Resepi Char Kuey Teow Yang Cepat Dimasak, Sedap Dimakan!


Tajuk entry tersangatlah meniru trademark iklan Maggie! Muahahaha. Sapa kat sini hantu dengan benda alah insan yang bernama Char Kuey Teow ni? Pantang masuk kedai makan je mesti nak order beliau iaitu char kuey teaw yang tersangat vogue da vass ni. Kehkehkeh. Apa kata wanita lepas ni try buat sendiri plak benda alah char kuey teaw ni. Boleh lah melantak dengan jayanya lepas ni kalau dah pandai buat sendiri. Tak gitu Cik Kioh? Muehehehe. Tak mau cakap banyak, Meh! Sesama kita kelengkang kelengkung secara begoyang gerudi kat dapur masing-masing sampai tertonggeng! =D


Bahan-bahan beliau tersangatlah senang nak dapat dimana-mana Pasaraya yang berdekatan dengan kawasan permastautintan anda:



1.Opkos kena ada koteaw, Cap apapun takpa janji halalan Toiyiban! 



2.Udang secekak dua. Kalau rajin, kopek laa kulit udang tu. Kalau malas? Biarkan saja beliau terbongkang. Janji kenyang!


3.Kerang yang siap dikopek. Nak guna Kepah?? Jangan! Kang lingkup pulak resepi kang!Muehehehe.




4.Taugeh dalam RM1.00 macam tu. Nak dalam RM2.00? Boleh je! Terpulang kepada saiz taugeh!kehkehkeh :D



5.Cili Boh. Kalau nak guna cili biasapun o.k. Tapi remeh sikit la nak buat.


 6.Bawang putih serta bawang merah secukup rasa. (Penting! untuk proses tumis-menumis sampai jiran sebelah rumah terliur!Kehkehkeh)




7.Kicap & Sos serta sos tiram.Telur dua bijik serta garam & gula secukup rasa.



Lepas dah sedia benda alah bahan-bahan char kuey teaw yang gerenti sedap ni. Jom nak tunjuk cara-cara nak masak plak. Let's go bebeh! yeah! Muahahaha.


* Memula sekali. Ambik bawang putih serta bawang merah yang siap dikopek tu. Tumis sampai terserlah warna kekuningan beliau! Yakni bawang.



* Lepas tu, masukkan cili boh dan kacau mengikut skill kacau-mengacau masing-masing. Masa kacau tu jangan nak over sangat kacau tu. Kang terbaik pulak kuali tu kang! Kacau sweet-sweet sudeh! Kehkehkeh.




* Agak-agak cili boh dah pecah minyak tu, masukkan pulak sos cili, sos tiram serta kicap ke dalam kuali secara berhati-hati.





* Bila mana aroma sudah terangkat. Sampai jiran sebelah rumahpun menitik tap tap air liur bau tumisan korang tu. Boleh lah masukkan pulak sedikit air serta Kuey Teaw!




* Lepas tu masukkan udang, kerang, telur serta gula dan garam secukup rasa. Secukup rasa tau! bukan nak tak nak je rasa tu. Muahahaha =D




* Bila kerang ngan udang sudah mula menggelupur dek kepanasan yang tersangatlah dasyat kat dalam kuali tu. Boleh lah stand by masukkan taugeh serta sayur-sayuran lain jika ada. Kalau tak suka sayur? Tak payah masukpun takpa. Tiada paksaan untuk sesapa yang tak suka makan sayur. Apa? Suka makan buah? Nak masukan buah? Sila jangan rosakkan resepi! Muahahaha =D




* Lepas tu. Pergi ambik pinggan mahupun talam sambil loncat-loncat seperti katak pisang baru lepas beranak. Boleh lah hidang serta hias dengan tekun Char Kuey Teaw yang siap dimasak itu tadi. Seperti gambar rajah di bawah! Muehehehe.

Akhirnyyyaaa!!!! Hahahaha. =D


Achaner? Cepat dimasak Sedap dimakan tak resepi SM? Muahahaha. Lepas ni boleh lah korang try buat plak. Puasa dah tak lama nie, kalau nak buat hidangan berbuka puasa ke hape ke boleh gak. Pekena plak dengan Ais blended! Lagi sengkak laaa jawabnya perut tu! Kehkehkeh.

Nak lagi resepi-resepi gempak serta sampai menjilat ibu jari kaki bila makan? Apa lagi! Klik laa secara kronik kat SINI! Muehehehe.


BYE!


