Wira Malam??? Apekah itu?

Wira Malam? Apekah itu? Pontianak Harum Sundal Malam terbang bersiar-siar di waktu malamkah beliau? Ataupun beliau merupakan bekas jiran lama sebelah rumah aku dulu? Oh bukan! Semestinya tidak sama sekali wahai cucu-cucuku sekalian alam. Sebenarnya Wira Malam ni tak ada sangkut paut langsung dengan cerita Pontianak Harum Sundal Malam yang Maya Karin gebus gebas berlakon kat dalam filem tu, mahupun bekas jiran lama sebelah rumah aku dulu ke hape ke. Wira Malam ni, sebenarnya produk untuk kaum lelaki. Produk kaum lelaki? Macamana tu? Lelaki je ke boleh guna? Wanita pun nak guna jugak? Boleh ke tidak kalau wanita terjebak sama nak guna benda alah ni? Nak tahu lebih lanjut? Jom gebang bersama saya kat bawah ni! Muehehehe =D




Gambar rajah 1.5

Gambar rajah 1.5 tersebut menunjukkan Produk Wira Malam tersebut. Bagi kaum wanita yang tanya, produk ni sesuai jugak ke untuk kaum wanita? Sebenarnya, kaum wanita sangatlah tidak sesuai kalau nak pakai produk ni. Produk ni untuk kaum adam sahaja. Maaf menghampakan korang(yakni kaum wanita sekalian) Muehehehe. Kang, kalau kaum wanita guna kang, jadi lain plak kang. Elok-elok gebu gebas kulit tu, tak memasal-masal berbulu pulak kang satu badan. Dah menyesal tak hengat! =D




Alah, kalau wanita dia punya produk boleh guna Harum Malam. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Produk Harum Malam tu, bolehlah meroyan tak henggat tekan sampai pengsan kat SINI secara meletop gebaboom!!! =D

Jom aku nak cerita sikit tentang fungsi Produk Wira Malam ni :

@Mengoptimalkan fungsi testosterone lelaki

@Membantu mereka yang mengalami masalah libido yang rendah

@Melancarkan peredaran darah

@Meningkatkan kualiti ereksi dan tahan lama!

@Tidak menyebabkan jantung berdebar 

@Meningkatkan produksi androgen (hormone seksual lelaki)

@Memperbaiki jumlah sperma lelaki

@Membantu menyihatkan tubuh badan jika diamalkan setiap hari.




Bagi pengantin baru yang masih berkipas-kipas lagi tu, amat sesuai naw lah kalau si suami guna dan amal produk ni. Kalau pengantin lama nak gunapun tak ada masalah. Silap haribulan, pengantin lamapun boleh feeling-feeling macam pengantin baru. Muehehehe. Antara yang bagus pasal produk Wira Malam ni, Insyaallah dapat meningkatkan tahap kecerdasan mental mahupun fizikal yang tinggi serta menambahkan tenaga dalaman bagi kaum lelaki. Gila kau tak bagus! =D






Bahan-bahan yang ada kat dalam Produk Wira Malam ni, boleh tahan dasyat jugak ah, antara yang bestnya tentang bahan-bahan beliau :

@Butea Superba - Tahan lama bila ereksi.

@Tongkat Ali - Memantapkan tenaga seksual kaum lelaki

@Ginseng - Meningkatkan sistem ketahanan tubuh dan mengurangkan kadar kolestrol. Kalau yang badan berisi tu sangat baik ah kalau amalkan Jus Wira Malam ni.

@Saw Palmetto - Memberi kesan anti-estrogen dan anti androgenic yang juga merupakan anti pembengkakan prostat. 

@Ashwag - sangat bagus untuk meningkatkan kuantiti sperma dan tenaga lelaki

@Goji - Meningkatkan kesuburan, menguatkan daya ingatan dan menyokong kesihatan buah pinggang

@Guarana - Menjadikan anda awet muda trang tang tang bila guna! Dan jugak sumber tenaga keremajaan utama bagi tubuh

@Epimedium - untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan kadar testosterone lelaki

@Delima - Membantu menurunkan tekanan darah, membantu mengawal berat badan

@Kismis- untuk mencegah anemia, serta memberi tenaga dan menjaga kekuatan tulang.

@Habbatussauda - Menguatkan otot jantung, menambah tenaga dan anti penuaan dan juga mencegah
kebotakan!





