Tiba-tiba buat entry pasal Heliza Helmi ni? Dah kenapa dengan aku? Meroyan kat Heliza Helmi kah? No, no, no! Sebenarnya dah berkurun lamanya aku dok kompius dengan Si Heliza ni. Nak bagitau kang, cakap aku gila merojak plak kang. Nak bagitau ke tak nak? Nak bagitau ke tak nak? Nak bagitau ke tak nak?. Alah... segan laa. Bagitau jelah. Hikhikhik(Sambil gelak-gelak gedik nak mampus!)
"Hai... Heliza Helmi, Sebenarnya saya dah lama suka kat awak! Cuma, awak je tak pernah perasan saya selama nie. ehekkk. *sambil senyum-senyum badak air mintak tisu ;D"
Pang!!! Tertampar pipi sendiri sampai melekat kat dinding Bas Rapid KL pat ratus pat ploh pat das! Hoi! Dah kenapa dengan kau SM? Nak meninggal sambil makan selipar Vietnam buat statement budget sedemikian. Kang tak memasal Pihak Media Prima datang menyerkap jarang kau kang! Muahahaha
Wo! Wo! Wo! Releks brader-brader di luar sana. Sebenarnya tak ada makna aku nak buat statement sedemikian rupa. Aku masih waras walaupun roomate aku balik kampung selama seminggu seterusnya bosan macam orang gila duduk hostel sorang-sorang!(tak dak kena mengena).
Sebenarnya macamni, korang tak rasa hairan & pelik ke kenapa dengan mata Si Heliza Helmi ni besar sebesar alam? Ke memang mata beliau secara natural beautynya besar sedemikian rupa? Ataupun mata Heliza Helmi ni dilahirkan cantik dan besar? Ataupun mata beliau memang cantik? Ataupun memang beliau dilahirkan cantik macam tu? Arghhh!!! jahanam otak aku nak fikir dengan kebesaran mata si Heliza Helmi ni! Muahahaha =D
Macam cantik jer, macam cantik jer, macam comel jer mata Shasha?
See? Besar nak meninggal gila kut mata beliau. Aku rasa Heliza ni pakai contact lens je kut. Tapi tak tau la kalau mata beliau memang dilahirkan semula jadi besar macam tu. Omeyyy angatttt!!! *Dah kenapa dengan aku? Muahahah =D
Sejak dua menjak ni ramai pulak member-member perempuan aku dok pakai contact lens big eye ni pergi kuliah. Lepas tu, bila tengok aku, semua nak buat muka budget comel je masing-masing. Antara dialog diorang:
DIALOG
SM: Oiiii... Rogayah(bukan nama sebenaw), besaw naww mata kaw pagi ni? Kau tertelan ubat gegat ke yang mata kau tiba-tiba besaww semacam je ni?
Rogayah(bukan nama sebenar): Kauuuuuuuuuu! mana ada, aku guna mata Heliza Helmi la ni. hehehe *sambil bukak tutup, bukak tutup kelopak mata beliau macam cicak tokek nak mengawan.
SM: ???? (Apa masalah kau nak kena mention dengan mata Heliza Helmi plak ni Gayah!!!!)*sambil bermonolog dalaman macam nak cekik Rogayah tersebut sampai berbuih mulut beliau sebab keluarkan statement sedemikian rupa!
Bila aku tengok je muka kawan aku si Rogayah tu. Mesti aku teringat kat si Heliza helmi ni. Mata beliau besar lebih kurang macam gambar kat atas ni ah. Bukan macam gambar yang Heliza Helmi tengah pegang tu. Dah kenapa pulak kawan aku nak jadi macam tu tiba-tiba? Kehkehkeh
Rupa-rupanya besar betul pengaruh mata bulat Heliza Helmi ni kat Uni aku sebenarnya. Lepas tu siap ada promotion big eye contact lens lagi tu kat Uni aku ni. Cuma, nak tak nak je kau sanggup nak beli ke tak. Kau toleh je lah kiri, kanan, depan, belakang, semua mata nak besar gedabak je masing-masing. Tapi, lantak koranglah nak mata besar gedabak macamana sekalipun, janji tak kacau hidup aku sudah! Muahahaha
Sebenarnya, sampai sekarang aku masih kompius lagi dengan mata Heliza Helmi ni. Betul ke mata beliau memang besar gedabak macam tu. Ke semata-mata hanya contact lens sahaja??? Kalau betul-betul besar macam tu, memang untung laa beliau sebab dapat mata yang menawan sedemikian rupa. Kalau hanya pakai contact lens je, nak laa jugak tengok mata real Heliza Helmi yang sebenar. Kan? kan? kan? =D
Apa-apapun Heliza Helmi tetap cun dan comel lah! tak ada sapa yang boleh lawan dengan kecomelan beliau!!! Dah kenapa dengan aku hari nie? Menggeletisssss semacam jer? kehkehkeh
P/S: Sesak nafas Heliza Helmi, kalau beliau terjumpa & terbaca pos sengal menggelebah tak tentu pasal ni. Muahahaha =D
Sebelum tu, mintak tolong klik sini, sini & sini . Sekian Terima kasut =D
P/S: Sesak nafas Heliza Helmi, kalau beliau terjumpa & terbaca pos sengal menggelebah tak tentu pasal ni. Muahahaha =D
Sebelum tu, mintak tolong klik sini, sini & sini . Sekian Terima kasut =D
BYE.
Basuh pinggan dengan Sunlight, kalau suka boleh lah mengeLIKE =D














