Santan Manis Jadi P.A Encik Mimpi Sekarang?

Sawaaadiikkkaapp kun krapp krapp Korang!!! Lamanya aku rasa tak datang jenguk sini dah! Makin bersaawang aku rasa blog ni. Adoyai! Cik Tipah kepayung asyik dok tanya je bila nak update blog? Bila nak update blog? Cik Tipah kepayung oi, SM dah jadi P.A artis sekarang ni. Jangan nak meroyan suruh update sangatlah. Im a busy Man sekarang. Amboi.. kemaheng kekwat ye ko sekarang SM! Kang ada yang kena tembak dengan senapang buluh jugak kang mamat ni sampai terlentang! Muehehehehe

Ko rasa percaya kah aku dah jadi P.A Encik Mimpi sekarang? Sebab tu lama tak hudpate blog? *Sesambil feeling effect daun kering berselerak jatuh kat muka sendiri

Memang tak lah nak jadi P.A artis! Artis mana nak ambik aku jadi P.A dorang weh?! Nak urus diri sendiri pun tak betul! Ni plak, nak urus orang lain. Puih la SM! Puih! Puih! Puih! Puih! Muehehehehe






Muka aku macam nak mintak penyapu dalam gambar ni. Muahahahaha


Tajuk atas tu, memang mintak nak kena campak dalam jeram gunug berapi lah kan. Amendelah tajuk ko ni SM?! Tajuk tak match langsung dengan isi. Aku bab-bab nak buat karangan bahasa melayu ni kat sekolah dulu, memang puas memikio menatang amende nak tulis dalam karangan tu. Sampai aku sendiripun tak paham amende yang aku tulis, apatah lagi cikgu aku? Bhahahahaha


Lepas aku jumpa dengan Encik Mimpi ni, sebenarnya aku ada plan jahat devil gila masa tu dengan kawan aku! Nak tahu plan apa yang jahat sangat tu? Sila ah skroll baca sampai habis! Muehehehehe =D



Actually, masa ni ada event budak-budak UKM kat Bangi Gateway. Encik Mimpi macam bukak both dia kat sini. Sebab tu terjumpa beliau kat sini. Boleh tahan gebang jugak ah Encik Mimpi ni dok melayan peminat-peminat beliau kat situ. Bila dah start bersembang dengan Encik Mimpi. Pergh! Macam sembang dengan member-member yang dah kenal seploh tahun! Siap main batu seremban lagi dengan beliau masa tu tau! Agak-agak ah kalau ko nak gebang pun SM! Hazab nawww kalau Encik Mimpi ni nak main batu seremban dengan aku. Mau terkopek topeng tu kalau beliau main batu seremban! Muehehehe

Masa beliau tengah-tengah susun baju CYNTA, yakni business beliau (baju CYNTA), Masa tu tengah azan asar tak silap aku. Lepastu, beliau macam nak pergi solat lah masa tu kan. Aku dengan member aku plan baik punya, antara plan aku dengan member aku :

Kawan SM: Wei Santan, jap gi kan E.M(Encik Mimpi) nak pergi solat asar. Masa beliau nak ambik air sembahyang tu,  apa kata ko terus snap gambar beliau laju-laju!

SM: Ko nak mampus ke apa! Kang tak pasal aku bertumbuk dengan E.M plak kang dalam surau tu!

Kawan S.M: Alaaah! Ko buat ah Santan! Sekali ni je aku merayu meronggeng kat kau! Plisssss!*sesambil kibas-kibas bulu mata

S.M: Yelah ! Yelah! *Memang confirm akan bertumbuk dengan E.M japgi kat dalam surau! 



