Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri yang Mulia!

Salam semua... Nampaknya, diam tak diam semua Umat Islam di seluruh dunia mahupun di lain-lain planet, Pluto,Marikh mahupun Zuhal sekalipun, sudahpun menyambut hari yang penuh gilang-gemilang iaitu Hari Raya Aidilfitri. Sudah semestinya para maklong-paklong, makngah-pakngah, maksu-paksu dan seangkatan dengannya, sedang sibuk melayan karenah sanak-saudara nun jauh di sanakan? mueeheehe.

SO, lepas ni korang tak akan dengar lagilah, Kemerapuan carut-barut SM kat blog nie buat sementara waktu. Ada ke orang baca blog x semengah ni? Muehehehee..  Sedih laa jugak Ramadhan telahpun meninggalkan kita kan?(konon), Di kesempatan ini SM nak mintak maaf dari hujung anak rambut korang tuh, sampai hujung kuku jari kaki masam korang, kalau kemerapuan SM selama ni, ada menyentapkan hati kecik nurani korang. Ampun bapak-bapak, ibuk-ibuk sekalian. Maafkan saya dong! =D

 (pelita kelapa Mak Dara goyang gerudi sampai tak hengat nak balik rumah*gambar hiasan)


Ye lah, mana la tahukan. sapa-sapa selama ni baca blog ni ke, Tersesat masuk blog ni ke, tiba-tiba sakit hati pulak baca blog ni, SM nak mintak maaf laa kat korang. Kita hanya insan biasa, sedangkan Nabipun ampunkan Umatnya, kan? (feelling-felling ustaz Fadzilah Kamsah jap! muehehehee). kadang-kadang tu, mulut SM memang tak berlapik sikit kalau berbicara. wah! skema kejap! hahahha, apa yang nak keluar pakai sembur jee. yang jadi mangsanya, Sesapa yang baca blog ni lah. =D

SM hanya manusia biasa saja, Makan, minum, buang Air besar mahupun kecik, ada masa sedih, ada masa datang angin terenjat jap, pastu meroyan sorang-sorang nyorok bawah tilam. biasa laa, manusia kan? lumrah la. =). semua orang pasti pernah buat silap walaupun sekali, mahupun dua kali =D. tapi SM paling pantang kalau yang hipokrit-morit! depan kita bukan main lemah-lembut gemalai sampai kencingpun tak sedar(Hoi! senonoh sikit!), belakang kita, hah! hambek kau!. Ada tak member-member korang yang spesis sedemikian rupa? No Komen! hahah =D Tengok, mulut SM secara automatik je nak sembur! kehkehkeh. Sorry.

Berbalik pasal raya ni, disamping kita bergumbira bagai, sambutlah dengan kesederhanaan dan ingatlah orang yang tidak berkemampuan di sekeliling kita. Time makan tuh, jangan ikut Sodap mulut je nak makan, kang tiba-tiba koyak pulak baju @ seluar tuh. nak-nak pulak koyak kan part sensor korang tuh. Oh tidak! tak pasal-pasal korang jadi bahan member korang nak untuk ditertawakan nanti. Muehehehe. So hati-hati masa nak makan tu. Jangan bebanyak sangat. Makan kuih semprit, sudeeehhh =P

Terimalah kad Raya elekronik ini sebagai peganti diri tak dapat hadir beraya di rumah korang. Hoi! macam ada orang jemput datang je. PANG! polompang nam ploh nam das! hahahaa.


Bagi sapa-sapa yang nak DUIT RAYA dari SM tuh, datang lah beraya kat Rumah. Bos baru bagi Bonus nih! Masyuk-masyuk! Kuih dan Muih beraneka macam, makanlah jangan hanya dipandang pun ada. sedia terhidang untuk anda. So datang la beramai-ramai untuk beraya! bawaklah rombongan Cik Kiah , cik minah, cik latipah datang.  dialu-alukan. Tapi duit raya dapat sorang seposen je lah kalau satu bas datang. Mueheheheee =D


Mak Aiii! ucapan Raya bukan main berjela tak cukup kaki mengalahkan perdana menteri. ghasak! hahaha. apa-apapun SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI dari SM sekeluarga!! Maaf Zahir dan Batin! :D

"Selamat, hari raya, untuk kita bersuka ria, selamat, SM ucapkan, moga kita jumpa lagi tahun depan... Tet tetete tet tetet tetetet,tetetetet,tetet,tetet! (muzik raya. Diadaptasi dari lagu Allahyarham Puan Sri Saloma) Sempat lagi lagu raya bagai! Muehehheee =D

K,BYE.



P/S: YABEDA BEDU! SOMEONE NAK BALIK RAYA TAUN NIE! SAPE SOMEONE TUH? NAK TAHU? BIARLAH RAHSIA.. MUEHEHEHEE ;D

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Kuih Buah Melaka Warisan Nenek Zaman-Berzaman

Macam biasalah, Tajuk Entry haruslah merepek-repek seperti sediakala.Kehkehkeh. Al-kisahnya, yang boleh terletak tajuk entry sedemikian rupa macamnie ceritanya, Petang tadi sementara tunggu waktu berbukak tu, SM macam biasalah, pergi menyibukkan diri kat dapur tuh, nengok juadah apa yang mak dengan Adik perempuan SM dok masak. Tiba-tiba terbau Aroma menusuk sampai ke Lobang Hidung.Mana Tahan Beb! Yelah, manalah tahu nak buat Kuih Siput lagi ke, macam yang pernah SM cerita kat ENTRY NIE. Muehehe.

