Resepi Kek Batik Yang Senang, Mudah & Cepat Nak Buat!


Kali ni tekak macam teringin nak lahap benda alah kek batik ni. Kemaheng semangat pergi kedai runcit Ah Seng dok beli bahan-bahan benda alah nak buat kek batik ni. Jangan ingat orang lelaki tak boleh buat, dalam banyak-banyak kek, aku rasa benda alah kek batik ni lah yang paling senang, seksi serta mudah nak meninggal nak buat! Yelah, tak payah susah-susah nak bake mahupun nak kena sukat-sukat tepung bagai. Campak je! Siap!!! Muahahaha =D



Cak!!! Muehehehe






Meh sini nak tunjuk benda alah bahan-bahan nak buat beliau :

1 Paket Milo (Guna yang paket kecik je, jangan hentam guna yang satu tin besaw tu pulok ye wahai cik Bedahku sayang!) =D

1 Paket Biskut Marie (Tak kisah nak guna perisa apa, macam aku, aku guna perisa biskut marie coffee masa buat kek batik ni, sebab tu tak nampak sangat corak kebatikkan beliau dalam gambar kat atas tu)

@1/2 tin susu pekat manis (Kalau tak kuat manis letak suku jelah, kalau yang jenis tak puas kalau tak manis, nak makan manis jugak, boleh lah tuang satu tin terus tapi tak digalakkan lah eh, kang tak memasal kena potong kaki kiri plak kang kencing manis! Dah menyesal tak sudah cik Bedah ooii! Muehehe)

Ais Krim Coklat sebagai bahan penyedap nak santap dengan lebih dassshyat! =D

@ Air Setengah cawan sudah bah.



Cara-cara nak buat beliau yakni kek batik tersebut :


Asas nak buat, korang haruslah hentak-hentak manja benda alah biskut marie tu sampai jadi macam gambar rajah kat atas tu hah. Jangan pergi blender pulak biskut tu, kang tak memasal cik abang baling belanga kang kat muka(peringatan bagi akak-akak yang dah berkahwin, yang masih bujang, abaikan).







Lepastu masukkan air dan susu pekat manis kacau sampai sebati. Kalau benda alah air tu korang nak gantikan dengan butterpun boleh jugak. Tapi aku tak suka sangat butter, sebab tekak tak boleh nak terima. Al-maklumlah orang kampung! Orang kampung, orang kampung jugak, jangan nak masukkan belacan sudehhh kang tak memasal jahanam resepi pulak kang! Muehehehe







Masukkan Milo(kalau dalam iklan kat TV tu, siapa yang minum Milo kemaheng lagi lari laju nak meninggal tak ingat dunia, gila over nak mampus iklan tu!) satu paket tu dan kacau laju-laju taknak bagi benda alah milo tu berketul. Kalau boleh perlahankan api sikit masa tengah kacau tu, jangan dok bernyanyi tak tentu hala pulak masa tengah kacau tu, kang terlanggar pantang larang kang tak boleh menanyi kat dapur time tengah masak, tak memasal je korang jadi macam kat dalam Entry Nie pulak kang. =D









Lepas Milo agak pekat dan mesra di dalam kuali tu, boleh lah campakkan benda alah biskut marie tu dalam kuali secara bermarathon sambil angkat-angkat kening tiga kali! 






Balik-balikkan dan gaul lah biskut marie tu sampai beliau sebati serta harmoni bersama Milo di dalam kuali tersebut! *Merapu 







Lepas semua dah sebati, korang masukkan lah dalam apa-apa bekas, tak kisah lah bekas tu nak bentuk petak ke, bulat ke mahupun tiga segi bergerigi sekalipun, ghasak je! Yang penting masa tengah masuk tu tekan-tekan sikit dengan sudu biar mampat dan padat!


Rasa-rasa macam dah puas hati, masuk dalam peti ais. Waktu yang afdhal, dalam 5 jam macamtu la kalau nak biarkan dalam peti ais tu. Kalau nak biar semalaman dalam tupun lagi ok! Jangan tak sampai setengah jam masuk dalam peti ais, korang dah gelojoh nak potong pulak, kang menjejer-jejer kek batik tu kang!






