Gadis Bermisai & Berjanggut Lebat

Agak menyedihkan, apabila seorang gadis bernama Nana In Da House! dari Beijing, China, berusia 16 tahun terpaksa berdepan dengan kehidupan yang paling sukar, kerana setiap anggota tubuhnya ditumbuhi bulu yang lebat seperti seorang lelaki. 

Nana sering menghabiskan masanya berkurung di dalam bilik, bagi mengelak daripada berjumpa dengan orang ramai.

Gambar-gambar beliau yang SM cilok baik punyer dari Google tercinta merangkap ayah angkat jiran sebelah rumah untuk tatapan korang. Untuk pengetahuan korang, nie bukan Nana Dj radio Era FM tu ye, Nie Nana lain. muehehehe =D





Inilah beliau Nana Nini Nunu




Nana menunjukkan kakinya yang berbulu lebat. Lawa plak selipar purple tu, beli kat mana eh Nana??.*Tetiba. kehkehkeh


Dialog ibu beliau lebih kurang camni: "Dah macam-macam ubat Makcik kasi kat Nana ni hah,  tapi bulu dia tetap degil nak tumbuh jugak. Achaner tu? huhuhu" *Abaikan. =D


Nana dikatakan menghidap sejenis penyakit ‘aplastic anemia’ iaitu tulang sum-sum beliau tidak berfungsi menghasilkan sel darah baru secukupnya. Jika tidak dirawat dengan segera, doktor mengesahkan beliau boleh mati. Bukan main susah nak sebut ‘aplastic anemia’ tu.

Selepas memakan ubat untuk merawat penyakit ‘aplastic anemia’ tu, keadaan fizikal beliau mula berubah dengan begitu rakus sekali. Jambang dan misai beliau mula tumbuh di permukaan mukanya yang gebus itu, sementara kaki dan ketiaknya pula dilitupi dengan bulu yang begitu lebat sekali.

"Setiap hari, Nana menangis ingin ke sekolah", Kata ibunya. Beliau terpaksa berhenti sekolah kerana keadaan fizikalnya itu. Yang membuatkan beliau lebih 'fed-up' mahu ke sekolah, pelajar-pelajar lain sering mengejeknya dengan gelaran 'Gorila jadian'. Kuwang hajo betul korang ye, meh sini aku nak sekeh sekor-sekor sapa yang dok ejek Nana tu. =D

Sekian sahaja untuk berita sensasi celop tepung kuah sambal harinie, kita kembali ke Sri Pentas bersama rakan setugas saya Cik Senah merangkap bakal bini Senayan! Sekian terima kasih. Muehehehe.


K,BYE.


P/S: KUATKAN SEMANGAT YE NANA! *EH LUPA, NANA MANA PAHAM BAHASA MELAYU. GI JELAH TERJEMAH SENDIRI KAT 'GOOGLE TRANSLETE' YE NANA. KEHKEHKEHKEH =D

Kalau suka boleh LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Happy Birthday Dear! ;)


Sorry adik, sebab abang tak sempat nak sambut birthday sekali haritu ngan ko. mana nak nyempatnya, biasalah abang ko nikan asyik sibuk je memanjang. VVIP laa katakan! Kahkahkah =D

Rupa-rupanya, dah besar panjang dah adik aku sorang ni, sedar tak sedar umur dah masuk Lima ratus belas tahun dah. Mujurlah ko tak ikut jejak langkah tumbesaran abang ko ni, bukannya besar memanjang, tapi besar melebar. Mujur ko besar memanjang! hahahaha

 Candidate PMR 2012!


Kadang-kadang mulut abang ko nie bising mengalahkan ayam jantan betina bertelur sebijik riuh sekampung sikit. Kekadang tu, ko terpaksa mentulikan telinga sebab tak nak hadap aku berleter pat ploh pat jam. Nasib laa, ko dapat abang penyayang & sengal macam nie kan adik kan?  muehehehe

Sebab tak nak ko merajuk, Bear Beruang yang ditempah khas dari Korea abang sayang ko ni tempah khas untuk ko sorang je! Korang boleh tengok jelah, kalau korangpun nak jugak, kena laa tunggu birthday memasing ok. Tupun kalau SM naik pangkat jadi bos dululah. Mana laa nak cekau duit bebanyak camtu, kalau nak bagi sorang-sorang, makan Kuaci Char Cher laa SM tiap-tiap hari alamatnya. kehkehkehkeh








Owner kedai tu cakap, Bear nie dari Korea sebab bulu dia gebus macam Sugus, tak tahulah SM tentang bear-bear ni semua. SM pakai beli je, agak tragis jugaklah harga sekor beruang Kutub ni. Nak dekat dua ratus woooo. Adik sayang punya pasal, Ok je. Muahahaha T_T



Lepas dapat je Bear ni, terus dia bawak masuk dalam bilik, sambil lompat-lompat kat atas katil empuk beliau. Suke letew. kehkehkeh


Semoga panjang umur & mendapat result PMR gempak-gempak nanti! Walaupun dah nak dekat 2 minggu lebih dah birthday ko. Aku tetap nak wish Sanah Helwah Ya Akhi! atau dalam erti melayunya Selamat Menyambut Hari Lahir wahai Adikku!hahaha

Ok terpaksa berhenti secara mengejut untuk tulis entry, sebab perut dah memulas-mulas macam nak beranak kembar seploh dah nie! Untuk melepaskan hajat yang sudah berkurun lamanya tertangguh! Jumpa lagi Next entry yaw! Muahahaha *Sengal =D


K,BYE.


Kalau suka boleh LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)