Ragam Tadika

Salam lepat pisang semua... Korang ingat lagi tak zaman kegemilangan korang masa mula-mula menjejakkan kaki kat Tadika dulu? Mesti macam-macam ragam yang terserlahkan time tu? Pengakuan yang agak malu jugak laa nak mengaku kat sini, dulu, SM pergi tadika tiga hari je. Sebab apa SM pergi Tadika tiga hari? Adalah.....kehkehkeh

Memandangkan pergi tadika hanya tiga hari je, teramatlah sentap nak mampus bila ada member-member tadika dedulu dok menghanjing-hanjing dengan penuh kesedapan hati-nurani diorang sahaja. Macam nak hempuk je sekor-sekor dengan tong gas kat atas kepala tu. Alaa... bangga letew, diorang menghadirkan diri kat Tadika dengan jayanya sampai dapat segulung sijil Tadika KEMAS kan. muahahaha =D

Takkan nak hempuk anak orang dengan tong gas macam main hempuk-hempuk bantal kat dalam bilik plak kan, kang tak pasal-pasal terus bermastautin kat dalam bilik besi sorang-sorang kang, dahh... ada makan minum orang jaga kat situ. Bhahahaha.

Kerana suka sangat nak pergi Tadika time kecik-kecik konyek dedulu*(Sambil Mata pandang ke atas tangan ke dada). Maka, tercetuslah kartun Tadika sengal kat bawah ni hah. Jom layan ramai-ramai sambil cicah biskut Merry ngan Tea Boooooooooo Boh panas. Muehehehehe =D


Suatu pagi yang nyaman bagaikan tengah menyantap nasik lemak sambal sotong ngan ice blended sampai tersedak  di Tadika KEMAS Kampung  Bunga Taik Ayam Kembang Setaman.















Achaner? Pernah terjebak jugak ke dengan perangai cenggini masa korang Tadika dulu? Kehkehkeh. Kartun di atas sekadar melepaskan kebosanan yang tidak dapat di bendung sahaja. Tak dak sangkut-paut langsung dengan yang masih hidup atau yang dah takde lagi di muka bumi nie. Kalau adak sangkut-paut jugak, secara kebetulan jelah kot. =D

Terasa rugi plak SM tak pergi Tadika dulu. Kalau tak, dapat buat perangai tak berprikemanusiaan macam kartun kat atas ni hah. Muahahaha. Walaupun tak pergi tadika, semangat untuk naik ke Darjah 1 sangat berkobar-kobbar time tu, sampai-sampai je kat sekolah terus menuju dengan jayanya kat dalam bilik darjah sambil duduk kat meja depan sekali. Siap memperkenalkan diri lagi kat kengkawan "Hai... Nama saya Santan Manis(bukan nama sebenar). Muahahaha. *Sengal =D

Oklah...  nak pergi menyantap lunch jap kat Cafee. Sambal udang dah tunggu tu, kang merajuk lark beliau(sambal udang) sebab SM tak santap beliau. Bhahahaha


BYE.

Kalau suka boleh LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Selamat Hari Raya Aidil Adha!!!(Versi Pantun)

Sebab SM tak boleh nak pegi beraya sampai meroyan kat rumah korang. Terimalah beberapa rangkap pantun pasal Hari Raya Korban yang agak sengal dari SM sebagai kenang-kenangan. Testing! Testing! Testing! Muehehehe =D

---------------------------------------------------------------
Sembahyang subuh dengan Pak Zahabau,
Keluar berjoging sampai ke Setiuw,
Kat sini tadi gua tambat kerbau,
Kerbau gua dah hilang takut kena korban letiuw.

Keluar pekan beli kepok leko,
Kepok leko di lahap sampai tertungging,
Eh macam gua kenal je muka ko,
Ko yang tadi erk... beratur ambik daging?

Beli tepung gandum kat kedai Issabella,
Buat kuih bengkang di rumah cik Leha,
Patut laa lembu ngan kerbau cuak gila,
Rupanya harini dah Raya Aidil Adha!

Makan nasik bersama cik Ani,
Tak habis makan bagi kat Wawa,
Tadi gua rasa gua letak daging korban gua kat sini,
ko kebas erk...daging korban gua!!!

Muka tak lawa ko jangan segan,
Nak bagi muka lawa? tepek je bedak Sofi,
Pantun di atas sekadar meqoyan,
Salah & silap harap dimaafi.

Ok, tak naklah pantun banyak-banyak sangat. Kang tak pepasal je SM kena baling daging korban secara berjemaah ngan korang kan? mana tak kena balingnya, pantun di atas memang tak leh blah batu bertangkup. hahahaha.

Dulu SM ada jugak buat entry pasal Raya Korban nie. dalam banyak-banyak entry  Raya Korban. SM rasa entry Raya Korban NIE yang paling SKEMA sekali. Kalau korang nak tengok entry Raya Korban SKEMA tahap buah Petai tu, korang boleh tekan secara bersopan-santun di SINI. Rasa macam nak lempang je muka sendiri dengan kuali Cap Singer kalau baca balik entry tu. Muahahaha =D

K,lah, malas nak merapu banyak-banyak, SM akhiri dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Adil Adha! Semoga berbahagia sambil cicah ketupat dengan serunding kat rumah tu ye. bhahahaha =D


BYE.

Kalau suka boleh LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)