Kopi Kaw Kaw, Sapa Minum Kompom Berapi!

Masa SM duduk termenung sorang-sorang kat tepi jendela tadi sambil dok tengok burung Tiong dengan rakusnya berkicauan sesama sepupat-sepapat beliau. Terfikir sejenak, Daripada dok tengok burung Tiong tu bergelak sakan dengan kaum-kerabat beliau, baik hupdate blog, lagi berpakEdah. Sorry burung Tiong Gua dah bosan tengok Lu orang! Muahahaha. =D

Serius bosan setengah mati harinie, tu yang galak dok termenung sorang-sorang kat tepi tingkap sambil tengok burung Tiong tu. Apeke senak perut sangat tajuk Entry kat atas tu? nak tau senak ke tak perut korang tu, layan laa kartun tak semengah kat bawah ni. Kehkehkeh



Suatu pagi yang tersangatlah sengal.....















Korang jangan nak buang tebiat macam kartun kat atas ni dok letak panadol bagai dalam air kopi nak bagi sejuk ye. Kang tak pasal-pasal ada yang arwah kang. Muahahaha =D

Kalau nak tengok kartun yang SM create sebelum-sebelum nie, korang boleh tekan secara menggila macam gorilla dengan siku lentik korang tu Kat Sini. K,lah, nak pergi layan burung Tiong tu balik. Mana tau, boleh join berkicauan sekali dengan diorang secara berjemaah ke hape ke kan. Kehkehkehkeh.


BYE.


P/S: KARTUN DI ATAS TAKDAK KENA MENGENA LANGSUNG DENGAN YANG MASIH HIDUP MAHUPUN YANG SUDAH TIADA DI MUKA BUMI INI. -PEACE- .

Kalau suka boleh LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Kek Paling Seram & Ngeri Untuk Dimakan

Amaran Keras!!! Bagi sesapa yang tengah dok makan nasik or Cekodok Pisang mahupun Pengat Durian buat masa sekarang, diminta agar anda berhenti dengan serta-merta. Entry ini mungkin akan memuntahkan segala Santapan yang korang sentap santap itu tadi. Ibu mengandungpun tak sesuai kalau nak baca entry nie, kalau degil nak baca jugak, ok, let's go Mama Miah, dipersilakan! Kalau terberanak jangan nak salahkan SM. Muahahaha =D

OK, dah stop makan? Kalau dah, Jom kita ikuti kisah kek yang paling unik tahap hazab-hazabellah sekali untuk dimakan secara berjemaah. Kek yang unik dan Euwwyarkkk untuk dijamah nie dibuat oleh Gillian Bell. Menurut beliau, kek yang biasa dilihat dijual di kedai kek agak "membosankan" bagi beliau. Sebab tulah beliau mencipta kek yang lain dari yang lain.

Jom tengok gambar-gambar kek yang dibuat oleh Gillian Bell nie yang dikatanya lain dari yang lain tu, apa yang lainnya kan? Jom kita tengok secara bermuafakat membawa berkat gambar-gambar kek tersebut. Muehehehe *Sumber gambar, semua dicilok dari Google tercinta! Sayang Google pat ploh pat das!Nah Google ambik KISS maut nih! Muah Muah Muah! hahaha *Over





 Cupcake beliau yang unik & Seram. Mencanak dah bulu roma gebu SM nie. Pikir nam ratus nam ploh nam kali nak jamah. =P











Baik ngaku cepat, mata ngan telinga sapa kat dalam baldi nie?!







*Dialog di atas berbunyi sedemikian = Hai...nama kite Zaleha Haminah, yang sebelah kite ni nama dia Zahebah Halwazah. Cantik ke tidok..hehehe..Peace!! *Abaikan






Merahnya Mak Ngah! Mak Ngah sapa yang merah sangat nie? bhahaha =D





Achaner?? Ada berani nak tempah kek-kek nie untuk majlis keramaian mahupun majlis harijadi korang? Bagi sesapa yang suka keunikan dan nak lain dari yang lain, bolehlah korang tempah kek nie daripada Gillilan Bell. Tupun, kalau korang jumpa laa number telefon dia. Bhahahahaa =D

Menurut beliau(Gillian Bell) dia akan menyertai satu pameran di London untuk menyedarkan orang ramai mengenai pelbagai jenis penyakit. Di Pameran tersebut tema yang ingin dipersembahkan beliau ialah "Kek Yang Bertemakan Ketuat & Kudis", WTF!!!(What The Funny !!!). =D

K,lah, dah kembang-kuncup anak tekak dok tulis pasal entry nie. Rasa semacam dah nie..


K,BYE.


Kalau suka boleh LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)