Buat Kuih Siput Sampai Semput!

Macamana persiapan Raya korang? Baju Raya, Kasut Raya, Tudung Raya, semua dah beli dah ke? ke ada yang tak beli lagi? Biasanya last-last minute kalau pergi beli, dapat harga Murah giler kut!! SM selalu laa, pegi borong saat2 terakhir. Biskut Raya, kalau yang biasa beli tu, Tiga balang Seploh Hengget kan? Kalau pergi last minute, Silap2 boleh dapat Lima balang Seploh Hengget ja! Pastu bodek2 sikit Makcik yg jual biskut Raya tu, dapatlaa Nam balang Seploh Hengget! Muehehehehee =P

Kalau cakap pasal raya niekan, Time Hari Raya tu, tak ada Kuih Raya memang tak sah laa kan. Korang pernah tak buat kuih siput? kalau yang Gegirlsz-gegirlsz mesti pernah kan? Kalau tak pernah tu, try laa buat =P

Haritu, Mak SM ada laa buat, benda alah kuih siput nie, pastu Time Part nak buat bentuk bulat-bulat tu, SM konon-kononnya nak tolong la konon, Anak mithali laa katakan..PANG! Pelempang pat ploh pat Das! Muehehehe =D

Mak Aiii! ingat ke best masa dok buat bentuk bolat-bolat tu, Bosan tahap Sengkuang! pastu, mulalah nak ngelat tak nak buat! Last-last tinggal kak Adik dengan Mak SM je dok kelebek benda alah Kuih Siput Sedut Tuh! seyes bagitau, Sapa yang ada kesabaran yang tinggi je sanggup buat benda alah nie, sapa-sapa yang tahap kesabaran dia nak tak nak je macam SM, janganlah korang cuba nak jebakkan diri buat benda alah kuih Siput ni! Buat laa biskut lain! hahaha =D

Bahan-bahan beliau :

  • 5 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 50gm margerine
  • 1 s.kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu kecil serbuk udang kering
  • 1 sudu kecil garam (ikut rasa)
  • Sedikit serbuk perasa (optional)
  • 3 sudu besar cili boh/serbuk cili
  • Daung bawang /daun sup (dihiris )
  • Santan secukupnya untuk menguli bukan mengilai! muahahaha =D

Proses-proses nak buat Kuih Siput Sedut yang "BEST" tahap Nenek Cipanzi tak makan dua ploh pat hari!  :


1) Mula-mula SM tengok mak SM uli-uli tepung sampai jadi macam nie, Wangi je bau tepung nie. Ada bau daun kari, Bau Buttercup, Bau wangi jee "natang" tepung nie. Menguji Tahap Keimanan betul! muehahaha :D




2) Part Bolat-Bolat nie la yang SM kena buat tu. Lawa tak bolat-bolat tuh? hahaha. Senguk-senguk kut masa buat bentuk bulat-bulat nie. bagi sapa-sapa yang cekap, dah tak payah buat dah Part Bolat-Bolat nie semua. Terus gesel-gesel kat papan Kuih Siput tu je. Seyes, lambat gila nak buat bentuk Bolat-bolat nie, dah la nak dekat Dua kilo! Hambek Kau! hahaha.




3) Eh! Nie jejari runcing sapa pulak ni? yang penting, nie bukan SM punya jejari runcing lah! Adik SM punya jejari ok. Tak boleh blah la, kalau Jejari SM Runcing sampai sebegitu rupa! Muehehehe =D. Time ni, proses dok menenyeh benda bolat-bolat yang SM buat tu, kat tempat Acuan kuih siput tuh. Untuk bentukkan dia jadi macam siput sedut laut masak itam.




