Tips Serta Cara Paling Mujarab & Berkesan Untuk Menghilangkan Parut Jerawat Di Muka Sehingga Menjadi Sesuci Lebaran!

Holaweih punya tajuk! Panjang tahap nak meninggal batu belah batu bertangkop betul! S.M, bab-bab nak letak tajuk memang failed! Muahahha. =D 

Entry kali ni pasal masalah parut kat muka. Bukan perempuan je yang perlu jaga kecantikkan sekarang ni, lelakipun perlu jaga juga. Sejak dua menjak ni, jerawat makin bermaharajalela nak beranak pinak kat muka SM ni. Dah la beranak-pinak, tinggal jejak tak berperikemanusiaan plak tu. Sakit hati!(bak kata Roopie cecupak) Muehehehe.

Comel tak Kak Ton? Comel tak??  Muehehehe

Hasil pertanyaan dan survey daripada rakan-rakan blogger yang bergelar "Ummi" SM. Dapatlah sedikit tips daripada diorang achaner nak hilangkan parut jerawat tu kat muka. Nak beli produk-produk kosmestik kat luar yang berlambak tu, memanglah den tak mampu. Den kan student. So, cara tradisionalpun ok apa. Suka nawww benda-benda murah dan free kan? Muahahaha =D

Antara tips-tips yang boleh diguna pakai untuk menghilangkan parut jerawat :-



1) Hampas Teh Uncang - Mula-mula sekali, rendam seuncang teh yang korang selalu minum tukan. Tak kiralah jenama apapun. Boh ke, Lipton ke, Seng Heng ke, ikut la. Janji uncang teh. Tapi boleh je kalau nak guna yang serbuk teh biasa punya tu. Sama je dia punya function. Lepas dah rendam uncang teh tu, korang koyak dia punya uncang tu dan sapu kat muka. hasilnya muka kita akan nampak macam shine-shine sikit masa proses pengetihan kat muka tu. Oh bahasa apakah ini? Muahahaha

2) Nasi sejuk ataupun nasi lembik - Ok. sebelum nak buat facial nasi sejuk ni. Make sure, sila pesan kepada ibunda masing-masing untuk simpan sedikit nasi dalam periuk tu. Kang habis nasi kat dalam periuk tu frust menonggeng plak kang masing-masing. Muahahaha. Ambik nasik sejuk dalam periuk nasi korang tu, rendam nasi tersebut dengan air suam. Jangan rendam dengar air coke plak. kang tak memasal bergas plak muka tu kang! Kehkehkeh. Lepas tu, basuh muka korang dengan air rendaman nasi tersebut. Biar sampai kering air tu. baru cuci dengan pencuci muka. Insyaallah akan nampak hasil. =)




3) Air Kelapa - Minum je air kelapa banyak-banyak. Air kelapa ni bagus untuk kulit jugak. Sebab dia akan mengeluarkan asid dalam badan kita serta cepat memulihkan sel-sel mati. Sekaligus menghilangkan parut yang ada. Perghh! hujah mengalahkan saintist Nusantara! Muahahaha =D





4) Serbuk Kulit Kayu Manis - Ini pun bagus jugak. Cara dia, ambik kulit kayu manis tu. Tumbuk sampai lumat ataupun lunyai. Jangan pergi ambik bunga cengkih plak. kang tak memasal menyengkih plak muka tu kang! Kehkehkeh. Ok, lepas dah siap tumbuk sampai jadi serbuk, korang campur dengan air dan sapu kat parut. Amalkan sekerap yang mungkin. Perlahan-lahan akan nampak hasilnya. =)




5) Pucuk Daun Jambu Batu - Yang nipun dia punya cara lebih kurang macam kulit kayu manis jugak. Ambik segerombolan pucuk daun jambu tersebut. Lepas tu tumbuk sampai lumat dan sapukan kat muka. Kalau nak lagi mujarab, campur pucuk daun jambu batu tersebut dengan bedak sejuk opah korang. Lagi layan! bila pakai je, berangin je muka korang macam duduk dekat Cameron Highlands. Muahahaha =D





