Bebudak Baik =)

Ice Blended Cappichinoberry Three Layers


"Mat Kool! Mat Kool! Kawanku, Mari Kita Ikut, Mat Kool, Main-main Selalu! Syoknya-Syoknya Ada Mat Kool!" Berdesing je telinga dengar lagu Ais Krim Mat Kool lalu depan rumah tadi. Jerit punya laa kuat kat Pak Cik India yang bawak motor Jual Ais Krim Mat Kool tu, dia buat dekkk jeee. Uisshh...terus Meroyan macam baru lepas pantang tak dapat nak beli Ais Krim Mat Kool!(T_T) (kalah bebudak Tadika x dapat ais krim).

Ais Krim Mat Kool tak dapat nak beli, Pikir punya pikir, timbullah idea nak try buat benda alah Ice Cream Blended Cappicinoberry!(Cappichino+Strawberry). Macam gambar kat atas tu. Mak Aii...nama tak boleh belah batu bertangkup betul. Nak tau jadi ke tak, Meh ikut SM, kita buat sepah kat dapur! Muehehehee.

Nak buat Benda alah Ice blended Cappichinoberry nie, tak adalah susah sangat. Bahan-bahan dia senang nak dapat kat semua Pasaraya kat Malaysia ni. Korang pergi jelah, Giant ke, Tesco ke, EON ke, mana-mana pasaraya jelah, Jangan pergi kat Nagoya pulak cari benda alah bahan-bahan nak buat Ice Blended ni. Tu tempat orang jual kain, Cik Bedah Hoi! hahahaha =D


Cara-cara nak buat:

@Korang sediakan Pati Jus Strawberry, Serbuk Perasa Cappichino, Nescafee sikit kalau nak kasi Ump lagi, Susu Pekat/Tepung, segenggam sedikit Gula & Real Dairy Cream, untuk buat Topping Ice Blended. Kalau tak suka perasa Cappichino tu, nak gantikan dengan Milo ke, Oren ke, boleh je. Ikut citarasa anak tekak memasing la. Lupa nak bagitau, satu lagi sediakan Mesin Blendlah, untuk kisar benda alah nie semua. Tak ada mesin ice blended tu? Alahhh...guna je mesin Cili Mak korang tu, makesure, basuh betul-betul dulu la mesin tu, kang tak pasal-pasal lain pulak rasa ice blended korang tu. Semerbak je bau Cili Kering kang.Muehehehee =D


@Benda Alah Kat bawah nie, Untuk buat hiasan nak kasi meriah sikit. Kalau nak letak Kismispun boleh jugak. Ikutlah, jangan pergi hentam letak Tompoyak sudeeh! Kang, lain pulak jadinya. Hahahahaha.



@Mula-mula, korang bancuh Pati Strawberry dengan gula dan Susu Pekat/Tepung. Jangan Taruk Air banyak sangat. Air tu korang taruk lebih kurang, macam nak tak nak je taruk. agak-agak la. Jangan pekat sangat jangan cair sangat. Susah nak bagitau macamana.Pandai-pandai agaklah ye. Achaner tu? =D


@Bancuh lebih kurang macam gambar kat bawah ni. Gula jangan letak banyak sangat, sebab da letak susu tadikan. Tak nak manis-manis sangat, kang ke Spital la jawabnya kang, kencing Manis!



@Pastu, taruk Ais kat dalam Balang Mesin Blend tu, masukkan Pati Strawberry yang dah siap bancuh tu, masuk setengah je pati strawberry tu, macam gambar kat bawah nie.



@Lepas kisar tu, jadi la macam nie. menjejer-jejer buih tu hah. =D


@Pastu, masukkan separuh je Jus Pati Strawberry tu kat dalam Cup. Ikut la, kalau nak masuk kat dalam gelaspun ok je, Nie SM nak kasi nampak layer tu sikit.