4) Lepas menenyeh-nenyeh tepung benda alah bolat-bolat tuh, jadila dia bentuk Siput macam gambar kat bawah nie. Time nie, SM dah blah dah, ngelat tak nak buat bolat-bolat tu. Bertuah punya anak =P hahahha. Maunya tak blah awal-awal, ada lagi SEKILO kut, nak kena settlekan buat bentuk bolat-bolat tu. memang kurang la pahala puasa, sebab ngelat malas nak tolong, Muehehehehehe.





5) Lepas siap semua tu, Proses goreng-menggoreng plak. Goreng nie kejap je, x payah lama-lama sangat goreng tu. Kang Kuih kemana Siput kemana kang. ye lah, Hangit. hahaha..





6) Dah siap dah! SM tunggu nak  NGAP je kat dalam mulut, Time berbukak lah. hahahaha. Bab-bab nak makan Haruslah Laju. Kalau orang tak pelawapun, Sental je makan. Boleh pulak? =D




Akhirnya, Settle jugak Buat KUIH SIPUT nie. Hazab betul nak buat bentuk bulat-bulat tu. Time buat je lah Hazab bagai. Bila dah siap goreng tu, boleh makan, memang tak ingat kat orang belakang la. Bila ngap je benda alah kuih siput ni, bunyi KruupKraapKruupKraap! Layan Wooo.. Hahaha.

Tapi SM rasa better buat Biskut lain la, Kalau korang degil nak buat jugak, Buat je la.  sapa yang ada tahap kesabaran yang tinggi je sanggup buat Kuih Siput ni. Sapa-sapa yang rasa dia tak boleh buat benda-benda yang rumit dan akan meroyan tak hengat bila buat, Better tak payah buat. Kang tak pasal-pasal tepung melekat kat dinding rumah kang. Muehehehee.

k,lah, sekian saja untuk laporan berita TV Pat Ploh Pat Setengah hari ini. Kita Kembali ke Sri Pentas! =D


K,BYE.


P/S: LEPAS NIE MAK SM BAGITAU NAK BUAT BISKUT MAZAROLELLA PLAK. HABIS LAH.. =P HAHAHA. TAK DAPAT EDEN NAK NOLONG.

Jom mengomen-ngomen Kat Bawah Nie :)

14 comments:

YumeeDream said...

kueh siputtt sedaapp =D

Himawari Mirsada said...

sdpnye nmpk..da lma xmam kuih siput ni

Santan Manis said...
This comment has been removed by the author.
Santan Manis said...

Hawa Ey: Sedap memang sedap. Tapi, time nak buat Seksa nak Mam! Hahaha =D

Santan Manis said...

elyna mirsada: nak tau sedap ke tak, Raya jemput la dtg rumah ..;D

E'in said...

kadang2 ade org yg wat kuih siput nie terlalu keras.. huhuhu..

Santan Manis said...

E'in: maybe masa tengah Uli tu, termasuk batu kut Ei'n? hahaha :D

Unknown said...

rajennyeee buat kuih nii !! alaa teringinnye.. sedap neh :D

Santan Manis said...

~ cik matahari ~ : Bukan SM buat pun. SM tolong nengok je. Mana lah reti nak buat benda alah nie. hahaha. jemput2 dtg rumah raya ti ;)

Anasyg said...

cam sodap je, hehe SM rindu ada makna, hehe :)

Santan Manis said...

Anasyg: Nak tau sodap x sodap. jemput dtg raya. hakhakhak Rindu...rindu,serindu,rindunya(lagu spoon) tiba2 lagu spoon keluar.hahaha :D


*betul ke, tu lagu Spoon? ghasak! Muehehehe...

.::: Princess MOMOY :::. said...

nak g umah u la
nak makan kueh siput
heheh
dear, selamat hari raya

Santan Manis said...

Princes MOMOY: Datang je.. P.MOMOY! bawak kengkawan sekali. mueheheheee :D

Nazmin Nazifa εїз said...

Setiap tahun ibu In pasti buat kuih siput ni utk raya ! Hahaha .. In pernah tlg tu pun bpe minit je .. sama la kita :P Hahahaha