Tips Menghilangkan Bau Badan a.k.a Ketiak Dengan Berkesan & Tangkas!

Dah macam-macam jenis deodorant dah korang guna. Bau ketiak totap hanggit tak henggat mengalahkan bau kentut orang tak berak cirit pat ploh pat hari tak leh nak berak. Bertenang, tarik nafas sempoi-sempoi & hembus kuat-kuat. Harinie SM nak kongsi achaner nak hilangkan bau badan tanpa memerlukan modal berhengget-hengget. Cara moden tak jalan, cer try cara tradisional plak. Manalah tau, lepas ni harum semerbak ketiak serta badan tu kan? Muehehehe =D

Bagi yang ada masalah seperti di atas, bolehlah try beberapa tips yang dicedok sesuka hati daripada Opah yang tercinta lagi totap sayang -menyanyang hingga ke anak cucu(Kipas habis, muehehehe). Antara tip-tip beliau kasi tanpa mengenakan bayaran ialah:


Bunga cengkih yang dah matang.

1)Bunga Cengkih- Ambik secekak bunga cengkih yang dah matang, pastu korang rendam dengan air panas sampai kembang macam korang makan Meggi tu, lepas dah kembang tu jangan terus sapu masa air tengah menggelegak tu, kang tak pasal-pasal menggelupur tak henggat satu rumah kang. Tunggu air tu suam dulu, baru sapu kat area yang bermasalah tu. Amalkan selalu insyaallah berkesan. 


2)Halia- Jangan ingat halia nie boleh masuk dalam kari je. Dalam kari orang letak halia ke? Ahhh...ghasak!kehkehkeh. Cara nak guna halia untuk hilangkan bau badan korang, ambik sechoet a.k.a sehiris halia, lepas tu tumbuk beliau sampai lumat macam sambal belacan tu. Taruk air suam dalam gelas & masukkan halia yamg korang hentak-hentak sampai lumat tadi kat dalam gelas tu. Pastu minum. Kalau rasa macam nak kelainan, boleh mix dengan air teh. Ikut selera anak tekak memasing laa ya. =D

3)Limau Nipis- Ambik air perahan limau nipis dalam dua bijik camtu. Pastu korang campur dengan kapur sirih yang opah-opah selalu mamam dengan buah pinang tu. hah, jangan ambik kapur barus plak, kang ada yang kena baling dengan batang mop kang, kapur barus tu orang nak mandi mayat ye murid-murid sekalian. Lepas dah gaul semua benda alah tu, sapu kat ketiak sampai sebati dan biar selama 15 minit or lebih. Lepas tu bilas dengan air. buat seminggu 3 kali, insyaallah mujarab. Kompom ketiak akan sesuci lebaran lepas bilas. Muahahahaha


Daun beluntas

4)Daun Beluntas- Selalunya daun beluntas nie orang lahap mentah-mentah buat ulam. Nak-nak kalau sentap dengan sambal belacan, perghhh!!!kompom nasik akan ditambah sehingga nam ploh nam kali! Daun beluntas ni susah sikit nak dapat. Kalau sesapa yang ada daun jenis ni kat rumah, bolehlah torai buat. Mula-mula rebus daun beluntas ni dalam pat belas helai camtu, mesti pat belas helai kalau lebih takut tak jadi. Opah SM yang cakap, kalau tak jadi jugak pergi sekeh beliau secara marathon ok. Jahanam punya cucu! kehkehkeh. Lepas dah rebus tu, minum air rebusan tersebut. Simpan sikit untuk disapu di ketiak ya. Kang tak pepasal kena bilang balik daun tu bagi cukup pat belas helai nak kena rebus balik.Kalau tak kenal dengan daun beluntas or berminat nak berkenalan dengan beliau, sila rujuk gambar beliau di atas, number telefon dirahsiakan. Harap maaf. Muahahaha



5)Kunyit- Ambik dalam lima ke tujuh ketul kunyit. Kisar dengan air kapur. lepas dah kisar korang lumur seluruh kawasan bermasalah tersebut sambil nyanyi lagu can mali can kak tipah payung sampai habis. pastu biar dalam setengah jam, lagi lama lagi bagus. lepas dah kering & nampak merekah-rekah tu, baru bilas dengan air. Untuk kesan berganda, campur halia tersebut dengan bedak sejuk Cik Senah! Kehkehkeh =D


6)Timun- Selain meredakan bengkak a.k.a sebam pada bijik mata, Timun jugak boleh sesangat kalau nak hilangkan bau badan. Cara-caranya, ambik sebatang timun lepastu kupas kulit beliau. Tiap kali korang nak mandi tu, tak kiralah mandi sunat hari raya ke mandi wajib ke hape ke kan, ambik timun tu sapu kat tempat bermasalah tersebut. Lepas sapu tu, biar la dalam lima minit ke nam minit cenggitu, baru bilas dengan air kolah or paip.

