Resepi Laksa Nenek Moyang Kembali Ke Zaman Silam


Tajuk entry tak da sangkut-pautpun dengan nenek moyang SM atau nenek moyang sesapa jelah. Muehehe. Yang pasti harinie, mood nak makan nasi kangkang memang ke laut. Tu yang KERAH mak SM suruh buat Laksa tuh. Hambek ko, kerah! Durhaka  punya anak!ko hengat mak ko hamba adabi abdi ko nak kerah bagai? hambek, setepek kena!hahahaha. Sebenarnya, saja je suruh mama SM buat laksa harinie, Almaklumlaahh...mood nak diet makin berleluasa sekarang ni, kan?PANG! Lempang pat ploh pat das, tak pernah-pernah gua pangil "mama" kat mak gua. Muehehehe =D

Ok, sebelum nie, SM ada gak story-mory tentang laksa kat Entry nie. laksa tu memang terbaik dari ladang buah kurma Yusof Taiyob(sambil cakap bisik-bisik,macam iklan tu). Tak caya? Cer laa pi tekan  SINI tengok, meleleh ke tidok air liur tu. Kehkehkeh.

Pada pengamatan SM laa kan, nak buat laksa ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi gak laa..lepas satu-satu nak kena buat, mana nak rebus ikan lagi, nak kopek isi ikan tu lagi nak kena asingkan daripada tulang-belulang beliau, macam-macam lagilah! Sama macam SM buat Kuih Siput dulu kat Entry Nie, Perghh!! Menguji keimanan betul. Pergilah tengok entry Kuih Siput tu, Seksa WOooo nak buat!

Bahan-bahan beliau :
  • Ikan kembung ( sekilo), Cili kering 10 tangkai, cili api 10 biji (boleh tambah lagi jika mau pedas ya amat!), dua inci belacan(ukur bebetul.muehehe), bawang besar 3 biji, bawang kecik 10 biji, Bunga kantan 3 kuntum, daun kesum seikat. Asam keping (ikot tahap kemasaman disukai), gula, garam,
  • Bahan hiasan: timun, cili besar, bawang dihiris, nenas, limau kasturi, fishcake.
  • Mee laksa kering/ basah

Mula-mula, asingkan isi Ikan tu dulu dari tulang-belulang ikan tersebut. Tak kisah nak guna ikan apapun, janji ikan.betul ke? Kang Berbuih plak mulut anak orang kang. yang pasti jangan guna ikan belacak sudeehh. Lain pulak jadi laksanya nanti.Muehehehe.(SM tengok mak SM guna ikan Termenung kut. betul ke tidok?kehkehkeh)



Tulang-belulang nie, buang jauh-jauh! Campak beliau bagi Lembu gila makan! hahahaha, tapi setengah orang tu ada gak yang blend sekali tulang-belulang ni, terpulang pada nafsu makan Inovatif memasing la. Muehehehe =D



Pastu perah Santan Manis lebih kurang dalam sebijik laa.. Gamak yang suka kuah lagi berlomak, boleh letak dalam Seploh bijik camtu ker. Cukup? Muehehehe. =D
Tangan mama gua yang putih-gebus tu..Putih ke? kehkehkeh..Marah mama gua kalau baca blog ni, kehkehkeh. *macam best plak dok panggil Mama-mama nie, macam anak Puan Seri giteuww..=P Hohohoho. *Sengal



Pastu tapis laa santan tu..jangan masuk sekali hampeh hampas dia pulak. Kang terhampas plak laksa tu kang. =D



Masukkan isi ikan yang dikopek tadi tu, untuk diblend tanpa ada rasa belas kasihan mahupun simpati. padan muka ko isi ikan! tak pepasal je ko kena kisar! Kahkahkahkah *gelak Jin =D



Pastwo, three, four, five, six, seven, eight...Tapis laa isi ikan tu. Yang nie, mak SM kisar dengan udang batu sekali kut kalau tak silap. fungsi Udang tu, nak kasi kuah Laksa tu Ummpphh & Wallahweihhh lagi... hahaha =D



Campurkan adunan kuah isi ikan yang diblend,Santan yang diperah dengan rakusnya serta cili kering yang dikisar itu tadi ke dalam periuk dan masukkan bunga kantan.