Dah siap! Dan boleh lah dilahap serta dihadap begitu saja! Kalau suka makan benda alah kek batik ni dengan ais krim? Letak je setampuk ais krim kat atas permukaan beliau! Ikut kepada selera anak tekak masing-masing lah macamana cara korang nak lahap dan hadap! Muehehehe



Senang je kan nak buat benda alah kek batik ni? Dah ah senang nak buat, bahan-bahan pulak bukan main simple nak mampus! Pergi lah cari kedai Makcik Timah ke, kedai uncle Limm ke mahupun kedai auntie Tivvia sekalipun, komfem-komfen ada je bahan-bahan beliau =D 



Benda alah kek batik ni ada banyak version, setengah orang tu ada letak telur, tapi tak tahu lah kalau letak telur lagi sedap ke hape ke kan. Ada jugak yang suka kek batik ni lembik-lembik, ada jugak yang suka rangup-rangup dan ada juga yang suka empuk-empuk. Its up to you babeh! Muahahaha




Nak lagi kelainan dan lebih bervariasi? Korang boleh jugak pelbagaikan dengan masukkan nestum, kacang mahupun oat kat dalam benda alah kek batik tu. Janji kena dengan tekak!



Akupun tak ada lah terror mana nak buat benda alah kek batik ni. Main hentam tembak gedebush gedebash je buat ni. Tupun nasib baik ada rupa jugak. Yang penting! Dimana ada kemahuan disitu boleh rujuk blog Santan! Muehehehe =D Kalau korang ada resepi kek batik yang lagi auummmm dan walllllllllllahh!! Hello-hello lah sama ye kat komen bawah tu!




Ok Chawww!



Kalau nak bermanja dan bergeletek lebih mesra lagi dengan SM, korang boleh lah Hentak padu-padu kat Sini! =D

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

23 comments:

Anonymous said...

Buat aku kecur liur jelah SM!

Normi Nieza said...

mintak skit sm..cik nor mls nak buat..haha

Eyma Balkish said...

Step by step cara membuatnya.. Boleh wat blog masakan nih.. :)

nohas said...

wahh..makan dgn aiskrim + coklat M&M..bertambah sedap dan manis...

Fatin Diana said...

senang ek buat. tapi kite selalu beli je :p

Santan Manis said...

Anonymous: Kecur liur xpa, jangan kecur perut! :D

Santan Manis said...

Normi: Boleh saja kak, dtg la umah.. boleh bergebang sekali. mueheheh

Santan Manis said...

Nohas: Asyik menyuap jelah kejanya Nohas :D

Santan Manis said...

Fatin: Campak campak baling baling siap! hahah

TunIAisyah said...

SM! Buat aku menidam je tengah tengah harini! mna nk cri nie!! ahh! x kira ko kna hantar jgak kat opis akak! hehehe

Santan Manis said...

Menidam tu apa plak kak oiii?? :D

Anonymous said...

sedappppppppppppp!!!!!!

syafiqah zuhari said...

terliurrrrr. sobss

Santan Manis said...

Syafiqah Zuhairi: tq sudi singgah sini :)

Anonymous said...

SM nak jugak! jual ke xni??

Hanim Hashim said...

ni anak2 den suko makan gini ni hehe. Nanti den buek yo :D. Terimo kasih SM :))

Santan Manis said...

Buat jangan x buat kak Hanim :) heheh

Ucu Setiawati said...

tips yang bermanfaat,,,

Cik Hanizk said...

yurmm.. dah selalu buat biskut ni kat uma.. kegilaan hani :)

Mardiah Diana said...

Assalamualaikum dan salam singgah pagi di sini dan balas kunjungan...terima kasih sudi singgah kat blog Diana...Sedapnyer kek batik...

Jari Manis said...

Inilah kek yg paling senang di buat sedap di makan hiksss

acik idah said...

Ramai suka kek batik... tapi kita tak suka... mungkin sebab manis kot.. huhu... pencuci mulut... mestilah manis yer dak... :D

AMIIZAA said...

rajinnyaaaaa :)