Masa pergi terkinja-kinja kat dapur tu, Terlihatlah kelibat Benda Hijau kat dalam besen. Apa mendelah, adik SM dok kecah-kecah dengan benda alah Hijau tu. Macam pelik je 'natang' warna Hijau tu. Macam biasalah, perasaan ingin tahu amat berleluasa nak tahu. Pastu SM tanyalah adik SM.

Dialog
SM: Adik, ko buat mende ni? macam pelik je? boleh makan ke ni? Hijau-hijau macam katak pisang tak cukup zat je ni? (ayat, sudah semestinya menyakitkan hati =D)

Adik SM: Eh? Tak kenal ke ni mende apa? Adik tengah buat "Kuih Buah Melaka Warisan Nenek Zaman-Berzaman" laa. Macam tak pernah makan..Ish!.

SM: Uik?! Macam pelik je? Buah Melaka mende macam tuh?

Adik SM: #%^!%#"*+%$#!!!!! (Kat dalam Hati)


Tu laa yang tajuk Entry Sedemikian rupa tu. SM rasa adik SM ciplak yang Resepi Turun Temurun yang Kat TV9 tu, Alaa rancangan masak-memasak tu. Tu yang yang dia bagi nama "Buah Melaka Warisan nenek Zaman-berzaman tu". Ada kena mengena ke?Mueheheheee =D

Bahan-bahan nak buat benda alah kuih buah melaka :
  • 1 cawan tepung pulut
  • 20helai daun pandan diblend, toskan dan ambil airnyer (perahan air pandan) Kalau tak daun pandan,guna pewarna pandan pun boleh.
  • Garam secukup rasa (garam dimasukkan dlm air pandan)
  • #untuk inti# : Gula melaka di potong kecik2, Kelapa parut secukupnya.
@Tengoklah sendiri. First tengok, macam pelik je warna Tepung nie. Warna Hijau-menyinggau tak henggat tu. Tu yang Konpius sekejap tu. Tapi bau wangi jugak la benda alah nie, bau daun Pandan dengan Vanila. Buah Melaka ada perisa Vanila ke? Gulp!




@Kenal tak nie benda ape? Gula melaka kan? Eh, Lupa nak tanya adik SM gula mende nie? ghasak la gula apapun, janji gula. Gula Pasir boleh ke hah? Muehehehe =D




@Lepas tu, masa proses nak membentuk Kuih Buah Melaka tu, Ambik sikit secekak seketul gula tu, masukkan kat dalam tepung. Pastu, lipat bagi kemas-kemas buat bentuk bulat-bulat, jangan bagi ada ruang langsung, nanti masa Rebus dia bocor. Adik SM la bagitau, SM cuma mengiyakan je lah. hahaha.




@ Pastu, Sapu sikit tepung kat atas talam tu, letak dengan penuh berseni ok. Tujuan sapu tepung kat dalam talam tu, tak nak bagi Kuih Buah Melaka tu melekat-lekat kat talam masa proses nak Ambik dan Rebus nanti. Mak Aii! Dah macam Hos Ketuk-ketuk Ramadhan daaa!. Ni bukannya blog masak-memasak ye Tuan-Tuan sekalian. Tengok orang lain masak boleh la. Nak masak sendiri tak reti. Kalau bagi SM masak alamatnya, Ke Laut ler jawabnye.






@ Dah siap buat bulat-bulat tu. Ambik periuk, pastu masukkan air kat dalam periuk tu, tunggu sampai air mendidih sampai bunyi bluupbluupbluup, baru boleh baling masukkan buah melaka kat dalam periuk. Biar kejap, gamak buah melaka tu, dah timbul macam ikan kaloi macam cerita Bawang Merah Bawang Putih tu, Korang angkat dan gaulkan dengan Nyior@Kelapa Mak Dara.Com





@ Dah siap! jadi tak hasil air basuh tangan Adik SM? NO KOMEN! Muehehehe.





Masa first time tengok tu, ingatkan mendelah adik SM dok buat tu. Jadi jugak laa..daripada tak da. Kalau Adik SM baca blog ni. Kompom ambik mercun bola, baling kat SM lari keliling kampung.hahahaha. Entry pasal main mercun tu KAT SINI. Nasib ko laa adik dapat abang macam nie. dua ploh pat jam Komplen tak habis-habis, Tapi dalam hati TOTAP SAYANG-MENYAYANG!!(felling-felling nyanyi lagu sandarkan pada kenangan). Raya nanti abang UP sikit duit Raya ko.  saja bodek sikit, ayat cover, manalah tahu dia terbaca ke, hape ke blog SM nie? Tak ke Meroyan dibuatnya SM? Muehehehee. =D

Macamlah, korang tak pernah buat buah melaka kan?  Tapi Buah Melaka ni adik SM letak perisa Vanila sikit kalau tak silap. Baru ada UUMMP dia bagitau. Nak tau UUMMP ke tak, Try la, letak tengok perisa vanila tu, UUMMP ke tak? =D

PANTUN DUA KERAT
Masa Berbukak, Makan Kuih Bangkit
Sudah Baca, Komen La Sikit.
=D

K,BYE.


P/S: MASA KECIK-KECIK NENEK SM ADA BAGITAU, BUAH MELAKA NI ADA KAT NEGERI MELAKA JE. YE KE? TIME KECIK-KECIK, MEMANG BLURR.HAHAHA =D

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)