@Bancuh Perasa Cappichino pulak, dengan gula dan Susu Pekat/Tepung sampai semesra alam ok. Nie, SM bancuh pakai Susu Tepung, sebab yang perasa Strawberry tadi tu dah pakai Susu Pekat. Kalau nak letak Susu Pekat pun boleh jugak, tak da masalahpun.Muehehehee =D


@Masukkan separuh je Bancuhan Cappichino tu kat dalam Balang Blend ni.



@Kisar sampai jadi macam nie. Kalau nak masukkan Oreopun, boleh jugak. Ikut tekak memasing. Kalau nak kelainan, boleh try masukkan Chipsmore. Kalau nak lagi kelainan, boleh masukkan Durian jugak! Tak pernah dibuat orang! hahaha.


@Lepas dah siap blend perisa Cappichino tuh, Curahkan je kat dalam Cup tadi macam nie.


@Lepas dah curah tu, Korang spray pulak Real Dairy Cream kat atas Ice Blended korang tu, untuk buat Topping dia. Spray je sesuka hati nak spray! =D



@Lepas dah sembur benda alah Cream tu, korang main campak-campak jelah hiasan kat atas tu. Kalau rasa gelojoh tak sabar sangat tu, Tak payah Hias-hias pun takpa, Boleh Terus Balun je. Mueehehehehe =D
(Agak menjejer-jejer sikit SM hias, maklum la Seni Kulinari Hancuss! Achaner tuh? Muehehehe)


@Untuk memastikan Ice Blended korang tak diceroboh oleh Anasir-anasir yang tidak sepatutnya, seperti Taik Cicak, Hama, Kutu Babun dan seangkatan dengannyalah. Korang tutup laa dengan apa-apa penutup. Kang tak pasal-pasal ada Hiasan tambahan plak kang. Muehehehehe =D


@Dah Siap! Korang bolehla Balun puas-puas, sambil nengok T.V ke, dengar Radio ke, Masak ke, nyanyi ke, Menari ke, Ikut la sebarang aktiviti yang berpaedah yang boleh korang buat. Hahahaha


Akhirnya, siap jugak Ice Blended Tiga Layer ni. Agak menjejer-jejer sikit laa, sebab first time try buat benda alah ni. Kalau nak tau sedap ke tak. try la buat. senang je nak buat benda alah nie. Ada tak sapa-sapa kat sini yang Hantu Ice Blended? Pantang pergi kedai makan je mesti nak Order benda alah Ice blended ni.

Kepada hantu-hantu Ice blended macam SM ni, kalau rasa mengidam sangat nak makan tu, boleh laa buat sendiri kat rumah. Alaaa...korang balun je, guna Mesin Cili padi mak korang tu buat benda alah ni. Hahahaha. 



K,BYE.


P/S: LEPAS GERAM SEBAB MEROYAN TAK DAPAT NAK BELI AIS KRIM MAT KOOL TU!

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

49 comments:

Santan Manis said...

Kalau sesapa yg dah try buat. boleh mengomel-ngomel kat sini yaw :D

Kesuma Angsana said...

wah terbaik ni!

Assron said...

perhhh kalah Tuttti Fruity..boleh kalah pak cik india tu..ti kalau pak cik india tu lalu SM jual plak dekat dia..hahhah

Santan Manis said...

Kesuma Angsana: biasa2 je K.A. first time buat :)

Santan Manis said...

Assron: hahaha.. gud idea tu Assron! muehehehee :D

farah amirah said...

perghhh menarikkk ! mcm best je nak try la :)

Chic Na said...

wah sedapnya mintak sket. ;)

Santan Manis said...

Farah Amirah: Try jangan tak try Farah :D

Santan Manis said...

Chic Na: 2 Hengget je chic Na!! hahahah :D

Dkna Abza said...

Sayang lak nak pakai blande kat rumah nie. Satg takot rosak heheee. Ini alasan orang malas!! Beli jer laaaa

timm_bill said...

adusss, tak tahan niehy..nak pi kedai la carik!!!