Korang rasa E.M kantoi tak dengan aku? Korang rasa aku dapat ambik tak gambar E.M kat dalam surau tu? Jeng! Jeng! Jeng! Sila skroll bawah kalau nak tengok berjaya ke idok aku ambik E.M dalam surau tu! Bhahahahaha


-







-










-










-














-









-














-









-














-









-














-
























(Sikit lagi skroll tu)
























-
























-























-
























-
























-

























Eh korang! Tiba - tiba akak Farah Wahidah ajak pergi makan Pasembor Pak Awang plak. Nanti ah aku tunjuk muka E.M tu kat next entry eh! Sila jangan maki aku secara bermuafakat ok! Muehehehehe =D


Habis lah aku, dicerca oleh masyarakat lepas ni sebab mempermain-mainkan emosi orang sampai tak stabil. Sebelum korang nak maki, cerca, menghina aku. Boleh lah sesambil tu korang maki, hina and cerca aku kat instagram aku nih, Kat https://instagram.com/santanmanis/ . Kalau nak tengok aktiviti tak berfaedah aku buat masa cuti sekolah, cuti Thaipusam mahupun cuti hari nurse sedunia, boleh je korang menapak kat insta aku tu. Boleh ah kita meronggeng sakan kat situ secara berkuak rentang! Tak gituh Cik Eton? Muehehehehe


Sampai di sini sahaja berita terkini pada hari ini. Saya karam Sing Sam Seenng! Melaporkan dari tempat kejadian! Kita kembali ke Sri Pentas! Muehehehe =D





BYE


Makan ubi, sesambil naik morbike, meh ah LIKE =D

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Serang Restoran Old Malaya Kopitiam Bangi! Masyukkk Bak Hang!



Lama naw tak bergoyang gerudi sesambil buat Sik Sik Sik Bum Bum Bum, Tepuk amai-amai belalang kedek-kedek kat sini. Dah kematu dah pinggang ni aku rasa, yelah asyik dok berzumba je dua ploh pat jam dengan pakcik Sameon Misai sebelah rumah tu. Maunya tak kematu pinggang aku, blogpun nak tak nak je usik sekarang. Al-maklumlah, semenjak aku dah masuk Persatuan Puteri Islam  sebagai ahli jawatan kuasa tetap hal ehwal hubungan luar sekarang ni, tu yang tak menyempat nak jenguk sini tu. Hempuklah kepala dengan batu seremban kalau korang percaya! Semua cerita di atas nampak nawww nipunya belaka! Mana tumpahnya serunding kalau tak kat atas ketupat palasnya? Muehehehe



Intro entry haruslah hauk dan terencat sepanjang masa. Kat atas tu bukan intro ye Jemmah-Jemmah sekalian alam. Atas tu cuma kata kata aluan sahaja. Kata-kata aluan Hekkk ko Santan! Kang ada yang makan kaki kuda kepang kang! Tak semengah naww kata-kata aluan kau Santan! Kata-kata aluan tak semencit langsung! Menangis tak berlagu Ramlah Ram kalau cikgu BM aku baca blog ni. Kata-kata aluan? Harrrrrreemmmmmm jeeddda ke laut kata-kata aluan kau Santan! Muahahaha



Dah-dah, sebelum aku melencit tak tentu hala lagi, jom masuk isi! Haritu tekak aku tiba-tiba buat hal nak makan western la plak. Kebetulan member aku si Fahmi tu datang Uni aku nak ambik tiket Konsert Asean Dato Siti Nurhaliza. Apa lagi meronggeng ah kitorang cari kedai Western time tu. Last-last jumpa Old Malaya Kopitiam yang dekat Bangi Gateway tu, apa lagi celapak tenuk la kitorang mencanak kat situ sambil sengih ketap-ketap gigi! 



Abang kat situ punya layan, best nak meninggal hokeh. Service baik punyaa bakkk hang!  Eh, jangan pikir lain plak, bukan servis yang sawwwadikapppp abbbaengg... mau urut-urut kapp kappp kappp ka?? Urrut dalam luar semua boleh kunn kappp prakkappp. Urut B2B pun ada abaenng kun prada kaappp ma kappp!!! 


Gila kau tiba-tiba ada servis urut benda alah tak senonoh tu kat kedai makan! Mau aku pelangkung kepala abang waiter tu kalau dia buat perangai cenggitu! Bukan servis tu, alaa.. cara diorang layan customer sempoi gilas babas nak mampas. Mesra, cekap dan pantas ! Amboi, dah macam tagline Polis Diraja Malaysia plak dok Mesra, Cekap & Pantas bagai! Muehehehe


Servis layan customer tip top! Syabbas Old Malaya waiter atas servis mantop tersebut! 



