Bebudak Baik =)

Mata Heliza Helmi Memang Betul-Betul Besar ke?


Tiba-tiba buat entry pasal Heliza Helmi ni? Dah kenapa dengan aku? Meroyan kat Heliza Helmi kah? No, no, no! Sebenarnya dah berkurun lamanya aku dok kompius dengan Si Heliza ni. Nak bagitau kang, cakap aku gila merojak plak kang. Nak bagitau ke tak nak? Nak bagitau ke tak nak? Nak bagitau ke tak nak?. Alah... segan laa. Bagitau jelah. Hikhikhik(Sambil gelak-gelak gedik nak mampus!)


  "Hai... Heliza Helmi, Sebenarnya saya dah lama suka kat awak! Cuma, awak je tak pernah perasan saya selama nie. ehekkk. *sambil senyum-senyum badak air mintak tisu ;D" 




Pang!!! Tertampar pipi sendiri sampai melekat kat dinding Bas Rapid KL pat ratus pat ploh pat das! Hoi! Dah kenapa dengan kau SM? Nak meninggal sambil makan selipar Vietnam buat statement budget sedemikian. Kang tak memasal Pihak Media Prima datang menyerkap jarang kau kang! Muahahaha








Wo! Wo! Wo! Releks brader-brader di luar sana. Sebenarnya tak ada makna aku nak buat statement sedemikian rupa. Aku masih waras walaupun roomate aku balik kampung selama seminggu seterusnya bosan macam orang gila duduk hostel sorang-sorang!(tak dak kena mengena).

Sebenarnya macamni, korang tak rasa hairan & pelik ke kenapa dengan mata Si Heliza Helmi ni besar sebesar alam? Ke memang mata beliau secara natural beautynya besar sedemikian rupa? Ataupun mata Heliza Helmi ni dilahirkan cantik dan besar? Ataupun mata beliau memang cantik? Ataupun memang beliau dilahirkan cantik macam tu? Arghhh!!! jahanam otak aku nak fikir dengan kebesaran mata si Heliza Helmi ni! Muahahaha =D






Macam cantik jer, macam cantik jer, macam comel jer mata Shasha? 


See? Besar nak meninggal gila kut mata beliau. Aku rasa Heliza ni pakai contact lens je kut. Tapi tak tau la kalau mata beliau memang dilahirkan semula jadi besar macam tu. Omeyyy angatttt!!! *Dah kenapa dengan aku? Muahahah =D

Sejak dua menjak ni ramai pulak member-member perempuan aku dok pakai contact lens big eye ni pergi kuliah. Lepas tu, bila tengok aku, semua nak buat muka budget comel je masing-masing. Antara dialog diorang:


DIALOG

SM: Oiiii... Rogayah(bukan nama sebenaw), besaw naww mata kaw pagi ni? Kau tertelan ubat gegat ke yang mata kau tiba-tiba besaww semacam je ni?

Rogayah(bukan nama sebenar): Kauuuuuuuuuu! mana ada, aku guna mata Heliza Helmi la ni. hehehe *sambil bukak tutup, bukak tutup kelopak mata beliau macam cicak tokek nak mengawan.

SM: ???? (Apa masalah kau nak kena mention dengan mata Heliza Helmi plak ni Gayah!!!!)*sambil bermonolog dalaman macam nak cekik Rogayah tersebut sampai berbuih mulut beliau sebab keluarkan statement sedemikian rupa!







Bila aku tengok je muka kawan aku si Rogayah tu. Mesti aku teringat kat si Heliza helmi ni. Mata beliau besar lebih kurang macam gambar kat atas ni ah. Bukan macam gambar yang Heliza Helmi tengah pegang tu. Dah kenapa pulak kawan aku nak jadi macam tu tiba-tiba? Kehkehkeh

Rupa-rupanya besar betul pengaruh mata bulat Heliza Helmi ni kat Uni aku sebenarnya. Lepas tu siap ada promotion big eye contact lens lagi tu kat Uni aku ni. Cuma, nak tak nak je kau sanggup nak beli ke tak. Kau toleh je lah kiri, kanan, depan, belakang, semua mata nak besar gedabak je masing-masing. Tapi, lantak koranglah nak mata besar gedabak macamana sekalipun, janji tak kacau hidup aku sudah! Muahahaha







Sebenarnya, sampai sekarang aku masih kompius lagi dengan mata Heliza Helmi ni. Betul ke mata beliau memang besar gedabak macam tu. Ke semata-mata hanya contact lens sahaja??? Kalau betul-betul besar macam tu, memang untung laa beliau sebab dapat mata yang menawan sedemikian rupa. Kalau hanya pakai contact lens je, nak laa jugak tengok mata real Heliza Helmi yang sebenar. Kan? kan? kan? =D

Apa-apapun Heliza Helmi tetap cun dan comel lah! tak ada sapa yang boleh lawan dengan kecomelan beliau!!! Dah kenapa dengan aku hari nie? Menggeletisssss semacam jer? kehkehkeh


P/S: Sesak nafas Heliza Helmi, kalau beliau terjumpa & terbaca pos sengal menggelebah tak tentu pasal ni. Muahahaha =D


Sebelum tu, mintak tolong klik sini, sini & sini . Sekian Terima kasut =D




BYE.