Ni jelah yang SM sempat pergi menuntut apa yang patut tentang Ilmu bau ketiak dengan opah SM. Sebenarnya banyak lagi cara dia. Nie baru suku nie, lepas ni kompom-kompom ketiak memasing seharum bunga yang menggoda, sekali dipandang usah dipuja... cam lagu Misha Omar tu. Muehehehehe =D

Sesapa yang ada masalah bau badan yang keterlaluan, sampai orang lalu kat tepipun boleh pengsan. Baik cuba beberapa tips kat atas ni. Kalau tetap bau tak henggat jugak, memang ketiak korang ada something rong laa tu. Baik pergi jumpa doktor pakar ketiak yang  bertauliah kat Malaysia ni, kang tak pepasal makin parah lagi masalah bau badan tu.

BYE.

Kalau suka boleh LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

40 comments:

Santan Manis said...

Kita berusaha, Dia menentukan =)

intanfirdaus247 said...

bau ketiak boleh pengsan ooohhh :0

Santan Manis said...

Nak-nak kalau yg selamba badak je yak pkai deadorant. perghhhh! kehkehkeh :D

Nadia Fuat said...

jimat duit macam tuhh!hehhee
jom vsit blog nad
http://nadiafuat.blogspot.com

Fatimah Nabila said...

ha3!! SM da penah try ke??

Unknown said...

hehehhe... byknye petua opah bagi

SN said...

haha , nice sharing ;D

Afiqah Nabilah said...

Haha , nice info . :)

Santan Manis said...

Nadia: betul tu Nad :)

Santan Manis said...

tim bill: tongah menorai laa ni timm :D

Santan Manis said...

Nur Atiqah; hahaha...

Santan Manis said...

syamimi: tengs mimi :D

Santan Manis said...

Afiqah: :)

Anonymous said...

Petua paling klaka aku pernah baca..kahkahkah... buat lagi etry2 best mcm ni SM :D

Santan Manis said...

Anony: tengs 4 spport my blog anony ;)

Korn Ahmad said...

daun beluntas tu ape eh? mcm 1sttime jer dgr...

Santan Manis said...

Korn: Daun beluntas tu daun laa korn. hahaha.. dia kategori ulam-ulaman... :)

Anonymous said...

Tips amat berguna!!!!! tq2..yg ni laa sy cari :)

Santan Manis said...

Wc :)

Unknown said...

tips org dulu2..huhuh..
paperpown, kita dah berusaha, semua tu dtg dr Allah.. :)

Rizal Uye said...

sangat bermanfaat neh

Hermanbagus said...

tipsnya bagus nih kawan, sangat bermanfaat :)

love ain XOXO said...

really-really nice blog :) banyak sangat info yang menarik :) Btw, thanks yea singgah blog i :)

cik lisa said...

wah wah wah boleh cuba ni , kehkeh xD ,, bila peluh banyak, rezonaaanana pun tak dapat kawal,kihkih

krole said...

wuah bgui tips ni SM...hihi...thanks for da sharing~

farah amirah said...

alternatif yg bagus :)
guna bhn semulajd

Bunda_nora said...

bahan2 semula jadi ni byk khasiat dan kegunaan nya..

Anonymous said...

cantiknya . header jenjala suka tengokk

Anonymous said...

tq gd sharing ni

Mime MF said...

akan ku suggest kt abangla-abangla area rumahku..trimas SM..huhu
#ku nk num tepon daun beluntas..nk bekenalan..

Unknown said...

kan best klo bangla out there try wat cmni..huhu...

Unknown said...

salam nice,,izin copy ye tq (:

Anonymous said...

sib bek de cara yg jimat 2k ilangkn bau ketiak yg tibe2 teruk pulak hangit n makin menjadi2..sblm ni x cmnie pn.. =(

Unknown said...

ala...guna deadran je la senang..crystl..insya allah menjadi..xpon perspirex..sgt3 ok...

SaraMijie said...

thanks for sharing..sharing yg bagus...ala2 tradisional...saya suka...saya ambil alfalfa untuk hilangkan bau badan...walaupun brpluh badan tak brbau tau..cubalah cara ni..mudah..Jom lawat blog saya http://ladysara84.blogspot.com/

Anonymous said...

wtf

Unknown said...

info yang sangat bagus dan berguna

Unknown said...

info yang sangat bagus dan berguna

Unknown said...

Aduhaii.. gelak x hengat baca petua ni..

Unknown said...

Aduhaii.. gelak x hengat baca petua ni..