Alah... Nak sihat tak payah nak malu-malu der. Hargapun aku rasa sangat ekonomi dan tak mahal sangat. Untuk Semenajung Malaysia cuma RM40 hengget sajo termasuk postage. Kalau Sabah dengan Serawak pulak RM45 hengget sajo termasuk postage, zap! Zup, Zip! terus hantar kat depan pintu rumah! Kalau pergi ambik sendiri dekat tuan dia lagi murah harga boleh dapat. Daripada melabur beli benda yang bukan-bukan, baik laburkan untuk kesihatan kita. Dapat jugak nak melompat-lompat bintang sampai ke awan dania, walaupun umur dah cecah 70 tahun masa tu. Tak gitu Pak Lebai Leman Semailku sayang?Muahahaha =D

Kalau rasa berminat nak tahu lebih lanjut lagi pasal Produk Wira Malam ni, korang boleh hentak dengan jejari lentiss runcing korang tu kat SINI. =D






Bagi Kak Senah Sanggul cekak pink, Kak Milah ronggeng berapi mahupun Kak Timah gerudi manja lenggang-lenggang kangkung tu, silalah suggest dekat cek abang cek abang tersayang ye. Alah... Untuk kebaikkan serta kebahagiaan bersama jugak kan. Tak salah pun. Muehehehe

Kepada abang-abang mahupun bro-bro di luar sana yang mempunyai masalah dalaman mahupun batin tu, boleh lah try dulu guna produk Wira Malam ni. Mana tau ngam. Apa-apapun kalau nak beli boleh lah klik secara bermarathon kat bawah tu hah. =D




P/S: Kita Sekadar Mencuba & Merancang, Segalanya Terserah pada-Nya =)



Kalau suka boleh lah LIKE =D

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Review Filem Divergent, Best Ke Tidok?



Ok, semalam dengan tak tentu hala tujuannya dok pergi tengok benda alah cerita Divergent ni kat wayang Alamanda. Mau melompat cicak tokek kawan aku si Zul tu dok ajak tengok benda alah cerita ni. Dia cakap best nak meninggal cerita dia. Sebenarnya, bab-bab cerita bertumbuk-tumbuk gedebash gedebush gedebuk ni aku tak minat sangat. Al maklumlah, aku kan pemalu orangnya. Pang! kena sepak takraw bergu dengan makcik Rokiah goyang gerudi dua dassss!!! Muehehehe. Alah, tak minat sangat ah dengan cerita lawan-lawan bagai nak rak kasut sekolah ni. kalau cerita seram hantu langsuir gigit leher ke, hantu pocong lari kain terselak ke, hantu raya mengilai sampai tak dak suara ke, minat ah jugak. Kehkehkeh *Abaikan =D

Ini semua propa nak meroyan tahap poyo tak bleh blah batu blah batu klikir Pulau Pinang sangat kalau aku cakap aku tak suka tengok cerita bertumbuk gedebash gedebush gedebuk tu. Semua cerita aku layan, tak ada nak bias-bias ni. Kau sua je ah cerita korea yang heronya romantik nak menggelabah sampai tak henggat dunia ke, cerita drama melayu sedddihhh sampai menangis lencun tisu cap Premier satu kotak ke, cerita Rosalinda Ayammor Ayammor ke, semua boleh layan! Kecuali cerita dunia khayalan dunia impian Indonesia kat TV3 tu. Sangat mengarut dan tak masuk dek akal cerita tersebut! Mau gila aku dok pikir dengan cerita tu, sebab dalam cerita tu semua binatang boleh dok bercakap selamber dekk je. Dah ah bercakap, lepas tu muka masing-masing tak ada perasaan langsung perasaan bila bercakap! yakni, binatang yang kat dalam cerita Dunia Khayalan dunia impian kat TV3 tu! Muehehehe




Bagi aku, cerita Divergent ni bukan lah cerita yang merapu untuk ditonton.Sebab dalam cerita ni sarat dengan nilai-nilai kasih sayang.  Bagi aku cerita dia lagi better ah daripada cerita Hunger Game 2. Pada pendapat aku lah, tak taulah kalau korang rasa Hunger Game 2 lagi best tahap gaban.


SINOPSIS:

Cerita ni mengisarkan tentang dimana manusia dibahagikan kepada puak yang berbeza mengikut personaliti mereka. Dalam cerita ni ada 5 puak, yang puak pertama ialah Candor (jujur), puak kedua Erudite (genius), puak ketiga Amity (nak kedamaian), puak keempat Dauntless (berani), dan puak terakhir Abnegation (suka tolong orang). Satu group lagi tak ada puak. yang group tak ada puak ni tergolong dalam puak yang bosan tahap nak meninggal. Tak ceria langsung kehidupan sapa yang masuk dalam puak ni. Dah lah muka masing-masing mencerut serta muncung je memanjang. Mau meroyan lah sapa yang terjebak dengan puak ni.