6) Buah-buahan - Buah kan baik untuk kesihatan. So, makanlah buah banyak-banyak untuk menggebuskan lagi kulit masing-masing macam Kak Ton. Comel tak Kak Ton??!! Muehehehe =D
 

Untuk sesiapa yang nak cuba tu, boleh lah try. Insyaallah berkesan. Tu jelah kot tips SM untuk kali ni. Sebelum tu, Apesal SM meroyan sangat dengan trademark Kak Ton? Adakah Kak Ton tersangatlah comel?! Korang rasa? =D

Untuk tidak menghampakan peminat Kak Ton di luar sana, dan ingin menjadi gebu dan vogue seperti Kak Ton. Sila lah hentak kuat-kuat gambar Kak Ton kat bawah ni dengan jejari runcing korang tu untuk mendapatkan produk Kak Ton!  Pergh!!! Siap promote produk Kak Ton lagi Hokey! Kompem dapat produk percuma dari Kak Ton lepas ni. Kan Kak Ton Kan? Kan? Kan? Muehehehe
Comel tak kak Ton? Comel Tak??(Berhantu sangat trademark Kak Ton ok!) Peace Kak Ton!  Muahahaha =D


K, BYE.

P/S : Kak Ton, Sila lah bagi produk percuma kalau kita bersua muka. Sekali lagi, Kak Ton memang COMEL! Mak Aiii! Agak-agak laa kalau nak kipas Helikopterpun! Muahahaha =D


Kalau suka boleh lah LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Sentap-Menyentap Suami Isteri Yang Melampau Tahap Gaban!

Hari tu, Cik Senah Megan Fox ada tanya SM. Apesal blog lama tak update? Bukan tak nak update cik Senah Megan Fox ooii.. Al-maklumlah, sayakan Menteri kewangan di rumah sepenuh masa, tu yang sibuk tahap nak meninggal tu Cik Senah Megan Fox ooiii! kehkehkeh. Pang!!!!! Terus terkangkang kena lempang dengan cik Senah Megan Fox di khalayak umum sambil menggelupurr kesakitan! Muahahaha =D

Achaner korang? Sihatkah di sana? Harap-harap sihat sejahtera sentosa seadanyalah semua ye. Sudah makan atau belum? Pergh!!!! Terasa sangat diriku seperti cikgu Bahasa Melayu yang penuh bertatabahasa dan lembut berbicara! Hahahaha. *Abaikan.

Sebenarnya, lama jugak SM tak create kartun dan tak bukak blog merapu nie. Dek kerana roh kerajinan yang tiba-tiba sahaja merasuk diri. Ter'create'lah sudah kartun kat bawah ni hah. Kepada sesiapa yang sudah berumah tangga mahupun berumah escalator jangan sesekali dok buat perangai cenggini kat bini mahupun laki korang! Kang tak memasal tong gas melekat kat kepala kang! Kehkehkeh. Jom layan secara berjemaah kartun kat bawah ni, sambil spare kuaci cap Char Cher kat dalam pinggan untuk bahan santapan!



Pada suatu tengahari gajah yang mendamaikan lagi menceriakan minda...


















So, janganlah nak buat  perangai yang tak berapa nak senonoh macam kat atas ni ye, kang tak memasal makan kaki dengan suami/isteri kang masing-masing. kehekkehkeh =D

Eh, sebelum tu, sesapa yang dapat masuk U untuk intake bulan 9 nie, tahniah la dari SM ye! Kalau dapat kat UKM tu, kalau jumpa dengan SM jangan nak membongkak tak tentu pasal plak! Kang aku cepuk dengan batang pisang gajah kang! Muahahhaha.. Dan Selamat menyambut hari merdeka jugak buat sahabat handai dan kaum seblogging yang mengenali diriku yang kuat merapu ini. Andai terkasar bahasa dan bicara, maafkan tuan hamba ye. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Kehkehkeh. Tak menyempat-nyempat nak sambut MERDEKA!!! =D

BYE.


Kalau suka boleh lah LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)