Sampai je abang waiter tu kat meja kitorang, terus aku dengan si Fahmi zzzaaappp!!! Order. Tak sampai lima belas minit, Zzapppp!!! Menu yang kitaorang order tadi kat atas meja! Zzzappp! Zzzappp ! Zaappp! Kitorang mengtekdarah! Senonoh sikit woi! Bela hantu raya ke apa ni woi?! Lahab tak semengah hazabedah langsung kalau dapat melantak! Muahahaha =D





Mee Goreng Mamak With Chicken Cop




Bapak! Sedap! Bukan bapak aku yang sedap. Mee Goreng Mamak Chicken Cop ni yang sedap nak meninggal. Marah bapak aku kalau dia terbaca blog ni, dok herdik-herdik beliau kat sini pehal?! Muehehehe. Dah ah sedap nak meroyan, murah gila kot. Tak sampai sepuluh henggetpun set ni, kemaheng lahab aku bedal. Gila tak habis kalau dah rupa macam ni. Memang licin ah pinggan tu bakk Hang! Kalau kat rumah, memang dah jilat dah pinggan tu, mujur kat kedai makan. Cover ayu sikit. Chhiiiit Poooooddah!!!








Set Asam Pedas Melaka Ikan Tenggiri 


Si Fahmi kemaheng laju order Set Asam Pedas Melaka Ikan Tenggiri ni. Sedap katanya. Mau licin jugak ah kuah tu beliau dok hirup srruup srruupp srruupp aku tengok. Tak semengah laa kalau dapat melantak! Feveret katanya. Asam pedas aku tak berapa nak boleh terima sikit tekak ni, al-maklum lah lahir dekat Sweden! Sweden Hekkk ko Santan!  Nampak naww tak berapa nak sedar diri kat situ! Ampunkan saya penunggu gua. Ampunkan saya penunggu gua.  Muahahaha


Fahmi bagitau asam pedas dia memang sempoi lah. Cukup rasa! Dia pesan kat aku suruh war-warkan kepada penggemar asam pedas di luar sana suruh datang hentam pekena asam pedas kat Old Malaya Kopitiam Bangi ni. Terbaik katanya. Dia lah yang kata. Kalau tak sedap korang carilah si Fahmi tu, hantam sama dia secara berkuak rentang.


Apa lagi kalau tekak tiba-tiba kempunan nak makan western ke, asam pedas ke, Chicken cop dan seangkatan dengan cop cop cop lagi. Korang boleh ah try kat sini. Kalau nak lepak situ sambil buat thesis yang dah lama terbengkalai pun sangat ah di alu-alukan. Kopitiam ni memang budget student lah. Dah ah murah, sedap tahap hazabedah pulak tu. Wifi pun free. Eh? Muehehehe 


Ni aku bagi alamat kat bawah. Senang la sikit kalau datang area Bangi tu nak menyinggah kat situ. Dia sebelah dengan Haidar Gym Fitness je kedai tu. Lepas makan situ nak goyang-goyang bali kat Haidar Gym Fitness tu pun boleh jugak bang Leman Lebai oii. Kompem six pax bang Leman Lebai akan muncul lepas goyang-goyang bali kat Haidar Gym Fitness tu. Percayalah kata-kata pujangga adik Meon ni wahai bang Leman Lebai! Jangan hantam aku plak kalau sapa-sapa yang nama Leman tu woi! Tak memasal ada yang mencengkung muka plak kang dengan aku. Muahahaha  



Old Malaya Kopitiam
Persiaran Pekeliling 43650
Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan



Sebelum blah, gua nak pantun sikit. Kalau beran meh ah balas! Gua abang long taikong kat kawasan Pekan Rabu Aloq Staq ni kalau lu nak tau!  "Ulat bulu sakit gusi kiri, Lain kali kita meroyan tak hengat lagi kat sini, Ada Berani?!" =D



BYE!



Jom terjah  SM kat FB. Sesambil tu boleh ah kita meroyan sekaki dua kaki! Muehehehe =D

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)