Senda Opis

Lama tak buat Entry pasal kartun ni. Busy sejak dua menjak nie, yelah...mana dengan kucing nak beranak lagi, nak bagi makan ayam kat kampung lagi, nak bersawah lagi, nak melayan karenah cucu-cucu lagi. hahahaha. *Merapu.

Bagi sapa2 yang tengah boring-boring tak da benda nak buat tu, meh layan kartun kat bawah ni. Moga-moga terubat laa sikit tahap keboringan korang tuh. Muehehehee =D




Pada satu pagi yang hening lagi menyegarkan hati nurani.....































Macamna? Sapa pernah buat kerja yang tak berhemah macamni? Hah, baik ngaku cepat! Kehkehkeh. Stok Hidung, semua jenis kembang-kembang macam bijik kismis Ok. Muehehehe.

Kalau boring, tak de keje nak buat, memang ni laa keja SM. Kalau lukis kartun, stok hidung mesti jenis yang kembang-kempis macam bijik kismis tuh, tak tau napa. Kalau lukis je mesti part hidung yang tak boleh blah sekali! Kehkehkeh *nak buat camana, Seni Anyamam Hancus Lebus! tak dak kena-mengena langsung! hahahaha.

Kalau korang nak tengok Kartun-kartun yang SM pernah create sebelum ni, korang boleh Tekan SINI. Kalau rajin SM hudpate lagi nanti yaw!


K,BYE.



P/S: SAYANGILAH BOS-BOS ANDA! *BODEK,BODEK,BODEK. MUEHEHEHEHE =D

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Tora Dan Ding Dang Datang Lagi! Jojopun Nak Datang Jugak!

Apekejadah tajuk kat atas tu? Ahhh...Abaikan.Hahahha.Sapa Tora, Ding Dang ngan Jojo ni? Kawan SM kah beliau? atau pernah menjadi bekas Aweks-aweks SM satu masa dahulu? Oh Tidak! Yang pasti Tora, Ding Dang dan Jojo bukanlah Manusia biasa mahupun Hantu Setan Jembalang ye. Alahh...takkan korang tak ingat, natang Tora, Ding Dang ngan Jojo ni femes almos-diamore zaman kanak-kanak 90an dulu. Tak ingat jugak? Meh sini nak perkenalkan diorang sekor-sekor. Muehehehhee =D


 
 Nielah Tora, Pensel Beroda ngan Wisel cenonet kacang bersalut coklat die tuh.Muehehehe




 Yang nie lark Ding Dang, Kucing yang macam doraemon lari-lari kat atas kacang bersalut coklat sampai tak hengat nak balik rumah tuh. kehkehkeh.




The last one is Jojo, Cover depan dia ada tiga sekawan iaitu si zirafah gonjeng, si badak sumbu senget & si burung dodo yang nak tak nak je duduk.(Memandai je SM kan?Muehehehe.Ghasak!)



Ok dah kenalkan sapa Tora, Ding Dang & Jojo nie. Yang pasti Tiga sekawan nie ialah Toyboxs yang femes-almos di zaman era keanak-anakkan 90an dulu. Nie antara benda alah yang SM suka nak beli masa zaman tu. Kalau natang Tora ngan Ding Dang ni harga dia lebih kurang Sehengget lebih kut kalau tak silap. Kalau natang Jojo tu plak nak dekat dua hengget. Memang Kopak laa duit Ibunda & Ayahanda tercinta time tu kalau nak beli benda alah nie tiap-tiap hari.

TORA datang lagi!!! Masa tu Iklan ni memang Top laa time tu. Kalau keluar je iklan ni kat TV. Mesti meroyan kumpul duit sekolah nak beli natang Tora ni. Time tu, SM cuma nak mainan je, benda alah Kacang bersalut Coklat kat dalam kotak tu tak henginpun. Kekadang campak bagi Kucing makan je natang kacang bersalut coklat tuh. Dahhhh.... berkawan dengan Syaiton Nirrajimmm time tu! yelah, membazir! ish,ish,ish,ishh... =D

Nielaa benda alah kacang bersalut coklat Tora tuh



Time tu, sapa yang selalu beli benda alah Tora, Ding Dang ngan Jojo ni boleh dikategorikan sebagai orang senang jugaklah. mana tak senangnye, kalau sekotak nak dekat 2 Hengget tuh!

Antara ketiga-tiga Toyboxs ni, Jojolah yang paling best bagi SM. Mainan dia selalunya gempak-gempak jee. Ding Dang tu paling cikai yang SM pernah dapat pun Rantai je. Takpun, benda alah Sticker tu je. Agak bengang jugaklah kalau dapat mainan yang kita tak Target nak dapat. Nak-nak pulak kalau dapat getah ikat rambut!! Apa lagi, habis laa natang Ding Dang tu kena carut-barut oleh SM! padan muka ko Ding Dang!sapa suruh ko bagi aku getah ikat rambut!Muehehehe =D

Ding Dang & Tora!



Time tu, memang berazam laa..Kalo da besar nanti, dah ada duit nak beli natang Tora, Ding Dang ngan Jojo ni banyak-banyak. Azam hanya tinggal azam je lah sekarang ni, Nafsu untuk beli Tora, Ding Dang ngan Jojo ni hilang macam tu je. memangla, time tu masih di zaman hingusan lagi, sekarang ni da besar gedabak mengalahkan gedabak keretapi. nak beli Tora, Ding Dang ngan Jojo ape lagi . hahahahaha.

Tora Datang Lagi! Trademark iklan ni. Muehehehe =D


Sekarang ni tak tau laa plak, ada lagi ke tak ketiga-tiga Toyboxs ni. Selalu SM pergi kedai runcit pernah jumpa ngan Tora je. Ding Dang ngan Jojo tak pernah terserempak plak. Waaaa...ko ingat Ding Dang ngan Jojo tu kawan pak cik tiri sebelah nenek angkat ko nak terserempak bagai! Muahahahaha =D



Ding Dang, Tora & Jojo tidak dapat dipisahkan!kehkehkeh.


Yang pasti, Ketiga-tiga Toyboxs nie memang Legend laa zaman kanak-kanak 80an, 90an dedulu. Sampai mak ngan ayahpun pening kalau anak-anak mereka merengek-rengek macam mintak penampor nak beli natang Tora, Ding Dang ngan Jojo nie. Hahahaha.

Korang pernah tak terjebak dengan benda alah Tora, Ding Dang & Jojo ni masa kecik dulu-dulu? Ke SM sorang je yang meroyan dengan benda alah tiga sekawan ni? Hahahahaha. =D


K,BYE.


P/S:POKAI DUIT KALAU HARI-HARI ASYIK NAK BELI JOJO JE. JOYAH TAKDE KE?MUEHEHE. =D

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)