Bebudak Baik =)

Selamat Hari Raya Aidil Adha!!!(Versi Pantun)

Sebab SM tak boleh nak pegi beraya sampai meroyan kat rumah korang. Terimalah beberapa rangkap pantun pasal Hari Raya Korban yang agak sengal dari SM sebagai kenang-kenangan. Testing! Testing! Testing! Muehehehe =D

---------------------------------------------------------------
Sembahyang subuh dengan Pak Zahabau,
Keluar berjoging sampai ke Setiuw,
Kat sini tadi gua tambat kerbau,
Kerbau gua dah hilang takut kena korban letiuw.

Keluar pekan beli kepok leko,
Kepok leko di lahap sampai tertungging,
Eh macam gua kenal je muka ko,
Ko yang tadi erk... beratur ambik daging?

Beli tepung gandum kat kedai Issabella,
Buat kuih bengkang di rumah cik Leha,
Patut laa lembu ngan kerbau cuak gila,
Rupanya harini dah Raya Aidil Adha!

Makan nasik bersama cik Ani,
Tak habis makan bagi kat Wawa,
Tadi gua rasa gua letak daging korban gua kat sini,
ko kebas erk...daging korban gua!!!

Muka tak lawa ko jangan segan,
Nak bagi muka lawa? tepek je bedak Sofi,
Pantun di atas sekadar meqoyan,
Salah & silap harap dimaafi.

Ok, tak naklah pantun banyak-banyak sangat. Kang tak pepasal je SM kena baling daging korban secara berjemaah ngan korang kan? mana tak kena balingnya, pantun di atas memang tak leh blah batu bertangkup. hahahaha.

Dulu SM ada jugak buat entry pasal Raya Korban nie. dalam banyak-banyak entry  Raya Korban. SM rasa entry Raya Korban NIE yang paling SKEMA sekali. Kalau korang nak tengok entry Raya Korban SKEMA tahap buah Petai tu, korang boleh tekan secara bersopan-santun di SINI. Rasa macam nak lempang je muka sendiri dengan kuali Cap Singer kalau baca balik entry tu. Muahahaha =D

K,lah, malas nak merapu banyak-banyak, SM akhiri dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Adil Adha! Semoga berbahagia sambil cicah ketupat dengan serunding kat rumah tu ye. bhahahaha =D


BYE.

Kalau suka boleh LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

31 comments:

Anonymous said...

Selamat hari raya Aidil Adha SM! hahaha...terkeluar balik serunding mkn tdi, baca entry ni. hahaha =D

Erisa Levine said...

selamat berkorban SM! ^^

Santan Manis said...

Anony: Selamat hari raya aidil adha gak ;)

Santan Manis said...

Erisa Levine: hahaha...selamat berkorban Erisa ;)

Santan Manis said...

Erisa Levine: hahaha...selamat berkorban Erisa ;)

Anonymous said...

Perghhh!terbaekk laa pantun ! hahaha :D

hnahdy said...

like2..

hati-hati di jalan raya,
erk, nak duit raya.. :)

Sayidah Nafisah Ruslan said...

budak2 makan lepat manis
selamat hari raya santan manis :)

sorry, saya tak pandai buat pantun 4 kerat.. hehe

zera eira said...

wahhh, SM berpantun! like sangat! :))

selamat hari raya SM!

Santan Manis said...

Anonymous: hahaha :)

Santan Manis said...

hnahdy: nak duit raya kna dtg umah :D

Santan Manis said...

Sayidah: selamat hari raya gak sayidah ;)

Santan Manis said...

Zera eira: selmat hari raya Zera :)

Anonymous said...

Anak ayam minum soya,
selamat hari raya aidil adha!

balas2 SM...hahaha :D

Santan Manis said...

Anonymous: Memancing ikan dengan Pak Ali,
Selamat hari raya Aidil Adha kembali.

;)

Premium Beautiful By Nurul Ain Zulkarnaind said...

selamat hari raya

Aimi Syahirah said...

Salam. Wah nice blog! Jom baca sini.. Hati2 tau dear.. http://www.aimisyahirah.com/2012/10/vincent-lee-fong-lelaki-penipu-ini.html

zahidahwahid said...

salam aidil adha... kenduri daging lepas ni >.<

Santan Manis said...

Premium beautiful by Nurul Ainn: selamt hari raya nurul :)

Santan Manis said...

Aimi: ontway nak terjah ;)

Santan Manis said...

Zahidah: salam aidil adha gak Zahidah.. :D

Santan Manis said...

Zahidah: salam aidil adha gak Zahidah.. :D

Nurul Iman Rosman said...

Kemain panjang pantun dia.

btw, Selamat Hari Raya Aidiladhma. Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa. lalalaa~ :)

unsecretostory said...

Hahaa kemain panjang ~
Salam aidiladha jugak ehh :)

TiranaAduka said...

assalamualaikum wbth
wah keatifnya...
saya pun ada juga ...tapi dalam bahasa jawa..
jom singgah dan lihat...

salam kenal dari tirana aduka

Santan Manis said...

nurul: hahahah...salam aidil adha yee :)

Santan Manis said...

unsecretostory: salam aidil adha :)

Santan Manis said...

Tirana: okeh2..nnt SM gi terjah ;)

Kesuma Angsana said...

pantun2 terbaik tu!

Santan Manis said...

KA: tengs KA :)

Anonymous said...

Mohon copy pantun terbaeekkk di atas ^^