Cik Epal, Maria Elena, Haniz Zalikha, Lyssa Faizureen, Fatin Liyana, Irine Nadia Marcello, Zack Zukhairi & Yuyu Zulaikha Blog Paling Mengancam Di Abad Ini.

Mak Datuk Hazabedah binti Hazabedul betul punya tajuk! Ambik kau, tak ke naya korang nak baca tajuk di atas? Tajuk je pun dah panjang berjela mengalahkan tajuk berita TV Al-Hijrah hokeh. Bukan main semangat SM harini nak mengebomkan blog ni, dengan cerita-cerita blogger yang best tahap bila member kentut bau macam bangkai pun boleh tak sedar, sebab terlalu khusyuk walaweih sangat dok baca blog depa-depa ni. Jom kita tengok sorang-sorang, achaner blog diorang ni best tahap nak meninggal sangat? =D




Cik Epal, Cik Epal, oh Cik Epal! Bila masuk je blog beliau, memang suka naww baca hasil penulisan beliau. Walaupun entry beliau mak datuk onn panjang macam tali rafia yang ikat guni baja tu(macam la blog SM entry semuanya pendek-pendek kak Saoodah oii). Serius cakap, memang terbaik macam makan Laksa kat Kuala Perlis bakk hang!!! Kalau tak silap SM Cik Epal ni dulu agak montel-montel kiut kucing parsi gitew dulu (Perghh! Ayat cover habis! Muahahaha), tapi berkat kedietan beliau yang tersangatlah kental sekental sabun buku cap Daia! Ambik kau! Sekarang badan beliau tersangatlah slim world ok! Kalah Che Ta! SM je tak tau lagi bila nak slimnya hadoi. Melantak nasi lemak maunya 3 pinggan sekali hadap! Kehkehkeh =D




Setiap kali online kalau tak celapak tenuk masuk blog Maria Elena memang tak sah! Lawak-lawak beliau yakni Maria Elena tersangatlah berisi. Part yang tak boleh blah batu belah batu bertangkup, masa beliau buat muka tiga suku tu! Selamba cipanzi je buat muka tak bersalah cenggitu kan? Tu yang SM suka naw dok pi terkinja-kinja kat blog beliau tu! Sambil-sambil belajar omputih kat blog beliau. Nak tau kenapa boleh belajar omputih speaking London kat blog beliau? Ape lagi, pi la terjah! Muahahaha.




Gambar kat atas ni Lyssa Faizureen buat giyomi ke hape ni? Kalau SM buat giyomi? Mau termuntah sorang-sorang tengok. Muehehehe. Sapa tak kenal dengan beliau? Nampak naww lah korang tak pernah buat tutorial blog. Kau search jelah pasal benda alah nak buat tutorial blog ni semua kat google. Alih-alih tutorial blog beliau jugak ah yang keluar kat hasil pengresearchan abang google tu. Kepada newbie yang baru nak buat blog, kalau masih fening-fening ungka lagi nak buat blog. SM syorkan, baik cepat-cepat pergi beraerobik kat blog beliau. Sebelum betul-betul korang jadi ungka! Kwanghajorr! =D




Seorang bakal doktor yang tersangatlah hebat SM rasa. Mana taknya, dah la bakal bergelar Doktor, blogger terkenal pas tu dalam masa yang sama jadi model part time plak tu. Dasyat tak? SM, kalau jadi model, mau menggeletar ah lutut korang nak tengok! Muahahaha. Blog Fatin Liyana ni agak best jugak ah entry-entry beliau. Tambah-tambah, entry pasal beliau pergi bercuti kat luar negara tu. Memang meleleh air liur jelah dok tengok beliau pergi travel kat luar negara. Kan best kalau Fatin Liyana ajak Mr. Santan Manis sekali keluar travel dengan beliau? Tak gitu FL? Mau kena pelangkung dengan kuali cap aplle lady dengan BF beliau! Lagi satu, untung laa FL baru-baru ni dapat kak ipar baru. Maria Elena pulak tu. Kehkehkeh =D




Pergh!!! Empunya blog memang cun-melecun macam Angelina Guli ok, eh silap Jolie! Tapi sudah berkahwin. Jangan berani-berani nak fewit-fewit pulak kat beliau. Tak memasal kena kejar dengan tong gas dengan cek abang beliau pulak karang. Kehkehkeh. Kalau korang perasan muka Irine Nadia Marcello dengan Fatin Liyana ni. Sekali tengok macam sama je kan? Kalau korang perasan la. Tapi beliau punya blogpun memang kebabom hakazabom jugak lah. Tiap-tiap hari asyik beranak-pinak je follower beliau. Nak tau best ke tak blog beliau? Apa lagi, sila lah henyak secara terkekek-kekek kat sini! =D




Gelak guling-guling SM atas tikar mengkuang bila masuk kat blog ni. Ayat yang beliau guna tersangatlah slumber dan caklimpong ayotoki  sangat. Tak tau caklimpong ayotoki tu apa? Korang tumbuk kat sini. Muahahaha =D. Blog mamat ni agak lama jugak ah tak berupdate SM tengok, tak tau la pulak kenapa. Wahai Zack Zukhairi, silalah update beliau sempoi anda. Dah lama tak boleh nak gelak guling-guling kat atas tikar mengkuang tu. Muehehehe.




