Rozita Che Wan Ada Kembar Dari Lubnan?! Biar betik??!!


Perghh!! Tiba-tiba rasa macam tak bernafas SM bawak keluar kenyataan sebegini rupa. Tersilap info kang, x memasal Cik Ta saman SM! No! No! No! Kalau Cik Ta saman, I tarik balik kang kontrak U untuk berlakon dalam filem baru I tu, "Kerepek Ubi Cik Kiah Meletop!". Kehkehkeh. Ni bukan bergurau nama dia, ni gurau nak mintak pelempang! Kalau lempeng tak pa lagi! Peace Che Ta! Muahahaha =D

Ye ke Che Ta ada kembar kut belah Lubnan sana tu? Orang Arab plak tu? Ke Rozita Chef Cek Wan ada kacukkan darah belah-belah sana? Ke Rozita Che Wan pernah menatap kat sana dulu?? Oh My Karipap Sardin betul la!! Soalan mengalahkan wartawan Mangga! Tak mau ceqita banyak, Meh secara berjemaah kita tatap gambar kembar Che Ta ni. Betul ke kembar beliau?! Cer tengok gambar kembar beliau kat bawah ni ... Jeng! Jeng! Jeng!!!








Kembar Che Ta???






Amacam? Sama tak? Ada la kan iras sikit-sikit, Sebenarnya nama dia Haifa Wehbee penyanyi dari negara padang pasir, Lubnan. Kalau Zain Saidin tengok gambar akak Haifa Wehbee ni kan? Kompom menyesal tak henggat punya! Asal nak menyesal tak henggat plak kan? Ohhh!! No Komen! Kehkehkeh..

Sapa yang lagi lawa? Che Ta ka? Kembaq tak seiras beliau ni? Lagu-lagu Haifa Wehbee ni best-best la jugak. SM selalu gak laa layan lagu-lagu beliau. Kalau korang pun nak layan jugak, korang hentak-hentak macam ayam tak dapat dedak pat ploh nam hari kat SINI. Video dia memang seksi sikit laa, sapa yang tahap keimanan dia lemah tu, tak payah la nengok. Nak tengok jugak? Lantak korang la... Ops! terkasaq sikit. Tak mo sentap-sentap, nak sentap balik rumah makan roti tiger! Kompom lari macam Tiger yang kat dalam iklan tu! Muahahaha =D

Nak pegi santap Lepat liat jap! Ada masa bertemu lagi.. Perghhhhhhhh!! macam pengacara Wanita Hari Ini doh! Muahahahaha =D

K, Chaw!!

Kalau suka boleh Lah LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Hantu-Hantu Yang Femes Kat Malaysia

Perhatian! Perhatian! & Perhatian!  Kepada para ibu yang sedang mengandung mahupun yang nak terberanak dalam beberapa saat lagi tu, harap jangan meroyan nak baca entry kat bawah nie. Dikhuatiri, akan memudaratkan kesihatan anda. Kanak-kanak di bawah umur 13 tahun dan kebawah perlu bimbingan orang dewasa, kalau ngada-ngada jugak nak baca entry nie. Sebab entry ini sedikit sebanyak ada effect terkezut-kezut secara tidak disangka-sangka. Harap maklum.

Bagi yang degil tahap hazabedah nak baca jugak tu, mintak sesangat korang sediakan surah yasin ke hape ke kat tepi tu ye, takut tak sempat nak mengucap plak kang. Muehehehehe.

Tak de lah, gimik je lebih kat atas tu. Saja nak kasi korang cuak-muak sikit. Kehkehkeh. Korang pernah tak search kat google? Senarai hantu-hantu yang femes amous kat Malaysia ni? SM kalau bosan ni lah kerjanye. Macam-macam keyword dok try search kat sepupuku google ni ha. Tak ada kerja nak buat, tu yang sibuk menjahanamkan diri dok search benda-benda alah ni semua.

Nak tahu, hantu apa yang femes kat Malaysia ni bila SM search kat google tadi? Nielah antara yang terkeluar kat google bila SM search. Bila search benda-benda alah ni kat google. Teringat plak time kecik-kecik konyek dedulu, cerita-ceritut tentang latar belakang hantu-hantu ni semua. Ingat-ingat balik, memang tak leh blah batu belah batu bertangkup betul.