Telur rebus, daun sup, cili padi, bawang merah, timun serta sayur-sayuran lain untuk memperhebatkan lagi rasa Laksa tersebut!Ohyeh...*Over. Muehehehe =D






Secara Rasmi dan Offfficialnya, siap jugak Laksa Resepi Nenek Moyang Kembali ke Zaman Silam ni(nama bukan main meroyan lagi. Muehehehe).


Niat tak nak makan nasi, akhirnya tergendala begitu saja, secara tiba-tiba dan begitu mendadak sekali perut SM macam mintak pelempang jee nak makan nasi plak. Nafsu makan yang rakus tahap kerbau gila mengamuk memang tidak dinafikan sejak azali lagi. Nak tak nak, terpaksa laa bertungkus-lumus buat nasi goreng pulak lepas tu. Hambek ko, DOUBLE MAKAN! Hahahaha.

Yang pasti, misi nak makan laksa tercapai jugak, mengalahkan selera mengidam orang mengandung  anak kembar seploh! Nan Hado jelah semangat nak diet. Hahaha.


K,BYE.



P/S: LAKSA OH LAKSA, KENAPA AKU SUKAK GILAK KAT KO!!! MUEHEHEHE =D

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Gadis Ukraine Ubah Penampilan Diri Jadi Karakter Kartun Animasi Jepun!

Kerana minat dan ingin nampak santek & Menawan di khalayak ramai! Gadis Ukraine dari Kiev ini, sanggup memperabiskan duit beliau untuk mengubah dirinya menjadi karakter Kartun Animasi yang digemari beliau. Anastasiya Shpagina atau nama gelaran jepunnya Fukkacumi(Bukan main Vogue lagi nama ko ye!Muehehehe). =D

Gadis yang berusia 19 tahun ini bertungkus-lumus melangsingkan badannya kepada 38Kilogram untuk memastikan dirinya menjadi Karakter animasi kartun hidup tersebut. Korang sanggup? Meh sini nak tunjuk gambar-gambar beliau yang dicilok dari Tuan Besar Google yang disayangi Kaw Kaw punya. kehkehkeh.




















Gambar beliau sebelum & selepas di makeup menjadi kartun.

Achaner? Korang ada berminat jugak ke nak jadi macam beliau?Muehehehe. Menurut sumber, beliau menghabiskan masanya selama 30 minit sehari untuk makeup matanya menjadi lebih bersinar-sinar dan begermelapan seperti Kartun Animasi kegemaran beliau. Dakota Rose atau Kota Koto dari Amerika Syarikat menggelar beliau sebagai ‘Barbie hidup’ kerana matanya yang besar dan tubuhnya yang genit & lincah gitew.

Lepas nie SM nak ikut jejak kasih langkah beliau jugaklah, untuk jadi DORAEMON kartun kegemaran SM sejak pakai lampin Pet Pet lagi. boleh?? Bhahaha =D. Ang Ang! Top Te moda e suki DORAEMON! Sekian saja berita untuk jam 2 pagi pada hari ini, saya selaku President Santan Manis semalaya melaporkan untuk berita terkini. Sekian terima kasih, kita kembali ke Sri Pentas dengan rakan setugas saya iaitu Cik Mah a.k.a Cik Senah Sapron merangkap Tokeh udang kering frozen Kundasang, Sabah! Muehehehehe.


K,BYE.


P/S: LEPAS NI TERSIAR PLAK LAA DALAM BERITA, "SEORANG JEJAKA MALAYSIA UBAH DIRI JADI KARAKTER ANIMASI JEPUN DORAEMON ANG ANG ANG". KEHKEHKEH =D

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)