Orangnya kecik molek je kalau tengok. Blog Yuyu Zulaikha ni memang sodap jugak la baca-baca entry beliau. Beliau memang peramah. Kalau dok twit-twit dengan beliaupun tak pernah kata tak balas. Humble je orangnya =). Kalau tak silap SM beliau ni satu Uni dengan Cik Epal kot kalau tak silap. Mujur tak satu Uni dengan SM, kalau tak dah lama dah aku ngorat beliau. Muahahaha. Confirm lepas ni Yuyu Zulaikha tak berani nak balas twit dah! Gurau-gurau jajan super ring ja Yuyu. kehkehkeh =D



 Beliau tersangatlah femes dalam dunia blog yakni Haniz Zalikha, Haniz Zalikha, Haniz Zalikha, Haniz Zalikha, Haniz Zalikha, Haniz Zalikha, & Haniz Zalikha =D. Modeling, cover magazines, vlogger, pelakon, mengacara. Semua dialah! Senak kepala SM naik taip panjang-panjang. Muehehehe. Pergi je mengorat beliau kat inibelogsaya.blogspot. Menapaklah korang kat sana puas-puas ye sambil buat-buat senyum korea. Tau tak senyum korea achaner?  =3




Nan hado je lah blog ni! Sila ambil selipar jamban masing-masing. Baling ke tuan blog ni secara berkuak rentang! Sekian, terima kasut. Kehkehkeh. =D. 
 

Eh, lagi satu kalau nak tempah potret ka hape ke kan? Boleh gak terjah blog si Duli Mulia ni. Potret dia lukis lawa-lawa jugak la. Hargapun berpatutan. Kenapa nama blog ni Duli Mulia? Anak kerabat di raja Thailand kun krun kap kap kah beliau? Bermarathon lah korang secara berjemaah pergi ke blog dia. Tekan sini untuk memudahkan pengesearchan! Muahahaha =D


K, BYE.

Kalau suka boleh lah LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

25 comments:

Unknown said...

yg last tu...xbleh bla la ..hehhe..tpi...mmg ohsem!!!

Unknown said...

yg last tu...xbleh bla la ..hehhe..tpi...mmg ohsem!!!

Unknown said...

meh la sni terjah artwork2 saya...thanks SM...SM pon pndai jugak melukiskan...doraemon satu!

Anonymous said...

Saya pun suka blog-blog diorang jugak. Mujur blog band asyaari tak tersenarai! :P

Unknown said...

hurmmm sy xkenal sgt dorang ni,so sbb tu xteruja sgt bile tgk blog dorang---tu pun kot yer sy terjah blog dorang semua tu...ehehe :)

Nanie said...

yang last tu tak boleh nak kata apa dah, mmg meletop. hahaa. semoga terus sukses :)

Nae said...

adoi SM ni , yang part terkinja kinja tu yang tak tahan tu... puikhhh!! hahaha kelakar lahh SM nii .. best ayat2 kat sini happening je rasa.. nak berhappenning2 kat blog sndiri tak merasa...nan hadooo laa katekan .. hakhakhakx..lepaks2 sini pun bestt sesambil gosipp kann uolls.. hahaha xP

Hidayah Suhailee said...

yang last tu mengancam sgt. haha..

Niesa said...

lebih suka tgk youtube maria elena..klaka yg amat..hihi..
kimsalam kat org yg paling last tu ye.. >_< :)

Luqman Zakaria said...

Memang xleh disangkalkan..blog2 dorang semua mmg best.

fatin aziz said...

semua blog diorang saya baca..tak pernah terlepas entry-entry baru diorang.. :)

Mizz Aiza said...

dah lama tak singgah sini.. semua mereka blogger terbaik dan terhebat..yang last sekali tu pun hebat juga.. hehe.. :D

AA said...

yang last paling ohsem. hahaha

Unknown said...

singgah n follow sini...sy blogger suam2 kuku jekkk...sm support sikit...heheehehe...
ctamanaqim.blogspot.com

Az imah said...

Wahhh....diorang semua orang biasa jer...sebenarnya tapi masing-masing ada kejayaan masing-masing bukan? sama dengan santan manis ni. Apa salahnya berangan-angan. Angan itu penting untuk dijadikan satu kenyataan. Amin..

surihati said...

amboi.. ramah tamah rupernyer mr santan manis ni.. ape kata SM lak pemes kan diri cam depa2.. boleh ai pasni bt tajuk post SM NO. 1 TERBABOOMP!! >__<

cikgunurulizza said...

hehehe, yang last akan menggemparkan dunia blog satu hari nanti

licha said...

singgah melawat santan.. :) dah follow. hehe. suka belog sempoi cmni ..

GK said...

Blog Maria Elena saya suka baca. lepas ni nk mark blog SM pulak lah ;)

Nisa said...

Tak pernah dengar tentang Yuyu Zulaikha.

Gadiss Kecil said...

mana citer sal hanis zalikha?..kat tajuk ader...tp kat isi tak der..

Anonymous said...

yup semua blogger2 terbaik tu, dgn KA mcm langit dan bumi tu !.. done clik2 nuffnag yer

fieda said...

semua mantop2 tu..

IMA SALSUZAIMA said...

amboi..hampir smua blogger wanita femes dia tau ta..haha.. yg last tu nasib xde selipar jamban dekat2 sini nak baling..haha

Fatanah Khirizan said...

betul betul! blogger yang disenaraikan tu semjua femes dan ohsem kan? hehe :) suka baca blog diorang... :) yang last tu pun tak kurang hebatnya,hehe :)