Selalunya sepupu-sepapat SM ah selalu dok citer pasal hantu-hantu ni semua time SM kecik-kecik konyek dulu. Tersedak ‘Uhuk! Uhuk!’  bila teringat balik apa yang diorang citer! Muehehehe =D




1)Hantu Pocong/Bungkus

Memang amat terkenal dengan badan beliau yang dibalut rapi dengan kain kapan yang berwarna putih, bersih serta suci & murni macam minyak masak murni tu. Kebolehan beliau jugak boleh mengguling-guling macam tenggiling kalau terserempak dengan orang. Kalau nak tau beliau ni boleh guling-guling ke tidak. Try la pergi jumpa dengan beliau. Tempat bermastautin beliau? Opkos laa kat tanah perkuburan.

2)Hantu Raya

 
Keluar time hari raya je. Tak kiralah hari raya aidilfitri yang mulia ker, hari raya aidil adha ke, hari raya cina ke, krismas ke, memang beliau suka keluar time-time hari raya. Hobi beliau suka kumpul koleksi bunga-bunga raya yang bersepah di tanam kat halaman rumah. Kalau korang tengok bunga raya kat halaman rumah korang berkurang. Kerja beliau lah tu! Orang tua dulu-dulu ada jugak bela beliau untuk jaga kampung. Kalau tak silap la.

3)Toyol

 
Perghhh! Dedulu kalau balik kampung je tidur ramai-ramai dengan sepupu-sepapat kat ruang tamu tu, memang tak habis-habis dok cerita pasal toyol ni. Yang tak leh blah tu, time-time pukul 2, 3 pagi dok sibuk cerita pasal toyol-toyol ni semua. Tengah sibuk kitorang dok syiok bercerita pasal benda alah toyol ni, Opah SM datang. Korang tahu apa beliau cakap kat kitaorang? “Eh, kenapa tak tidur lagi ni? Kang tak pepasal ibu jari memasing lebam kang, kena lahap dek toyol tu.” Time tu apa lagi, menggelabah tak henggat laa cari selimut memasing nak tutup kaki. Memang taktik paling berkesan yang opah SM selalu guna kalau kitaorang tak tidor! Muehehehe

4)Pontianak

Lebih kurang macam dalam cerita ‘Pontianak Harum Sundal Malam’ yang Maya Karin berlakon tu. Lebih kurang camtu laa watak beliau(Pontianak). Benda alah Pontianak nie tak dak kena mengena dengan perempuan-perempuan yang kat lorong-lorong gelap tu ye. Yang tu sundal lain. Benda alah potianak nie lebih kurang cam perempuan mati beranak sulong kalau tak silap. Lebih kurang camtu lah.

5)Nenek kebayan

Ntah. Tak tahu sangat pasal nenek kebayan ni semua. Kalau tak silap SM badan dia bongkok kot. Ke sama dengan ahli sihir yang terbang-terbang dengan penyapu lidi tu? Ntah la. Yang naik-naik penyapu lidi tu, selalu ah tengok kat sinetron dongeng Indonesia kat TV3 tu, yang benda alah dunia khayalan dunia impian kejadah semua tu. Seyes akanku tukar ke chanel lain kalau ada citer tu! Tak habis-habis nak berkhayal. Muehehehe

6) Penanggal/Balan-balan

Suka nak tinggalkan badan beliau sesuka hati kat rumah. Pastu, kepala beliau sibuk dok cari darah perempuan mati beranak sulong. Kelemahan beliau? Tutup badan beliau dengan kain batik ke kain pelikat oh la la la ke hape ke kan. Kompom beliau(penanggal) bengang punyer. Kehkehkeh =D

7)Orang Minyak

Hantu paling best laa yang SM boleh cakap. Mana tak bestnye, asyik nak rogol orang je kerja. Cita-cita beliau nak tau amende? Opkos laa merogol gadis-gadis sunti sebanyak yang mungkin. Orang minyak ni, orang sebenarnya, bukanya hantu pun. Cuma ilmu beliau sahaja yang membuatkan beliau terpaksa menjadi hantu. Kat kampung memang femes ah dulu citer pasal orang-orang minyak ni semua. Nasib baik beliau(orang minyak) tak datang nak rogol SM. Kalau tak, memang silap haribulan laa beliau! Hohohoho

8)Hantu Makan

Memang semakin menular hantu ni kat Malaysia. Kat mana-manapun memang makin banyak benda alah hantu ni. Kalau asyik dok suap je kerja, memanglah tak dapat den nak nolong. So, hati-hati dengan hantu ni, jangan sampai terjebak. Kalau dah terjebak memang susah nak rawat. Alamatnya duduk kat Wad Bahagia lah jawabnya kalau korang bela hantu nie. Kehkehkeh =D


K, BYE.

Kalau suka boleh lah LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)