Basuh pinggan dengan Sunlight, kalau suka boleh lah mengeLIKE =D

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

31 comments:

Anonymous said...

yah,aku pun lma sdah prasan mata die besar....macam mata aku jugak(main2 jerr,,),,hehehe

Sue Bee said...

gelak bila baca n3 SM..agaknya mata mmg ori besar,kot?..

Niesa said...

mata heliza mmg besar kot..serius dia sgt2 cantik..hihi..

ctfand said...

Sabo je la entri ni... :D
Done follow sini..

Liza Licha said...

pakai contact lens pon boleh jgk. conthnya pakai yg diameter 16mm. :) ambil yg kaler hitam, atau brown. itu lebih natural.
14.2mm pun dh ckup ok sebab kalau 16mm tu besar sgt nnti nampak pelik.
nak brand yg selesa, boleh try freshkon. haaa. saja rajin nk komen panjang2 harini .ehehe

Miss Xyz said...

Actually tak semua orang sesuai pakai big contact eye lens. Menakutkanlah macam mata alien, ahaha sorry

AINA ZAIRULNIZAM said...

Heliza Helmi pakai lens. Kalau tgk hitam lens dengan hitam mata ada beza sket.

ezyra daniel said...

heliza memang comel kan muka dia..macam budak2 skolah je..maybe sbb dia kecik org nye..btw sye rasa mata dia bese je,tu just sbb dia pkai contact lens..

WanrusWaniee said...

Saya suka kak Heliza Helmi , bagi saya dia pakai contact lens tapi.. kalau dia tak pakai contact lens pun mata dia memang besar.. :D

Chaff Shaf said...

mata dia lawa...cair aku ~~~

Nik Azidah said...

dia pakai contact lens rasanya...sebab tgk real takde la besar mana pun...tapi mata dia memang cantik...

Aa narzz said...

bulat lagi mata aku weih! :P

Sukma Haron said...

salam perkenalan di sini....macam lawak jer...macam lawak jer....hihi

ima salsuzaima said...

amboi..jangankan heliza helmi..aku pn sesak nafas baca..hahaha..
rasanya mata tu mata real la.bukan lens.

Akurai said...

Thanks SM
singgah di sini
membalas kedatangan anda :)
done follow
thankyou

BUNDA a.k.a KN said...

memang cantik mata dia...mata galak..

Salam Maal Hijrah dari bunda...

ct aman said...

trgelak bace n3 sm ni.....haha...btw mate die mmng cntik...lens kot...memandai aku..haha

Hani Syahida ✿ said...

mata besar memang cun!

Eppy Ismail said...

salam. salam perkenalan. done follow you. hope dpt visit blog sy pulak lepas ni,http://eppy25.blogspot.com/ klau tak keberatan,boleh lh tlong follow sekali. good blogger will give and take :)

Noor Atikah Ramli said...

dari segmen http://www.nooratikahramli.com/2013/11/segmen-listing-your-url-blog.html :))

Eraz Fadli said...

Assalamualaikum w.b.t.. Eraz datang dari Segmen #Listing Your URL blog..

http://www.erazfadli.com/2013/11/segmen-listing-your-url-blog.html

Arya Estinengtyas said...

Heliza memang cantik.... tang mata tu yang menggoda sgt. hehehehhe

Teena Tna said...

Aah, saya dari dulu pun tertanya-tanya jugak, mata dia bulat kan? Comelll....

Habis lahhh kalau si Heliza baca entri ni.

Ezelovesse7en said...

dah! dah! Sm tak payah pikir2... kang meroyan plak @_@. memang ko da meroyan pun aku tengok entri ko kali ni gara2 pikir kebulat-besaran anak mata Heliza.
contact lens je tu.

Aya Zuki said...

tengok daripada gambar rasanya memang itu lens yang bg effect big eyes punya.. biasa la perempuan mesti kita nak cantik2 kan.untuk kepuasan diri sendiri.hehe

Aya Zuki said...

btw entry ni buat saya ketawa . kelakar jugak owner blog ini ye..kena singgah selalu ni untuk hilangkan stress :)

Sobri Yaacob said...

salam jumaat..
yup dulu pun konfius sama ada mata sia ori ke x..
tapi skrg trend pakai contct lens mata bsar..loking Kpop katanya..
salam kenal bro ;0

bungacoklat said...

haha. dia pakai lens tu. lagipon da mmg cmel tuannya :D

Syahidah Fadilah said...

mata heliza mmg cantik! :D

Anonymous said...

Mata tersembull!!!

Anonymous said...

DIa pakai lens . Tp mata dia mmg besar . Dia punya luar mata tu mmg naturally besar . So dia pakai tak lens pun mmg besar