Bebudak Baik =)

Kuih Buah Melaka Warisan Nenek Zaman-Berzaman

Macam biasalah, Tajuk Entry haruslah merepek-repek seperti sediakala.Kehkehkeh. Al-kisahnya, yang boleh terletak tajuk entry sedemikian rupa macamnie ceritanya, Petang tadi sementara tunggu waktu berbukak tu, SM macam biasalah, pergi menyibukkan diri kat dapur tuh, nengok juadah apa yang mak dengan Adik perempuan SM dok masak. Tiba-tiba terbau Aroma menusuk sampai ke Lobang Hidung.Mana Tahan Beb! Yelah, manalah tahu nak buat Kuih Siput lagi ke, macam yang pernah SM cerita kat ENTRY NIE. Muehehe.

Masa pergi terkinja-kinja kat dapur tu, Terlihatlah kelibat Benda Hijau kat dalam besen. Apa mendelah, adik SM dok kecah-kecah dengan benda alah Hijau tu. Macam pelik je 'natang' warna Hijau tu. Macam biasalah, perasaan ingin tahu amat berleluasa nak tahu. Pastu SM tanyalah adik SM.

Dialog
SM: Adik, ko buat mende ni? macam pelik je? boleh makan ke ni? Hijau-hijau macam katak pisang tak cukup zat je ni? (ayat, sudah semestinya menyakitkan hati =D)

Adik SM: Eh? Tak kenal ke ni mende apa? Adik tengah buat "Kuih Buah Melaka Warisan Nenek Zaman-Berzaman" laa. Macam tak pernah makan..Ish!.

SM: Uik?! Macam pelik je? Buah Melaka mende macam tuh?

Adik SM: #%^!%#"*+%$#!!!!! (Kat dalam Hati)


Tu laa yang tajuk Entry Sedemikian rupa tu. SM rasa adik SM ciplak yang Resepi Turun Temurun yang Kat TV9 tu, Alaa rancangan masak-memasak tu. Tu yang yang dia bagi nama "Buah Melaka Warisan nenek Zaman-berzaman tu". Ada kena mengena ke?Mueheheheee =D

Bahan-bahan nak buat benda alah kuih buah melaka :
  • 1 cawan tepung pulut
  • 20helai daun pandan diblend, toskan dan ambil airnyer (perahan air pandan) Kalau tak daun pandan,guna pewarna pandan pun boleh.
  • Garam secukup rasa (garam dimasukkan dlm air pandan)
  • #untuk inti# : Gula melaka di potong kecik2, Kelapa parut secukupnya.
@Tengoklah sendiri. First tengok, macam pelik je warna Tepung nie. Warna Hijau-menyinggau tak henggat tu. Tu yang Konpius sekejap tu. Tapi bau wangi jugak la benda alah nie, bau daun Pandan dengan Vanila. Buah Melaka ada perisa Vanila ke? Gulp!




@Kenal tak nie benda ape? Gula melaka kan? Eh, Lupa nak tanya adik SM gula mende nie? ghasak la gula apapun, janji gula. Gula Pasir boleh ke hah? Muehehehe =D




@Lepas tu, masa proses nak membentuk Kuih Buah Melaka tu, Ambik sikit secekak seketul gula tu, masukkan kat dalam tepung. Pastu, lipat bagi kemas-kemas buat bentuk bulat-bulat, jangan bagi ada ruang langsung, nanti masa Rebus dia bocor. Adik SM la bagitau, SM cuma mengiyakan je lah. hahaha.




@ Pastu, Sapu sikit tepung kat atas talam tu, letak dengan penuh berseni ok. Tujuan sapu tepung kat dalam talam tu, tak nak bagi Kuih Buah Melaka tu melekat-lekat kat talam masa proses nak Ambik dan Rebus nanti. Mak Aii! Dah macam Hos Ketuk-ketuk Ramadhan daaa!. Ni bukannya blog masak-memasak ye Tuan-Tuan sekalian. Tengok orang lain masak boleh la. Nak masak sendiri tak reti. Kalau bagi SM masak alamatnya, Ke Laut ler jawabnye.






@ Dah siap buat bulat-bulat tu. Ambik periuk, pastu masukkan air kat dalam periuk tu, tunggu sampai air mendidih sampai bunyi bluupbluupbluup, baru boleh baling masukkan buah melaka kat dalam periuk. Biar kejap, gamak buah melaka tu, dah timbul macam ikan kaloi macam cerita Bawang Merah Bawang Putih tu, Korang angkat dan gaulkan dengan Nyior@Kelapa Mak Dara.Com





@ Dah siap! jadi tak hasil air basuh tangan Adik SM? NO KOMEN! Muehehehe.





Masa first time tengok tu, ingatkan mendelah adik SM dok buat tu. Jadi jugak laa..daripada tak da. Kalau Adik SM baca blog ni. Kompom ambik mercun bola, baling kat SM lari keliling kampung.hahahaha. Entry pasal main mercun tu KAT SINI. Nasib ko laa adik dapat abang macam nie. dua ploh pat jam Komplen tak habis-habis, Tapi dalam hati TOTAP SAYANG-MENYAYANG!!(felling-felling nyanyi lagu sandarkan pada kenangan). Raya nanti abang UP sikit duit Raya ko.  saja bodek sikit, ayat cover, manalah tahu dia terbaca ke, hape ke blog SM nie? Tak ke Meroyan dibuatnya SM? Muehehehee. =D

Macamlah, korang tak pernah buat buah melaka kan?  Tapi Buah Melaka ni adik SM letak perisa Vanila sikit kalau tak silap. Baru ada UUMMP dia bagitau. Nak tau UUMMP ke tak, Try la, letak tengok perisa vanila tu, UUMMP ke tak? =D

PANTUN DUA KERAT
Masa Berbukak, Makan Kuih Bangkit
Sudah Baca, Komen La Sikit.
=D

K,BYE.


P/S: MASA KECIK-KECIK NENEK SM ADA BAGITAU, BUAH MELAKA NI ADA KAT NEGERI MELAKA JE. YE KE? TIME KECIK-KECIK, MEMANG BLURR.HAHAHA =D

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

8 comments:

iezayusof said...

wahhh, sedapnyee kuih niiii ><

Santan Manis said...

iezayusof: air tangan adik SM. Bertuah laa kalau SM nk buat benda alah kuih-muih beraneka macam ni suma! Makan tahu la. =D Hahahaha

Samsul Siji said...

boleh je guna gula pasir, tp kena rendam flm air kelapa parut hehehe

Santan Manis said...

Samsul Siji: Eh boleh ke? x pernah nengok orang buat pun? hahaha..btw thanks For share! Nice Info broo! ;)

Samsul Siji said...

:) sama2 cubalah, kalau dah dpt share2 hehee

Santan Manis said...

Samsul Siji: nanti SM suruh Oppah try nengok buat. Kalau menjadi. boleh laa wat business :D muehehe


*jemputt dtg Raya kt rumah =)

Anonymous said...

sedapnya SM!! pandai adik SM buat :)

Cik Ash said...

Kalau kat kelantan orang panggil onde-onde hehe