Resepi Char Kuey Teow Yang Cepat Dimasak, Sedap Dimakan!


Tajuk entry tersangatlah meniru trademark iklan Maggie! Muahahaha. Sapa kat sini hantu dengan benda alah insan yang bernama Char Kuey Teow ni? Pantang masuk kedai makan je mesti nak order beliau iaitu char kuey teaw yang tersangat vogue da vass ni. Kehkehkeh. Apa kata wanita lepas ni try buat sendiri plak benda alah char kuey teaw ni. Boleh lah melantak dengan jayanya lepas ni kalau dah pandai buat sendiri. Tak gitu Cik Kioh? Muehehehe. Tak mau cakap banyak, Meh! Sesama kita kelengkang kelengkung secara begoyang gerudi kat dapur masing-masing sampai tertonggeng! =D


Bahan-bahan beliau tersangatlah senang nak dapat dimana-mana Pasaraya yang berdekatan dengan kawasan permastautintan anda:



1.Opkos kena ada koteaw, Cap apapun takpa janji halalan Toiyiban! 



2.Udang secekak dua. Kalau rajin, kopek laa kulit udang tu. Kalau malas? Biarkan saja beliau terbongkang. Janji kenyang!


3.Kerang yang siap dikopek. Nak guna Kepah?? Jangan! Kang lingkup pulak resepi kang!Muehehehe.




4.Taugeh dalam RM1.00 macam tu. Nak dalam RM2.00? Boleh je! Terpulang kepada saiz taugeh!kehkehkeh :D



5.Cili Boh. Kalau nak guna cili biasapun o.k. Tapi remeh sikit la nak buat.


 6.Bawang putih serta bawang merah secukup rasa. (Penting! untuk proses tumis-menumis sampai jiran sebelah rumah terliur!Kehkehkeh)




7.Kicap & Sos serta sos tiram.Telur dua bijik serta garam & gula secukup rasa.



Lepas dah sedia benda alah bahan-bahan char kuey teaw yang gerenti sedap ni. Jom nak tunjuk cara-cara nak masak plak. Let's go bebeh! yeah! Muahahaha.


* Memula sekali. Ambik bawang putih serta bawang merah yang siap dikopek tu. Tumis sampai terserlah warna kekuningan beliau! Yakni bawang.



* Lepas tu, masukkan cili boh dan kacau mengikut skill kacau-mengacau masing-masing. Masa kacau tu jangan nak over sangat kacau tu. Kang terbaik pulak kuali tu kang! Kacau sweet-sweet sudeh! Kehkehkeh.




* Agak-agak cili boh dah pecah minyak tu, masukkan pulak sos cili, sos tiram serta kicap ke dalam kuali secara berhati-hati.





* Bila mana aroma sudah terangkat. Sampai jiran sebelah rumahpun menitik tap tap air liur bau tumisan korang tu. Boleh lah masukkan pulak sedikit air serta Kuey Teaw!




* Lepas tu masukkan udang, kerang, telur serta gula dan garam secukup rasa. Secukup rasa tau! bukan nak tak nak je rasa tu. Muahahaha =D




* Bila kerang ngan udang sudah mula menggelupur dek kepanasan yang tersangatlah dasyat kat dalam kuali tu. Boleh lah stand by masukkan taugeh serta sayur-sayuran lain jika ada. Kalau tak suka sayur? Tak payah masukpun takpa. Tiada paksaan untuk sesapa yang tak suka makan sayur. Apa? Suka makan buah? Nak masukan buah? Sila jangan rosakkan resepi! Muahahaha =D




* Lepas tu. Pergi ambik pinggan mahupun talam sambil loncat-loncat seperti katak pisang baru lepas beranak. Boleh lah hidang serta hias dengan tekun Char Kuey Teaw yang siap dimasak itu tadi. Seperti gambar rajah di bawah! Muehehehe.

Akhirnyyyaaa!!!! Hahahaha. =D


Achaner? Cepat dimasak Sedap dimakan tak resepi SM? Muahahaha. Lepas ni boleh lah korang try buat plak. Puasa dah tak lama nie, kalau nak buat hidangan berbuka puasa ke hape ke boleh gak. Pekena plak dengan Ais blended! Lagi sengkak laaa jawabnya perut tu! Kehkehkeh.

Nak lagi resepi-resepi gempak serta sampai menjilat ibu jari kaki bila makan? Apa lagi! Klik laa secara kronik kat SINI! Muehehehe.


BYE!


Kalau suka boleh lah LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

28 comments:

Aida Ismail said...

Wahwah simple je resepi ni kan. Tapi nampak sedap woo! Dah macam char kueteow pulak nengoknye. Terliur plak. Hikhok.

Unknown said...

Menarik ni :D

Anonymous said...

Fullamak...baca je pun dah tap..tap air liur mleleh..belum bau aroma dia lagi...

Pepun..simple je resepinye..bleh cuba nanti....

Cik Nor said...

hoyeeah..sdapnya kata santan manis..haha

king said...

senang je nak buat rupenyer..tp kat kedai dier mcm cair2 sket..

Nazmin Nazifa εїз said...

Waa,ada bakat masuk Masterchef lah XD hehehe

Kak Mahh said...

Puasa...sedap makan ni.

nurul storys said...

nampak sedap ! kena cuba ni.. thnks share :D

Unknown said...

sedapnye!!!!!kasi la rase sni..pos laju kt i..hahha

Anonymous said...

ya Allah!! terliur dah ni SM! nak jugak! piulisss!!! :D

Ana Jingga said...

mak aii..sedapnya rupa..rasanya pastilah sedap jugakan..tq berkongsi resepi disini..

Farhana Hameed said...

aaa simple je. nk try la. hiks.

Anonymous said...

slurppp ! terliur nengok

Tinta Lana said...

Salam.

SM, meh datang rumah ak, masakkan untuk ak bleh?hahahaha

ZIRAHNAMIA said...

lapar lak tgk...ni yg kena masak gak ni...
ZirahNamia's Blog

Invisible Me said...

Ini hantu kuey teow. Berkocak perut bila dengar pasal kueyteow apatah lagi char kuey teow ~

Nazmin Nazifa εїз said...

Ehermmmm! hahah .. In ade tolong abang sulung In jual novel :) kalau ade yg berminat,kwn2 ke ape..dtg je kat blog In ^_^ http://amorevolta.blogspot.com/2013/07/novel-novel-gempak-d.html

ainil fazieda said...

amboi . pandainya beliau ! santan skilo oke :) ada dilivery tak ? hahahaha . btw , nice sharing . nk kna try neyh .

btw , done follow u back :) thanx for visiting me :D

cik Anggur said...

dugaan ~ hahaha sedap nya

Unknown said...

Teloq nak buhh time bila???? Lepas mkn kew!!

Anonymous said...

Telur kan letak sekali dgn garam, udang, gula kan? baca laa betul2 Azmi Rozali....

Anonymous said...

Menjadi juga ummi try!!! tq SM :D. sedappp... hehehehe

intan fazha said...

Bagusnya resepi nie, senang nak masak :) Baru lepas makan hasil drpada resepi ni. keluargapun suka :)

Anonymous said...

tq share resepi adik cukup minat ni !

mama nasuha said...

Bagusnya! mudah & ringkas je resepi! :D

zaza said...

alhamdulillah! menjadi! :)

Unknown said...

Nmpk simple n mnyelerakn. Nk cubalah.

Unknown said...

Nmpk simple n mnyelerakn. Nk cubalah.