Perghh!!! Terbaik Tahap Karipap Telur Ah Wani!

Hari ni aku nak cerita sikit pasal budak wani ni. Kenal tak dengan si wani ni? Siapakah beliau? Tunangan aku kah? Skandal masa zaman main congkak bawah rumah masa kecik kecik dulu kah? Ataupun wani ni merupakan salah seorang penjual karipap telur? Sebab, tajuk kat atas tu ada unsur unsur karipap telur? Oh men!!! Tak payah nak merepek syaitoooonnnn nirrrajimm sangat lah kat sini. Kang ada yang mengtekdarah terompah jamban pulak kang, sebab meroyan tak bertempat! Tak gitu cik Ainon? Muehehehe =D


Wani? Ohh. Sekali dengar suara beliau membuatkan hati gua cair beb. Tapi sayang seribu kali sayang, umur abang Santan dengan Wani, sangat ah jauh naw bezanya antara kita dek. Sebab umur Wani sama dengan adik abang Santan yang nak ambik SPM tahun ni. Arghhh!! Punah! kehkehkeh


Kalau nak merepek, sampai ke sudahpun tak habis. Ya udah semuanya ibuk ibuk, bapak bapak yang ganteng ganteng di luar sana. Enggak usah ributtttt ributttan dong, ayuh! ikut gue, gue mau ceritain serba sedikit tentang si Wani ni. Ayuh dong bergoyang gerudi dulu. Asiiiikkkkkkk bangeeeettttt!!!! =D








Haaa!!! Ni lah Waninya! Kenal ke idok? Sebenarnya si Wani ni aku jumpa beliau dekat youtube semalam. Bosan bosan, tak ada kerja nak buat, tu yang menggelabah bulu tangkis dok bukak youtube sambil melalak-lalak macam orang terputus fius sorang diri kat bilik tu.


Sampai roomate aku nak bergayut dengan awek terchinta beliaupun tak senang duduk, dek kelalakkan aku yang tak hengat dunia tu. Itulah sebabnya, yang boleh terjumpa dengan beliau iaitu si Wani ni hah. Bukak je video beliau, Perghhh! ramai gila bantal kot orang dok view video si wani ni. Apa lagi, layan ah! Kemaheng tragik nak mampos explanation suasana nak bukak youtube tu aje dah melimpah ruah isinya hah. Bahasa Melayunya nak dapat A pun susah nawww. Mencik kite! *gedik. Muehehehe



Dengar je suara dia, perghh!!! Terus berrrrangan duduk dekat atas awan awangan sambil hayun hayun gitar macam nak cari pasal dengan Rozita Che Wan. Eh? Kekehkeh. Sedap nak meninggal jugak ah suara adik Wani ni! Kalau nak kata si Wani ni copy paste Najwa Latif ataupun Bobo. Rasanya tak jugak kot, sebab suara dia lain sikit dari Najwa Latif, dengan Bobo? Memang tak ahhhhh!!! Yang penting abang Santan nak support Wani kawww kaww punya kat sini. Sebab apa nak support Wani? Mana ah tau nanti boleh tompang glammer pat ploh pat kaki sekali. Ada la jugak tempias zass Zass Zass glammernya tu. Keiinnnn??? Buuuk! Kena hempuk kepala dengan baldi simen kedai Ah Chong sedas! =D






Apa apapun aku rasa suara dia boleh pergi jauh ni. Hilang stress kepala hotak berserabai kejap bila dengar si Wani ni cover lagu Hafiz & Rossa - Salahkah. Perghh!! Terbaik ah! Sentap cik Ainon kalau dengar ni. Kakahkah


Nah! Aku tolong uploadkan video si Wani ni untuk santapan korang. Hafiz & Rossa - Salahkah, cover by Wani :




Nak dengar lagi lagu-lagu lain cover si Wani ni? Lagu can ma li can kak Tipah payung ada ke tidak? Kalau nak tau lagu can ma li can kak Tipah payung tu ada ke tidak, korang boleh hentak kuat-kuat dengan jejari lentiks korang tu kat SINI sambil lompat bintang!


Dengar cerita beliau sudah dilamar oleh seorang komposer dah. Meletoppss tak henggat laa beliau lepas ni! Kalau dah glammer tu jangan lupa abang Santan ye dik! Miangsss nakss mampusss la pulaksss. Muehehehe




BYE.


Like lah sikit =D

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

26 comments:

Cik Yatt said...

yatt mmg kenal dia.. dari lagu nomad..suka suara dia.. :)

Santan Manis said...

Suara dia best kan? tq yatt for coming :)

Nabeel Fikree said...

lembut ja sora dia. ehe

Santan Manis said...

Nabel: hahaha.. xlama retis laa beliau. lama tak nmpk nabil? how are u? :D

Aina sahar said...

Best best suara dia. bila plak SMnak buat cover? :D

Santan Manis said...

Aina: kalau SM buat cover, alamatnya x bleh cari mkn laa jamal abdillah lps ni. eh? mueheheh :D

thanks sudi sggh blog :)

Mia Kassim said...

Salam singgah dan follow blog santan manis....thanks sudi kunjung blog akak...:D

Ibnu Ramli said...

Hehe untunglah dia ada peminat yang siap buat entry khas utk dia..

hainom OKje said...

Salam kenal.....dah malam dik non esok ajelah mak bukak youtube tu hehe....sedap sangat ke?

Santan Manis said...

Mia kassim: sama2 kasih akak :D

Santan Manis said...

Ibnu: juz sharing ibnu. hahah.. thanks sudi singgah blog :)

Santan Manis said...

Hainom OKje: Hahaha.. yolah omak yo.. :D

salam knal jga :)

Anonymous said...

comel laa wani ni! like like like

nurbijen said...

Wah, mmg berbakat adik Wani ni.. memang boleh pergi jauh...

Sura Mohd said...

betul la..sedap suara dia...kaksura pertama kali dengar dia nyanyi ni..ada masa boleh cari kat youtube..:)

fahmi mislan said...

saya pon dh ikot perkembangan si wani ni dh lame dh..best best kot sore..!

Santan Manis said...

nurbijen:harap2nya laa kan.. tq sggh sini, salam knal :)

Santan Manis said...

Sura: cari jgn x cari kak.. hahaha :D

Santan Manis said...

Fahmi! lama x dtg n mghilang! hahah .. sihat ke yob??? bila nk berjimba jimba oii?? hahah

Faty69 said...

sedap la suaara diaa.. nk cr kt utube laa.. hehehe

Santan Manis said...

Faty69: cri jgn x cri faty .. ;)

Scha Nazri said...

Not bad lah dia ni. Boleh pergi jauh. :)

cik lisa said...

suara sedap dan personaliti yang menarik, memang boleh pergi jauh ;)

Amanina Mads said...

xpernah tgk lg ni.. hehe. kalah la cik ainon nanti.

Mar Mansor said...

kemain SM puji melangit tak hengat

Cikna said...

First time kenal si wani ni time Cikna tgh mengoogle lagu istikharah Cinta, best ooo.....;-)