Santan Manis said...

Dkna Abza: hahahaa..kang x pepasal Ibunda tercinta mengamuk. dek mesin blend kesayangan beliau Rosak! :D

Santan Manis said...

timm_bill: Kat Cool Blog besh jugak Timm! :D

ZiErWa zAiNaL said...

wah.. sedapnye.. zz nk stu.. hehe

Santan Manis said...

ZierWa zainal: dua Hengget je ZZ! hahahaa *gurau :D

♥ Miss Hearty ♥ said...

wahhhh..sedapnyerrr ! nak ckittt :)

http://heartylolipop.blogspot.com/

Santan Manis said...

Miss Hearty: Nak ke? boleh je :D

Dakara said...

waaa macam best je, teringin nak buat, hehee :D

Santan Manis said...

Dakara: try laa buat. kalau menjadi hello2 sini :D

Aku Penghibur said...

wahh macam sedap..nk buatlah

Nurrul said...

Cedapnya ! nak try buat nanti.. ena cari bahan dulu...

*nak order aje kat sini dapat tak ? ? hehe ^^

kak mah said...

Tak tahan tu,sampai 3 layer...terliur akak.

Santan Manis said...

Aku Penghibur: Buat jgn tak buat! hahaha :D

Santan Manis said...

Nurrul: kalau menjadi hello2 sini yaw nurul. nak order? boleh je. 2 hengget je nurul. Muehehehehe =D

Santan Manis said...

Kak Mah: biasa2 je kak :).

FAMI said...

aku nk satu or lebih!!!

Santan Manis said...

FAMI: kalau lebi nam hengget la Fami. Hahahaha ;D

FAMI said...

mahal nye...starbuck pon murah...hahaha

Santan Manis said...

FAMI: Hahahaha...terover sudehh :D

Nina said...

dapnye..nak satu..

Nurskyler said...

Bestnya. Nanti nak tryvlah. Sudah follow SM. Tq sbb follow sy :)

Santan Manis said...

Nina: Okey!Siap!! :D

Santan Manis said...

Nurskyler: Ur welcome ;)

safiah sokher said...

bakal torai

Santan Manis said...

safiah sokher: dah torai hello2 sini safiah ;D

mama aini said...

ehem..mama nak ice blended satu !!..

Santan Manis said...

mama aini: siap Mama!! hahahaha =D

eenie minniey said...

waaa sedapnye,nk jugak nk jugak ! :D

Santan Manis said...

:D

Santan Manis said...

eenie minniey: hahaha. siap!!! enniee! ;D

Miss Fifi said...

sedapnye..
nk order stu blh? ^^,

hnahdy said...

weh, wat sendiri. mahal x kos nak beli brg

Santan Manis said...

Miss Fifi: nk perasa apa?? hahahah :D

Santan Manis said...

hnahdy: x sampai 20 ringgitpun hnahdy. boleh buat banyak kali. ;)

Cik Atynn Bieyah said...

hamboiii... topping meriah sangat...kalah tutti frutti...haha :)

Santan Manis said...

Cik Atynn Bieyah: tu bukan meriah cik atynn, tu namanya over. hahahaha :D

Anonymous said...

Very great post. I simply stumbled upon your weblog and wanted to mention
that I have really loved browsing your blog posts.

In any case I'll be subscribing in your rss feed and I'm hoping you write again soon!


Feel free to surf to my webpage; pharmacy tech schools

Anonymous said...

Very great post. I simply stumbled upon your weblog and wanted to mention that I have
really loved browsing your blog posts. In any case I'll be subscribing in your rss feed and I'm hoping you write again soon!


My web site - pharmacy tech schools

Nazmin Nazifa εїз said...

Ye ! Suka sangat ice blended ! Tapi bukan hantu la ;P Hehe .. tapi kebelakangan ni suka buat lemonade + madu je .. Hehehe... sihat pun sihat >_<