Kalau suka boleh lah LIKE =)

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

Tips Serta Cara Terhebat Melebatkan Rambut Anda Dengan Berkesan & Cepat!




Dah pergi Yum Nam Hair Care pun rambut stay malas nak tumbuh? Bila sikat jer, rambut makin meroyan nak luruh? Pakai Shampoo Kelapa Laut Afrika pun rambut stay degil tahap hazabedah jugak tak nak tumbuh-tumbuh? Kawan-kawan mulut puaka plak, tak habis-habis dok ejek korang macamni:

*Aiks? Sejak bila matahari ada dua ni? Silau siot!

*Ko potong rambut layer errr? Stailo habis!*sambil sengih.

*Perghh!!! Luas dan licinnya dahi ko! Macam buah laici tak masak la bro! *sambil gelak kuat-kuat depan khalayak ramai.

*Mak Aii?! Aku ingat nenek aku datang tadi! Rupa-rupanya ko ke?!  Muahahaha.

*Sejak bila ko jadi pengkid ni beb? Pendek gila rambut ko!

So, bagi nak menutup mulut-mulut yang tak berapa nak ada insurans Takaful Nasional Berhad tu. SM nak kasi tips sikit ni, macamana nak pulihkan balik rambut korang tu. Sila baca entry ni sampai habis kalau nak rambut lebat macam Doktor Rozmey ok! Muahahaha =D *Tak dak kena mengena!

Cara yang paling best nak kasi rambut yang jarang tu tumbuh & beranak-pinak balik ialah:

1) Korang kopek sebijik buah kelapa mak dara. Jangan ambik kelapa laut Afrika plak, kang ke laut plak jadinya kang.

2) Lepas tu, perah santan dan ambik pati beliau seperti gambar rajah 1.1 kat bawah ni! Gosok kepala rata-rata, sambil layan lagu Can Mali Can Kak Tipah Payong sampai habis! Kehkehkeh

Gambar rajah 1.1(Teringat zaman-zaman Geografi dulu kat sekolah. Muahahahaha.)


3) Lepas dah sapu benda alah pati santan kat seluruh kepala tu, bolehlah goyang gerudi nyanyi lagu Inul Darasista jap, masa dok buat proses sapu-meyapu tu. Lagi satu, jangan lupa! Rembat kain tuala yang dok lap pinggan kat dapur tu, balut kat atas kepala macam gambar rajah 1.2 kat bawah ni hah. =D

Gambar rajah 1.2
 
Muka tersangatlah hazabedah tak boleh nak berak akibat sembelit yang dasyat!

4) Tunggu selama 1 jam ataupun lebih macam tu. Kalau gamak bosan tak dak mende nak buat, boleh gak ajak member main tembak-tembak macam opah yang budget macam heroin filem G.I Joe-Retaliation kat bawah ni!*Jahanam! Bhahahaha.

 
Dialog beliau*Hohoho! Aku Taiko kat kawasan ni hokeh! Ada beran?

5) Lepas dah perap rambut korang dengan benda alah pati santan tu selama sejam atau lebih. Bolehlah blah bukak balutan tersebut. Seterusnya, ambik sedozen asam jawa dan sental secara berhemah kat atas kulit kepala tu. Skill nak sental-menyental? Buatlah lagu mana pun, janji sental sudah! Kahkahkah.

6) Lepas dah settle korang sental kulit kepala korang dengan sedozen asam jawa tu, bolehlah bilas serta basuh dengan shampoo yang ada kat bilik mandi korang. Insyaallah, lepas korang amalkan tips ni 2 minggu sekali, kemungkinan besar rambut korang akan jadi macam gambar rajah 1.3 kat bawah ni! Selebat alam tak hengat punya!

Sila scroll untuk gambar rajah 1.3 untuk kepuasan maksima!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
lagi
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
sikit je lagi
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
barang baik kenalah sabar
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 Gambar rajah 1.3
Dialog beliau*Aucak! Saya single & available lagi tau. Jom twit-twit dengan saye kat twitter! (Naik meremang bulu peha! Muahahaha)

Selesai sudah tips yang hendak dikongsi. Sebarang masalah bolehlah rujuk kepada pakar rambut kami untuk penyelesaian. Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian terbabas tol kami di 006 60666jahanam! Saya, Santan Manis Wong pakar masalah rambut anda! Sekian. Muahahaha =D


BYE.


Kalau suka boleh lah LIKE =)
P/S: Kita Sekadar Mencuba, Selebihnya DIA Yang Menentukan. Sumber dicilok daripada *Yahoo! Bukan Horee! Muehehehe =D

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)