Nak dipendekkan cerita, masa Tris prior iaitu heroin dalam cerita ni pergi buat ujian untuk sahkan beliau tergolong dalam puak mana satu, keputusan ujian tersebut tidak dapat mengesan yang Tris Prior ni tergolong dalam puak mana satu. So, beliau punya keputusan ujian puak tersebut menunjukkan dia seorang Divergent ( Mempunyai kecenderungan lebih satu puak).




Masa ujian makmal dikenakan oleh Tris, muka yang dok buat ujian kat Tris tu sangatlah ketat nak hazabedah nawww! 


Lepas je ujian makmal tersebut selesai, keputusan untuk Tris adalah Divergent (cenderung kepada banyak puak). So, Tris tak cerita kat mak ngan bapak beliau yang beliau ni sebenarnya Divergent. Dia buat dono macam tu je ah, sehinggalah masa pemilihan dekat Choosing Ceremony dimana tempat nak pilih puak tersebut berlangsung.



Tris dengan abang beliau menunggu dengan penuh debaran nak pilih puak mana satu

Ok, lepas tu dengan muka selamber badaknya Tris telah memilih puak Dauntless (berani). Puak Dauntles ni lebih kurang macam tentera diraja Malaysia la kalau nak kasi contoh. Boleh? Muehehehe. Aku rasa sebab Tris pilih puak tersebut sebab dia tengok yang geng-geng dauntless (tentera) lompat-lompat sambil lari lari atas train macam beruk mak yeh tak cukup Vitamin C je masa nak turun dari train tu. Sebab tu aku rasa Triss pilih puak tu.

Lepas je Tris pilih puak beliau. Hambek kau, macam-macam ujian ado. yang tak boleh blah batu blah batu seremban tu, satu bilik kongsi lelaki dengan perempuan, tidur sekali hokeh. Macamana tu? kalau nak tau macama pergi ah tengok sendiri, kasi saspen sikit. Malas nak cerita lebih-lebih. Muehehehe



Lompat dari train nak pergi ke markas Dauntless diorang. Yang negro tu memang lawak nak mampus! Terbarai aku gelak dalam wayang. Kehkehkeh




Ujian pertama kena terjun bangunan. Sangat menggelabah hokeh kalau nak terus terjun.


Sepanjang diorang masuk ke dalam puak Dauntless tu, asyik ujian! Ujian! Ujian! kalau setakat ujian makan nasi dengan pekasam cik Kiah ke, ujian mandi pelampung secara berjemaah kat dalam kolam ke, itu tak kisah sangat. Ujian yang diorang perlu tempuh tu sangatlah menggelabah zirafah betina patah tanduk bak hannggg! Bukan main terseksa aku tengok sekor-sekor dok tempuh ujian yang diadakan di markas puak Dauntless tu. Stress aku! Dah kenapa pulak aku nak stress tiba-tiba. kau budget kau hero dalam cerita ni ke hape?! Muahaha =D



Scene baling pisau berlipat sampai gagap-gagap


Pisau berlipat tersebut makan tuan. Jahanam punya pisau berlipat! Muehehehe



Hai... nama saya Salmah Lendoh polkadot bintik-bintik coklat. hiks!






Masa ni babak Triss kena hentak berliku dengan hakak sado tegap nak meracau ni. Puas jugak ah Triss kena lanyak dengan dia masa tu.





Mak!!! Tolong! Dah tak tahan dah ni nak terkentut kat dalam air! Muehehehe



Pulun berlatih balik sebab nak lawan dengan hakak sado tegap tak henggat dunia tu. Nak mampus kalau tak pulun berlatih? kehkehkeh



Babak Romatissss!!!


Perempuan hidung lobos kat atas ni punca masalah segala-galanya!


Lepas Triss dah berlatih dengan bersungguh-sungguh sampai nak makan nasi pun tak menyempat. Apa yang jadi lepas tu? Siapa perempuan hidung kembang dok tenung pakwe Triss lama-lama tu? Jahat sangat ke dia? Adakah kelima-lima puak ni bersatu lepas tu? Yang pasti, harus ah tonton secara berjemaah dengan member-member korang dekat pawagam-pawagam berdekatan! Lemak ah nak cerita lebih-lebih, penat naw aku nak menaip tau. Muehehehe

Cerita ni kategori P13. Boleh bawak budak-budak kalau nak tengok sekali. Aku rasa cerita ni lagi better lah pada Hunger Game 2 tu, bagi pendapat akulah. kalau korang aku tak tahulah, mungkin korang rasa cerita Hunger Game 2 tu lagi terbaeeekkkk!!! kan?





Movie, movie jugak. Yang penting jangan kita lupa kepada saudara-saudara kita yang terkandas dalam MH370 tu. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat mereka semua. Pray for MH370. Amin...





BYE.


Kalau suka boleh Lah LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)