotak aku haritu, bila kawan aku bagitau blog aku masuk majalah Remaja. "Ye ye je, ko Pikah? Nak berApril fool dengan akupun agak-gak lah weh! Mau terkentut aku dengar kau cakap macam tu !". 

Lebih kurang macam tulah ceritanya, yang aku dapat tau yang blog aku masuk majalah Remaja daripada kawan aku si Pikah masa kat dalam kelas hari tu. Apa lagi, mau merempit katak pisang la aku dok paksa beliau suruh bawak majalah tu tunjuk menggelabah kat aku sebagai bukti yang kukuh bagai tiang konkrit di kaki bukit grik masa tu. *gerak-gerak-gerak khas... Gerak-gerak-gerak khasss... Gerak-gerak-gerak khassss....... Dah kenapa pulak lagu gerak-gerak khas Yusof Haslam tiba-tiba berkumandang secara berhazabedul ni?! =D

Mujur tak ada sodep nasi goreng paprik time tu, kalau tak, aku rasa sudah lama si Pikah pelangkung secara ektravaganza kat kepala aku sebab meroyan tak bleh blah batu belah batu seremban dok buat muka macam belangkas nak beranak seploh sambil dok mintak majalah Remaja tersebut kat beliau secara muka tak tahu baca Alip Ba Ta nya! Muehehehe







Cover depan majalah tepek gambar Stacy sedebuk sedebak sedebik! Tapi sedih jugak lah sebab dapat tahu lambat pasal majalah ni, majalah ni dah dua bulan lebih dah keluar, aku baru tahu. Ada sesapa yang ada terbeli dok?









Apa-apapun aku nak ucap ribuan terima kasih tak tergoyang gerudilah kepada team Remaja sekalian, terutama sekali kak Nurul sebab sudi email SM haritu untuk Majalah Remaja keluaran bulan Disember untuk ruangan Siber Blog. (Ko ingat ko menang AJL nak buat announcement sedemikian rupa?  Muahahaha =D)

Kepada kawan-kawan aku yang tak habis-habis dok ucap congrats sebab aku masuk Majalah tu. Terima kasih daun ketupat palas hari raya puasa la banyak-banyak, sebab bagi sokongan moral sampai berpeluh-peluh ketiak kiri aku nak baca ucapan congrats tersebut daripada korang. Tak lupa juga kepada member-member aku yang ramai jugak lah dok menghanjing sampai bunyi Aukk Aukk Aukk tak henggat dunnia dalam Pesbuk tu kat aku, aku tak ambik hatipun dengan korang. *Padahal hati panas nak hazabedah naww bila ada yang dok menghanjing-hanjing sedemikian rupa.  Kehkehkeh

Kalau korang rasa nak baca majalah ni, cer pergi cari Kat MPH tengok. Mana tau, kalau stok ada lagi.  Kalau ada lagi lah. Muehehehe

Sekali lagi, a big thanks to REMAJA because featured my blog on your magazines ! Thank you so much! *Over nak mampus la pulak mengipasnya cik Jenab oiii. Kehkehkeh =D





BYE.


Kalau suka boleh lah LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)